Garis Panduan Pengendalian Murid Sekolah Yang Merokok (PMSM)

You might also like

You are on page 1of 100

GARIS PANDUAN

PENGENDALIAN MURID SEKOLAH


YANG MEROKOK

MEMBANTU MURID MEMBUANG KETAGIHAN NIKOTIN

Unit Kawalan Tembakau & Sekretariat FCTC


Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama
Unit Intervensi (PPDa)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan
Sekalung Penghargaan Kepada :
Jawatankuasa PBMDS Daerah Batu Pahat
(Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat & Guru Kaunselor Sekolah Daerah Batu
Pahat)

Dr Hjh Zaleha Binti Jailani


Dr Marina Mohd Said
Dr Hj Yunus Bin Sharif
Dr Noorhaida Binti Ujang
En Zainal Abidin Bin Redzuan
Pn Jamnah Binti Mohamed Zin
Pn. Wahidah Binti Hamidon

Jawatankuasa PBMDS Daerah Kota Tinggi


(Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi & Guru Kaunselor Sekolah Daerah Kota
Tinggi)

Dr Fazilahton Binti Rajulin


Pn. Norliza Binti Samin
En. Ibrahim Bin Ya’akub

Penambahbaikan Modul Dan Editor

Prof. Madya Dr Wee Lei Hum (UKM)


Prof. Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed (UIA)
Dr Rashidi Mohamed Bin Pakri Mohamed (UKM)
Prof. Dr Rahimah Binti Abdul Kadir (UM)
Dr Ho Bee Kiau
Dr Noraryana Binti Hassan
Dr Nizam Baharom
Dr Christopher Eugene

Dan ramai lagi yang telah membantu membangunkan Garis Panduan ini !
Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Latar Belakang Garis Panduan 2

3.0 Objektif 2

4.0 Kumpulan Pelaksana 2

5.0 Kumpulan Sasaran 2

6.0 Definisi 2

7.0 Prinsip ՙ5 A’ Untuk Membantu Murid Berhenti Merokok 3

8.0 Pengendalian Murid Sekolah Yang Merokok 3

Topik 1 Mengenalpasti Tabiat Merokok dan Tahap Ketagihan 5

Topik 2 Rokok dan Ketagihan 7

Topik 3 Bahaya Merokok dan Perokok Pasif 13

Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang


Topik 4 20
Rokok

Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam


Topik 5 23
Mengenai Merokok

Topik 6 Faedah Berhenti Merokok 27

Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok 30

Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan


Topik 8 36
Mengekalkan Status Tidak Merokok

Topik 9 Bahaya rokok elektronik / vape 40

Apendiks A - Borang Penilaian PMSM 1-2016 44

Apendiks B - Borang Skor Fagerstrom 46

Apendiks C - Interpretasi Ujian Fagerstrom Dan Tindakan Susulan 47

Apendiks D - Teknik 5R 48

Apendiks E - Kaedah Dead Pointers 49

Cadangan aktiviti untuk murid sekolah rendah A1

Cadangan aktiviti untuk murid sekolah menengah B1


1.0 PENDAHULUAN

Tabiat merokok dikaitkan sebagai punca utama kematian pramatang akibat penyakit
berkaitan rokok seperti kanser dan penyakit kardiovaskular. Dianggarkan terdapat
seramai 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dengan peningkatan jumlah perokok yang
ketara di negara-negara membangun dan tren ini turut melibatkan golongan remaja.
Dijangkakan, lebih 8 juta orang akan mati setiap tahun akibat rokok menjelang 2030
di mana 7 juta daripadanya adalah dari negara membangun seperti Malaysia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 20,000 rakyat Malaysia mati
setiap tahun akibat kesan kesihatan disebabkan amalan merokok.

Menurut laporan kajiselidik Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2015,
seramai 22.8% atau 5.0 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok
yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki. 60 peratus daripada perokok di
Malaysia mula merokok sebelum berumur 18 tahun iaitu di zaman persekolahan.
Dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat
merokok setiap hari. Jadual 1 menunjukkan perbandingan prevalens perokok remaja
Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2009.

Jadual 1: Prevalens perokok remaja

Tahun 2003 2006 2009

Kajian GYTS1 NHMS 3 GYTS2

Prevalens perokok remaja 20.2% 8.7% 18.2%


(13-15 tahun) (<18 tahun) (13-15 tahun)
Lelaki 36.3% 16.6% 30.9%

Perempuan 4.2% 0.7% 5.3%

Merokok juga dikaitkan dengan tingkahlaku berisiko yang lain seperti penyalahgunaan
dadah, ponteng sekolah dan pergaduhan. Sekiranya tabiat ini tidak dibendung di
peringkat awal, perokok akan lebih sukar untuk berhenti selepas menjadi perokok
tegar. Kajian NHMS 2011 mendapati 60.8% perokok remaja (berumur antara 15 -24
tahun) membuat percubaan untuk berhenti merokok tapi tiada akses kepada
kemudahan ini.

Pelan Strategik Kawalan Tembakau Kebangsaan telah mensasarkan penurunan


prevalen merokok untuk negara kita dan salah satu caranya adalah untuk
membendung masalah ini di peringkat awal. Malaysia adalah salah sebuah negara
parti kepada perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dan
komited untuk melahirkan generasi Malaysia bebas dari sebarang bentuk amalan
merokok.

