You are on page 1of 10

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL FES SERDANG

1.1 DRAF PERLEMBAGAAN

1.0 NAMA PERTUBUHAN


Kelab Bimbingan Kerjaya

2.0 ALAMAT
Alamat berdaftar ialah : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL FES SERDANG,
UNIPUTRA POS, 43400 SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN . Alamat surat
menyurat seperti yang tersebut.

3.0 TUJUAN

3.1 menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling

3.2 sebagai khidmat sokongan membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan


dan Kaunseling di sekolah.

3.3 sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

3.4 sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.

4.0 KEAHLIAN

4.1 Ahli terbuka kepada semua pelajar dari tahun 4 hingga tahun 6 SJKT FES
SERDANG.

4.2 Semua ahli berhak kepada satu undi sahaja dan adalah layak untuk
memegang sebarang jawatan dalam kelab.
5.0 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN
Seorang ahli akan diberhentikan dari menjadi ahli dan namanya akan dipotong dari senarai
keahliannya jika :

5.1 Mana-mana ahli yang gagal untuk mematuhi undang-undang kelab atau bertindak
dengan cara yang dapat mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung
keahliannya sebagaimana yang difikirkan oleh Jawatankuasa dan Guru Penasihat,
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara
bertulis.

5.2 Ahi-ahli tersebut juga hendaklah diberikan peluang untuk menerangkan dan
membela dirinya.pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan
mesyuarat agong menunda atau membatalkan keputusan atas rayuan oleh ahli tersebut.

6.0 AHLI-AHLI JAWATANKUASA


6.1 Satu Jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli biasa seperti berikut hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan satu tahun sekali dan boleh dilantik
semula.

6.1.1 Seorang Pengerusi

6.1.2 Seorang Naib Pengerusi

6.1.3 Seorang Setiausaha

6.1.4 Seorang Penolong Setiausaha

6.1.5 Seorang Bendahari

6.1.6 Dua orang Wakil Tahun (Setiap tahun)

6.2 Pemegang-pemegang jawatan kelab ini hendaklah pelajar SJK (T) FES Serdang.

6.3 Nama-nama untuk jawatankuasa yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong
dan pemilihan dijalankan dendan cara undi sekali setahun di dalam mesyuarat
agong.
6.4 Tugas JK ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti kelab dan membuat keputusan
atas perkara-perkara mengenai program-program kelab dengan tidak terkeluar dari
dasar umum yang ditetapkan oleh pihak sekolah. JK seharusnya tidak boleh
menbuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agong dan JK
mestilah sentiasa taat kepada keputusan sekolah.

6.5 JK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 kali setahun.Pengumuman bagi


tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli dan guru penasihat 7 hari
dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 3 orang ahli JK
bersama-sama boleh memanggil supaya siapakan mesyuarat JK pada ahli-ahli
pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli JK
hendaklah hadir mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6.6 Jika timbul perkara yang mustahak yang berkehendakan kelulusan JK dan
mesyuarat JK tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan
kelulusan atau kebenaran Guru Penasihat dengan surat pekeliling. Syarat-syarat
yang berikut boleh dianggap sebagai telah terima:-

6.6.1 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli JK mestilah


menyatakan persetujuan atau batahan mereka kepada cadangan itu,

6.6.2 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.Sebarang keputusan


tersebut hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat JK
kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan
mesyuarat.

6.7 Ahli JK yang mungkir menghadiri mesyuarat JK 2 kali berturut-turut tanpa alasan
yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam JK.

6.8 Jika seorang JK meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undian berbanyak
di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan
itu. Jika calon yang demikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
JK/Guru Penasihat melantik ahli kelab yang lain memenuhi kekosongan itu.

6.9 JK ini boleh menubuhkan JK-JK kecil jika difikirkan musahak dan memberikan
kewajiban khas kepada sebarang ahli JK.
6.10 Kecuali di mana ahlinya adalah berlawanan dengan dasar yang telah ditentukan
oleh pihak sekolah dan mesyuarat agong, keputusan-keputusan ahli JK hendaklah
merangkumi kepada semua ahli kelab.

7.0 KEWAJIBAN-KEWAJIBAN JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi

Pengerusi dalam masa jawatannya, hendaklah menpengerusikan semua


mesyuarat agong dan kehadiran Guru Prnasihat dan semua mesyuarat JK dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau
menpunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan-peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan.

7.2 NaibPengerusi

Hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

7.3 Setiausaha

Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran kelab mengikut


peraturan-peraturan dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintahmesyuarat
agong dan JK. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal serat-menyurat dan
menyimpan semua buku-buku kewangan, buku daftar ahli yang mengandungi
buti-butir seperti nama, umur, kelas, nombor kad pengenalan dan alamat setiap
ahli.

7.4 Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja


dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

7.5 Bendahari

Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


kelab/persatuan. ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.
7.6 Ahli Jawatankuasa

Ahi JK iasa yang 3 orang lagi akan mengambil bahagian yang cergas untuk
mengatur dan menjalankan rancangan-rancangan kelab. JK kelab
bertanggungjawab menjalankan dasar kewangan dan kemajuan kelab.

