You are on page 1of 13

STPM

946/3

KERTAS MODEL SET 2

PENGAJIAN
PERNIAGAAN
KERTAS 3
(1 jam 45 minit)

Arahan:
Jawab semua soalan dalam Bahagian A.
Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.
Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B.
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 atau 13 tetapi hanya satu
jawapan yang akan diperiksa.

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Bahagian A

[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Terangkan tiga faktor kejayaan seimbang. [6]

2 Jelaskan bagaimana pelanggan dan jururunding profesional dapat membantu memberikan


idea baharu tentang perniagaan. [5]

3 Perihalkan dua kelebihan perniagaan francais. [4]

4 Program mentor-mentee merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh usahawan
yang berjaya untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan.
Huraikan dua kaedah lain yang dapat digunakan bagi tujuan tersebut. [4]

5 Encik Sulaiman ingin memulakan perniagaan menjual perabot di Ipoh, Perak. Sebelum
memulakan perniagaan, beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan.
Huraikan tiga tujuan Encik Sulaiman menyediakan rancangan perniagaan. [6]

6 Terangkan dua elemen yang perlu dinyatakan dari aspek pengeluaran dalam sesuatu
rancangan perniagaan yang baik. [4]

7 Bincangkan cabaran-cabaran yang lazim ditempuhi oleh syarikat multinasional dari aspek
yang berikut:
(a) Sistem ekonomi
(b) Sosiobudaya [4]

8 Jelaskan tiga jenis perlindungan perdagangan bukan tarif. [6]

9 Nyatakan lima peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan


Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu-isu kepenggunaan di Malaysia. [5]

10 Jelaskan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal
di premis menjual makanan di Malaysia. [6]

2 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Bahagian B

[50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.


11 7-ELEVEN Malaysia Sdn. Bhd., kini menawarkan program francais kepada usahawan
tempatan yang berminat untuk menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam
terbesar di dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36 000 buah cawangan di 16
buah negara. Ketika ini, 7-Eleven Malaysia mempunyai 1 050 buah cawangan di seluruh
negara dan merancang untuk membuka 90 buah cawangan baharu tahun ini, yang mana
sehingga 50 buah daripadanya akan ditawarkan secara francais. Syarikat ini merancang
untuk membuka 2 000 buah cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima
tahun dengan sasaran 50 peratus daripadanya dikendalikan oleh francaisi.
Mengenai program francais 7-Eleven, syarikat ini tidak mengenakan bayaran royalti,
sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan seperti kebanyakan
francaisor lain. Hal ini tidak membebankan francaisi dengan kos tetap yang tinggi seperti
pelaburan untuk memiliki bangunan dan peralatan. Sebaliknya, 7-Eleven berkongsi
keuntungan kasar dengan francaisi, pada nisbah 50 : 50 bagi kos penyelenggaraan dan bil
elektrik. Program francais 7-Eleven adalah berdasarkan model sokongan yang menyeluruh.
Daripada perkongsian keuntungan kasar itu, 7-Eleven akan bertanggungjawab terhadap
perbelanjaan seperti lesen hartanah, peralatan, insurans am, royalti, audit inventori dan
perkhidmatan barangan.
Untuk menjadi francaisi 7-Eleven, bakal francaisi perlu melabur RM250 000 dengan
RM100 000 adalah untuk yuran permulaan yang digunakan bagi sistem, penjenamaan
dan latihan, manakala RM100 000 lagi untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi
perniagaan selama 10 tahun (perjanjian francais untuk selama lima tahun dengan kontrak
secara automatik diperbaharui selama lima tahun lagi). Sebanyak RM50 000 pula akan
digunakan sebagai deposit sekuriti bagi stok barangan. Selepas 10 tahun, francaisi yang
ingin memperbaharui kontrak mereka hanya perlu membayar yuran pelesenan.
7-Eleven Malaysia menyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan
pemasaran, pembekalan dan peralatan. Hal ini bagi membolehkan mereka menumpukan
operasi perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Bakal francaisi
turut menjalani latihan antara enam hingga lapan minggu di samping menyediakan
bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang untuk meningkatkan
perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu. Selain itu, 7-Eleven Malaysia
turut menjalinkan kerjasama dengan AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga
RM200 000 kepada francaisi. Syarikat itu sedang memuktamadkan perbincangan dengan
OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama.
Program francais 7-Eleven tersebut dibuka kepada mereka yang berusia antara 25
hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program
ini juga dibuka kepada pemilik kedai yang mahu menukarkan perniagaan mereka kepada
kedai 7-Eleven. Dalam hal ini, francaisi akan ditawarkan dengan kedai 7-Eleven untuk
menjalankan operasi selain latihan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan.
Daripada pengalaman 7-Eleven global, francaisi kebiasaannya mampu meraih keuntungan
jualan antara 30 hingga 50 peratus selepas beroperasi dua hingga tiga tahun.