1
2.0 LATAR BELAKANG GARIS PANDUAN PENGENDALIAN
MURID SEKOLAH YANG MEROKOK

Garis panduan ini adalah berdasarkan modul Perkhidmatan


Berhenti Merokok di Sekolah (PBMDS) yang dibangunkan oleh
Pejabat Kesihatan Batu Pahat dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi,
Johor dengan kerjasama Guru Bimbingan & Kaunseling dari kedua-
dua daerah. Dibangunkan sebagai program, modul PBMDS ini
telah berjaya membantu ramai murid sekolah di daerah berkenaan
untuk berhenti merokok.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai rujukan dan garispanduan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling
dan Guru yang melakukan intervensi kepada murid yang merokok

3.2 Untuk memberi pengetahuan dan kesedaran bahaya merokok kepada murid

3.3 Untuk membolehkan murid sekolah yang merokok menghentikan tabiat


merokok secara teratur dan terancang

4.0 KUMPULAN PELAKSANA

Garis panduan ini boleh digunakan oleh Guru Bimbingan &


Kaunseling serta mana-mana guru sekolah yang telah dilatih untuk
menjalankan intervensi ke atas murid sekolah yang merokok. Ianya
juga boleh dijadikan rujukan untuk mana-mana anggota kesihatan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Garis panduan ini disediakan untuk intervensi ke atas mana-mana murid yang didapati
merokok, sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Aktiviti-
aktiviti yang dipilih sewaktu intervensi mungkin berbeza mengikut tahap persekolahan
namun, prinsip-prinsip asas berhenti merokok boleh digunakan pada mana-mana
murid.

6.0 DEFINISI

i. Klien: Murid yang dikenalpasti merokok dan dimasukkan


dalam program perkhidmatan berhenti merokok di sekolah

ii. Merokok: Perbuatan menghisap rokok /bahan hasil tembakau


walaupun satu sedutan dalam tempoh 6 bulan lalu.

2
iii. ”Berjaya berhenti merokok”: Jika klien dapat mengekalkan
status tidak merokok selama 6 bulan dan lebih dari tarikh mula
berhenti merokok.

iv. Merokok semula (relapse): Klien yang menghisap rokok


semula walaupun hanya satu sedutan selepas dikategorikan
sebagai ’berjaya berhenti merokok’.

7.0 PRINSIP ՙ5 A’ UNTUK MEMBANTU MURID BERHENTI MEROKOK

Garis panduan ini dibina berasaskan prinsip 5A yang mana ianya mampu
meningkatkan kadar berhenti merokok dalam kalangan perokok, secara teratur dan
sistematik. Komponen asas prinsip 5A adalah seperti berikut:

1. Ask Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada

2. Advise Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang


efektif, jelas dan personal

3. Assess Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti merokok

4. Assist Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya

5. Arrange Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat


berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan perokok agar
dapat mengikuti sasaran berhenti merokok

8.0 PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK

Berikut adalah 9 topik yang telah disediakan untuk membantu guru melakukan
intervensi ke atas murid-murid yang merokok. Topik 1 adalah untuk mengenalpasti
tabiat dan tahap ketagihan nikotin murid. Topik 2 – 6 adalah untuk meningkatkan
pengetahuan murid-murid tentang bahaya merokok dan kepentingan berhenti
merokok. Topik 7 & 8 adalah khusus untuk membantu murid berhenti merokok. Topik
9 menyentuh tentang bahaya rokok elektronik atau vape.

3
Pengendalian Murid Sekolah Yang Merokok

Topik 1 Mengenalpasti Tabiat Merokok dan Tahap Ketagihan

Topik 2 Rokok dan Ketagihan

Topik 3 Bahaya Merokok dan Perokok Pasif

Topik 4 Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang Rokok

Topik 5 Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam Mengenai


Merokok

Topik 6 Faedah Berhenti Merokok

Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok

Topik 8 Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan Mengekalkan


Status Tidak Merokok

Topik 9 Bahaya rokok elektronik atau vape

4
TOPIK 1 MENGENALPASTI TABIAT MEROKOK DAN TAHAP KETAGIHAN

1. Aktiviti
 Mengisi borang Penilaian PMSM dan borang skor Fagerstrom (untuk pelajar
dikenalpasti merokok)

2. Objektif
 Penilaian peserta
 Penilaian status dan tabiat merokok
 Penilaian kebergantungan terhadap nikotin

3. Masa
 15-30 minit

4. Alat
 Borang PMSM 1-2016 (Apendiks A)
 Borang Skor Fagerstrom (Apendiks B)
 Jadual interpretasi ujian Fagerstrom dan tindakan susulan (Apendiks C)

5. Langkah

i. Fasilitator menjalankan aktiviti suai kenal dan menerangkan bahawa tujuan


kaunseling adalah untuk meningkatkan kesihatan murid agar berhenti dari
ketagihan nikotin, dan bukanlah sebagai hukuman atau penalti kerana
merokok.

ii. Fasilitator mengedarkan Borang PMSM 1-2016 yang akan diisi oleh semua
murid yang mengikuti sesi kaunseling. Jelaskan tujuan saringan dilakukan bagi.
Jika intervensi dibuat secara individu fasilitator boleh mengisikan ringkasan
penilaian tersebut untuk murid.

iii. Ada juga pelajar yang telah memberikan data di dalam borang penilaian ini;
seperti pelajar yang dirujuk kepada kaunselor menerusi program Perkhidmatan
Pergigian di sekolah. Pihak Kaunselor boleh mendapatkan data tersebut dari
program berkenaan atau murid boleh mengisi semula borang ini.

iv. Seterusnya edarkan borang skor Fagerstrom (Apendiks B) untuk diisi oleh
murid. Penilaian Fagerstrom membantu menilai status merokok dan ketagihan
kepada nikotin. Penilaian tahap ketagihan ini boleh diulang beberapa kali
sepanjang proses murid berhenti merokok. Kebiasaannya, tahap ketagihan
akan turun dan berkurangan apabila perokok menjalani proses berhenti
merokok.

5
v. Fasilitator memberi maklumat berkaitan tabiat merokok dan tahap ketagihan
nikotin dan membuat kesimpulan bersama murid.

vi. Fasilitator mengumpul data berkaitan intervensi ini dan disimpan dalam sifat
kerahsiaan. Data yang disimpan boleh digunakan untuk analisa.

6
TOPIK 2 ROKOK DAN KETAGIHAN

1. TOPIK
 Kandungan dalam sebatang rokok dan asapnya
 Nikotin dan kesan ketagihan

2. OBJEKTIF
 Peserta akan dapat memahami kandungan rokok
 Mengetahui faktor utama yang menyebabkan ketagihan.

3. KAEDAH
 Ceramah
 Perbincangan / Latihan dalam Kumpulan

4. PRA DAN POS UJIAN (Ikut kesesuaian peringkat umur pelajar)

Arahan: Sila tandakan (  ) pada petak yang disediakan bagi jawapan yang betul.

