You are on page 1of 1

Ucapan Guru Besar Sempena Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan
peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan
bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran
yang hakiki.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Semoga kesan Ramadan
yang baru dilalui akan menghasilkan jiwa dan hati yang sejahtera kepada kita semua,
membentuk dan menjadikan kita ummah yang memiliki hati dan fikiran yang tenang.
Sekaligus dapat mendidik kita untuk mencari penyelesaian menggunakan ilmu dan iman
berbanding emosi.

Di sebalik kegembiraan kita meraikan hari lebaran, jangan kita lupa kes covid semakin tinggi.
Kita hendaklah Kembali mengamalkan pemakaian penutup mulut dan hidung sekiranya
berada ditempat yang sesak, Perkembangan mutakhir berkenaan dengan strok melanda
negara pihak kpm memberi kelonggaran tentang pemakaian, galakan minum air kosong.

Akhir kata bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1441 Hijrah saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru, kakitangan sokongan, ibubapa dan murid
SK RKT Sri Ledang yang dikasihi.

Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.

You might also like