You are on page 1of 32

UNIT 1.

1 : MASYARAKAT FEUDAL

Soalan 1 : Jelaskan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17 M.

Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat yang tinggal dalam suatu komuniti dan terikat
dengan aturan yang ditetapkan oleh golongan pemerintah ke atas golongan diperintah. Masyarakat
feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. Dalam masyarakat
feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah.
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Sang Penakluk pada
abad ke-11M. Menjelang zaman pertengahan, sistem feudal yang diamalkan menjadi lebih tersusun dan
sistematik. Pada abad ke-16 dan ke-17, berlaku perubahan peranan dan kedudukan masyarakat feudal
di England ekoran perkembangan ekonomi dan kemunculan negara bangsa. Terdapat beberapa ciri
masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17 M.

Salah satu ciri masyarakat feudal di England ialah raja berkuasa mutlak. Menjelang abad ke-16
dan ke-17, muncul sistem pemerintahan monarki mutlak di England. Mengikut sistem ini, raja
mempunyai kedudukan tertinggi dalam hierarki masyarakat serta berkuasa mutlak dalam bidang
pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja menguasai seluruh tanah dalam kerajaan. Raja
mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya. Antara langkah yang
diambil ialah mengurangkan kuasa parlimen, mengenakan cukai import dan eksport untuk meningkatkan
perbendaharaan negara dan menubuhkan Majlis Diraja yang berperanan sebagai mahkamah. Namun,
semasa pemerintahan Raja Charles I, Parlimen telah menyekat pengaruh raja dengan memaksa
baginda menandatangani Pengisytiharan Hak. Menjelang pemerintahan Raja Charles II, pemerintahan
raja berperlembagaan diperkenalkan di England dan raja tertakluk kepada undang-undang yang digubal
oleh parlimen. Tuntasnya, kekuasaan raja mengalami perubahan apabila pemerintahan beraja mutlak
digantikan dengan raja berperlembagaan pada penghujung abad ke-17 M.

Selain itu, ciri masyarakat feudal di England abad ke-16 dan 17 juga memperlihatkan
kemerosotan pengaruh bangsawan. Penglibatan raja dalam ekonomi kapitalis menyebabkan kedudukan
raja semakin kukuh seterusnya dapat mengawal golongan bangsawan. Kemerosotan pengaruh
bangsawan menyebabkan muncul pegawai-pegawai pentadbir yang terdiri daripada rakyat biasa yang
berkebolehan dan berwibawa. Perlantikan pegawai-pegawai ini adalah berasaskan merit dan bukan
keturunan. Pegawai-pegawai menerima gaji daripada raja bagi membantu mengendalikan pemerintahan
dan pentadbiran. Jelaslah bahawa golongan bangsawan mulai hilang pengaruh apabila kedudukan
mereka diambil alih oleh pegawai-pegawai pentadbir yang dilantik oleh raja.

Di samping itu, ciri masyarakat feudal di England juga dapat dilihat dari segi pemilikan tanah.
Pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantung pada tanah. Tanah
menjadi ikatan antara seorang tuan tanah dengan petani yang mengerjakan tanah. Tanah juga menjadi
1
ikatan antara raja dan bangsawan. Raja akan menganugerahkan tanah kepada bangsawan sebagai
balasan golongan bangsawan menawarkan khidmat tentera kepada baginda. Menjelang abad ke-16 dan
17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan masyarakat feudal tidak bergantung kepada tanah
untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Masyarakat feudal juga tidak lagi terikat dengan tuan-tuan tanah.
Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dengan menjadi buruh upahan kepada tuan
tanah. Kemunculan bandar menyebabkan golongan petani mula berhijrah ke bandar-bandar dan terlibat
dalam sektor perindustrian. Raja mula mengukuhkan kedudukan melalui penguasaan terhadap
ekonomi kapitalisme. Jelaslah bahawa penguasaan ekonomi oleh raja dan perkembangan ekonomi
kapitalisme telah mengubah bentuk pemilikan tanah yang mengikat masyarakat feudal di England.

Ciri masyarakat feudal yang seterusnya ialah berlaku perubahan dalam hubungan antara raja
dan golongan bangsawan. Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara lord dan vassal.
Hubungan antara kedua-dua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian iaitu satu
pihak memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera. Raja memberikan
perlindungan kepada bangsawan dan sebagai balasan bangsawan akan memberikan perkhidmatan
tentera kepada raja. Namun, berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan
bangsawan pada abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu
lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan, sebaliknya raja
menubuhkan pasukan tentera sendiri.

Ciri masyarakat feudal di England juga memperlihatkan perubahan dalam kedudukan dan
peranan tentera. Pada zaman pertengahan, golongan knight memainkan peranan dalam bidang
ketenteraan. Tanggungjawab utama knight ialah menjaga keselamatan raja dan bangsawan serta
kawasan yang dikuasainya. Sebagai ganjaran, mereka menerima tanah dan harta benda daripada raja dan
bangsawan. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, peranan dan kedudukan knight berubah kerana
pemerintah England tidak bergantung pada golongan ini untuk mempertahankan negara. Raja
menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di bawah kawalan dan
penguasaan baginda. Hal ini menyebabkan pasukan tentera tidak lagi didominasi oleh golongan knight.
Terdapat juga golongan petani dan rakyat biasa yang direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan
tentera. Tegasnya, peranan golongan knight turut mengalami perubahan ekoran perkembangan dalam
politik dan ekonomi di England.

Ciri lain bagi masyarakat feudal di England ialah berlaku mobiliti sosial. Masyarakat feudal pada
zaman pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis yang mempunyai kedudukan ekonomi,
politik dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang
berlaku. Namun, perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan
17 menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur
susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang

2
dimonopoli oleh golongan bangsawan turut disandang oleh rakyat biasa. Keadaan ini menyebabkan
muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat.

Kesimpulannya, menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan
kedudukan masyarakat feudal yang diamalkan sejak zaman pertengahan. Perubahan ini berlaku ekoran
daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.

Soalan 2: Huraikan susun lapis masyarakat feudal di England pada abad ke-16 hingga ke-17 M.

Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat yang tinggal dalam suatu komuniti dan terikat
dengan aturan yang ditetapkan oleh golongan pemerintah ke atas golongan diperintah. Masyarakat
feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. Kemunculan
masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan Raja William Sang Penakluk pada abad ke-
11M. Susun lapis masyarakatnya terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan/baron, dan knight sementara golongan yang
diperintah ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf. Tegasnya, setiap lapisan masyarakat
mempunyai kedudukan dan peranan masing-masing.

Dalam masyarakat feudal di England, raja menduduki menduduki lapisan tertinggi. Semasa
pemeritahan Dinasti Tudor dan Stuarts, sistem pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England. Raja
berkuasa mutlak dalam pemerintahan, perundangan dan kehakiman. Raja menguasai tanah, memajakkan
tanah kepada Vassal, serta memberikan tanah kepada Baron dan Knight sebagai , ganjaran perkhidmatan.
Walaupun pemerintahan mutlak diamalkan, namun pemerintahan masih tertakluk kepada undang-
undang yang terkandung dalam Magna Carta.

Golongan bangsawan atau baron menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat feudal
England. Pada zaman pertengahan, baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
Mereka berhak menentukan dan melaksanakan undang-undang dan cukai di kawasan yang ditadbir.
Sebagai balasan, baron membayar cukai, menyediakan Knight dan memberikan taat setia kepada raja.
Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan dan peranan golongan bangsawan mula merosot.
Perkembangan politik dan ekonomi menyebabkan kedudukan raja semakin kukuh dan dapat mengawal
golongan bangsawan. Raja juga tidak bergantung dengan bangsawan dalam menjalankan pentadbiran.

Knight menduduki lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakat di England. Knight berkhidmat
sebagai tentera bagi raja dan baron. Knight menerima tanah, harta dan barang rampasan sebagai
ganjaran perkhidmatannya. Namun, pada abad ke-16 dan 17, perubahan dalam politik menyebabkan
kedudukan dan peranan knight berubah. Raja tidak lagi bergantung kepada golongan knight untuk
mendapatkan bantuan ketenteraan, sebaliknya raja menubuhkan pasukan tentera sendiri dengan
mengambil tentera upahan dalam kalangan petani dan penduduk awam.

Serf atau petani yang merupakan rakyat biasa menduduki lapisan keempat dalam susun lapis
masyarakat feudal di England. Mereka mengusahakan tanah milik tuan tanah dan sebagai balasannya,
mereka menerima perlindungan daripada tuan tanah. Namun, menjelang abad ke-16 dan 17, kehidupan
golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Peningkatan dalam
pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perindustrian menyebabkan
golongan petani berhijrah ke bandar. Tuan tanah membebaskan petani dan mereka menjadi buruh
upahan kepada tuan tanah. Tegasnya, pada abad ke-16 dan 17, petani tidak lagi terikat dengan tuan-tuan
tanah.
3
Golongan hamba menduduki lapisan terbawah dalam susun lapis masyarakat feudal di England.
Pada zaman pertengahan, golongan hamba tidak memiliki tanah dan terikat dengan tuan tanah. Mereka
juga mempunyai kuasa perundangan yang terhad. Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan golongan
hamba mengalami perubahan ekoran perubahan dalam politik, ekonomi dan sosial. Golongan hamba
dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian daripada mereka berhijrah ke bandar.

Kesimpulannya, pada abad ke-16 dan 17M, berlaku perubahan yang ketara dalam masyarakat
feudal di England. Perkembangan pesat dalam ekonomi, politik dan sosial menyebabkan kedudukan dan
peranan masyarakat turut berubah seterusnya melahirkan masyarakat baharu yang berfikiran terbuka.

Soalan 3 :Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun pada zaman Kesyogunan Tokugawa pada abad
ke 17.

Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
golongan pemerintah terhadap golongan yang diperintah. Masyarakat feudal juga merujuk kepada
masyarakat yang berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. Kemunculan feudal di Jepun dapat
dikesan sejak zaman pemerintahan Kamakura. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman
Shogun Tokugawa (1603-1867) apabila shogun telah mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan
sistem ini. Masyarakat feudal di Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri. @ Terdapat beberapa ciri
masyarakat feudal di Jepun pada zaman Kesyogunan Tokugawa pada abad ke 17.

Salah satu ciri masyarakat feudal di Jepun pada zaman Kesyogunan Tokugawa ialah maharaja tidak
mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran. Meskipun maharaja merupakan ketua negara
tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan Shogun. Shogun mengambil langkah-langkah untuk
mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Shogun memperkenalkan undang-undang bagi
mengurangkan pengaruh raja dan putera raja. Tegasnya, pada zaman feudal Jepun, maharaja tidak
memiliki kuasa dalam pemerintahan.

Ciri masyarakat feudal Jepun yang seterusnya ialah Shogun mempunyai pengaruh dan kedudukan
tinggi dalam masyarakat. Pada zaman Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak pada shogun. Shogun
mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat. Shogun juga bertindak
menyerahkan pentadbiran wilayah kepada daimyo yang setia dan bertindak mengawal mereka. Shogun
juga meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial dan
perlombongan. Tegasnya, shogun adalah individu yang berpengaruh dalam politik dan ekonomi pada
zaman feudal di Jepun.

Ciri lain masyarakat feudal Jepun pada zaman Tokugawa ialah golongan samurai mempunyai
kedudukan istimewa dalam masyarakat. Mereka terdiri daripada panglima perang yang
bertanggungjawab memelihara keamanan negara. Golongan samurai berkhidmat untuk bangsawan dan
mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Golongan ini tidak dibenarkan memiliki tanah sebaliknya
mereka bergantung kepada bekalan beras yang diberikan oleh daimyo.