Di antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok yang manakah


menyebabkan ketagihan
 Tar
 Plumbum
 Ammonia
 Nikotin ()
 Karbon monoksida

Lima (5) kesan-kesan ketagihan rokok


 Murung ()
 Mengantuk ()
 Lesu ()
 Ceria
 Gian ()
 Cergas
 Resah gelisah ()
 Waras
 Berubah selera makan (selera meningkat)
 Kurang tumpuan

7
5. NOTA FASILITATOR

A. JENIS ROKOK DAN KANDUNGANNYA:

1. Pengetahuan mengenai produk hasil tembakau yang terdapat dalam pasaran :

 Tidak terbakar (smokeless tobacco) : e-cigarette, tembakau kunyah / hisap

 Terbakar (combustible tobacco) : rokok, rokok gulung, cerut, rokok paip,


shisha, bidis

Rokok Rokok Gulung / Daun Cerut

Bidis Tembakau kunyah Shisha

Tembakau snuf / snus Rokok elektronik Paip

8
B. KANDUNGAN ROKOK DAN ASAPNYA
a. 7000 bahan kimia
b. 300 bahan toksik
c. 81 bahan penyebab kanser

Rajah 2.1 Antara bahan-bahan kimia di dalam rokok / asap rokok

C. BAHAN-BAHAN BERBAHAYA DALAM ROKOK:

karbon dioksida, nitrogen dioksida,


hidrogen sianida, aseton
KARBON MONOKSIDA

Toluena, TAR, DDT,


NIKOTIN, amonia,
formaldehida, butana,
kresol, metanol,
logam berat, nitrosamina,
metopren,
kadmium, uretana
arsenik, sianida

Rajah 2.2 Bahan-bahan merbahaya dalam rokok

9
D. NIKOTIN DAN KESAN KETAGIHAN:

NIKOTIN:

 Adalah sejenis dadah yang terdapat dalam tembakau


 Bahan yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti merokok
 Sampai ke otak dalam masa 7-10 saat selepas disedut
 Menyebabkan ‘kebergantungan fizikal’ - ketagihan
 Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan, koma atau
maut

i. Kesan fizikal:

 Meningkatkan degupan jantung


 Meningkatkan tekanan darah
 Penyempitan salur darah
 Meningkatkan paras asid dalam perut
 Meningkatkan paras kolesterol dalam darah (LDL)
 Pernafasan menjadi cepat dan pendek

Nikotin bertindak merangsang pengeluaran bahan kima dalam sistem saraf dan tubuh
badan yang menghasilkan kesan fisiologi seperti di dalam Rajah 2.3

Dopamin Kenikmatan, penekanan selera


makan

Norepinefrin Rangsangan, penekanan selera


makan

Nikotin Asetikolina Rangsangan, peningkatan kognitif

Glutamat Pembelajaran, peningkatan daya


ingatan

Serotonin Modulasi ‘mood’, penekanan


selera makan

Endorfin-β Pengurangan kebimbangan dan


ketegangan

Asid aminobutirik-gama Pengurangan kebimbangan dan


(gamma - aminobutyric acid; ketegangan
GABA)

Rajah 2.3 Pencetus neuro hasil rangsangan nikotin dan kesan-kesannya.

10
Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok akibat dari
rangsangan Dopamin yang dikeluarkan oleh otak. Lama kelamaan, kebergantungan
akan berlaku di mana perokok akan terus merokok untuk mengatasi masalah
ketagihan nikotin.

ii. Konsep ketagihan

Seseorang menjadi ketagih merokok jika mengalami gejala berikut :

 Toleran - Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok bagi mendapatkan


kesan yang sama dengan yang sebelumnya
 Sindrom Tarikan - Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan, keresahan atau cepat
marah akibat kekurangan jumlah nikotin dalam badan.
 Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah nikotin dalam badan.
 Rokok perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap berbanding
sebelumnya.
 Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok.
 Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi keperluan.
 Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.
 Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana kebergantungan
yang kuat terhadap nikotin.

iii. Rajah putaran ketagihan

Rajah 2.4 Putaran ketagihan nikotin akibat merokok

11
E. TAR DAN KANSER

 Tar terhasil sewaktu pembakaran tembakau di dalam rokok. Ini bermakna


merokok akan menghasilkan tar di dalam asap rokok.
 Tar adalah sangat toksik dan akan merosakkan tisu paru-paru perokok di dalam
jangka masa panjang.
 Tar juga menyebabkan penurunan kesihatan oral dengan menghitamkan gigi,
merosakkan gusi dan mengurangkan sensitiviti deria rasa lidah.
 Tar mengandungi pelbagai bahan mutagenik (merosakkan DNA di dalam sel)
dan karsinogenik (menyebabkan kanser) seperti Polycyclic aromatic
hydrocarbons (PAH), benzene, acrylamide and acrylonitrile.
 Merokok (secara aktif atau pasif) akan menyebabkan sel paru-paru terdedah
kepada bahan-bahan ini dan meningkatkan risiko mendapat kanser.

F. KARBON MONOKSIDA DAN MASALAH KESIHATAN

 Karbon monoksida adalah gas tanpa warna, yang terhasil akibat pembakaran
bahan yang mengandungi asas karbon seperti tembakau.
 Karbon monoksida diserap dengan cepat ke dalam saluran darah dan terikat
dengan molekul hemoglobin di dalam sel darah merah.
 Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh
badan, tetapi karbon monoksida bersaing dengan oksigen ke atas reseptor di
hemoglobin.
 Akhirnya sel darah merah tidak mampu membawa oksigen sepenuhnya dan
jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk memastikan sel-sel
menerima oksigen di seluruh tubuh badan.
 Merokok adalah penyebab utama tahap karbon monoksida tinggi dalam darah
dan perokok mempunyai tahap karbon monoksida 10 kali ganda daripada
bukan perokok.

