You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG,


PUAN MAIMUNAH BT MUSTAFFA,

UCAPAN ALUAN
MALAM GALA KEMUNCAK LESTARI GEMILANG SK PULAU INDAH 2021
- AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT, PULAU CAREY

Yang Berusaha En. Hazi bin Kadir,


Guru Besar, SK Pulau Indah,

Yang Berusaha En. Mohd. Wan Rudaini bin Wan Ludin,


Penolong Pengarah,
Unit Sekolah Jenis Khas,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,

Pn. Zaida Khalida bt Shaari,


Ketua Pegawai Eksekutif Program Sekolah Amanah,
Yayasan Amir,

Pn Azlina binti Shahrom,


Ketua Unit Pengurusan Program Sekolah Amanah,
Yayasan Amir,

En Mohd Noor bin Mohd Isa,


Pegawai Kanan Pengurusan Program Sekolah Amanah,
Yayasan Amir,

Yang Dihormati, En. Mohd. Hafiz bin Dol,


Yang Dipertua PIBG, SK Pulau Indah,

Barisan SLT, NYDP PIBG, tetamu jemputan, middle leaders, ketua-ketua panitia dan
guru-guru SEKOLAH AMANAH, SK PULAU INDAH yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T.
Salam Sejahtera,

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kita ke


hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul dan meraikan
MALAM GALA KEMUNCAK LESTARI GEMILANG SK PULAU INDAH 2021.
2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak
sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini yang diadakan
khusus untuk meraikan semua warga SK PULAU INDAH atas kejayaan mencapai
penarafan TTMIP SEKOLAH AMANAH. Majlis makan malam pada kali ini juga
diadakan sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja, khusus bagi meraikan
kesemua warga SK Pulau Indah yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik,
walaupun ketika berada dalam PKP tempoh hari.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

3. Program Sekolah Amanah yang menepati dan mendepani konsep TS25


menjadi bukti kejayaan program-program penglibatan pihak luar dalam
membangunkan sistem pendidikan secara bersama di negara kita khususnya.
Sebagai bukti, SK Pulau Indah, sebagai salah sebuah Sekolah Amanah Malaysia
yang telah mendapat akreditasi pencapaian semakin menapak kukuh dalam bidang
pendidikan rendah di dalam daerah Klang dan negeri Selangor ini sendiri. Syabas
dan tahniah diucapkan kepada semua.

4. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkul oleh Guru Besar SK Pulau Indah,
En. Hazi bin Kadir seharusnya menjadi daya penggerak maksimum kepada
semua guru dan warga SK Pulau Indah dalam mencorakkan murid SK Pulau Indah
kepada murid bersifat dinamik yang mampu menjadi murid cemerlang dalam semua
aspek apabila mereka melangkah ke alam menengah. Budaya Kerja cemerlang yang
diamalkan perlu dibudayakan sesuai dengan motto SK Pulau Indah : SKPI LESTARI
GEMILANG.

5. Dalam membicarakan kejayaan SK Pulau Indah ini, tidak mungkin pihak


sekolah dapat bergerak sendiri tanpa sokongan kuat pihak PIBG. Di sinilah letaknya
kekuatan sebenar pihak sekolah, dimana YDP PIBG dan barisan AJKnya serta
Kumpulan Sarana Ibu Bapa jelas berganding bahu mendokong kuat Program
Sekolah Amanah dan sama-sama berperanan membentuk generasi pelajar masa
kini agar mereka sentiasa sedar dan jelas tentang keperluan hidup di alaf baru yang
sangat mencabar dan tidak lagi menjurus kepada kejayaan akademik semata-mata.
Inilah intipati daripada program-program HEM dan Kokurikulum yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.

6. Tidak lupa juga, penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga buat
pihak Yayasan Amir yang hadir bersama malam ini, atas cetusan idea dan menjadi
penggerak utama dalam Program Sekolah Amanah. Tunjang inilah sebenarnya
yang menjadi magnet penarik kepada pemain-pemain industri mega dan
konglomerat yang menjadi penaja utama kepada sekolah-sekolah Amanah di
Malaysia dengan pihak Westport Malaysia sendiri menjadi ayah angkat kepada SK
Pulau Indah. Tepukan paling gemuruh untuk pihak Yayasan Amir.
7. Saya yakin SK Pulau Indah akan dapat melahirkan generasi pemimpin,
pewaris dan penggerak dalam memajukan negara yang memiliki jati diri dan
semangat perpaduan yang tinggi, mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan
berketrampilan dalam pelbagai bidang. Hal ini kerana kita tidak mahu melahirkan ulat
buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi
yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual,
mempunyai disiplin diri yang tinggi,berketrampilan, dan mampu memainkan peranan
dalam masyarakat. Gandingan mantap antara semua pihak akan menjadikan
Sekolah Amanah SK Pulau Indah lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian
kokurikulum pelajar supaya terus cemerlang dan gemilang.

Hadirin sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan Badan Kebajikan
Guru dan Kakitangan (BKGK) yang telah menganjurkan majlis gemilang ini dengan
jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SK Pulau Indah atas
kejayaan penarafan rasmi SEKOLAH AMANAH MALAYSIA. Harapan saya agar
sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang
sedang dan yang akan diceburi.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

dengan sukacitanya saya merasmikan MALAM GALA KEMUNCAK LESTARI


GEMILANG SK PULAU INDAH 2021.

Sekian, terima kasih.

You might also like