Selain itu, ciri masyarakat feudal Jepun juga dapat dilihat dari aspek pemilikan tanah. Pada zaman
Tokugawa, shogun akan memberikan tanah kepada daimyo yang setia kepadanya. Daimyo yang setia
kepada shogun akan mengawasi gerak-geri daimyo yang diragui kesetiaannya. Pada zaman Tokugawa
leyasu, beliau bertindak merampas tanah daripada daimyo yang menentang pemerintahannya dan

4
diserahkan kepada tentera atau daimyo yang setia kepadanya. Shogun melantik beberapa orang pegawai
yang dikenali sebagai gundai dan daikan untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.

Di samping itu, ciri masyarakat feudal Jepun juga dapat dilibat dari aspek hubungan timbal balik
antara pemerintah dan pengikutnya. Struktur masyarakat feudal di Jepun menunjukkan wujud
hubungan timbal balik antara shogun dengan daimyo. Shogun akan menyerahkan tanah kapada golongan
daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam mengendalikan
hal pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal ini, kedua-dua pihak, iaitu shogun dan daimyo saling
bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama.

Ciri sistem feudal di Jepun juga memperlihatkan bahawa mobiliti sosial jarang berlaku. Masyarakat
feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga 17, terdiri daripada beberapa susun lapis. Setiap lapisan
mempunyai kedudukan ekonomi, sosial, dan politik yang berlainan. Kedudukan status masyarakat
ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Namun, perubahan dalam status mobiliti sosial
dalam masyarakat feudal di Jepun jarang berlaku. Hal ini terbukti apabila golongan pedagang kekal di
lapisan terbawah walaupun berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Kesimpulannya, pada zaman keshogunan Tokugawa, masyarakat feudal Jepun masih berpegang
teguh dengan ciri-ciri unik yang terdapat dalam sistem ini. Sistem feudal yang diamalkan berjaya
mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Sistem ini berubah pada abad ke-19 apabila Maharaja
Meiji melakukan pemodenan ala barat.

Soalan 4 : Huraikan struktur/ susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17 M.
(STPM 2021)

Masyarakat feudal merupakan masyarakat yang tinggal dalam suatu komuniti dan terikat dengan
aturan yang ditetapkan oleh golongan pemerintah ke atas golongan diperintah. Masyarakat feudal juga
merujuk kepada masyarakat yang berhierarki. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang
terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja,
Shogun dan Daimyo. Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, artisan (tukang) dan saudagar.
Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Tegasnya, struktur
masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17 terbahagi kepada beberapa lapisan yang
mempunyai peranan masing-masing.

Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad
ke-16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk
memerintah. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat dan boneka sahaja. Maharaja dianggap
pemerintah keduniaan dan kerohanian. Baginda ditempatkan di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa
dikelilingi oleh pegawai istana (kuge), manakala pusat pentadbiran negara terletak di Edo.

Shogun merupakan golongan bangsawan yang berada di lapisan kedua. Kuasa memerintah yang
sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui
dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah
membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong
dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang
menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutunya. Kerajaan Tokogawa ini di
kenali sebagai Kerajaan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.

Lapisan ketiga dalam struktur masyarakat Feudal Jepun diduduki oleh Daimyo. Daimyo
merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa.
Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran
5
kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu
membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada shogun. Daimyo
Tozama merupakan daimyo yang memusuhi shogun iaitu terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma,
Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelak ancaman
daripada mereka.

Lapisan seterusnya diduduki oleh Samurai. Samurai merupakan panglima perang yang
memounyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga
keamanan negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain
walaupun negara berada dalam keadaan aman. Golongan samurai merupakan golongan paling
berpendidikan pada zaman Tokugawa. Sumber pedapatan samurai adalah bekalan beras yang diperoleh
daripada Daimyo.

Golongan petani (nomin) menduduki lapiasan di bawah samurai. Mereka dianggap golongan
yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan
rakyat Jepun dan sebagai balasan, mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras
untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada
beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja. Namun, golongan petani dikehendaki membayar cukai yang
tinggi kepada Daimyo dan sekiranya gagal mereka akan dikenakan hukuman yang berat.

Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada di bawah petani. Mereka dihormati kerana memiliki
pengetahuan dan kemahiran dalam pertukangan. Mereka mahir dalam pembuatan peralatan tembaga
dan besi untuk kegunaan Daimyo. Antara tukang mahir di Jepun, tukang yang menghasilkan pedang
diberi layanan istimewa. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang selesa serta dibenarkan
menggunakan pedang.

Kelas pedagang (chonin) terletak di bawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak wujud
mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah
berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Kesimpulannya, sistem feudal di Jepun menjadi mantap dan kukuh pada zaman pemerintahan
Tokugawa. Dalam sistem ini, masyarakat terbahagi kepada beberapa lapisan yang mempunyai kedudukan
dan peranan tersendiri. Namun, pada abad ke 17, berlaku perkembangan ekonomi yang seterusnya
mengubah kedudukan masyarakat.

Soalan 5: Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri.
Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan
terhadap tanah. Masyarakat feudal muncul di England pada zaman pertengahan manakala masyarakat
feudal di Jepun muncul pada zaman Kamakura. Masyarakat feudal yang muncul di England dan Jepun
mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

Ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun boleh dikesan dari aspek kewajipan peribadi. Di
England, wujudnya hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah). Kedua-dua
pihak saling bertanggungjawab antara satu sama lain demi kepentingan bersama. Dalam konteks ini,
golongan tuan tanah memberi perlindungan manakala golongan penyewa tanah menawarkan
perkhidmatan tentera. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan raja di England menjadi semakin
kukuh. Perkembangan ini menyebabkan raja tidak bergantung kepada golongan bangsawan bagi
mendapatkan bantuan ketenteraan. Manakala di Jepun, hubungan peribadi wujud antara shogun dan
daimyo. Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan
daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal ini, kedua-dua pihak
6
saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama. Golongan shogun memberi perlindungan
manakala golongan daimyo menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.

Seterusnya, ciri masyarakat feudal di England dan Jepun dapat dibandingkan dari segi mobiliti
sosial. Di England, pada zaman pertengahan, setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan ekonomi
dan politik yang berlainan. Dalam masyarakat feudal England, perubahan dalam kedudukan sosial dan
status masyarakat jarang berlaku. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, perubahan dalam politik,
ekonomi dan sosial menyebabkan berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat. Rakyat biasa dibenarkan
menyandang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan. Di
Jepun pula, masyarakat feudal terdiri daripada beberapa lapisan yang mempunyai kedudukan sosial,
ekonomi dan politik yang berlainan. Kedudukan dan status masyarakat feudal ditentukan berdasarkan
keturunan dan sistem kelas. Dalam masyarakat feudal di Jepun, perubahan status dan mobiliti sosial
jarang berlaku.

Selain itu, ciri masyarakat feudal di England dan Jepun adalah berhubung kait dengan aspek
perkongsian kuasa. Di England, menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, berlaku perubahan dalam
kedudukan dan kuasa raja sebagai pemerintah mutlak di England. Perselisihan antara raja dan parlimen
bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa bermula semasa pemerintahan dinasti Stuarts. Menjelang
pemerintahan Raja Charles II, kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja berakhir apabila Pengisytiharan Hak
ditandatangani. Perkembangan ini menyebabkan raja perlu mendapat persetujuan daripada parlimen
dalam menjalankan pemerintahan. Perkembangan ini menyebabkan wujud perkongsian kuasa
melibatkan raja dengan parlimen. Manakala di Jepun, tiada perkongsian kuasa antara pemerintah
dengan badan perwakilan dalam sistem feudal. Shogun mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran negara. Shogun mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan
kedudukan dan pengaruhnya. Undang-undang dan peraturan diperkenalkan bagi mengurangkan
pengaruh maharaja dan golongan daimyo.

Ciri terakhir masyarakat feudal di England dan Jepun adalah berkaitan dengan pemilikan tanah. Di
England, pada zaman pertengahan, masyarakat feudal di England bergantung kepada tanah untuk
menjalankan kegiatan ekonomi. Golongan pemerintah memberikan anugerah tanah kepada golongan
bangsawan. Sebagai balasan golongan bangsawan menyediakan bantuan tentera kepada pemerintah.
Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan masyarakat tidak
bergantung kepada tanah. Masyarakat pada zaman ini melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi pertanian
komersial dan perindustrian. Di Jepun, pada zaman keshogunan Tokugawa, wilayah ditadbir oleh vassal
yang setia kepada shogun. Shogun mengurniakan tanah kepada golongan tuan tanah yang setia
kepadanya. Tuan tanah yang setia akan mengawasi gerak-geri daimyo yang diragui kesetiaannya. Shogun
bertindak merampas tanah daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah yang dirampas
akan diserahkan kepada daimyo yang setia kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk
mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.

Kesimpulannya, pada umumnya terdapat persamaan dan perbezaan dalam sistem feudal yang
diamalkan di England dan Jepun. Antara persamaan yang ketara adalah dalam aspek pemilikan tanah,
mobiliti sosial dan kewajipan peribadi. Dari segi perbezaan jelas ketara masyarakat feudal Jepun tidak
mengamalkan perkongsian kuasa seperti yang terdapat dalam masyarakat feudal di England.

7
1.2 MASYARAKAT AGRARIA

Soalan 6: Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-17.

Masyarakat agraria didefinisikan sebagai masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi


berasaskan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Menjelang abad ke-16 dan 17, Belanda
mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian. Penggunaan kaedah dan teknologi yang
lebih maju menyebabkan berlakunya Revolusi Pertanian seterusnya melahirkan masyarakat agraria di
Belanda. Terdapat pelbagai ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-17.

Salah satu ciri masyarakat agraria di Belanda adalah mereka menjalankan aktiviti pertanian sebagai
sumber ekonomi utama. Pada abad ke-16, Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian terutamanya di
wilayah Zeeland, Rhineland dan Friesland. Tanaman utama ialah bijirin seperti oat, barli dan gandum
serta sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar dan lobak. Iklim negara Belanda yang bersifat sederhana
juga amat sesuai untuk pelbagai jenis buah-buahan seperti strawberi, anggur, lemon, dan epal merah.
Hasil buah-buahan akan dihantar ke pelabuhan Amsterdam untuk dipasarkan ke seluruh Eropah. Petani
turut mengusahakan tanaman bukan makanan seperti hem dan mader. Hem digunakan untuk
menghasilkan jala, tali, dan kain kanvas. Mader pula digunakan untuk mewarnakan kain bagi industri
tekstil. Penanaman bunga tulip dan hop pula dijalankan secara meluas menjelang abad ke-17. Bunga hop
digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras.

Salain itu, ciri masyarakat agraria di Belanda ialah mereka telah memperkenalkan teknik baharu
dalam pertanian. Petani Belanda memperkenalkan kaedah penggiliran tanaman bertujuan untuk
mengekalkan kesuburan tanah. Misalnya, sengkuang dan kekacang ditanam berselang dengan tanaman
bijirin. Kaedah tanaman bergilir diamalkan secara meluas di wilayah Waes. Penggiliran tanaman
menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum itu dimansuhkan. Masyarakat agraria turut
memperkenalkan sistem batas. Dengan pengenalan sistem batas, sistem saliran yang baik dapat
diwujudkan. Petani juga dapat membuang rumput dan menabur baja dengan pantas dan mudah. Walau
bagaimanapun, kedudukan batas diubah setiap tahun untuk memelihara kesuburan tanah. Kaedah
membuat batas menyebabkan tanaman deretan atau jajaran diperkenalkan. Kaedah ini menjadikan
ladang tanaman seperti jagung, mader, biji kol dan tembakau lebih kemas dan tersusun.