Rajah 2.5 Karbon monoksida bersaing dengan Oksigen untuk molekul hemoglobin
di dalam sel darah merah

12
TOPIK 3 BAHAYA MEROKOK & ASAP ROKOK BASI (PEROKOK PASIF)

1. Topik:
 Padah merokok kepada pelajar / individu
 Penyakit yang dikaitkan dengan merokok
 Bahaya asap rokok basi (perokok pasif)

2. Objektif:
 Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/individu
 Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok
 Memahami kesan bahaya yang dihadapi oleh perokok pasif

3. Kaedah:
 Informasi dan perbincangan
 Perbincangan Kumpulan kecil

4. Pra dan pos ujian:

Pilih beberapa kesan akibat merokok terhadap pelajar


 Mengheret ke arah dadah dan alkohol ()
 Meningkatkan keterampilan diri
 Langgar disiplin sekolah ()
 Disukai keluarga dan kawan
 Jejas prestasi pelajaran ()
 Menjejaskan stamina ()
 Menjejaskan penampilan diri ()
 Cergas dalam sukan
 Cemerlang dalam pelajaran

Tiga (3) jenis penyakit akibat merokok


 Kanser ()
 Demam kencing tikus
 Angin ahmar ()
 Demam denggi
 Penyakit jantung ()

13
5. NOTA FASILITATOR

A. BAHAYA MEROKOK

 Merokok adalah langkah pertama ke arah:


 Penyalahgunaan dadah : 90% penagih dadah bermula dengan rokok
 Pengambilan alkohol : 70% penyalahgunaan alkohol bermula dengan rokok
 Masalah disiplin sekolah:
o Ponteng
o Vandalisme
o Gangsterisme
o Menjejaskan prestasi akademik dan ko-kurikulum
 Stamina menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah
 Menjejaskan penampilan diri:
o Selekeh/comot
o Nafas berbau
o Bibir lebam/birat
o Gigi kuning
 Batuk
 Mempercepatkan proses penuaan (kelihatan lebih tua):
o Kulit cepat berkedut
o Rambut cepat beruban
 Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)
 Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran janin
 Pendek umur / kematian pra-matang
o Secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa
 Menghidap penyakit-penyakit akut
 Penyakit radang gusi
 Jangkitan saluran pernafasan
 Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di muka surat
seterusnya)

14
B. PENYAKIT- PENYAKIT KRONIK YANG DIKAITKAN DENGAN MEROKOK

 Penyakit kanser:

Kanser mulut dan lidah (3-15 kali ganda risiko)

Paru-paru (7-15 kali ganda risiko) Kanser payu dara

Kanser perut (2 kali ganda risiko) Kanser hati

15
 Penyakit-penyakit kronik lain:

Penyakit paru-paru kronik seperti Serangan sakit jantung (1.5 - 3 kali


‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko) ganda risiko)

Kebutaan Kerosakan buah pinggang

Angin ahmar / strok Penyakit periodontal

16
C. PEROKOK PASIF DAN BAHAYA ASAP ROKOK BASI

i. Definisi perokok pasif


Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok basi.
Definisi oleh World Health Organization (WHO): Seseorang yang terdedah kepada
asap rokok basi selama sekurang-kurangaya15 minit dalam masa 2 hari seminggu

ii. Asap rokok basi:

Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:

 Asap aliran utama (main-stream): asap yang dihembus keluar oleh perokok

 Asap aliran sisi (side-stream smoke): asap yang dibebaskan di hujung


puntung rokok yang terbakar

Kombinasi asap aliran utama dan asap aliran sisi dikenali sebagai asap rokok basi.

Asap aliran utama

Asap aliran sisi

Rajah 2.6 Jenis asap aliran rokok

Asap rokok aliran sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses pembakaran yang tidak
sempurna. Kandungan bahan kimia dalam asap rokok sisi umumnya lebih tinggi
berbanding asap rokok aliran utama.

Di antaranya
 2 X ganda kandungan Nikotin
 3 X ganda kandungan Tar
 5 X lebih tinggi kandungan Karbon Monoksida (CO)
 50 X lebih tinggi kepekatan bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser

17
Asap Aliran
Utama Asap Aliran
disedut Utama dihembus Asap
(30%) keluar Aliran
(80%) Sisi
(70%)

Masuk Asap Rokok


paru-paru Pasif/basi
(20%)

Rajah 2.7 Asap rokok basi adalah sangat berbahaya kerana tiada tahap selamat
terhadap pendedahannya

iii. Risiko kesihatan perokok pasif

 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru


 25% lebih tinggi mendapat sakit jantung
 Penyakit asma/lelah bertambah teruk
 Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan
 Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan/atau pra-matang
 Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran janin
 Meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu dara
 Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur pernafasan
dan jangkitan kuman di telinga
 Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.

Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami impak negatif apabila mereka


menghisap asap rokok basi.

Kajian mendapati bahawa:


 Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun, adalah 30%
lebih mudah mendapat demensia (nyanyuk) berbanding dengan golongan
yang tidak pernah tinggal bersama perokok.

 Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi golongan berisiko


tinggi berpenyakit jantung.