8.0 KEWANGAN
8.1 Segala perbelanjaan yang melebihi RM 50.00 bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Penasihat.
Pebelanjaan yang kurang daripada RM 50.00 bagi sesuatu masa bolehlah
diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

8.2 Penyata dari hal kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta timbangan
kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Guru Penasihat/Pemeriksa Kira-kira untuk rekod fail kelab/persatuan dan
salinan hendaklah dibekalkan untuk meklumat pihak sekolah khususnya GPK
KoKurikulum.

8.3 Tahun kewangan Kelab/persatuan ini bermula dari 1 April dan berakhir
pada sebulan sebelum cuti penggal akhir tahun.

9.0 MESYUARAT AGONG


9.1 Pengelolaan Kelab/persatuan ini terserah kepada mesyuarat agong ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli-ahli yang berhak
mengundi hadir di dalam mesyuarat agong bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi (korum) untuk mesyuarat.

9.2 Mesyuarat Agong tahunan bagi Kelab/persatuan hendaklah diadakan dengan


secepat mungkin setelah pendaftaran keahlian mengikut tarikh yang
dicadangkan oleh pihak sekolah berdasarkan takwin sekolah. Kerja-kerja mesyuarat
agong tahunan ialah :-

9.2.1 Menerima laporan JK berkenaan kerja-kerja di dalam tahunan yang lalu.

9.2.2 Melantik ahli-ahli JK untuk berkenaan.


9.2.3 Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diperiksa
untuk tahun yang lalu (jika ada).

9.2.4 Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam


mesyuarat itu.

9.3 Satu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta
agenda (acara mesyuarat) hendaklah dibuat secara bertulis dan melalui sia raya
sekurang-kurangnya satu hari sebelum mesyuarat agong.

10.0 PENASIHAT
Kelab/persatuan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru
penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah dan tidak lebih daripada 2 orang
Penasihat.

11.0 MENGUNDI
Undi akan dijalankan dengan secara sulit atau terbuka. Jika keputusan undi itu
didapati seri, Penasihat berhak menggunakan undinya untuk salah satu pihak.

12.0 LARANGAN
12.1 Perlaksanaan aktiviti di dalam kawasan atau luar kawasa sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah atau pengawasan guru penasihat.

12.2 Perlaksanaan aktiviti yang melanggar peraturan sekolah.


1.2 DRAF AKTIVITI ASAS

MINGGU PROGRAM SASARAN CATATAN


Pemilihan Ahli Jawatankuasa
 Pemilihan ahli
1 Semua Ahli Kelab Kelas
 Pembahagian tugas

I’ M PROUD OF YOU
 Aktiviti Ice Breaking
2 Semua Ahli Kelab Kelas
 Memperkenalkan identiti kelab
 Membina logo kelab secara berkumpulan
Penerangan mengenai Ujian Kerjaya RIASEK
 mengisi borang maklumat diri
3 Semua Ahli Kelab Kelas
 bercerita tentang cita-cita sendiri kepada
rakan lain
REALISTIK
 Pendedahan tentang aspek Realistik

4 dalam RIASEK Semua Ahli Kelab Kelas


 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Realistik
INVESTIGATIF
 Pendedahan tentang aspek Realistik

5 dalam RIASEK Semua Ahli Kelab Kelas


 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Investigatif
ARTISTIK
 Pendedahan tentang aspek Realistik

6 dalam RIASEK Semua Ahli Kelab Kelas


 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Artistik
7 SOSIAL Semua Ahli Kelab Kelas
 Pendedahan tentang aspek Realistik
dalam RIASEK
 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Sosial
ENTERPRISING
 Pendedahan tentang aspek Realistik

8 dalam RIASEK Semua Ahli Kelab Kelas


 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Enterprising
KONVENSIONAL
 Pendedahan tentang aspek Realistik

9 dalam RIASEK Semua Ahli Kelab Kelas


 Simulasi tentang contoh pekerjaan
dalam aspek Konvensional
Penghasilan Buku Skrap
 Penerangan tentang penghasilan buku
10 Semua Ahli Kelab Kelas
skrap
 Menghasilkan buku skrap Cita-citaku
Laluan Kerjaya
 Penerangan berkaitan laluan kerjaya
 Menghasilkan carta alir kerjaya sendiri
11 Semua Ahli Kelab Kelas
berdasarkan kerjaya pilihan dan
membentangkan kepada ahli lain

Bintang Hati
 Pendedahan tentang pelbagai poster
berkaitan cita-citaku

12  Menghasilkan poster berkaitan cita-cita Semua Ahli Kelab Kelas


sendiri dan membentangkan kepada ahli
lain
 Jamuan Akhir Tahun
1.3 SENARAI NAMA JAWATANKUASA PENAJA

SJK (T) FES SERDANG, SELANGOR.

MAKLUMAT UNIT KOKURIKULUM

1. NAMA UNIT : Kelab Bimbingan Kerjaya

2. NAMA GURU PENASIHAT : Cik. Manivily A/P Arasu

3. SENARAI AHLI JAWATANKUASA :

JAWATAN NAMA KELAS

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Naib Setiausaha

v. Bendahari

vi. Naib Bendahari


vii. Wakil Tahun 1.
2.
3.
4.
5.
6.

4. Senarai Ahli Berdaftar

Perkara Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah


Lelaki 7 8 6 21
Perempuan 4 2 3 9
Jumlah 11 10 9 30
Jumlah keseluruhan 30

You might also like