Sepanjang abad ke-16 hingga 17, masyarakat agraria di Belanda juga mengaplikasikan pelbagai
teknologi dalam bidang pertanian. Petani di Belanda menjalankan aktiviti menebus guna tanah kerana
tanah pertanian di Belanda berada di bawah paras laut yang menyebabkan banyak tanah pertanian yang
subur di persisiran pantai sering ditenggelami air laut. Sekitar tahun 1545, masyarakat agraria Belanda
giat menjalankan usaha penambakan tanah laut bagi menebus guna tanah tersebut untuk tujuan
pertanian. Antara tahun 1600 hingga 1680, tanah yang ditebus guna di wilayah Zeeland meningkat
kepada 127 000 hektar. Selain itu, masyarakat agraria di Belanda mempunyai kemahiran tinggi dalam
pembinaan sistem pengairan . Petani Belanda mahir membina terusan, kolam takungan air dan tali air
untuk tujuan mengairi kawasan pertanian. Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluas dan diusahakan secara intensif. Petani Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan
air yang berlebihan di kawasan rendah ke kawasan pertanian yang lebih tinggi. Penggunaan kincir angin
juga dapat mengatasi masalah banjir di kawasan tanah rendah. Seterusnya, masyarakat agraria di
Belanda turut mencipta peralatan pertanian baharu seperti tenggala beroda dan mesin menampi bijirin.
Tenggala beroda digunakan oleh petani di Gelderland untuk membajak tanah pertanian.

Masyarakat agraria turut terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi sampingan seperti
mengusahakan penternakan binatang. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu tenusu
dan lembu daging. Penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu seperti susu,
keju dan mentega. Barangan tenusu telah dieksport dengan banyak ke England, Perancis dan Sepanyol.

8
Peningkatan eksport telah mendorong kepada pembukaan ladang-ladang penternakan di Amsterdam
dan Waterland. Baka-baka dari Friesland dan Gronigen diambil bagi mengekalkan kualiti susu. Lembu-
lembu yang diternak juga akan disembelih dan dagingnya dieksport ke kawasan di selatan.

Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga terlibat dalam kegiatan perikanan. Kawasan Holland dan
Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 daripada penduduk Belanda terlibat dalam industri perikanan.
Segelintir nelayan menangkap ikan sebagai kegiatan sampingan di pesisir pantai menggunakan bot-bot
kecil. Namun, terdapat juga nelayan-nelayan Belanda turut mengusahakan perikanan laut dalam. Mereka
menggunakan kapal-kapal besar dan merupakan pengeksport utama ikan herring. Ikan herring berkualiti
tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Nelayan perlu berada di laut selama 8 minggu. Ikan
yang diperoleh para nelayan akan digaramkan supaya tahan sebelum sampai ke pelabuhan. Industri
perikanan Belanda mengalahkan Jerman apabila berjaya merebut pasaran di Baltik.

Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri berasaskan pertanian. Tanaman ladang seperti
bunga hop, mader, hem, dan biji kol telah membawa kepada kemunculan pelbagai industri di Belanda.
Industri tekstil berpusat di Flanders dan Brabant. Masyarakat desa mengeluarkan kain yang berasaskan
kain bulu dan linen. Pada abad ke-17, masyarakat desa di Leiden memberi tumpuan kepada industri
tekstil berasaskan woolen, camlets, says dan fustians. Industri tekstil semakin berkembang kerana
pemasaran kain ke Eropah dan Mediterranean. Penanaman bunga hop secara meluas membawa kepada
kewujudan industri menghasilkan minuman keras. Sehingga tahun 1621, terdapat lebih kurang 21
industri minuman keras di sekitar Amsterdam dan Rotterdam. Industri keju dan mentega pula
berkembang kesan daripada penternakan lembu tenusu secara meluas di Bandar Leiden dan Delfland.
Masyarakat agraria di Belanda juga terlibat dalam industri perkapalan berikutan penanaman dan
pengeluaran hem yang berkualiti. Kapal Belanda dikatakan kapal yang terkenal dan terbaik di Eropah.
Kapal yang dibina adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan muatan yang banyak.
Buktinya, sebanyak 2500 buah kapal Belanda telah digunakan pada abad ke-17. Pedagang England,
Perancis dan Sepanyol turut menggunakan kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal telah
meningkatkan sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal Belanda turut membawa barangan
pertanian dan galian ke Eropah. Kesannya, sehingga abad ke-17, Belanda telah berjaya menguasai
perdagangan Eropah.

Kesimpulannya, ekonomi Belanda mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-17. Kekayaan
Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan makanan dan bekalan bijirin untuk
tempoh 12 tahun. Namun, pada awal abad ke-18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi
antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara-negara Eropah yang lain khususnya England.

Soalan perbincangan: Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Belanda mencapai kemajuan dalam
bidang pertanian pada abad ke 16-17.

9
Soalan 7: Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga
ke-17.
Masyarakat agraria didefinisikan sebagai masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Menjelang abad ke-16 dan 17, Belanda
mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian. Penggunaan kaedah dan teknologi yang
lebih maju menyebabkan berlakunya Revolusi Pertanian seterusnya melahirkan masyarakat agraria di
Belanda. Tegasnya, masyarakat agraria di Belanda telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi pada
abad ke-16 hingga ke-17.

Salah satu kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda adalah mereka menjalankan aktiviti
pertanian. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama. Pada abad ke-16, Belanda terkenal sebagai
kawasan pertanian terutamanya di wilayah Zeeland, Rhineland dan Friesland. Tanaman utama ialah bijirin
seperti oat, barli dan gandum serta sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar dan lobak. Iklim negara
Belanda yang bersifat sederhana juga amat sesuai untuk pelbagai jenis buah-buahan seperti strawberi,
anggur, lemon, dan epal merah. Hasil buah-buahan akan dihantar ke pelabuhan Amsterdam untuk
dipasarkan ke seluruh Eropah. Petani turut mengusahakan tanaman bukan makanan seperti hem dan
mader. Hem digunakan untuk menghasilkan jala, tali, dan kain kanvas. Mader pula digunakan untuk
mewarnakan kain bagi industri tekstil. Penanaman bunga tulip dan hop pula dijalankan secara meluas
menjelang abad ke-17. Bunga hop digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras.

Selain itu, masyarakat agraria turut terlibat dalam kegiatan penternakan binatang. Belanda telah
menjadi pusat utama penternakan lembu tenusu dan lembu daging. Penternakan lembu susu diusahakan
untuk pengeluaran bahan tenusu seperti susu, keju dan mentega. Barangan tenusu telah dieksport
dengan banyak ke England, Perancis dan Sepanyol. Peningkatan eksport telah mendorong kepada
pembukaan ladang-ladang penternakan di Amsterdam dan Waterland. Baka-baka dari Friesland dan
Gronigen diambil bagi mengekalkan kualiti susu. Lembu-lembu yang diternak juga akan disembelih dan
dagingnya dieksport ke kawasan di selatan. Selain itu, penternakan kambing juga turut dijalankan bagi
mendapatkan susu dan bekalan keju.

Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga terlibat dalam kegiatan perikanan. Kawasan Holland dan
Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 daripada penduduk Belanda terlibat dalam industri perikanan.
Segelintir nelayan menangkap ikan sebagai kegiatan sampingan di pesisir pantai menggunakan bot-bot
kecil. Namun, terdapat juga nelayan-nelayan Belanda turut mengusahakan perikanan laut dalam. Mereka
menggunakan kapal-kapal besar dan merupakan pengeksport utama ikan herring. Ikan herring berkualiti
tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Nelayan perlu berada di laut selama 8 minggu. Ikan
yang diperoleh para nelayan akan digaramkan supaya tahan sebelum sampai ke pelabuhan. Industri
perikanan Belanda mengalahkan Jerman apabila berjaya merebut pasaran di Baltik.

10
Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri berasaskan pertanian. Tanaman ladang seperti
bunga hop, mader, hem, dan biji kol telah membawa kepada kemunculan pelbagai industri di Belanda.
Industri tekstil berpusat di Flanders dan Brabant. Masyarakat desa mengeluarkan kain yang berasaskan
kain bulu dan linen. Pada abad ke-17, masyarakat desa di Leiden memberi tumpuan kepada industri
tekstil berasaskan woolen, camlets, says dan fustians. Industri tekstil semakin berkembang kerana
pemasaran kain ke Eropah dan Mediterranean. Penanaman bunga hop secara meluas membawa kepada
kewujudan industri menghasilkan minuman keras. Sehingga tahun 1621, terdapat lebih kurang 21
industri minuman keras di sekitar Amsterdam dan Rotterdam. Industri keju dan mentega pula
berkembang kesan daripada penternakan lembu tenusu secara meluas di Bandar Leiden dan Delfland.
Masyarakat agraria di Belanda juga terlibat dalam industri perkapalan berikutan penanaman dan
pengeluaran hem yang berkualiti. Kapal Belanda dikatakan kapal yang terkenal dan terbaik di Eropah.
Kapal yang dibina adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan muatan yang banyak.
Buktinya, sebanyak 2500 buah kapal Belanda telah digunakan pada abad ke-17. Pedagang England,
Perancis dan Sepanyol turut menggunakan kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal telah
meningkatkan sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal Belanda turut membawa barangan
pertanian dan galian ke Eropah. Kesannya, sehingga abad ke-17, Belanda telah berjaya menguasai
perdagangan Eropah.

Kesimpulannya, ekonomi Belanda mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-17. Belanda muncul
sebagai negara pengeluar hasil pertanian dan penternakan yang terbesar di Eropah. Namun, pada awal
abad ke-18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan
daripada negara-negara Eropah yang lain khususnya England.

Soalan perbincangan: Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Belanda mencapai kemajuan dalam
bidang pertanian pada abad ke 16-17.

Soalan 8: Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria Belanda dalam teknologi pertanian
pada abad ke-16 dan 17M.

Masyarakat agraria didefinisikan sebagai masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi


berasaskan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Menjelang abad ke-16 dan 17, Belanda
mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian. Penggunaan kaedah dan teknologi yang
lebih maju menyebabkan berlakunya Revolusi Pertanian seterusnya melahirkan masyarakat agraria di
Belanda. Tegasnya, terdapat beberapa kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat agraria Belanda
dalam teknologi pertanian pada abad ke-16 dan 17M.

Salah satu kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat agraria Belanda dalam teknologi pertanian
ialah mereka memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dalam sistem penggiliran yang diamalkan di

11
Belanda, penanaman secara intensif telah dijalankan. Antara tanaman utama ialah kacang tanah, ubi-
ubian, jagung dan bijirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber makanan utama masyarakat
Belanda. Sistem penggiliran tanaman diamalkan secara meluas di wilayah Waes. Kaedah ini akan
mengembalikan kesuburan tanah dan  meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.

Kemajuan lain yang dicapai oleh masyarakat agraria Belanda ialah mereka memperkenalkan sistem
penanaman dengan membuat batas. Melalui sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi
memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Bagi memelihara kesuburan tanah, kedudukan batas diubah
setiap tahun. Sistem penanaman di atas batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran
diperkenalkan. Sistem deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan
tembakau.

Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mencapai kemajuan dalam kaedah memelihara
kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan pemugaran tanah
pertanian, menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman perosak. Petani-petani
menggunakan baja asli daripada najis ternakan yang diperoleh dari kawasan-kawasan penternakan
lembu. Kaedah penggiliran tanaman juga dapat menjaga kesuburan tanah.

Di samping itu, kemajuan masyarakat agraria juga terbukti dengan penciptaan peralatan pertanian.
Antara peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baru iaitu mencipta tenggala beroda dan
mesin untuk menampi bijirin. Penciptaan dan penggunaan pelbagai jenis alatan dapat meningkatkan hasil
pertanian.

Aktiviti menebus guna tanah juga mencermin kemajuan masyarakat agraria Belanda. Tanah
pertanian di Belanda berada di bawah paras laut yang menyebabkan banyak tanah pertanian yang subur
di persisiran pantai sering ditenggelami air laut. Sekitar tahun 1545, masyarakat agraria Belanda giat
menjalankan usaha penambakan tanah laut bagi menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.
Antara tahun 1600 hingga 1680, tanah yang ditebus guna di wilayah Zeeland meningkat kepada 127 000
hektar.