18
Rajah 2.8 Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di seluruh dunia

Rajah 2.9 Penyakit berkaitan dengan perokok pasif

19
TOPIK 4: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA
TENTANG ROKOK

1. Topik
 Kebaikan tidak merokok
 Persepsi remaja tentang merokok

2. Objektif
 Mengetahui kebaikan tidak merokok
 Mengetahui persepsi salah remaja tentang merokok dan fakta sebenarnya

3. Kaedah
 Ceramah
 Perbincangan

4. Pra dan pos ujian

i. Lima (5) kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok:


 Kelihatan lebih segak ()
 Membosankan
 Dapat menjimatkan wang ()
 Gagal dalam pelajaran
 Tidak dapat menumpukan pada pelajaran
 Lebih ceria dan riang ()
 Runsing dan gelisah
 Lebih sihat, cergas dan berstamina ()
 Berpotensi mencapai kecemerlangan akademik ()

ii. Berikut adalah persepsi remaja tentang tabiat merokok. Sila tandakan sama ada
persepsi tersebut betul atau pun salah.
Betul Salah
 Merokok melambangkan kedewasaan
 Merokok memudahkan seseorang mendapat kawan
 Merokok merupakan sumber ilham
 Merokok melambangkan kehebatan (macho)
 Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan

20
5. NOTA FASILITATOR

A. KEBAIKAN BERHENTI / TIDAK MEROKOK


 Lebih segak
 Matang
 Berketerampilan
 Keyakinan diri tinggi
 Perawakan yang menarik
 Kecemerlangan akademik
 Lebih cergas dan berstamina
 Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
 Sentiasa ceria
 Lebih disenangi orang lain
 Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat

B. PERSEPSI TENTANG MEROKOK

Ramai pelajar masih mempunyai persepsi yang salah telah perbuatan merokok. Ianya
mungkin akibat propaganda syarikat rokok atau pemerhatian mereka yang tidak
berdasarkan fakta yang benar. Jadual 2.1 menunjukkan persepsi yang sering di dalam
pemikiran pelajar yang merokok. Perbincangan bersama dapat memberi kesedaran
kepada pelajar tentang fakta sebenar perbuatan merokok.

Jadual 2.1 Persepsi remaja yang salah tentang merokok


Bil Persepsi salah Fakta sebenar
1. Merokok Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih
melambangkan matang dan dewasa. Kedewasaan bukan diukur
kedewasaan dengan perbuatan merokok.

Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin


pada diri sendiri.

2. Dengan merokok Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi


seseorang itu mudah pengaruh negatif terhadap anda.
dapat kawan
Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat
ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja
adalah tidak merokok.

21
3. Merokok boleh Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan
mengekalkan kelangsingan badan.
kelangsingan badan
Cara yang betul ialah dengan bersenam dan
mengamalkan pemakanan yang sihat.

Ini akan menjadi kan remaja lebih sihat dan


terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti
penyakit jantung, kanser dan lain-lain.

4. Merokok Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah


melambangkan ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar
kehebatan (macho) rokok melalui iklan.
bagi lelaki dan Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh,
bergaya (trendy) nampak tua dan nafas berbau busuk.
untuk perempuan

5. Merokok merupakan Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham


sumber ilham tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan.

Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu


tidak dapat berfikir secara produktif.

22
TOPIK 5: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM
MENGENAI MEROKOK

1. Topik
 Peruntukan undang-undang
 Pandangan Islam mengenai merokok

2. Objektif
i. Mengetahui undang-undang berkaitan
ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam
iii.Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok

3. Kaedah
i. Perbincangan dan informasi
ii. Roleplay

4. Pra dan pos ujian

i. Jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah


Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan)
2011, bagi kesalahan memiliki, mengunyah atau merokok di bawah umur
adalah:

A. RM 100
B. RM 500
C. RM 1000 ()
D. RM 1500
E. RM 2000

23
5. Nota fasilitator

A. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK:

Di bawah peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004


(Pindaan 2011)
 Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun
 Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok, mengunyah,
membeli atau mempunyai hasil tembakau
 Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan
larangan merokok.
 Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah peraturan ini boleh dikenakan
denda sehingga RM 1000.00. sekiranya dijatuhkan kesalahan oleh mahkamah
(Namun biasanya kompaun akan ditawarkan sebanyak RM50, sebelum kes
dibawa ke mahkamah).
 Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan merokok dan
sebaiknya berhenti merokok.

B. KAWASAN-KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah


Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2011) iaitu:

1. Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)


2. Pusat hiburan dan teater
3. Lif atau tandas awam
4. Tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam mana-mana bangunan yang diwartakan oleh Menteri
7. Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)
8. Lapangan terbang
9. Premis kerajaan
10. Dewan Orang Ramai
11. Bas Sekolah
12. Tadika, taman asuhan kanak-kanak
13. Kaunter perkhidmatan awam:
a. Bank atau institusi kewangan
b. Tenaga Nasional Berhad
c. Pos Malaysia Berhad
d. Telekom Malaysia Berhad
14. Kompleks membeli-belah serta kaki limanya
15. Kompleks sukan
16. Stadium

24
17. Stesen minyak.
18. Kem PLKN
19. Kafe internet
20. Perpustakaan
21. Bangunan tujuan keagamaan.
22. Tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin berpusat
23. Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di lebuhraya

C. PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK

Hukum merokok adalah haram. Berikut adalah fatwa dan nas yang menyokong
pandangan ini:

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama


Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju
membuat keputusan bahawa:” Merokok adalah haram dari pandangan Islam
kerana padanya terdapat kemudaratan”.

 Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan


jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan
kemudaratan kepada manusia adalah diharamkan seperti firman Allah: ‘...Dan
janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...’ Al
Baqarah:195

 ‘..Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok


diputuskan sebagai haram..’ Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi

 ‘..Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan


menjalankan perniagaan di dalamnya..’ Ulama Al-Azhar Lujnah (fatwa di Al-
Azhar)

 ‘..Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apa pun
akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi
punca pelbagai penyakit. Justeru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok
mestilah diharamkan..’ Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid
Al-Azhar.

25
 ‘..menghisap rokok adalah haram dalam Islam..’ Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir.
Dr Nasr Farid Wasil.

Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti merokok. Pelbagai
agama-agama utama yang lain juga menyokong bahawa merokok adalah tidak
digalakkan kerana mendatangkan kemudaratan.

Agama Hindu menganggap merokok sebagai perbuatan meracuni tubuh badan dan
tidak sepatutnya diamalkan.

Di dalam agama Sikh, Guru Gobind Singh melarang pengikutnya dari merokok.
Tembakau dinamakan ‘jagat jhoot’ atau ‘penipuan dunia’.

Penganut Buddha digalakkan agar mengamalkan cara hidup sihat dengan tidak
merokok. Malah, di Bhutan, mana-mana sami Buddha yang didapati merokok akan
dipenjarakan.

