You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

MANTAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPK TAHUN 2020
18 OGOS 2021
 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Selamat Sejahtera.

Terima Kasih Saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha,
Puan Norliyati Binti Md Nor,
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharuddin


SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

Yang Diraikan,
SEMUA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PESARA-
PESARA BAGI TAHUN 2020

Seterusnya,
Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit Majlis Perbandaran Kluang & Semua Warga
Kerja Majlis Perbandaran Kluang Yang Dirahmati Allah Swt & Dihormati Sekalian

Pendahuluan

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur


yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah
diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan Jasamu Dikenang yang diadakan
secara maya pada hari ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan
MPK kerana sudi meraikan saya dalam majlis ini.

Banyak kenangan manis & peristiwa-peristiwa yang menarik saya lalui sepanjang
lebih dari 2 tahun saya berkhidmat di Majlis Perbandaran Kluang.

Berkat usaha gigih semua warga MPK, banyak kejayaan yang dicapai dan diperolehi
dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di dalam
kawasan perbandaran Kluang.

Ketika berdepan dengan pandemik covid-19, warga kerja MPK menjadi benteng
hadapan bagi memastikan masyarakat di perbandaran Kluang sentiasa berada
dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan dan S.O.P yang ditetapkan
oleh kerajaan.

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat
disamping warga MPK yang sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas dan amanah yang diberi sepanjang perkhidmatan saya.

Sesungguhnya, warga kerja MPK merupakan aset terpenting Majlis Perbandaran


Kluang.

Saya berharap semoga Majlis Perbandaran Kluang akan menjadi sebuah Organisasi


yang terunggul dan cemerlang. Saya juga berharap agar warga MPK mendoakan
kejayaaan dan kesejahteraan saya di masa akan datang.

Tahniah, buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, semoga terus


berkhidmat dengan cemerlang di masa-masa yang akan datang.

Saya akhiri ucapan saya dengan satu ungkapan kata-kata,

" Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka sebab apa yang paling kalian
kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan seperti gunung yang
kita nampak lebih agung apabila melihatnya dari padang dan dataran"

PENUTUP
Akhir kata, saya sudahi ucapan dengan sekian, wabilahitaufiq Walhidayah,
Asalamualaikum wbt.

You might also like