Selain itu, kemajuan masyarakat agraria di Belanda juga diperlihatkan melalui kemahiran tinggi
dalam pembinaan sistem pengairan. Petani Belanda mahir membina terusan, kolam takungan air dan tali
air untuk tujuan mengairi kawasan pertanian. Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluas dan diusahakan secara intensif. Petani Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan
air yang berlebihan di kawasan rendah ke kawasan pertanian yang lebih tinggi. Penggunaan kincir angin
juga dapat mengatasi masalah banjir di kawasan tanah rendah.

Kesimpulannya, kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang


pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M. Keadaan ini
membolehkan Belanda mengeluarkan bekalan bijirin yang mencukupi untuk penduduknya.

Soalan perbincangan:
Huraikan sumbangan masyarakat agraria Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke-16 dan
17M.

12
Soalan 9: Masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan 17 Masihi memiliki ciri-ciri tersendiri.
Bincangkan. @

Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke 16 dan 17

Masyarakat agraria ialah masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian.
Menjelang abad ke-16 dan 17M, sistem ekonomi feudal diamalkan secara meluas di China. Namun,
perkembangan ekonomi kapitalis menyebabkan sebilangan kecil masyarakat terlibat dalam
penanaman tanaman komersial. Sehubungan itu, perkembangan pesat dalam bidang pertanian
menyebabkan muncul masyarakat agraria di China. Terdapat pelbagai ciri masyarakat agraria di China
pada abad ke-16 dan 17 M.

Salah satu ciri masyarakat agraria di China ialah mereka menjalankan kegiatan pertanian sebagai
aktiviti ekonomi utama. Tanaman utama mereka ialah padi sawah. Penanaman padi banyak
dijalankan di kawasan lembah sungai Yangzte dan Sungai Kuning. Tanaman lain yang diusahakan ialah
seperti oat, barli dan gandum. Gandum merupakan tanaman makanan utama masyarakat di utara
China. Antara kawasan penanaman gandum ialah di wilayah Shangtung dan Shensi. Selain itu, tanaman
komersial seperti teh, tebu dan tembakau turut diusahakan berikutan perkembangan dalam sistem
ekonomi kapitalisme.

Selain itu, ciri masyarakat agraria China yang seterusnya dapat dilihat dari segi petempatan.
Mereka membina petempatan di kawasan lembangan sungai. Kawasan lembah sungai yang menjadi
menjadi tumpuan ialah seperti Lembah Sungai Yang Tze dan Sungai Kuning. Kawasan ini mempunyai
mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk pertanian. Selain itu, mereka juga mendirikan
petempatan di kawasan tanah pamah. Kawasan tersebut menjadi tumpuan kerana permukaan yang
rata serta subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian selain terdapat sistem saliran.

Ciri seterusnya adalah masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi
pengairan. Mereka membina terusan untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan
banjir. Mereka juga menggunakan pam untuk mengepam air. Empangan juga turut dibina untuk
membekalkan air ke kawasan pertanian.

Ciri lain adalah masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran untuk menjaga kesuburan
tanah. Mereka mengamalkan sistem tanaman bergilir. Selain itu, mereka juga menggunakan baja
daripada najis binatang. Kesannya, kesuburan tanah dapat meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Di samping itu, masyarakat agraria China juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
Peralatan baharu dicipta untuk meningkatkan hasil pertanian. Misalnya seperti tenggala penabur
benih, penyisir tanah dan kolar kuda. Selain itu, masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah
baharu dalam pertanian seperti sistem tanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan
dalam pertanian. Mereka juga membina teres di lereng bukit untuk menanam padi. Pengenalan
teknologi menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif dan meluas.

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China telah mencapai kemajuan dalam kaedah dan
teknologi pertanian. Perkembangan ini menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
`

Soalan:

Faktor perkembangan masyarakat/ perkembangan kegiatan pertanian

1. Sistem pengairan
2. Kesuburan tanah
13
3. Teknologi pertanian

1.3 MASYARAKAT MARITIM


Soalan 10: Huraikan ciri-ciri masyarakat Maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga ke-17 M.
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan
laut. Masyarakat maritim memberi tumpuan utama terhadap kegiatan perdagangan, perikanan dan
pengumpulan hasil laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal
telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah. Perkembangan ini menyebabkan muncul
masyarakat maritim di Portugal yang terdiri daripada pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang. Tegasnya,
terdapat beberapa ciri masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 dan 17 M.
Salah satu ciri masyarakat maritim Portugal ialah mereka menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan laut. Mereka menjalankan kegiatan perdagangan sebagai ekonomi utama. Kegiatan
perdagangan dijalankan di pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Mereka juga melancarkan ekspedisi ke Timur
untuk menguasai perdagangan rempah. Pedagang Portugal berjaya memperoleh barang dagangan
seperti rempah ratus, sutera dan batu permata. Mereka turut membawa hasil hutan dan bahan
pencelup dari Brazil. Selain berdagang, masyarakat maritim Portugal juga terlibat dalam aktiviti
menangkap ikan dan mengumpul hasil laut serta berkemahiran dalam membina kapal. Tegasnya,
kegiatan ekonomi masyarakat maritim bergantung sepenuhnya kepada laut.
Selain itu, ciri masyarakat maritim Portugal ialah mereka mendirikan petempatan berhampiran laut.
Mereka lazimnya tinggal di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Petempatan dibina
berhampiran laut kerana kehidupan mereka yang bergantung dengan laut. Hal ini akan memudahkan
mereka menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat
maritim juga tinggal berhampiran pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp yang terletak di muara sungai.
Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.
Jelaslah bahawa petempatan masyarakat maritim dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi mereka yang
berasaskan laut.
Ciri seterusnya ialah masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam teknologi
perkapalan. Masyarakat maritm Portugal mahir membina kapal dan perahu. Sebagai contoh, masyarakat
maritim di Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal orang
Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk
perjalanan di Lautan Atlantik serta melalui jarak yang jauh.
Seterusnya, ciri masyarakat maritim Portugal ialah mereka mahir dalam teknologi pelayaran. Bagi
menggalakkan kegiatan pelayaran, Putera Henry telah membina sekolah pelayaran di Sagres bagi
melatih ahli pelayaran dan jurumudi. Sekolah ini juga terlibat dalam penciptaan pelbagai jenis peralatan
pelayaran seperti kompas magnetik, carta pelayaran dan astrolab. Penggunaan peralatan ini
membolehkan pelayar-pelayar Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur. Misalnya, kompas magnetik
membantu masyarakat maritim Portugal dalam menentukan arah pelayaran, manakala astrolab
digunakan untuk menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah laut. Tegasnya, sekolah
pelayaran di Sagres membolehkan masyarakat maritim Portugal terdedah dengan pelbagai ilmu nautika
seterusnya berjaya menguasai laluan laut.
Ciri masyarakat maritim Portugal yang seterusnya ialah mereka merupakan masyarakat yang
memiliki semangat keterbukaan. Mereka sanggup belayar ke kawasan baharu dan menjalinkan
hubungan dengan masyarakat tempatan. Hubungan dengan masyarakat tempatan membolehkan
berlaku pemindahan idea dan teknologi. Misalnya, mereka mempelajari idea dan teknologi dari orang
Arab dan Cina. Sebagai contoh, penggunaan astrolab hasil ciptaan orang Arab membenarkan seorang
kapten kapal mengagak kedudukan kapal mereka dari garisan Khatulistiwa. Teknologi kompas yang
diambil daripada orang Cina pula menjadi petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke
barat.
Ciri masyarakat maritim Portugal juga memperlihatkan bahawa mereka mempunyai semangat ingin
tahu yang kuat. Semangat ini menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah
14
masyarakat lain. Sebagai contoh, pelayar Portugal telah belayar untuk mencari Prestor John, iaitu raja
yang kononnya memerintah sebuah kerajaan Islam di Afrika. Mereka mahu mendapatkan bantuan
Prestor John bagi menguasai kerajaan Islam di Maghribi. Semangat ingin tahu juga mendorong mereka
menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu tempat. Jelaslah, semangat
ingin tahu telah mendorong masyarakat maritim Portugal untuk melakukan penjelajahan dan
penerokaan.
Kesimpulannya, kejayaan ekspedisi ke Timur membolehkan masyarakat Portugal menguasai laluan
perdagangan dan mengasaskan tanah jajahan di Timur. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul
sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 dan 17.

Soalan 11 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan Portugal sebagai sebuah kuasa
maritim pada abad ke-15 dan 16 M.

Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan
laut. Masyarakat maritim memberi tumpuan utama terhadap kegiatan perdagangan, perikanan dan
pengumpulan hasil laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal
telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah. Perkembangan ini menyebabkan muncul
masyarakat maritim di Portugal yang terdiri daripada pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang. Tegasnya,
terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

Salah satu faktor yang mendorong Portugal muncul sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 dan 17
ialah Portugal mempunyai lokasi yang strategik. Kedudukan Portugal berhampiran laut menggalakkan
kegiatan maritim. Dari segi geografi, hampir separuh daripada negara Portugal dikelilingi laut.
Kedudukan negara Portugal terletak di sebuah tanjung yang dikenali sebagai Tanjung Iberia. Negara
Portugal juga menghadap dua laut utama iaitu Laut Mediterranean dan Laut Atlantik. Keadaan laut yang
dalam, pantai yang panjang dan terlindung amat sesuai untuk kapal besar berlabuh. Lisbon dan Antwerp
merupakan pelabuhan penting di Portugal. Tegasnya, kedudukan geografi yang strategik menjadi asas
kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang terunggul pada ketika itu.

Selain itu, kemunculan portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke 16 dan 17 juga didorong oleh
faktor politik yang stabil. Keadaan politik yang stabil menyebabkan raja-raja dari Dinasti Avis memberi
tumpuan kepada kegiatan maritim. Pada masa yang sama, Portugal juga tidak menghadapi persaingan
daripada negara-negara Eropah lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan England kerana masalah
dalam dan luar negara. Keadaan ini memberi peluang kepada Portugal muncul sebagai negara
maritim yang terunggul pada ketika itu.

Selain itu, peranan Putera Henry juga merupakan salah satu faktor yang mendorong kemunculan
masyarakat maritim di Portugal. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan
Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah. Putera Henry bersungguh-sungguh
mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini
beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara
untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah melahirkan ramai kelasi
atau pelayar Portugal yang telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat
benua Afrika.

Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim ialah kemahiran
dalam ilmu perkapalan dan pelayaran. Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemampuan
membuat perahu dan kapal layar. Mereka mahir membina kapal jenis Caravel yang mempunyai dasar
yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik serta
melalui jarak yang jauh. Penciptaan kompas magnetik, carta pelayaran dan astrolab memudahkan
pelayaran. Kemahiran dalam ilmu perkapalan dan pelayaran menggalakkan ekspedisi ke Timur. Sebagai
15
contoh, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka pada tahun 1511 dan ini
membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang
Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Jelaslah bahawa kemahiran
dalam ilmu perkapalan dan pelayaran telah mendorong Portugal muncul sebagai kuasa maritim.

Kesimpulannya, Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Portugal berjaya menjadi perintis
dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa
tersebut.

Soalan 12 : Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17.

Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


kelautan. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 lagi.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar Portugal
melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan. Tegasnya, pada
abad ke-16 dan ke-17, masyarakat maritim di Portugal telah memberi sumbangan dalam pelbagai
bidang.

1. Masyarakat maritim di Portugal memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat dikesan sejak awal
abad ke-15. Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menawan pantai barat Afrika.
Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan Madeira dan Azores.
Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika antara tahun 1482-1484. Pada tahun
1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung
Harapan. Pada masa yang sama, Sepanyol juga amat aktif dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Keadaan ini menimbulkan persaingan dan membawa kepada Perjanjian Tordesillas pada tahun
1494. Vasco da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan serta
180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar
sepanjang pantai hingga ke Malindi. Dari Malindi, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dengan
bantuan Ibn Majid dan sampai di Calicut, India pada tahun 1498. Kejayaan Vasco da Gama meletakkan
asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke Asia Tenggara, China, dan Jepun.