26
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. Topik
Faedah berhenti merokok

2. Objektif
 Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

3. Kaedah
 Perbincangan

4. Pra dan pos ujian

Nyatakan lima (5) kebaikan fisiologi dengan berhenti merokok


 Sistem darah akan bersih daripada nikotin ()
 Kandungan oksigen tidak akan meningkat dalam darah
 Tekanan darah akan naik dengan mendadak
 Denyutan nadi akan balik ke paras normal ()
 Bertambah berat badan
 Kesuburan lelaki dan wanita berfungsi baik ()
 Muka nampak cengkung
 Karbon monoksida akan berkurangan daripada tubuh ()
 Berkurangnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular ()

Nyatakan lima (5) kebaikan psiko sosial apabila berhenti merokok


 Terlepas daripada belenggu ketagihan ()
 Meningkatkan keyakinan diri ()
 Tidak disayangi oleh keluarga atau kawan-kawan
 Prestasi akademik dan ko-kurikulum akan meningkat ()
 Membentuk imej baru yang matang dan bergaya ()
 Sentiasa ketagih
 Kurang cerdas dalam pelajaran
 Menjadi tauladan yang baik kepada seisi keluarga dan rakan ()
 Tidak berkeyakinan

Nyatakan dua (2) kebaikan ekonomi dengan berhenti merokok


 Perbelanjaan merawat penyakit akibat merokok dapat dijimatkan ()
 Harga rokok akan dinaikkan
 Dapat menjimatkan wang yang dibazirkan ()
 Penanam tembakau akan kehilangan mata pencarian

27
5. NOTA FASILITATOR:

FAEDAH BERHENTI MEROKOK:

A. KESAN POSITIF PADA FISIOLOGI SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih secara spontan.
Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara
mendadak, dan jantung serta paru-paru anda akan membaik pulih kerosakan yang
disebabkan oleh rokok.

Jadual 6.1 di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku dalam badan anda
selepas anda berhenti merokok:

Jadual 6.1 Perubahan dalam badan selepas berhenti merokok


TEMPOH PERUBAHAN DALAM BADAN
BERHENTI
Hari 1 Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon
monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2 Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan.


Deria rasa dan bau anda juga bertambah peka

2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda


mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam
paru-paru . Ini menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan
bahan-bahan tersebut

1 bulan Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak
tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah
bertambah baik.

2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik ,


maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh


berbanding dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal


diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok.

10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat


kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah
daripada golongan yang masih merokok

28
B. KESAN PSIKOSOSIAL
 Terlepas daripada belenggu ketagihan
 Keyakinan pada diri akan meningkat
 Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum akan meningkat
 Kehidupan akan lebih ceria
 Kelihatan lebih tampan dan kemas
 Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya
 Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan juga rakan-rakan
 Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang kebanyakannya tidak
merokok

C. FAEDAH EKONOMI

Banyak wang dapat dijimatkan


Jadual 6.2 Jumlah wang yang dapat dikumpulkan sekiranya berhenti merokok
Batang rokok 10 20 30 40
Kos rokok sehari 3.40 6.80 10.20 13.60

1 minggu (RM) 23.80 47.60 71.40 95.20

Satu bulan (RM) 95.20 190.40 285.60 380.80

Satu tahun (RM) 1,142.40 2,284.80 3,427.20 4,569.60

5 tahun (RM) 5,712.00 11,424.00 17,136.00 22,848.00

10 tahun (RM) 11,424.00 22,848.00 34,272.00 45,696.00

 Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan dan


kos rawatan penyakit akibat merokok dapat dijimatkan.
 Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan. 10% daripada
kebakaran rumah berpunca daripada puntung rokok yang menyala.

29
TOPIK 7: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. Topik
 Persiapan berhenti merokok
 Kaedah berhenti merokok

2. Objektif
 Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok
 Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok

3. Kaedah
 Perbincangan
 Isi fail individu:
o sebab ingin berhenti merokok
o faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

4. Pra dan pos ujian

Tiga (3) perkhidmatan yang boleh diperolehi untuk membantu perokok menghindari
tabiat merokok adalah:
 Melalui kaedah kaunseling ()
 Mendapatkan pertolongan daripada pekilang rokok
 Mendapatkan perkhidmatan rawatan gantian nikotin ()
 Mendapatkan perkhidmatan bomoh
 Dapatkan rawatan daripada Klinik Berhenti Merokok ()
 Membakar kilang rokok

30
5. Nota fasilitator

A. PERSIAPAN AWAL BERHENTI MEROKOK

A1 Meningkatkan Motivasi Murid Untuk Berhenti Merokok

Untuk meningkatkan motivasi seseorang perokok untuk mengambil keputusan


berhenti merokok, teknik 5R (Apendiks D) boleh digunakan. Komponen di dalam
teknik 5R membantu perokok mengaitkan secara individu, kesan merokok terhadap
diri sendiri dan mengapa beliau harus mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

A2 Cara untuk berhenti merokok

Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok: Ianya mungkin bergantung kepada tahap
ketagihan dan penggunaan rokok
o Berhenti merokok secara serta-merta
o Berhenti secara beransur-ansur

A3 Tarikh Berhenti Merokok (Quit date)


o Tentukan tarikh untuk berhenti merokok –
o Catat dalam diari / telefon pintar / kalendar
o Pilih hari yang penting dan personal, contohnya tarikh hari lahir diri
sendiri, ibu bapa, WNTD, Merdeka dan kenal pasti tarikh yang penting.
Tarikh Berhenti Merokok adalah sangat penting dan personal kepada
perokok kerana ianya adalah tarikh yang akan diingati dan sangat
bermakna.

