You are on page 1of 2

Refleksi Novel Lorong Midaq oleh Naguib Mahfouz

Lorong Midaq ialah salah satu karya Naguib Mahfouz, seorang penulis dari Mesir yang
terkenal sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1988 dan merupakan
penulis Arab yang pertama untuk menerimanya. Naguib Mahfouz juga menunjukkan
kepengarangannya di dalam Lorong Midaq seperti kehidupan ketika Perang Dunia Pertama,
kehidupan sosial masyarakat Arab, dan selok belok politik di negara Mesir.

Lorong Midaq merupakan sebuah novel yang bertemakan kehidupan sosial masyarakat Arab
di Lorong Midaq. Ia berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua dan masyarakat yang sederhana dan
miskin di Mesir. Ia bermula dengan watak Puan Saniya Afify yang datang mengunjungi Umm Hamida,
penyewa rumahnya yang juga dikenali sebagai pencari jodoh. Puan Saniya Afify datang untuk
meminta bayaran rumah sewanya namun dia pulang dengan memberi sewaan percuma kepada
Umm Hamida kerana Umm Hamida akan mencari jodoh untuknya. Terdapat sebuah warung kopi
yang selalu buka 24 jam dan merupakan tempat melepak warga Lorong Midaq. Warung kopi
tersebut merupakan milik keluarga Kirsha yang selalu bergaduh kerana si isteri, Puan Kirsha, yang
tidak meredhai perbuatan suaminya, Kirsha, yang suka sesama jenis. Sifat Kirsha ini juga merupakan
faktor utama anak mereka, Hussain Kirsha, pergi ke Tell el-Kebir untuk mencari pekerjaan dan
membina kehidupan baru jauh dari Lorong Midaq yang dibenci. Di Lorong Midaq juga terdapat kedai
roti milik sepasang suami isteri yang bernama Jaada dan Husniya. Seluruh penduduk Lorong Midaq
tahu akan nasib Jaada yang selalu dipukul isterinya. Zaita pula ialah seorang pembuat cacat di Lorong
Midaq yang suka kepada Husniya. Zaita bekerja bersama-sama dengan Dr. Booshy, seorang doktor
gigi yang tinggal di situ. Watak lain ialah Abbas, Hamida, Pakcik Kamil, Radhwan Hussainy, Salim
Alwan dan Ibrahim Faraj.

Antara pengajaran yang saya dapat melalui novel Lorong Midaq ini ialah kita perlulah tidak
bertindak terburu-buru di dalam bercinta malah perlu mengambil masa untuk betul-betul mengenali
pasangan sebelum mengahwini mereka terlebih dahulu. Ini ditunjukkan dalam watak Abbas yang
mencintai dan menikahi Hamida kerana kecantikannya namun sebenarnya Hamida hanya menerima
Abbas kerana Abbas akan bekerja keras dan meraih pendapatan yang Hamida boleh gunakan nanti.
Malah ketika Abbas pergi ke Tell el-Kebir untuk mencari rezeki supaya Hamida dapat hidup senang,
Hamida telah merancang untuk berkahwin dengan Salim Alwan kerana kekayaannya. Hamida
merupakan seorang yang sangat matarealistik namun Abbas ialah seorang yang ikhlas untuk
melakukan apa-aa sahaja demi orang yang dicintainya. Pada pendapat saya, saya berasa marah
dengan kelakuan Hamida kerana telah mengkhianati Abbas yang ikhlas dalam diam. Saya berasa
Hamida tidak layak untuk mendapatkan cinta Abbas. Tambahan pula, setelah Hamida gagal untuk
berkahwin dengan Salim Alwan kerana Alwan jatuh sakit, Hamida pergi mengikut seorang lelaki,
Ibrahim Faraj, yang misteri dan dia kenal hanya selepas dia mengikut lelaki itu ke rumahnya.
Akhirnya, Hamida menerima padahnya apabila mengetahui niat sebenar lbrahim Faraj ialah untuk
melacurkan Hamida. Saya rasakan bahawa kisah percintaan Abbas dan Hamida sangat tragis kerana
ianya berakhir dengan Abbas yang mati kerana terlalu sedih setelah mendapat tahu Hamida telah
berlaku curang. Saya rasa bahawa Abbas perlu diberikan peluang kedua untuk bercinta kerana Abbas
berhak mendapat hidup yang baik bersama orang yang dicintainya.

Pengajaran lain yang saya dapat melalui Lorong Midaq ialah kita boleh mengubah kehidupan
kita untuk menjadi lebih baik hanya apabila kita berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Ini
ditunjukkan melalui Abbas dan Hussain Kirsha yang pergi ke Tell el-Kebir untuk pergi bekerja dengan
tentera British. Hamida juga sanggup meninggalkan Lorong Midaq demi kehidupan yang lebih
mewah bersama Ibrahim Faraj. Tidak dilupakan juga Radhwan Hussainy yang pindah dari Lorong
Midaq ke Mekah untuk melakukan haji dan bercadang untuk tinggal lama di situ. Peristiwa-peristiwa
ini menunjukkan yang kita perlulah berkorban sesuatu yang kita sayang untuk meraih kejayaan dan
mendapat kehidupan yang lebih baik. Walaupun ianya perit, itulah harga sebuah kejayaan. Lebih
besar harga kejayaan yang ingin dikecapi, lebih besarlah pengorbanan yang perlu dilakukan.
Peristiwa-peristiwa ini juga berkait rapat dengan isu global migrasi di mana seseorang individu
berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, kita haruslah bijak membuat pilihan kerana tidak semua penghijrahan ialah
sesuatu penghijrahan yang baik. Sebagai contoh, Radhwan Hussainy telah berpindah ke Mekah
untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang yang lebih alim. Manakala, Hamida pula pindah dari
Lorong Midaq untuk hidup bersama Ibrahim Faraj demi mengejar kekayaan dan kemewahan yang
dapat dicapai tanpa perlu mengangkat satu jari pun. Namun akhirnya, dia mengetahui bahawa dia
sebenarnya ditipu oleh Ibrahim Faraj yang sebenarnya ingin menjual dia dari seorang pelacur.

Pada pendapat saya, novel Lorog Midaq merupakan sebuah novel yang dapat memberi
pengajaran dalam aspek sosial. Penggunaan watak yang banyak yang masing-masing mempunyai
perangai dan karenah masing-masing mencerminkan manusia yang mempunyai pelbagai watak unik
masing-masing. Cabaran dan halangan setiap watak juga berbagai. Oleh itu, terdapat banyak
pengajaran yang boleh diambil daripada novel ini untuk dijadikan panduan dan teladan bagi
pembaca. Pengajaran yang saya paling bermakna buat saya ialah yang pertama, harga kejayaan
dalam hidup yang perlu diiringi dengan pengorbanan dan yang kedua, untuk berhati-hati dalam
bercinta. Secara keseluruhan, saya suka kebijaksanaan Naguib Mahfouz yang telah menyentuh
palbagai cabang kehidupan seperti kekeluargaan, politik, isu sosial masyarakat, percintaan, dan lain-
lain. Oleh itu, ia sangat sesuai dibaca oleh mereka yang meminati sastera bergenre kehidupan
kerana Naguib Mahfouz telah berjaya mencerminkan masam manis kehidupan di dalam novelnya ini.

You might also like