(Sumber: Disesuaikan daripada Artikel ‘Peluang Perniagaan 7-Eleven’


di www.usahawan.com)

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Berdasarkan kes di atas,
(a) jelaskan faktor kejayaan perniagaan 7-Eleven sebagai rangkaian kedai
serbaneka 24 jam terbesar di dunia, [13]
(b) terangkan syarat atau kelayakan bagi bakal usahawan untuk mengikuti
Program Francais 7-Eleven, dan [9]
(c) huraikan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh 7-Eleven kepada
bakal francaisi yang mengikuti Program Francais 7-Eleven. [13]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12 Terangkan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha restoran


terhadap pihak primernya. [15]

13 Sediakan rancangan perniagaan mengenai pemasaran sebuah restoran di


tempat anda. [15]

4 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
JAWAPAN CADANGAN
Bahagian A
Rangka jawapan

Soalan 1
Faktor kejayaan seimbang:
(a) Jasmani – Sihat, makanan seimbang dan cergas
(b) Rohani – Perlu santapan, penilaian dan ibadat
(c) Emosi – Tidak tertekan, tidak terlalu ikut perasaan
(d) Intelek – Mencari ilmu, pengalaman, pembacaan dan pengetahuan
Mana-mana tiga jawapan

Soalan 2
(a) Pelanggan sebagai sumber idea baharu:
(i) Maklum balas pelanggan tentang keluaran yang digunakan/komen/kritikan produk sedia ada
(ii) Pandangan dan idea pelanggan terhadap sesuatu keluaran (produk tiada dalam pasaran)
(iii) Melihat gelagat pengguna, komposisi pengguna, perubahan cita rasa serta keperluan dan
kehendak pengguna melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik atau penyelidikan pemasaran
(b) Jururunding profesional sebagai sumber idea baharu:
(i) Memberi khidmat nasihat dan pendapat berkaitan bidang tertentu mengikut bidang
kepakaran masing-masing
(ii) Mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian tertentu yang boleh digunakan oleh usahawan
dalam situasi tertentu.

Soalan 3
Kelebihan perniagaan francais:
(a) Berisiko rendah
Berisiko rendah berbanding dengan perniagaan lain kerana kebanyakan produk yang tersenarai
dalam sistem francais telah lama bertapak dan telah mendapat tempat di hati pengguna.
(b) Jenama telah dikenali
Usahawan berpeluang untuk memperdagangkan atau memasarkan barang atau perkhidmatan
yang sudah terkenal jenamanya/imej dan pulangan yang diperoleh adalah baik.
(c) Mengembangkan perniagaan
Dapat membantu francaisor mengembangkan perniagaan dan meningkatkan bilangan usahawan
yang menceburi perniagaan secara francais.
(d) Menikmati faedah ekonomi bidangan
Francaisor dapat membeli barang secara pukal dan membekalkannya kepada francaisi. Oleh
itu, francaisi dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih rendah. Hal ini dapat
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan francaisi.
(e) Panduan perniagaan yang lengkap
Terdapat panduan perniagaan yang lengkap disediakan untuk usahawan yang tidak mempunyai
pengalaman. Francaisor juga turut memberi bantuan dari segi pengurusan, nasihat dan modal.
Mana-mana dua jawapan

