You are on page 1of 2
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Teegcosoonae 62510 WP. PUTRAJAYA Uma Woe) sap goumy MALAYSIA Rujukan : JPA.BK(S)26/4/4 JLD. 4) Tarikh : D4 Ogos 2023 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan YBEs, Tao Sai! Dastuk Seri/ Date! Seri/ Date! $ri/ Datle/ Date’! Toatn/ Poser, PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA SEMASA WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’) Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas. 2. __Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985, Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, Kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain 3.__Ketetapan pemakaian batik ini dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu. Peneraju Pembaharuan, Penggerak Porubshan Leading toon, Dring Change se) mmorecsnt onan Rujukan : JPA.BK(S)26/4/4 JLD. 4(_ ) 4. Arahan pemakaian ini berkuat kuasa mulai dari tarikh surat edaran ini dikeluarkan. Melalui ketetapan baharu ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan. 5. Terakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing- masing, pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DATO’ DR.AZULKAPLI BIN MOHAMED)

You might also like