You are on page 1of 1

Cara guru menghadapi bebanan kerja

Akibat perkembangan globalisasi hari ini, tanggungjawab guru menjadi semakin banyak dan
mencabar. Guru terpaksa memikul pelbagai bebanan sehingga mendorong kepada faktor stres
dalam kalangan guru. Oleh itu, guru perlulah bijak menghadapi bebanan kerja tersebut
supaya tidak terdedah dengan masalah kemurungan.

Keutamaannya, guru mestilah berupaya menyusun jadual dengan teliti. Demi mengambil kira
aspek keluarga dan pekerjaan, jadual tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
jadual di sekolah dan di rumah. Jadual tersebut juga hendaklah merangkumi waktu rehat yang
mencukupi supaya mengelakkan keletihan.

Selain itu, maklumat tentang topik pengajaran boleh didapati melalui Internet dengan lebih
cepat. Dengan ini, guru boleh menyusun maklumat ini dalam bentuk dokumen atau tayangan
slaid untuk menunjukkan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, maklumat pengajaran tetap
dianggap sukar disediakan dalam jangka masa yang pendek. Hal ini memerlukan pemahaman
guru yang lebih lanjut terhadap topik pengajaran tersebut. Oleh itu, guru boleh merujuk
dokumen atau tayangan slaid yang telah dicipta oleh guru lain supaya mendapatkan idea-idea
menarik.

Di samping itu, guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajar, terutamanya ahli-ahli
Jawatankuasa Kelas. Jawatankuasa kelas berperanan untuk membantu guru dalam
pengurusan bilik darjah. Guru boleh menetapkan tugasan kepada ahli-ahli Jawatankuasa
Kelas pada peringkat awal. Sebagai contoh, guru boleh mengarah beberapa pelajar untuk
mengangkat buku latihan atau barang-barang lain sebelum kelas bermula. Kesannya,
semangat berdikari dapat diwujudkan di kalangan pelajar.

Tambahan pula, guru boleh menghasilkan saluran berkomunikasi dengan pelajar. Selepas
waktu bersekolah, peluang interaksi antara guru dengan pelajar akan mengurang. Hal ini
demikian telah menyebabkan pelajar tidak dapat menerima mesej serta-merta. Oleh itu, guru
perlulah membuka kumpulan dalam talian melaluu media sosial seperti Whatsapp, Wechat
atau Telegram. Hal ini dapat memudahkan guru untuk mengumumkan perkara atau maklumat
pembelajaran yang penting.

You might also like