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 5


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Soalan 4
Kaedah lain yang digunakan oleh usahawan yang berjaya untuk membantu melahirkan lebih
banyak usahawan:
(a) Program pembangunan vendor
Bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara industri kecil dan sederhana (IKS) dengan
syarikat besar. Dalam program ini, IKS menjadi sokongan kepada syarikat besar. Syarikat
besar menyediakan pasaran/membeli produk keluaran IKS.
(b) Program pembangunan francais
Syarikat induk (francaisor) memberikan hak kepada usahawan (francaisi) untuk menjalankan
perniagaan atau memasarkan produk yang sama dengan syarikat induk. Francaisi menggunakan
jenama, resipi, reka bentuk sama dengan syarikat induk.
(c) Intrapreneur
Idea perniagaan daripada staf dalaman yang dikembangkan menjadi sebuah perniagaan dan
diuruskan sendiri oleh staf berkenaan sebagai seorang usahawan tanpa pemilikan ekuiti.
Sebagai contohnya, Metro Parking dan KPJ Healthcare.
(d) Konsep payung
Produk-produk usahawan kecil dijenamakan dengan satu nama yang sama dan dipasarkan
oleh syarikat/agensi tertentu (pemasaran bersepadu). Sebagai contohnya, Besta Distributor
dan Guthrie Furniture.
(e) Subkontrak
Pengagihan projek perniagaan kepada usahawan kecil oleh kontraktor utama. Sebagai
contohnya, Alam Flora, Propel, Telekom dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan
kontrak kepada syarikat-syarikat lain.
(f) Konsep inkubator
Sekumpulan usahawan yang diselia, dipantau oleh agensi kerajaan sehingga mereka dapat
berdikari dalam tempoh tertentu.
Mana-mana dua jawapan

Soalan 5
Tujuan Encik Sulaiman menyediakan rancangan perniagaan:
(a) Sebagai garis panduan
Rancangan perniagaan yang disediakan oleh Encik Sulaiman berfungsi sebagai satu garis
panduan untuk beliau memulakan perniagaan bagi menentukan hala tuju perniagaan tersebut.
Hal ini disebabkan oleh rancangan perniagaan menjelaskan secara terperinci misi, matlamat,
objektif, belanjawan dan ramalan kewangan sesuatu aktiviti perniagaan.
(b) Mengurangkan kesilapan
Rancangan perniagaan mengandungi misi dan matlamat tersendiri bagi memandu Encik
Sulaiman dan pekerjanya ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Hal ini dapat
mengurangkan risiko berlaku kesilapan dan penyelewengan dalam proses mencapai matlamat
perniagaan tersebut.
(c) Sebagai alat kawalan
Rancangan perniagaan dapat memastikan segala aktiviti perniagaan dilaksanakan mengikut
perancangan. Selain itu, sebarang penyelewengan dapat dikenal pasti dan tindakan pembetulan
dapat diambil dengan segera.
(d) Penggunaan sumber dengan cekap
Rancangan perniagaan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh perniagaan
serta jenis dan jumlah kos yang akan dilibatkan bagi setiap aktiviti tersebut. Maklumat ini

6 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
membolehkan organisasi mengambil langkah-langkah wajar untuk meminimumkan kos dan
memaksimumkan pengeluaran. Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan kos
dan membantu firma mencapai matlamatnya.
(e) Menilai prestasi
Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Hasil
penilaian prestasi dapat membantu organisasi untuk mengenal pasti sama ada matlamat
rancangan perniagaan telah dicapai atau sebaliknya.
(f) Alat komunikasi
Bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti bank, pemegang saham dan
pembekal.
Mana-mana tiga jawapan

