You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KEM TERENDAK 1 Kod Sekolah: MBE 0045


1. Nama Guru RAFEAH BINTI MAT DAUD

2. Judul INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 3. Bidang: KEAGAMAAN

4. Pengarang DATO’ISMAIL KAMUS 5. Muka surat: 328

6. Terbitan TELAGA BIRU SDN.BHD.

7. Sinopsis
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga,
masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan
pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kawin dan rumahtangga) serta amalan zikir,
doa dan adab. Semua ini bersumberkan ilmu al-Quran dan hadis yang sahih.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini banyak mengupas tentang amalan awal ketika kelahiran seperti azan , bertahnik, menamakan bayi dengan
nama yang baik, akikah dan berkhitan. Pendidikan awal kanak-kanak juga disentuh dengan mengenal sifat Allah, rasul,
solat dan adab-adab terpuji yang baik untuk diamalkan. Syariat berkaitan remaja juga diulas dengan lebih mendalam
menyentuh kepentingan syahadah, erti iman dan islam serta sifat-sifat mahmudah dan sifat mazmumah.Isu yang dikupas
di dalam buku ini juga melibatkan fardu ain asas seperti bersuci, bersolat seperti solat berjemaah, syarat-syarat solat,
jenis solat dan doa yang baik. Ilmu berkenaan dengan puasa, zakat dan haji serta umrah. Amalan penyembelihan dan
ibadah korban juga dibincang dengan lebih mendalam dan difahami oleh semua pembaca. Buku ini juga mengupas isu
berkaitan dengan syariat yang melibatkan budaya bermasyarakat seperti adab berjiran, amalan ziarah, mengimarahkan
masjid, pengurusan jenazah, jenayah dan lain-lain. Bab yang membincangkan syariat sunat harian sepanjang masa
menjadi penutup kepada perbincangan buku ini. Antara perkara pokok yang dibincangkan termasuklah amalan
membaca Al-Quran, istigfar, berselawat, berdoa, zikir dan doa-doa yang boleh membantu mengubati penyakit
(penawar).

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Secara keseluruhannya buku ini banyak mengupas perkara berkaitan hidup berlandaskan syariat yang memperkatakan
tentang indahnya kehidupan ini sekiranya ia saling melengkapi. Tiada penyelesaian melainkan dengan merujuk kepada
Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Perkara pokok perbahasan mengungkai segala persoalan yang adakalanya mewujudkan
kekhilafiah yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kehidupan. Saya sebagai pendidik dalam bidang
keagamaan,buku ini amat sesuai menjadi bacaan dan rujukan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini
juga banyak perkara yang dibincangkan secara terperinci hingga menjadikan buku ini menarik sekali buat yang
inginkan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga kita semua dapat meluangkan masa menatap, memahami dan menteladani
apa yang menjadi pegangan dan syariat supaya tidak tersesat di jalan yang terang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(RAFEAH BINTI MAT DAUD)

You might also like