SJ F4 6.3 (Part 1)

You might also like

You are on page 1of 3

6.

3 Usaha Menangani Ancaman Komunis (Bahagian 1)


1. Penguatkuasaan Undang-undang Darurat
 Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa
sebarang perbicaraan
 Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis
 Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati
terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan
 Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan perintah
berkurung, mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan
penduduk
 Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal seperti PKMM, AWAS,
Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM) dan Hizbul
Muslimin
 Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji
Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan


Polis
a) Cawangan Khas
 Ditubuhkan oleh Guy C. Madoc untuk menjalankan tugas risikan yang
membolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM
 Terdapat anggota pasukan yang menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan
maklumat tentang PKM
 Banyak ahli Cawangan Khas diambil dalam kalangan orang Cina untuk menjejak
kubu persembunyian komunis
 Kejayaan membuat penyusupan dalam organisasi PKM memudahkan pasukan
keselamatan merancang tindakan terhadap PKM

b) Special Constables
 Ditubuhkan pada tahun 1948 ketika Rancangan Briggs sedang dilaksanakan
 Sebanyak 24 ribu orang Special Constables dilatih dan dihantar mengawal ladang
dan kawasan lombong
 Menjadi barisan hadapan untuk menghadapi ancaman komunis
c) Polis Hutan
 Dikenali sebagai Flying Squad, kemudian Jungle Squad dan kemudiannya Jungle
Companies dan disusun semula dan dinamakan Police Field Force (PFF)
 Kemudian, PFF dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan
 Tugas termasuklah memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan,
membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam hutan dan
menjaga kubu (jungle fort)

d) Polis Wanita
 Ditubuhkan pada bulan Ogos 1955
 Barbara D.R Wentworth ialah pegawai polis wanita yang pertama dan ditugaskan
untuk melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita

e) Senoi Praaq (Urang Perang- bahasa Semai)


 Ditubuhkan pada tahun 1956
 Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
 Anggotanya terdiri daripada Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan
 Lebih dikenali sebagai “The Silent Killers”

f) Auxiliary Police
 Mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis
 Membantu polis menentang ancaman komunis
 Pada tahun 1996, anggota AP dijadikan Police Volunteer Reserve

Tentera
a) Pasukan Askar Melayu
 Ditubuhkan pada tahun 1933
 Membanteras gerila komunis di dalam hutan
 Kerajaan melengkapkan tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan bantuan
yang lain
 Diperbesar daripada 3 rejimen kepada 7 rejimen
 Mencapai prestasi cemerlang kerana menumpaskan anggota komunis dan
memusnahkan kubu operasi komunis
b) Pasukan Askar Komanwel
 Dibawa masuk oleh kerajaan dari Britain, Australia, New Zealand, India, Afrika Timur,
Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji
 Pada tahun 1954, terdapat 25 ribu orang askar Britain, 10 ribu orang askar Gurkha, 1
batalion askar Afrika dan 1 batalion rejimen Fiji ditempatkan di Tanah Melayu
 Turut membantu dalam usaha memerangi komunis di negara kita

c) Sarawak Rangers
 Terdiri daripada orang Iban
 Menjejak persembunyian komunis di dalam hutan
 Mahir dalam selok-belok hutan
 Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban yang bermaksud “Selagi hidup selagi melawan”
 Berjaya memusnahkan banyak kem dan markas komunis

Sukarelawan
a) Home Guard
 Pasukan Pengawal Kampung
 Membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke
tangan komunis
 Anggotanya diberi latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan
 Mengamankan kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah daripada
serangan komunis

3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan


 Diperkenalkan di bawah Undang-undang Darurat untuk mengawal mengawal
pergerakan penduduk
 Memudahkan pihak keselamatan untuk membezakan orang awam dengan komunis
 Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki
mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa
 Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja

You might also like