Soalan 6
Elemen yang perlu dinyatakan dari aspek pengeluaran dalam sesuatu rancangan perniagaan yang baik:
(a) Produk yang dikeluarkan
(i) Senaraikan jenis-jenis produk yang dikeluarkan/ditawar/dijual
(ii) Anggaran pengeluaran untuk tempoh masa tertentu
(b) Proses pengeluaran
(i) Melukis atau menyatakan carta proses pengeluaran dan kaedah pemprosesan
(ii) Menyatakan jangka masa proses pengeluaran tersebut
(c) Kapasiti pengeluaran
(i) Keupayaan pengeluaran/jualan/tawaran untuk sebulan atau setahun
(ii) Menyatakan faktor yang menentukan keupayaan pengeluaran seperti pekerja, pembiayaan,
kemampuan syarikat, syer pasaran dan lain-lain
(d) Rancangan volum pengeluaran
(i) Menerangkan jumlah pengeluaran yang dirancang untuk sebulan atau setahun
(ii) Ditentukan oleh faktor-faktor seperti hari bekerja dalam sebulan, permintaan daripada
pelanggan, kapasiti maksimum kilang dan lain-lain
(e) Mesin dan peralatan
(i) Senaraikan mesin dan peralatan yang digunakan seperti gergaji, mesin pemotong kayu
dan lain-lain
(ii) Menyatakan harga, keupayaan, kegunaan dan pembekal peralatan
(f) Perabot dan alat kelengkapan
(i) Senaraikan perabot dan kelengkapan pejabat atau kilang yang diperlukan untuk tujuan
melicinkan pentadbiran dan keselesaan
(ii) Tidak digunakan secara langsung dalam proses pengeluaran
(g) Lokasi
Menyatakan lokasi pengeluaran dan menerangkan faktor-faktor pemilihan lokasi
(h) Susun atur loji dan mesin
(i) Lakaran pelan kedudukan ruangan susun atur tempat pengeluaran
(ii) Susun atur loji dan mesin meliputi susun atur untuk mesin yang digunakan secara
langsung dalam proses pengeluaran, pejabat operasi, sektor penyimpanan bahan mentah
atau barang siap, dan sebagainya
(i) Bahan mentah yang diperlukan
(i) Menyatakan jenis-jenis bahan mentah yang diperlukan seperti kayu, bahan kemasan dan
lain-lain serta pembekalnya
(ii) Menyatakan jumlah kuantiti dan harga bahan mentah

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 7


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
(j) Tenaga kerja bahagian pengeluaran
Senaraikan pekerja yang terlibat untuk mengeluarkan produk seperti bilangan yang diperlukan,
sumber buruh (asing atau tempatan), gaji, jawatan, tugas-tugas dan tanggungjawab dan lain-lain
(k) Kos teknikal/kos pengeluaran
Menyatakan kos pengeluaran atau kos teknikal seperti kos bahan mentah, kos pembungkusan,
gaji buruh dan lain-lain
(l) Jaminan kualiti
Menyatakan kaedah yang digunakan untuk menentukan kualiti pengeluaran seperti TQM,
JIT, ISO dan lain-lain
Mana-mana dua jawapan

Soalan 7
Cabaran syarikat multinasional:
(a) Sistem ekonomi
(i) Permintaan berkesan bergantung pada kuasa beli penduduk
(ii) Kitaran ekonomi akan mempengaruhi pelaburan di luar negara
(iii) Keadaan inflasi dan kemelesetan ekonomi akan mempengaruhi permintaan terhadap
barangan
(iv) Inflasi akan meningkatkan kos dan mempengaruhi keuntungan syarikat
(v) Kemelesetan ekonomi akan mengurangkan untung syarikat dan menjejaskan perkembangan
syarikat
Mana-mana dua jawapan

(b) Sosiobudaya
(i) Budaya yang berbeza menyulitkan pengurusan syarikat
(ii) Bahasa yang berbeza menyukarkan proses komunikasi
(iii) Strategi pemasaran harus berbeza dan mengikut budaya negara berkenaan
(iv) Corak pembelian berbeza antara negara
(v) Pengurus syarikat perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang sosiobudaya
sesebuah negara
Mana-mana dua jawapan

Soalan 8
Jenis perlindungan perdagangan bukan tarif:
(a) Kuota
(i) Kuota ialah had amaun kemasukan produk dalam kuantiti tertentu dalam tempoh
tertentu.
(ii) Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan penawaran keluaran yang berlebihan dalam
negara yang akan menjejaskan operasi pengeluaran firma-firma tempatan.
(b) Embargo
(i) Embargo merupakan satu sekatan perdagangan ke atas sesebuah negara sama ada eksport
atau import.
(ii) Sebagai contohnya, negara Malaysia melarang mengimport barang buatan negara Israel
kerana Kerajaan Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
(c) Subsidi eksport
(i) Subsidi eksport merupakan bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport
supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran mereka.