2. Selain itu, masyarakat maritim Portugal juga memberi sumbangan dalam bidang perdagangan.

Penglibatan masyarakat maritim Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat dikesan sejak awal
abad ke-15. Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam
perdagangan hamba yang amat menguntungkan. Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai
rangkaian pelabuhan yang menganjur dari Kepulauan Madeira hingga Cape Verda.

  Kejayaan Vasco da Gama sampai ke timur memberi dorongan kepada pelayar Portugal melancarkan
ekspedisi perdagangan ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar ke Timur untuk mendapatkan barang
dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera, dan batu permata.

  Pedagang-pedagang Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Pulau Jawa,
dan Kepulauan Rempah. Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai laluan
perdagangan ke Timur. Selain itu, beliau berhasrat untuk menghapuskan monopoli perdagangan rempah
oleh saudagar Islam. Menjelang tahun 1505, Alfonso de Albuquerque mengatur gerakan menguasai jalan
perdagangan ke Asia Tenggara.

16
  Selepas menguasai Kepulauan Rempah, Portugal mengasaskan pusat perdagangan di Canton pada
tahun 1517. Pada tahun 1542, pedagang-pedagang Portugal berjaya mengasaskan pusat perdagangan di
Jepun. Portugal juga menubuhkan pangkalan perdagangan di Afrika khususnya di Mozambique pada
tahun 1520. Pangkalan perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat persinggahan bagi kapal
dagang yang dalam pelayaran dari Eropah ke Asia.

  Selepas berjaya menubuhkan pusat perdagangan, Portugal memeterai perjanjian perdagangan dengan
raja-raja tempatan. Melalui perjanjian ini, saudagar lain tidak dibenarkan berdagang di pelabuhan
tersebut kecuali dengan lesen yang dikeluarkan oleh Portugal. Perkembangan ini menyebabkan orang
Portugal berjaya menguasai laluan perdagangan ke Timur. Ini meletakkan asas bagi orang Portugal
menguasai perdagangan rempah daripada Saudagar Islam. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh
oleh Portugal menyebabkan kuasa Barat yang lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke
Timur.

3.      Masyarakat maritim Portugal juga memberi sumbangan dalam penguasaan tanah dan wilayah.

  Masyarakat maritim d Portugal juga melibatkan diri dalam penguasaan tanah jajahan bermula sejak
abad ke-15 Masihi.  Pada tahun 1415, orang Portugal berjaya menawan Ceuta yang terletak di Maghribi
daripada orang Islam. Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah pelayaran
yang diasaskan oleh Putera Henry berjaya menakluki Kepulauan Madeira. Pada tahun 1427, orang
Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar sepanjang pantai ke selatan benua Afrika.
Pada tahun 1503, Portugal berjaya menguasai Cochin yang terletak di pantai barat India dan seterusnya
dijadikan sebagai ibu pejabat, pentadbiran Portugal di Timur.

  Pada tahun 1508, angkatan tentera Portugal berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir di Diu.
Peristiwa ini meletakkan asas bagi Portugal untuk meneruskan penguasaan mereka terhadap dunia di
Timur. Pada 11 September 1508, angkatan tentera Portugal yang diketuai oleh Lopez de Sequira tiba d
Melaka. Angkatan ini berundur dari Melaka setelah mengetahui rancangan Melaka yang berhasrat
menyerang mereka atas hasutan pedagang Gujerat.

  Pada tahun 1510, angkatan tentera Portugal berjaya menguasai Goa di India. Selepas itu, Portugal
mengatur gerakan untuk menguasai laluan perdagangan di Asia Tenggara. Pada tahun 1511, Portugal
menguasai Melaka dan seterusnya usaha dilakukan untuk menguasai Kepulauan Maluku. Selepas
menguasai kepulauan rempah, Portugal mendapatkan tanah jajahan di Macau pada tahun 1517.

  Portugal mengukuhkan kedudukannya dengan menguasai tanah jajahan di Amerika Syarikat khususnya
di Brazil. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa Barat yang paling aktif dalam
kegiatan penjajahan pada abad ke-16.

4.       Masyarakat maritim di Portugal turut menyumbang dari segi perkapalan.

 Masyarakat maritim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang perkapalan. Mereka
mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta kemajuan dalam teknologi perkapalan. Mereka
mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal yang mampu belayar di lautan luas. Sebagai contoh
mereka memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Antara peralatan baharu yang
dicipta oleh mereka ialah carta pelayaran, kompas dan astrolab. Mereka juga memiliki peta-peta yang
lengkap bagi memudahkan kegiatan penerokaan dan penjelajahan.

 Institusi pelayaran: Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat Eropah yang pertama
mendirikan sekolah pelayaran yang didirikan oleh Henry the Navigator di Sagres yang ditubuhkan untuk
memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar Portugal. Sekolah ini memberi galakan dan dorongan

17
kepada pelayar-pelayar melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Pelayar yang
mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan Madeira, Azores dan belayar sepanjang
pantai selatan benua Afrika.

5.       Masyarakat maritim di Portugal juga memberi sumbangan dalam penyebaran agama Kristian.

   Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur. Mubaligh Kristian
telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk di tanah jajahan. Umpamanya penduduk
Portugal dan mubaligh Kristian datang beramai-ramai ke Brazil dan menetap di petempatan baharu
seperti di Sao Paolo, Pernambuco, dan Bahia.

Kesimpulannya, Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda
dan Inggeris. Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi , kestabilan politik ,
perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, kejayaan ekspedisi ke Timur membolehkan masyarakat Portugal menguasai laluan


perdagangan dan mengasaskan tanah jajahan di Timur. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul
sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 dan 17.

Soalan 13:
Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi.

Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


kelautan. Aktiviti ekonomi utama masyarakat maritim adalah perdagangan, serta aktiviti berkaitan hal
ehwal kelautan seperti perikanan, mengumpul hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dpat dikesan sejak abad ke-3M. Pada abad ke-16 dan 17,
Jepun telah muncul sebagai kuasa maritim terulung di Timur kerana penglibatan yang aktif dalam
aktiviti kelautan. Terdapat beberapa ciri masyarakat Maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17.
Salah satu ciri masyarakat maritim Jepun ialah mereka menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan
laut. Kegiatan perdagangan merupakan ekonomi utama. Pada zaman Hideiyoshi, pedagang-pedagang
Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan negara-negara Asia Tenggara. Pedagang
Jepun mengeksport barangan seperti tembaga, berlian dan perak. Antara barangan yang diimport pula
ialah sutera dan tembikar dari China. Pemerintahan Tokugawa Ieyasu pula mengamalkan dasar lebih
terbuka apabila beliau menggalakkan pedagang Sepanyol, Belanda dan Inggeris datang berdagang di
Jepun. Selain perdagangan, masyarakat maritim Jepun juga menjalankan pelbagai aktiviti kelautan lain
seperti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Hasil tangkapan yang utama ialah ikan salmon.
Mereka juga terlibat dalam penangkapan ikan paus dan anjing laut serta pengutipan mutiara. Di samping
itu, masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti pembinaan kapal, tongkang dan perahu.
Ciri masyarakat maritim Jepun yang seterusnya ialah mereka mendirikan petempatan di
kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Pulau-pulau utama yang menjadi tumpuan ialah seperti
Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Ryukyu. Oleh sebab bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-
ganang, maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai. Kedudukan berhampiran dengan laut
memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap ikan, dan mengutip hasil laut. Selain
itu, masyarakat maritim juga tinggal di bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara
pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan
Shimoda. Masyarakat maritim yang menetap di bandar pelabuhan menjalankan ekonomi seperti
membina dan membaiki kapal, memunggah, mengangkut dan mengisi muatan dalam kapal. Masyarakat
maritim juga membina petempatan di kawasan perkampungan nelayan seperti di Yokohama dan Sendai.
Di kawasan tersebut, penduduk terlibat dalam kegiatan menangkap ikan, memburu ikan paus dan
mengutip mutiara.

18
Selain itu, ciri seterusnya memperlihatkan bahawa masyarakat maritim Jepun memiliki kepakaran
dalam bidang perkapalan. Masyarakat Jepun membina kapal layar, tongkang dan perahu. Misalnya,
kapal layar Shuinsen dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan mampu belayar di lautan luas dalam
pelayaran jarak jauh. Kapal tersebut sering digunakan untuk berdagang ke Asia Tenggara. Masyarakat
maritim turut membina kapal untuk perdagangan dalam negara iaitu dari Osaka ke Edo. Misalnya, Kapal
Higaki-kaisen merupakan kapal kargo yang mampu mengangkut muatan seberat 1000 koku. Teknologi
perkapalan semakin maju apabila pemerintah Jepun membawa masuk teknologi perkapalan dari
Portugal dan Sepanyol.
Di samping itu, ciri masyarakat maritim Jepun ialah mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas dalam teknologi pelayaran. Teknologi pelayaran dipelajari daripada kuasa-kuasa barat seperti
Portugal, Sepanyol, British dan Belanda. Contohnya, masyarakat Jepun mempelajari ilmu nautika dan
kartografi daripada pedagang Portugal. Masyarakat maritim Jepun juga mahir menggunakan kompas
untuk membantu mereka belayar ke pelabuhan penting di Asia Timur dan Asia Tenggara. Ilmu
pengetahuan dalam ilmu pelayaran turut membolehkan masyarakat maritim belayar sehingga ke Amerika
Selatan.
Ciri lain bagi masyarakat maritim Jepun ialah mereka mengamalkan dasar terbuka. Mereka
menjalinkan hubungan baik dengan kuasa–kuasa Barat. Mereka juga sanggup meneroka kawasan-
kawasan baharu dan menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat tempatan. Perhubungan tersebut
menguntungkan apabila berlaku pemindahan idea dan teknologi ke Jepun. Contohnya, pada zaman
Ieyasu, Jepun mendapat bantuan teknikal dalam bidang teknologi pelayaran dan perkapalan. Mereka
juga mempelajari teknik perang dan penggunaan senjata api untuk tujuan keselamatan sewaktu belayar
ke seberang laut. Hubungan perdagangan dengan kuasa barat juga menyebabkan pengaliran masuk wang
tembaga ke Jepun sekali gus membantu perkembangan ekonomi negara Jepun
Kesimpulannya, perkembangan perdagangan pada abad ke-16 dan awal abad ke-17 telah
menyebabkan Jepun muncul sebagai kuasa maritim terulung di Timur. Namun, pada tahun 1630-an
kepesatan perdagangan di Jepun berakhir secara mendadak apabila pemerintahan Tokugawa
mengambil keputusan mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar. Perdagangan dengan negara luar
diharamkan dan semua pedagang asing diusir keluar dari Jepun. Hal ini menyaksikan bahawa pada
pertengahan abad ke-17 Jepun mula mengamalkan dasar tutup pintu.

Soalan 14: Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan 17.

Latihan : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa maritim
pada abad ke-16 dan 17 M.

Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


kelautan. Aktiviti ekonomi utama masyarakat maritim adalah perdagangan, serta aktiviti berkaitan hal
ehwal kelautan seperti perikanan, mengumpul hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3M. Menjelang abad ke-16, Jepun
mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut.
Penglibatan aktif dalam aktiviti perdagangan menyebabkan Jepun muncul sebagai kuasa maritim terulung
di Timur menjelang abad ke-16 dan 17. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan
masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17.
Salah satu faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim Jepun ialah kedudukan
geografinya. Negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut. Oleh sebab bentuk muka
bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut. Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
19
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Jepun ialah
perkembangan perdagangan. Menjelang abad ke-16 dan 17, Pedagang Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara China, Korea dan negara-negara Asia Tenggara. Sebagai contoh, pedagang
Jepun mengeksport barangan seperti tembaga, berlian dan Perak. Sebaliknya, Jepun mengimport
barangan seperti sutera dan tembikar dari China. Hubungan perdagangan juga terjalin dengan pedagang-
pedagang asing dari Portugal, Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Tuntasnya, kedatangan pedagang asing ini
menggiatkan aktiviti perdagangan sekali gus menyebabkan muncul masyarakat maritim.
Seterusnya, kemunculan pelabuhan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong
kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan
entrepot. Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Hiroshima, Nagasaki, dan
Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang  luar negara. Menjelang
pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran mereka
mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan merangsang
pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim Jepun ialah kemajuan
dalam teknologi pelayaran dan perkapalan. Pedagang Jepun mempunyai kemahiran dalam ilmu
pelayaran seperti ilmu nautika, dan kartografi. Mereka menerima ilmu pelayaran dari pedagang Portugis.
Mereka juga mahir menggunakan kompas untuk membantu mereka belayar ke pelabuhan penting di Asia
Timur dan Asia Tenggara. Masyarakat maritim Jepun juga mahir membina kapal layar untuk pelayaran
jarak jauh yang dikenali sebagai Shuinsen. Terdapat juga kapal untuk perdagangan di dalam negara
misalnya kapal Higaki-kaisen yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo. Pengetahuan tinggi dalam
ilmu pelayaran dan perkapalan menyebabkan masyarakat maritim Jepun berjaya menjalankan ekspedisi
ke seberang laut. Tegasnya, penglibatan aktif dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan ke seberang
laut mendorong munculnya masyarakat maritim di Jepun.
Selain itu, faktor lain yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Jepun ialah galakan
pemerintah. Hideyoshi menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Beliau mengawal
segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki. Shogun Tokugawa turut memberi galakan kepada
rakyat untuk melibatkan diri dalam perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar
perdagangan Shuinsen diperkenalkan. Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan
bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim. Abad ke-17, banyak kapal dagang Shuinsen
terlibat dalam perdagangan dengan Vietnam. Hal ini semakin merancakkan kegiatan maritim di Jepun
yang seterusnya melahirkan masyarakat maritim.
Kesimpulannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan kepesatan
kegiatan perdagangan sekali gus menyebabkan Jepun muncul sebagai kuasa maritim yang unggul di
Timur. Namun, pada pertengahan abad ke-17, kepesatan perdagangan di Jepun berakhir secara
mendadak apabila pemerintahan Tokugawa mengambil keputusan mengamalkan dasar tutup pintu
dengan mengharamkan perdagangan dengan negara luar.

20
Soalan 15 : Huraikan sumbangan masyarakat Maritim di Jepun pada abad ke-16 dan 17.
**KESAN perkembangan kegiatan maritim

Masyarakat Maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan.
Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau bandar
pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pada abad ke-16, kegiatan maritim di Jepun berkembangan
pesat menjadikan Jepun muncul sebagai kuasa terulung di Timur. Perkembangan ini telah membawa
pelbagai kesan terhadap masyarakat di Jepun.

Perkembangan kegiatan maritim membawa kepada penggunaan mata wang. Mata wang
digunakan secara meluas sejak abad ke-15 menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai cara
berjual beli di Jepun. Perkembangan perdagangan dengan Portugis, Sepanyol, British dan Belanda pada
abad ke-16 dan ke-17 semakin menggalakkan penggunaan wang perak. Pada zaman Hideyoshi, mata
wang emas, perak dan tembaga digunakan sebagai pertukaran dalam urusan perdagangan. Keadaan ini
sekaligus membawa kepada perkembangan industri perlombongan emas, perak dan tembaga. Pada
zaman Tokugawa, kilang wang telah didirikan di Nagasaki. Perkembangan ekonomi wang telah
mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara.

Selain itu, perkembangan pesat dalam kegiatan maritim juga membawa kepada perkembangan
bandar di Jepun. Pasar-pasar kecil seperti Hakata dan Sakai berkembang menjadi pusat perdagangandan
perindustrian. Bandaraya Kyoto yang merupakan Ibu kota diraja kuno telah berkembang menjadi pusat
utama pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandaraya terbesar di Jepun. Osaka pula
menjadi bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan dikuasai oleh pedagang tempatan. Edo
muncul sebagai bandar baru yang turut menjadi pusat pengimport barangan dari Asia Tenggara dan
China. Bandar Seto pula muncul sebagai pusat pengeluaran barangan tembikar. Pertumbuhan bandar
baharu telah membawa kepada penghijrahan masyarakat desa, sekaligus telah mengubah gaya hidup
mereka.

Kemajuan ekonomi yang dicapai oleh masyarakat maritim telah mewujudkan pengkhususan
pekerjaan di Jepun. Perkembangan ini membawa kepada peningkatan golongan tukang, pelombong,
saudagar, dan buruh dalam perindustrian. Golongan tukang terkenal dalam penghasilan barangan logam,
tembikar dan porselin yang halus dan cantik. Teknik pembuatan kesenian tembikar diajar oleh pembuat
tembikar Korea yang dibawa masuk oleh tentera Hideyoshi. Bandar Seto menjadi pusat pengeluaran
barangan tembikar. Selain itu, industri tekstil juga berkembang apabila bandar Kinai dan Fukushima
muncul sebagai pusat industri kain kapas dan tenunan sutera. Kepesatan aktiviti perdagangan juga
membawa kepada kemunculan golongan saudagar. Mereka hidup mewah dan berperanan sebagai
peminjam wang kepada golongan samurai. Penggunaan mata wang logam pula membawa kepada
kemunculan golongan pelombong.

Perkembangan pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul pertubuhan persatuan


kewangan di Jepun. Masyarakat maritim telah menubuhkan Persatuan Kewangan dan Perdagangan (Za)
bagi menjaga kepentingan dan kebajikan mereka. Persatuan tersebut dikenali sebagai Mujinko. Selain
itu, pusat-pusat pertukaran wang juga diwujudkan di pusat-pusat bandar. Pedagang-pedagang asing turut
menubuhkan persatuan perdagangan mereka bagi menjaga kepentingan perdagangan dan kebajikan
mereka di Jepun. Sebagai contoh, orang Belanda menubuhkan persatuan perdagangan atau guild di
Khusyu pada tahun 1609.

21
Seterusnya, perkembangan pesat ekonomi perdagangan telah membawa perubahan dalam
kehidupan masyarakat di Jepun. Aktiviti maritim yang melibatkan perhubungan dengan orang Barat telah
membawa kepada penyebaran pengaruh kebudayaan barat di Jepun. Mubaligh Kristian bebas bergerak
untuk menjalankan kegiatan keagamaan, mendirikan gereja dan sekolah. Penggunaan perkataan asing
mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata bahasa Jepun. Pengaruh kebudayaan luar
telah mengubah gaya hidup tradisi masyarakat Jepun. Mereka mula menerima pemodenan barat dari
segi cara berpakaian dan makanan. Misalnya, mereka mula menggunakan barangan barat seperti
tembakau, jam, cermin mata, seluar panjang dan topi.

Kesimpulannya, perkembangan kegiatan maritim di Jepun telah membawa banyak perubahan


terhadap masyarakat Jepun. Kerancakan kegiatan perdagangan berjaya mengembangkan ekonomi
Jepun. Namun, abad ke-17 menyaksikan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan
Barat dijalankan secara terhad. Sehubungan itu, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun
juga dilarang ke luar negara.

1.4 MASYARAKAT INDUSTRI


Soalan 16: Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang muncul di England pada abad ke-18 dan 19 M.

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan proses kimia. Kemunculan masyarakat industri di England bermula selepas
tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Kemunculan masyarakat industri memainkan
peranan dalam kebangkitan England sebagai negara industri di dunia. Tegasnya, terdapat beberapa ciri
masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19 M.
Salah satu ciri masyarakat industri di England ialah mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi
berasaskan perindustrian. Mereka memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan secara besar-
besaran. Sektor perindustrian menjadi sumber pekerjaan dan punca pendapatan utama masyarakat.
Mereka mahir mengendalikan mesin untuk digunakan dalam proses pengeluaran barangan secara
berskala besar. Hasil pengeluaran akan dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sebagai
contoh, perusahaan tekstil merupakan industri terkenal dan tertua di England. Kilang kain kapas yang
pertama didirikan pada tahun 1790. Pada tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds telah
mengeluarkan barangan siap melebihi permintaan dalam pasaran tempatan seterusnya menggalakkan
masyarakat industri terlibat dalam perdagangan antarabangsa untuk memasarkan barangan siapnya.
Selain itu, ciri masyarakat industri England seterusnya ialah mereka merupakan masyarakat yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Penggunaan teknologi tinggi dalam industri
dapat memaksimumkan keuntungan serta menghasilkan pengeluaran yang banyak dan berkualiti.
Sebagai contoh, dalam industri tekstil, permintaan yang tinggi telah mendorong kepada penciptaan
mesin pemintal, Spinning Jenny oleh James Hargreaves diikuti mesin tenun yang menggunakan kuasa air
oleh Edmund Cartwright. Pada akhir abad ke-18, jentera-jentera yang dikendalikan menggunakan kuasa
wap telah digunakan secara meluas di kilang-kilang. Perindustrian besi pula telah mendorong kepada
kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang. Perlombongan arang batu semakin berkembang
ekoran penciptaan enjin berkuasa wap oleh Thomas Newcomen. Pada pertengahan abad ke-18, relau
bagas digunakan untuk melebur besi. Henry Cort pula telah menemui kaedah untuk menghasilkan besi
yang lebih kuat dengan mengasingkan kotoran daripada besi jongkong. Siemens pula berjaya menemui
kaedah menghasilkan keluli yang lebih baik.

22
Selain itu, ciri lain masyarakat industri England ialah masyarakat ini tertumpu di kawasan bandar.
Masyarakat industri tinggal di bandar-bandar perindustrian. Revolusi perindustrian telah menggalakkan
penghijrahan penduduk desa ke bandar sebagai buruh kilang atau pengusaha industri. Penghijrahan
penduduk menyumbang kepada pertambahan penduduk bandar. Antara bandar perindustrian yang
menjadi tumpuan ialah Leeds, Liverpool, Manchester, dan Lyons. Pada tahun 1851, penduduk Ireland
telah berhijrah beramai-ramai ke England sehingga membawa kepada penyatuan Ireland-England.
Tegasnya, pembukaan banyak kilang-kilang baharu di bandar telah menggalakkan penghijrahan
penduduk desa sehingga melahirkan masyarakat urban yang terlibat secara langsung dalam sektor
perindustrian.
Ciri masyarakat industri seterusnya adalah kewujudan mobiliti sosial dalam golongan masyarakat di
England. Perkembangan sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.
Tambahan pula, peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi. Hal ini menyebabkan masyarakat industri dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah yang terdiri daripada
pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam, dan jurutera.
Di samping itu, ciri masyarakat industri England ialah wujud amalan pengkhususan kerja.
Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dalam sektor
perindustrian. Pengkhususan kerja bermaksud wujudnya pembahagian tugas dalam setiap operasi
pengeluaran barangan. Hal ini bermakna, pekerja–pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada
kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran
pekerja, meningkatkan kualiti barangan dan mengurangkan kos operasi.
Satu lagi ciri yang terdapat dalam masyarakat industri England ialah kemunculan sistem kelas.
Masyarakat industri tergolong kepada kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada
pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Golongan pekerja sangat bergantung kepada
golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan terhadap
golongan pekerja. Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional
dalam masyarakat industri. Perkembangan ini menyebabkan taraf hidup dan kebajikan golongan pekerja
turut meningkat.
Kesimpulannya, kemunculan masyarakat industri di England berkait rapat dengan perkembangan
Revolusi Perindustrian. Golongan ini memainkan peranan penting dalam menjadikan England sebagai
peneraju dalam sektor perindustrian di dunia.

1.4 MASYARAKAT INDUSTRI


Soalan 17: Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang muncul di England pada abad ke-18 dan 19 M.

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan proses kimia. Kemunculan masyarakat industri di England bermula selepas
tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Kemunculan masyarakat industri memainkan
peranan dalam kebangkitan England sebagai negara industri di dunia. Tegasnya, terdapat beberapa ciri
masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19 M.
Salah satu ciri masyarakat industri di England ialah mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi
berasaskan perindustrian. Mereka memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan secara besar-
besaran. Sektor perindustrian menjadi sumber pekerjaan dan punca pendapatan utama masyarakat.
Mereka mahir mengendalikan mesin untuk digunakan dalam proses pengeluaran barangan secara
berskala besar. Hasil pengeluaran akan dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sebagai
contoh, perusahaan tekstil merupakan industri terkenal dan tertua di England. Kilang kain kapas yang
pertama didirikan pada tahun 1790. Pada tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds telah

23
mengeluarkan barangan siap melebihi permintaan dalam pasaran tempatan seterusnya menggalakkan
masyarakat industri terlibat dalam perdagangan antarabangsa untuk memasarkan barangan siapnya.
Selain itu, ciri masyarakat industri England seterusnya ialah mereka merupakan masyarakat yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Penggunaan teknologi tinggi dalam industri
dapat memaksimumkan keuntungan serta menghasilkan pengeluaran yang banyak dan berkualiti.
Sebagai contoh, dalam industri tekstil, permintaan yang tinggi telah mendorong kepada penciptaan
mesin pemintal, Spinning Jenny oleh James Hargreaves diikuti mesin tenun yang menggunakan kuasa air
oleh Edmund Cartwright. Pada akhir abad ke-18, jentera-jentera yang dikendalikan menggunakan kuasa
wap telah digunakan secara meluas di kilang-kilang. Perindustrian besi pula telah mendorong kepada
kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang. Perlombongan arang batu semakin berkembang
ekoran penciptaan enjin berkuasa wap oleh Thomas Newcomen. Pada pertengahan abad ke-18, relau
bagas digunakan untuk melebur besi. Henry Cort pula telah menemui kaedah untuk menghasilkan besi
yang lebih kuat dengan mengasingkan kotoran daripada besi jongkong. Siemens pula berjaya menemui
kaedah menghasilkan keluli yang lebih baik.
Selain itu, ciri lain masyarakat industri England ialah masyarakat ini tertumpu di kawasan bandar.
Masyarakat industri tinggal di bandar-bandar perindustrian. Revolusi perindustrian telah menggalakkan
penghijrahan penduduk desa ke bandar sebagai buruh kilang atau pengusaha industri. Penghijrahan
penduduk menyumbang kepada pertambahan penduduk bandar. Antara bandar perindustrian yang
menjadi tumpuan ialah Leeds, Liverpool, Manchester, dan Lyons. Pada tahun 1851, penduduk Ireland
telah berhijrah beramai-ramai ke England sehingga membawa kepada penyatuan Ireland-England.
Tegasnya, pembukaan banyak kilang-kilang baharu di bandar telah menggalakkan penghijrahan
penduduk desa sehingga melahirkan masyarakat urban yang terlibat secara langsung dalam sektor
perindustrian.
Ciri masyarakat industri seterusnya adalah kewujudan mobiliti sosial dalam golongan masyarakat di
England. Perkembangan sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.
Tambahan pula, peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi. Hal ini menyebabkan masyarakat industri dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah yang terdiri daripada
pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam, dan jurutera.
Di samping itu, ciri masyarakat industri England ialah wujud amalan pengkhususan kerja.
Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dalam sektor
perindustrian. Pengkhususan kerja bermaksud wujudnya pembahagian tugas dalam setiap operasi
pengeluaran barangan. Hal ini bermakna, pekerja–pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada
kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran
pekerja, meningkatkan kualiti barangan dan mengurangkan kos operasi.
Satu lagi ciri yang terdapat dalam masyarakat industri England ialah kemunculan sistem kelas.
Masyarakat industri tergolong kepada kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada
pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Golongan pekerja sangat bergantung kepada
golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan terhadap
golongan pekerja. Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional
dalam masyarakat industri. Perkembangan ini menyebabkan taraf hidup dan kebajikan golongan pekerja
turut meningkat.
Kesimpulannya, kemunculan masyarakat industri di England berkait rapat dengan perkembangan
Revolusi Perindustrian. Golongan ini memainkan peranan penting dalam menjadikan England sebagai
peneraju dalam sektor perindustrian di dunia.

24
Soalan 18: Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke-18 dan abad ke-19.

Menjelang abad ke-18 Masihi, Revolusi Perindustrian telah tercetus di England. Revolusi ini
menyebabkan England mengalami perubahan dari sebuah negara pertanian kepada negara berasaskan
perindustrian. Revolusi ini menyebabkan jentera mula digunakan secara meluas dalam sektor
perkilangan. Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran dan pertumbuhan
ekonomi yang pesat. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian
di England pada abad ke-18 dan abad ke-19

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di England ialah
perkembangan sistem ekonomi merkantilisme. Sistem ekonomi merkantilisme diamalkan secara meluas
di England pada abad ka-16 dan 17 M. Perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal
yang mencukupi untuk menggerakkan Revolusi Perindustrian. Sistem merkantilisme menekankan
pemberian latihan kemahiran untuk pekerja kerja menerusi "Dasar Apprentice.Dasar ini menyediakan
ramai tenaga pekerja yang mahir untuk berkhidmat dalam sektor perindustrian. Tuntasnya,
perkembangan sistem ekonomi merkantilisme merangsang perkembangan Revolusi Perindustrian di
England.

Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di England ialah


pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujud sumber tenaga buruh yang
mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan. Contohnya bilangan penduduk di England pada tahun
1800 adalah 9 juta orang dan meningkat kepada 32.9 juta orang pada tahun 1900. Pertambahan
penduduk yang pesat mewujudkan pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang perindustrian.
Tambahan pula, penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland membekalkan tenaga pekerja yang ramai
untuk bekerja di sektor perkilangan. Tegasnya, peningkatan jumlah penduduk membekalkan tenaga
buruh mencukupi bagi perkembangan Revolusi Perindustrian.

Faktor lain yang menggalakkan perkembangan Revolusi Perindustrian di England ialah kekayaan
bahan mentah. Terdapat sumber bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England.
Kawasan perlombongan arang batu banyak terdapat di wilayah New Castle dan Wales . Contohnya,
England muncul sebagai pengeluar arang batu dan keluli terbesar di dunia pada tahun 1860. England
mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu dan 225 000 tan metrik keluli pada tahun 1860.Tambahan
pula, penguasaan tanah jajahan menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang
perindustrian di England. Jelas ternyata, pengeluaran bahan mentah memenuhi keperluan untuk sektor
perindustrian sekali gus menggalakkan pertumbuhan Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Revolusi Perindustrian juga didorong oleh faktor kemajuan dalam sistem
pengangkutan. Kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh
negara. Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti keretapi dan
kapal laut. Rekaan gerabak berkuasa wap menyebabkan lebih banyak barangan dan pekerja dapat
diangkut. Tuntasnya, perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan merangsang pertumbuhan
Revolusi Perindustrian.

Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di England ialah


kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi
menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui. Penciptaan mesin-mesin baru menggalakkan
perkembangan perindustrian di England. Paten diberikan kepada pencipta untuk mengelakkan orang lain
25
meniru hasil ciptaan mereka. Perkembangan ini menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baru
bagi kegunaan perindustrian. Contohnya, Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap yang
digunakan dalam perusahaan lombong arang batu pada tahun 1702. Jelas ternyata, penemuan rekaan
baru turut merangsang perkembangan Revolusi Perindustrian di England.

Seterusnya, perkembangan Revolusi Perindustrian juga didorong oleh faktor modal yang
mencukupi. Kerajaan England memiliki modal yang banyak yang dipusatkan di Bank of England.
Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi membiayai projek-
projek perindustrian.

Kesimpulannya, perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah menyebabkan berlaku


pertumbuhan ekonomi yang pesat. Hal ini turut mendorong kemunculan golongan kelas pekerja dan
golongan pertengahan. Revolusi ini juga menyebabkan England muncul sebagai sebuah negara yang
paling maju di Eropah pada abad ke-18 dan 19 Masihi.

Latihan: Sejauh manakah kemunculan ekonomi merkantilisme menjadi asas perkembangan Revolusi
Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19.

SOALAN 19: Bincangkan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan
19 M.

Revolusi perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan dan
perkhidmatan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi
Perindustrian berlaku di England pada 1760 hingga 1850. Revolusi ini telah melahirkan masyarakat yang
dikenali sebagai masyarakat industri. Terdapat beberapa/pelbagai kesan perkembangan Revolusi
Perindustrian di England pada abad ke-18 dan 19 M.

Salah satu kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan 19 M ialah
berlaku kemajuan dalam sistem pertanian. Masyarakat petani di England telah memulakan sistem tanah
berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Selain itu, sistem Tanaman Bergilir Norfolk diperkenalkan.
Tanah pertanian ditanam secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti turnip, barli,
rumput dan ubi kentang. Para petani turut mengamalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Selain itu, teknik
penanaman baharu, jentera dan penggunaan baja tiruan turut diperkenalkan. Coke of Holkham pula
memperkenalkan cara menebus guna tanah secara heavy-manuring bagi menjadikan kawasan tanah
berpasir sebagai kawasan penanaman gandum yang subur. Tegasnya, perkembangan Revolusi
Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam sistem pertanian.

Selain itu, Revolusi Perindustrian juga memberi kesan terhadap perkembangan industri. Pelbagai
industri berkembang seperti industri tekstil, industri besi dan keluli serta industri arang batu. Industri
tekstil telah berkembang pesat dan telah mendorong penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang
menggunakan kuasa air. Mesin pemintal yang menggunakan kuasa wap turut dicipta sehingga berjaya
meningkatkan pengeluaran tekstil sehingga 10 kali ganda menjelang akhir abad ke-18. Revolusi
Perindustrian menyebabkan permintaan terhadap besi dan keluli meningkat. Perkembangan ini
menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu juga meningkat kerana bekalan yang banyak
diperlukan untuk melebur bijih besi. Hal ini menggalakkan perkembangan industri arang batu. Menjelang
tahun 1860, England mengunguli negara lain dalam pengeluaran arang batu.

26
Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perkembangan dalam bidang pengangkutan. Lokomotif
dibina pada 1801 untuk menarik gerabak. Pada tahun 1802, kapal-kapal telah menggunakan enjin kuasa
wap dan dibina menggunakan keluli menggantikan besi dan kayu membolehkan lebih banyak kargo dapat
diangkut. Penggunaan batu dan minyak tar untuk menurap jalan raya menjadikan sistem pengangkutan
lebih lancar. Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang
batu Durham di Stockton dengan Darlington. Terusan Worsley pula menjadi laluan untuk membawa
arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
Di samping itu, Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perkembangan perdagangan
antarabangsa. Perdagangan antarabangsa melibatkan barangan industri seperti arang batu, tekstil, besi
dan tembaga. Perdagangan antarabangsa menyebabkan England menghasilkan pengeluaran secara
besar-besaran. Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif
import dan melaksanakan dasar perdagangan bebas.
Seterusnya, Revolusi Perindustrian turut mengubah gaya hidup masyarakat di England. Sebelum
Revolusi Perindustrian, masyarakat terikat kepada tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakan
mereka tinggal di luar bandar. Hidup mereka ringkas dan tiada usaha untuk melakukan mobiliti sosial. Ibu
bapa mempunyai hak mutlak ke atas anak-anak mereka. Selepas Revolusi Perindustrian, golongan muda
mula berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan menyebabkan hubungan kekeluargaan mula
longgar. Kehidupan di bandar menuntut hidup yang lebih berdikari. Kehidupan yang bebas telah
membawa kepada masalah sosial yang kritikal, seperti pelacuran dan jenayah.
Kesan Revolusi Perindustrian yang seterusnya ialah timbul masalah pencemaran dan kesihatan.
Pencemaran udara berlaku akibat daripada penggunaan bahan bakar seperti arang batu. Pekerja
terdedah dengan pencemaran kerana kilang dan tempat tinggal dibina di lokasi yang sama. Pencemaran
air turut berlaku mengakibatkan penyakit berjangkit seperti kolera mudah merebak. Akibat daripada
mutu kebersihan dan kesihatan yang tidak berkualiti, kadar kematian juga meningkat terutamanya dalam
kalangan penduduk miskin.
Kesimpulannya, Revolusi Perindustrian telah mencetuskan pelbagai kesan kepada masyarakat di
England dan Eropah. Revolusi yang berlaku membolehkan England muncul sebagai peneraju dalam sektor
perindustrian di dunia.