8 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
(ii) Tujuannya adalah untuk merendahkan harga keluaran dan meningkatkan daya saing
pengeluar tempatan.
(d) Kawalan tukaran asing
(i) Kawalan tukaran asing merupakan campur tangan kerajaan dalam pasaran pertukaran
mata wang asing.
(ii) Tujuannya adalah untuk mengurangkan kemasukan barangan import.
(iii) Sekiranya pengimport ingin mengimport barangan dari negara lain, mereka perlu membeli
mata wang negara tersebut. Kerajaan boleh mengehadkan penawaran mata wang negara
tersebut kepada para pengimport atau menjual mata wang negara tersebut dengan harga
yang lebih tinggi.
(iv) Langkah ini menyebabkan harga barang import lebih mahal dan mengurangkan kemasukan
barang import.
(e) Polisi bekalan kerajaan
(i) Kerajaan mengutamakan pembelian barangan tempatan oleh agensi kerajaan.
(ii) Menetapkan pembelian barangan yang mempunyai kandungan bahan tempatan untuk
kegunaan agensi.
Mana-mana tiga jawapan

Soalan 9
Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
dalam menangani isu kepenggunaan di Malaysia:
(a) Memberi perlindungan mengenai hal-hal kepenggunaan
(b) Membanteras penyelewengan dalam perdagangan yang boleh memberi kesan kepada pengguna
(c) Mengawal dan menyelia perdagangan dalam negeri dalam aspek harga, pemantauan dan
penguatkuasaan serta mengeluarkan lesen
(d) Membuat pemantauan dan pengawalan bekalan barang-barang
(e) Memantau dan mengawal hak-hak dalam harta intelek melalui pencegahan cetak rompak,
mendaftar cap dagangan dan paten
(f) Mencegah amalan perniagaan yang tidak sihat dengan melaksanakan sistem metrik dalam
timbangan dan sukatan
(g) Memberi pendidikan dan maklumat kepenggunaan
Mana-mana lima jawapan

Soalan 10
Peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual
makanan:
(a) Menerima laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan
(b) Menyiasat kes yang berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan
(c) Bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke premis
makanan yang tidak mempunyai sijil halal yang sah
(d) Menyebarkan maklumat kepada pengguna tentang premis makanan yang tidak mempunyai
sijil halal yang sah
(e) Mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis makanan yang mempunyai
masalah sijil halal bagi pihak pengguna

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 9


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
(f) Menyediakan khidmat guaman kepada pelanggan yang telah menghadapi masalah berkaitan
dengan sijil halal di premis menjual makanan
Mana-mana dua jawapan

Bahagian B
Rangka jawapan

Soalan 11
(a) Faktor kejayaan perniagaan 7-Eleven:

Fakta Huraian Fakta Huraian (Daripada Kajian Kes)


Perkongsian • Untung kasar ialah perbezaan 7-Eleven berkongsi keuntungan
untung kasar antara jualan bersih dengan kasar dengan francaisi pada
secara sama belanja langsung nisbah 50 : 50 bagi kos
rata • Apabila belanja langsung penyelenggaraan dan bil
dikongsi antara francaisor dengan elektrik.
francaisi, maka keadaan ini akan
mengurangkan beban kewangan/
kos pengeluaran francaisi
Tiada • Secara umumnya, royalti ialah • Francaisor (7-Eleven
bayaran bayaran yang dikenakan oleh Malaysia) tidak mengenakan
royalti, francaisor kepada francaisi atas bayaran royalti, sumbangan
sumbangan pemberian hak francais pemasaran dan pengiklanan
pemasaran • Sumbangan pemasaran dan serta bayaran perkhidmatan.
dan pengiklanan ialah bayaran untuk • Selepas 10 tahun beroperasi,
pengiklanan program promosi secara nasional francaisi hanya dikenakan
• Bayaran royalti dan pemasaran bayaran pelesenan sekiranya
adalah tinggi dan mahal, tetapi mereka ingin memperbaharui
promosi yang dibuat adalah kontrak.
terlalu umum
Terdapat • Kedai 7-Eleven terdapat di lokasi Ketika ini, 7-Eleven Malaysia
banyak yang strategik mempunyai 1 050 buah
cawangan • Antaranya terletak berhampiran cawangan di seluruh negara dan
francais dengan rumah pengguna merancang untuk membuka 90
di seluruh • Perkhidmatan 24 jam sehari buah cawangan baharu tahun
negara • Kedai serbaneka yang ini, dengan 50 buah daripadanya
menyediakan barangan dan akan ditawarkan secara francais.
perkhidmatan yang pelbagai
untuk kegunaan dan keselesaan
pengguna