Soalan 20: Huraikan ciri-ciri masyarakat Industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan


perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan proses kimia. Kemunculan masyarakat industri di Jerman dikaitkan dengan
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Jerman pada tahun 1860 hingga 1914. Revolusi perindustrian di
Jerman berkembang apabila kerajaan Jerman memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan
kemudahan infrastruktur, pertambahan penduduk dan kekayaan sumber bahan mentah. Terdapat
pelbagai ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19.

Salah satu ciri masyarakat industri di Jerman ialah mereka menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan industri. Antara industri yang berkembang di Jerman ialah arang batu dan bijih besi, industri
tekstil, kulit, kimia dan elektrik serta industri perkapalan. Kawasan perlombongan arang batu, dan bijih
besi yang penting terletak di Saxony, Silesia dan Lorraine. Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan
sebanyak 25 juta tan arang batu. Hasil pengeluaran bijih besi juga meningkat kepada 1.5 juta tan pada
1871. Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
Menjelang 1830-an, Bandar Berlin menjadi pengeluar utama mesin-mesin yang meningkatkan industri
tekstil. Kemajuan industri kulit pula melahirkan perubahan kepada gaya hidup mewah dan bersifat
materialistik. Pada akhir abad ke-19, Jerman menjadi pengeluar barangan kulit terbesar di Eropah.
Jerman juga telah menyeragamkan ciptaan teknik dan hasilnya Jerman memimpin dunia dalam industri
kimia dan elektrik.
27
Selain itu, ciri masyarakat industri Jerman ialah mereka mempunyai pengetahuan tinggi dalam
bidang teknologi. Inovasi dalam teknologi memperlihatkan perubahan terhadap penggunaan sumber
tenaga baharu. Tenaga elektrik mula digunakan untuk mengendalikan jentera dan membekalkan cahaya
lampu dalam industri. Petroleum pula digunakan untuk menggerakkan mesin menggantikan arang batu.
Kemajuan dalam teknologi juga menyebabkan pelbagai produk baharu berjaya dicipta menggunakan
teknologi moden dan kaedah saintifik. Antaranya seperti kereta, kapal terbang dan kereta api.
Contohnya, firma Jerman di Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api di Jerman. Tegasnya,
inovasi dalam teknologi serta pelbagai ciptaan baharu berjaya meningkatkan pengeluaran industri secara
berskala besar.

Ciri masyarakat industri Jerman yang seterusnya ialah mereka terlibat dalam perdagangan
antarabangsa. Pada tahun 1870, menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan
masalah untuk mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Oleh itu, bagi mendapatkan lebih
banyak bahan mentah, Bismarck telah meluaskan tanah jajahan. Sebagai contoh, pada tahun 1884
Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman
menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Bagi meluaskan perdagangan, Jerman berusaha mendapatkan
tanah jajahan di kawasan Pasifik. Sebagai contoh, Jerman telah menguasai sebahagian New Guinea dan
membeli kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan
hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina p angkalan tentera
laut di pinggir laut China.

Di samping itu, ciri masyarakat industri Jerman ialah mereka merupakan masyarakat berpendidikan.
Jerman telah menghasilkan pelbagai ciptaan baharu yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Makmal penyelidikan terbesar ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik. Makmal tersebut dilengkapi
dengan peralatan moden dan dikendalikan oleh ahli-ahli kimia dan fizik yang berpengalaman dan terlatih
daripada beberapa institusi berkaitan bidang pertanian juga didirikan. Sekolah pertukangan dan teknikal
turut didirikan bagi mengeluarkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang industri dan telah mendapat
pengiktirafan sebagai pengeluar tenaga mahir terpenting oleh negara-negara Eropah lain.

Ciri masyarakat industri Jerman yang seterusnya ialah wujud mobiliti sosial dalam masyarakat. Taraf
hidup golongan pekerja meningkat sejajar dengan peningkatan pendapatan. Perubahan ini melahirkan
golongan baharu dalam masyarakat iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja yang menguasai teknologi dan
ilmu pengetahuan. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
seperti Alfred Krupp, Siemens dan Martin. Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang
yang bekerja di kilang-kilang seperti kilang tekstil, kimia dan elektrik. Kebajikan pekerja juga dijamin
apabila kerajaan menyediakan perlindungan insurans, kesihatan, pembayaran gaji dan kelayakan cuti.
Tegasnya, perkembangan industri telah menyebabkan berlaku mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat
Jerman.

Kesimpulannya, Revolusi Perindustrian di Jerman mendorong kemunculan dan perkembangan


masyarakat industri. Perkembangan dalam perindustrian telah membawa Jerman muncul sebagai kuasa
imperialis untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah.

28
Soalan 21 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman
pada abad 19M.

@ Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad 19
M.

Revolusi Perindustrian merujuk kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan secara besar-
besaran daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi
Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman dari 1860 hingga 1914. Ciri utama Revolusi
Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Revolusi ini juga
menyaksikan berlaku kemajuan teknologi dan pembangunan kejuruteraan manusia. Terdapat beberapa
faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 hingga 19M.

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman ialah penyatuan
Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
Penyatuan Jerman telah menyebabkan wujudnya keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian,
sistem timbangan dan perundangan. Penyatuan Jerman juga membolehkan sistem pengangkutan dan
komunikasi seperti jaringan kereta api, jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan. Perpaduan politik
yang muncul selepas penyatuan juga turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
Tegasnya, penyatuan Jerman membolehkan kerajaan pusat menjalankan dasar kebangsaan yang
komprehensif bagi membangunkan sektor perindustrian yang menjadi asas perkembangan Revolusi
Perindustrian.

Selain itu, kemajuan pertanian juga merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan
Revolusi Perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami
kemajuan dan berkembang dengan pesat. Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh
penerbitan karya mengenai teknologi pertanian. Contohnya, Albrecht Thaer telah menerbitkan karya
berjudul Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada
tahun 1789. Seterusnya, Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Kerajaan pula telah menubuhkan
sekolah pertanian dan universiti bagi menjalankan kajian dalam bidang pertanian. Sebelum Perang Dunia
Pertama, terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Antara tahun 1905
hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian. Tegasnya,
kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian turut merangsang pertumbuhan industri di Jerman.

Di samping itu, perkembangan Revolusi Perindustrian juga turut didorong oleh faktor kemajuan
dalam penyelidikan. Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman. Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di
Jerman. Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih dari universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di
makmal tersebut. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan
dan inovasi baharu. Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan
menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini telah
menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad
ke-19.

Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman ialah


penubuhan koperasi. Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di
Jerman. Institusi ini memberi bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam
perindustrian. Selain itu, kesatuan kredit ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan
29
sektor perindustrian. Sebagai contoh, Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch ditubuhkan bagi memberi
bantuan kewangan kepada penduduk bandar. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah
kesatuan kredit di seluruh Jerman.

Faktor lain yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman ialah penghapusan
sistem guild. Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam
guild selama beberapa tahun yang menjadi syarat wajib bagi melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem
ini menjadi penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1811,
kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui Peraturan 1811.
Perkembangan ini mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Di samping itu, penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar juga merupakan salah
satu faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan
Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman menetap di luar bandar. Pada tahun 1871, terdapat
lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 000 orang. Selepas penyatuan
Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan muncul bandar baharu di seluruh negara.
Bandar perusahaan muncul di Kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin. Pertumbuhan bandar baharu
dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.

Seterusnya, perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman juga didorong oleh faktor kekayaan
sumber bahan mentah. Antara sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih
besi dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr,
Lorainne, dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor
perindustrian di Jerman. Sebagai contoh, pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi
bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah lain dan pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang
batu. Tegasnya, kekayaan bahan mentah menggiatkan lagi perkembangan sektor perindustrian.

Kemajuan industri perkapalan juga merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan
Revolusi Perindustrian. Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan
Elby. Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman.
Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barangan yang diangkut turut meningkat sekali gus
merancakkan lagi perkembangan sektor perindustrian.

Kemajuan sistem pengangkutan juga merupakan faktor yang mendorong perkembangan Revolusi
Perindustrian di Jerman. Kerajaan mengambil inisiatif membangunkan perkhidmatan kereta api bagi
menggalakkan pertumbuhan industri. Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah untuk mengurangkan
kadar bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api. Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan
pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara. Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan
kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta. Tegasnya, kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan
perkembangan sektor perindustrian di Jerman.

Seterusnya, penubuhan kartel juga mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian. Persatuan


yang dikenali sebagai kartel ditubuhkan bagi menyelaraskan pengurusan industri di Jerman. Antara
matlamat utama kartel ialah mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan. Anggota
kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang dipasarkan. Pertubuhan ini
memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan dalam industri Jerman.

Faktor lain yang juga memainkan peranan dalam mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian
ialah kemunculan institusi perbankan. Kerajaan menubuhkan bank dan menyediakan pinjaman jangka
panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Menjelang pertengahan abad ke-
19, Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman. Bank membantu perkembangan industri dengan memberikan
bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Antara peranan bank ini adalah untuk
menggalakkan penggabungan perniagaan, memberikan bantuan modal kepada pengusaha industri,

30
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan dan membangunkan sistem pengangkutan darat dan
laut. Tuntasnya, institusi perbankan dapat menyediakan modal bagi menggalakkan pertumbuhan sektor
perindustrian.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Perindustrian di


Jerman. Revolusi Perindustrian yang berlaku menyebabkan Jerman muncul sebagai sebuah negara
perindustrian yang paling maju dalam bidang ekonomi dan teknologi. Perkembangan ini mengukuhkan
kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa politik yang disegani di Eropah.

Soalan 22:
Bincangkan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan 19 M.

Revolusi Perindustrian merujuk kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan secara besar-
besaran daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi
Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman dari 1860 hingga 1914. Ciri utama Revolusi
Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Revolusi ini juga
menyaksikan berlaku kemajuan teknologi dan pembangunan kejuruteraan manusia.

 kemajuan dalam bidang teknologi

Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah penggunaan tenaga elektrik untuk membekalkan
cahaya dan mengendalikan jentera, penggunaan petroleum menggantikan arang batu untuk
mengendalikan enjin serta penggunaan keluli menggantikan besi. Selain itu, kemajuan dalam teknologi
juga menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kerajaan membina makmal
penyelidikan untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut untuk
menghasilkan barangan baharu. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin
menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara
pertama yang menghasilkan barangan elektrik di dunia.

 kemajuan dalam penyelidikan

Penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan
ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan. Di samping itu, bahan
kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan.

 pengeluaran secara besar-besaran

Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal, dan kereta.
Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan
gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan sekali gus
meningkatkan taraf hidup.

 muncul imperialisme baharu

Negara-negara industri bersaing untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini
menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika.
Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai imperialisme baharu. Negara
industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China. Menjelang abad ke-19,
Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang agresif.

 peningkatan peranan kerajaan

31
Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import untuk mengelakkan persaingan dengan
barangan tempatan. Kerajaan juga menggubal undang-undang untuk mengawal perniagaan dan buruh.
Bagi menjaga kebajikan golongan pekerja, pemerintah Jerman telah memperkenalkan undang-undang
insurans. Misalnya, pada tahun 1883, Otto Von Bismarck memperkenalkan Undang-Undang Insurans
Sosial bagi menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja. Seterusnya,
bagi pekerja industri yang diberhentikan akibat penyakit, mereka diberi pencen.

Kesimpulannya, Revolusi Perindustrian yang berlaku menyebabkan Jerman muncul sebagai sebuah
negara perindustrian yang paling maju dalam bidang ekonomi dan teknologi. Perkembangan ini
mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa politik yang disegani di Eropah.

32

You might also like