(b) Syarat atau kelayakan yang harus dipenuhi untuk mengikuti Program Francais 7-Eleven:

Fakta Huraian
Kelayakan • Berumur 25 tahun hingga 60 tahun
asas • Kelayakan akademik minimum ialah SPM
• Terbuka kepada usahawan yang memiliki kedai atau tidak memiliki
kedai
• Bakal usahawan yang terpilih harus menghadiri latihan yang
ditetapkan oleh francaisor

10 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Keperluan • Bakal usahawan perlu menyediakan modal sebanyak RM250 000
modal • Daripada jumlah berkenaan, RM100 000 digunakan untuk yuran
permulaan yang digunakan bagi sistem, penjenamaan dan latihan
• RM100 000 lagi untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi
perniagaan selama 10 tahun
• Sebanyak RM50 000 pula akan digunakan sebagai deposit sekuriti
bagi stok barangan
• Sumber modal diperoleh daripada simpanan atau pinjaman
• Francaisor menyediakan kemudahan pinjaman melalui kerjasama
dengan AmBank dan OCBC Bank

(c) Kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh 7-Eleven sebagai francaisor kepada bakal
francaisi yang mengikuti Program Francais 7-Eleven:

Huraian
Fakta Huraian Fakta
(Daripada Kajian Kes)
Bantuan • Bantuan kewangan ialah kemudahan • 7-Eleven Malaysia
kewangan yang disediakan oleh francaisor kepada menjalinkan kerjasama
francaisi dengan AmBank Berhad
• Bantuan kewangan ini disediakan untuk menyediakan
untuk menyelesaikan masalah yang pinjaman sehingga
dihadapi oleh francaisi RM200 000 kepada
• Bantuan kewangan adalah dalam francaisi yang layak
bentuk pinjaman pada kadar faedah • Dalam perbincangan
yang kompetitif dengan OCBC Bank
• Pihak bank mengambil kira faktor 5C untuk menyediakan
(capital, condition, collateral, capacity kemudahan yang sama
and character) sebelum meluluskan
pinjaman
• Sumber kewangan boleh diperoleh
daripada sumber formal (institusi
kewangan) dan sumber bukan formal
Khidmat • Kemudahan yang disediakan • 7-Eleven Malaysia
latihan dan untuk memastikan bakal usahawan menyediakan semua
rundingan melengkapkan diri dengan ilmu keperluan termasuk
pengetahuan dan kemahiran dalam latihan, rancangan
perniagaan pemasaran, pembekalan
• Pengetahuan dan kemahiran penting dan peralatan
kepada bakal usahawan untuk • 7-Eleven Malaysia
membuat keputusan dan menyelesaikan turut menyediakan
sebarang masalah yang timbul apabila bantuan perunding
menjalankan perniagaan bagi membincangkan
• Khidmat nasihat dan rundingan boleh pelbagai isu dan peluang
diperoleh daripada pihak kerajaan, meningkatkan perniagaan
badan berkanun dan swasta dengan francaisi selama
• Bentuk khidmat nasihat dan rundingan dua jam dalam seminggu
yang boleh diperoleh oleh bakal
usahawan ialah cara mengendalikan
perniagaan, pemasaran, perakaunan,
teknikal dan lain-lain

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 11


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
Soalan 12
Tanggungjawab sosial pengusaha restoran kepada pihak-pihak yang berkepentingan:
(a) Pelanggan/pengguna
(i) Perlu memberi layanan yang mesra kepada pelanggan seperti memberikan senyuman
(ii) Mempercepat pesanan pelanggan
(iii) Menyediakan kemudahan seperti tempat mencuci tangan dan tandas
(iv) Harga berpatutan
(v) Kualiti makanan yang baik
(vi) Menu yang pelbagai
(b) Pekerja
(i) Perlu menjaga kebajikan pekerja
(ii) Mengagihkan kerja secara adil tanpa pilih kasih
(iii) Mengamalkan sistem penggajian dan ganjaran yang seimbang dengan bebanan kerja
(iv) Memberi faedah sampingan seperti tempat tinggal, kemudahan rawatan dan cuti
(c) Pembekal
(i) Mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan sesuai
(ii) Tidak menipu atau mengelirukan pembekal
(iii) Membuat bayaran tepat pada masa dan jumlah
(iv) Tidak mengeksploitasi pembekal kecil
(v) Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
(d) Pembiaya atau bank
(i) Memastikan bayaran yang dibuat menepati masa
(ii) Menggunakan dana dengan cekap, berkesan dan sesuai dengan objektif pelaburan yang
ditetapkan
(iii) Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur
(e) Pemegang saham/pemodal
(i) Memaksimumkan keuntungan pemegang saham
(ii) Memberi pulangan yang berpatutan kepada pemegang saham restoran
(iii) Menggunakan sumber kewangan dengan cekap
(iv) Menyediakan laporan kewangan yang adil dan benar kepada para pemegang saham
(v) Memberi maklumat yang betul tentang perniagaan kepada pemegang saham/pemodal
(vi) Menjaga imej perniagaan pada setiap masa
(vii) Menjaga hak-hak pemegang saham

Soalan 13
Rancangan perniagaan mengenai pemasaran sebuah restoran di Sitiawan, Perak tertumpu pada
strategi pemasaran yang bertujuan untuk mencapai objektif perniagaan. Bahagian ini meliputi
aspek-aspek yang berikut:
(a) Sasaran pasaran
(i) Sasaran restoran ini ialah menyediakan perkhidmatan makanan kepada penduduk yang
tinggal di Sitiawan dan bandar-bandar berhampiran seperti Seri Manjung, Lumut dan
Ayer Tawar.
(ii) Kumpulan sasaran ialah golongan pekerja, pelajar kolej dan pelajar sekolah.
(iii) Populasi penduduk daerah Manjung lebih kurang 250 000 orang dan kebanyakannya
golongan yang bekerja.
(iv) Penduduk di kawasan ini mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi, mempunyai
pekerjaan yang tetap serta sibuk dengan pekerjaan masing-masing.
(v) Makanan dan minuman yang disediakan dapat memenuhi kehendak dan keperluan
penduduk dalam segmen ini.

12 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
(b) Persaingan
(i) Di kawasan ini, terdapat banyak restoran yang menyediakan pelbagai menu makanan
dan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan masing-masing.
(ii) Restoran ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan pesaing dari segi
campuran pemasaran seperti yang berikut:
• Strategi harga
– Harga produk adalah berpatutan
– Menawarkan kad keahlian percuma kepada pelanggan yang berbelanja lebih daripada
RM50.00 dalam sehari
– Pemegang kad ini layak untuk menikmati potongan harga sebanyak 5% setiap kali
berbelanja di restoran
– Pelanggan yang menyambut hari kelahiran juga layak menikmati diskaun sebanyak
15% dengan syarat menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti
• Strategi produk
– Menu yang disediakan ialah makanan berasaskan mi dan makanan barat serta
pencuci mulut
– Minuman pula berasaskan buah-buahan dan minuman panas
– Keistimewaan restoran ini ialah mi dibuat sendiri oleh pengusaha dan rasanya
berbeza dengan mi yang dijual di pasaran
– Bahan masakan yang disediakan adalah halal dan berkualiti agar makanan yang
dihasilkan lazat dan sedap
– Pelanggan juga boleh memilih makanan berdasarkan pakej yang disediakan
bergantung pada bilangan pelanggan
• Strategi promosi
– Menyediakan ruang makan yang berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan
– Pada awal penubuhan, risalah-risalah diedarkan kepada pelanggan dari rumah ke
rumah
– Maklumat mengenai restoran juga didapati di media sosial seperti Facebook untuk
makluman pelanggan
– Pelanggan juga boleh mengisi borang aduan yang disediakan di kaunter pembayaran
sebagai langkah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pada masa hadapan
• Strategi pengedaran
– Makanan yang dipesan akan sampai kepada pelanggan dalam masa selewat-lewatnya
20 minit selepas pesanan
– Pihak restoran juga menyediakan perkhidmatan pesanan melalui panggilan telefon
dan secara dalam talian
– Pesanan melalui panggilan telefon dan secara dalam talian boleh diambil di restoran
dalam masa satu jam selepas membuat pesanan
– Bercadang untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah
pada masa hadapan

ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 KERTAS MODEL SET 2 13


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

You might also like