A4 Tips untuk pemilihan Tarikh Berhenti Merokok:


o Beri tiga pilihan tarikh yang sesuai
o Jangan biarkan terlalu lama untuk berhenti merokok
o Sebagusnya di dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh perbincangan

A5 Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading day)


Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur, perkara berikut boleh
dilakukan dalam masa 2-4 minggu sebelum tarikh berhenti merokok:

Pelan berhenti - gunakan kaedah STAR (Set, Tell, Anticipate, Remove)

a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok

Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu selepas membuat keputusan


untuk berhenti

31
b) Tell – memberitahu;

Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan dengan memaklumkan


tarikh klien akan berhenti merokok. Cuba dapatkan sokongan dari rakan-rakan yang
rapat dan boleh bawa rakan-rakan yang rapat dalam sesi kaunselling.

c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan yang akan dihadapi


apabila berhenti merokok
 Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum berhenti
 Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah gian apabila
berhenti merokok
 Amalkan kaedah DEAD Pointers (Apendiks E) untuk mengatasi cabaran
 Memahami situasi yang mendorong pelajar menyalakan rokok dan
bagaimana mengatasinya (Jadual 7.1)

Jadual 7.1 Menjangka situasi yang akan menyebabkan pelajar merokok semula dan
bagaimana untuk mengatasinya

Situasi Bagaimana mengatasi (Sesi perbincangan bersama


pelajar untuk mencari penyelesaian)
Bersama kawan-kawan  Elakkan dari terlibat dalam situasi berkenaan
yang merokok  Beritahu rakan-rakan anda tidak lagi merokok
 Cekalkan hati untuk tidak merokok
Ahli keluarga yang  Alihkan perhatian – lakukan perkara lain
merokok  Ingatkan ahli keluarga yang merokok, asap rokok
membahayakan kesihatan diri sendiri dan ahli
keluarga yang lain
 Ajak ahli keluarga untuk sama-sama berhenti merokok
 Boleh buat ‘Kad cinta’ untuk ayah yang merokok
Kawan yang memberikan  Ingatkan rakan anda bahawa anda tidak lagi merokok
rokok percuma  Minta rakan hormati pilihan anda untuk tidak merokok
 Alihkan perhatian / buat perkara lain sementara rakan
sedang merokok
 Galakkan rakan untuk sama-sama berhenti merokok
Situasi yang  Gunakan kaedah DEAD Pointers
mendatangkan stres dan  Berbincang masalah dengan kawan-kawan, guru dan
tekanan seperti ahli keluarga
peperiksaan  Doa, sembahyang, meditasi bagi tingkatkan semangat
 Melakukan teknik-teknik relaksasi
 Mendapatkan masa tidur yang mencukupi

32
Membuang tabiat  Lakukan carta merokok dalam sehari dan lihatlah
merokok di dalam rutin waktu mana anda biasa merokok dan kenapa anda
harian seperti pada merokok
waktu pagi  Setelah mengenalpasti bila dan kenapa anda
merokok, cuba buangkan rutin merokok satu-persatu,
dimulakan dengan yang mudah dibuang dahulu (e.g.
seperti selepas makan).

d) Remove - Buang semua perkara yang boleh mengingatkan anda kepada rokok
o Buang rokok yang ada dalam simpanan,
o Buang barang-barang yang berkaitan e.g. bag / topi / t-shirt / selaput
telefon yang berkait dengan jenama rokok
o Sembunyikan atau buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik api
yang ada di dalam rumah, dalam kereta

B. AKTIVITI LAIN YANG PERLU DILAKUKAN

 Minum lebih banyak air (air masak)


 Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) untuk membuang tabiat
tangan dan mulut yang sudah biasa menghisap rokok, dan juga untuk
meningkatkan pengeluaran air liur
 Mulakan bersenam / tingkatkan aktiviti senaman
 Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca setiap
malam sebelum tidur
 Wujudkan rumah, sekolah atau persekitaran bebas asap rokok

B1 Bantuan pada Hari Berhenti Merokok (on Quit day)

Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari berhenti:


 Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok
 Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:
o Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada kafein contohnya
susu/air suam
 Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok
 Jangan bersama kawan-kawan yang merokok
 Basuh semua baju yang berbau rokok
 Jauhi tempat di mana ramai orang merokok
 Berada di kawasan larangan merokok
 Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.
 Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda suka
 Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada gigi

33
C. TANDA-TANDA AWAL APABILA BERHENTI MEROKOK

Apabila pelajar berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami tanda-tanda


berikut:
 Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan paras karbon
monoksida dan peningkatan paras oksigen dalam darah / otak .
 Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran darah yang lebih baik.
 Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan.
 Selera makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang semakin baik.
 Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil kerana pertukaran
organisma di dalam mulut.
 Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif (laxative)
 Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan
 Gelisah, cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh kesan ketiadaan
rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat.

Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat awal berhenti


merokok. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kesihatan perokok akan menjadi
bertambah baik dan ianya adalah sebagai proses pemulihan dan penyesuaian kepada
gaya hidup sihat tanpa rokok.

C1 Tanda-tanda gian / withdrawals


 Kegelisahan
 Cepat marah
 Tiada mood / tidak bersemangat
 Kurang tumpuan
 Hilang sifat sabar
 Susah tidur
 Nadi menjadi perlahan
 Selera makan meningkat

C2 Bagaimana menangani masalah gian (boleh juga rujuk kaedah DEAD


Pointer – Apendiks E)

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan gian


terhadap rokok:

 Fahami bahawa gejala gian / withdrawal symptoms ini boleh dialami sehingga
sampai 10 minggu selepas berhenti merokok
 Apabila timbul rasa gian, ingat bahawa perasaan ini akan hilang dalam masa
beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan menyedari perasaan gian ini
akan hilang selepas 3 – 5 minit sahaja.

34
 Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum),
makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan dan lain-lain.
 Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain komputer,
mengait, melukis dan sebagainya.
 Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan seperti membuat
kerja sekolah, bersukan, membuat kerja rumah, mandi atau beriadah.
 Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton TV terlalu
lama.
 Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid, meditasi dan lain-
lain.

D. KAEDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

a) Kaedah tanpa menggunakan ubatan / non-farmakologi

Kaedah tanpa farmakologi merangkumi semua kaedah selain daripada penggunaan


ubat. Ini termasuk pendekatan kerohanian, terapi tingkah laku dan sebagainya.

Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:

 Amalkan pemikiran positif


Ingatkan diri bahawa banyak manfaat boleh diperolehi dengan membuat keputusan
berhenti merokok.
o Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga
o Menurunkan risiko mendapat sakit: gigi kuning berkarat, karang gigi,
kulit cepat kendur, kulit berjerawat, gusi bengkak, nafas berbau busuk,
kuku/bibir hitam, batuk, asma, ulcer, kanser mulut, (use good body
image to stop smoking)
o Mewujudkan rumah dan sekolah tanpa pencemaran asap rokok
o Sikap dan tauladan yang baik
o Menjimatkan kewangan
o Melindungi orang sekitar anda dari penyakit akibat asap rokok basi

b) Kaedah menggunakan ubatan/ farmakologi

Kaedah ini akan diguna pakai di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Walau
bagaimanapun rawatan farmakologi biasanya diberikan kepada perokok berumur 18
tahun ke atas sahaja. Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk berhenti merokok
dengan cara kaunseling dan kaedah tanpa ubat, beliau boleh dirujuk kepada Klinik
Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan yang berdekatan, dengan persetujuan ibu bapa
pelajar.

35
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK (RELAPSE
PREVENTION)

1. Topik
 Mengatasi keinginan untuk merokok/gian
 Mengekalkan status tidak merokok

2. Objektif
 Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya
 Mengetahui kaedah mengekalkan status tidak merokok / keinginan untuk
merokok semula.
 Mengetahui cara melindungi diri daripada tabiat merokok

3. Kaedah
 Perbincangan
 Roleplay

4. Pra dan pos ujian

Tiga (3) cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam amalan
merokok

A. Melepak
B. Sentiasa mengikuti ajaran agama dan kerohanian ()
C. Sentiasa menonton filem kartun
D. Melengkapkan diri dengan fakta-fakta tentang bahaya rokok ()
E. Menjadi kutu rayau
F. Melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti persatuan ()

36
5. Nota fasilitator

A. CARA MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK SEMULA/GIAN

Jadual 8.1 Gunakan petua 12 M untuk mengatasi keinginan untuk merokok

Melengahkan Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu


sekurang- kurangnya 5 minit sebelum menyalakan
rokok.
Menarik nafas panjang Tarik nafas secara dalam (deep breathing), tahan
selama 5 saat dan lepaskan perlahan–lahan.
Minum air Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.
Elakkan minuman berkafein, manis atau beralkohol.
Membuat sesuatu Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada
rokok
Mandi dan membasuh Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok
tangan
Mengunyah sesuatu Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu
menggantikan rokok.
Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes)
seperti kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di
rumah / sekolah
Melakukan senaman Bergerak dan lakukan senaman regangan atau lenturan
regangan
Memohon doa Berdoa agar dikuatkan semangat untuk menempuhi
percubaan berhenti merokok
Berdoa agar berjaya menjadi bekas perokok tanpa
ketagihan nikotin lagi
Menjauhkan diri dari Elakkan dari situasi / persekitaran yang berkait dengan
rokok perbuatan merokok
Mengelakkan diri dari Jangan mudah berputus asa
merokok semula Berjanji tidak merokok lagi walaupun satu sedutan
Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga,
kawan dan guru/fasilitator
Menyibukkan diri Berikan tumpuan kepada pelajaran dan keluarga
Meditasi dengan Amalkan pemikiran positif, sentiasa ingatkan diri
pemikiran positif kelebihan berhenti merokok

37
B. MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK / TINGKAHLAKU
BERULANG (RELAPSE PREVENTION)

B1. SEBAB-SEBAB PELAJAR MEROKOK SEMULA

a. Faktor diri sendiri :


 lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas dan
 mudah terpengaruh
 Tiada keyakinan diri
 Tiada kemahiran menangani stres / tekanan
 Ketagihan yang tinggi

b. Faktor sekitaran :
 Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok
 Mudah mendapatkan bekalan rokok
 Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.

B2 MENCEGAH ULANGAN (Relapse Prevention)

a. JANGAN MEROKOK WALAUPUN SATU SEDUTAN


b. Kemahiran mengatakan “TIDAK” dengan tegas (Assertiveness)
c. Mengurus stres – senaman regangan , berekreasi
d. Mengurus emosi –teknik relaksasi
e. Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman
f. Mengawal berat badan
g. Imej / identiti baru, mengubah gaya hidup, menjauhi kenalan yang
merokok / tidak boleh memberi sokongan.

B3 MELINDUNGI DIRI DARIPADA TABIAT MEROKOK

Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan menjauhi daripada merokok:
 Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok.
 Bina keyakinan diri - katakan ’TIDAK’ pada rokok
 Bersikap positif terhadap cabaran
 Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:
- Bersukan
- Berekreasi
 Bergiat aktif dalam persatuan
 Sentiasa patuh ajaran agama
 Tidak terpedaya dengan promosi dan iklan rokok

38
C. BERKAITAN ROKOK ELEKTRONIK / E-VAPOR

 Rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak, boleh


menyebabkannya pelajar terjerumus semula kepada tabiat merokok.

 Keselamatan penggunaan rokok elektronik masih belum terbukti lagi.

 Malah kajian menunjukkan terdapat beberapa bahan kimia merbahaya di


dalam wap rokok elektronik.

 Ramai pengguna rokok elektronik akhirnya menggunakan kedua-dua rokok


biasa dan rokok elektronik.

 Pelajar-pelajar hendaklah menjauhi rokok elektronik dan hendaklah menyemai


gaya hidup tanpa rokok / e-vapor / nikotin / tembakau.

39
TOPIK 9: BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK / VAPE

1. Topik
 Mengenali apa itu rokok elektronik
 Mengetahui bahaya penggunaan rokok elektronik

2. Objektif
 Memahami apa itu rokok elektronik
 Mengetahui risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik
 Menanam semangat untuk tidak mencuba / menggunakan rokok elektronik

3. Kaedah
 Perbincangan

4. Pra dan pos ujian

Betul atau salah. Tandakan pada setiap kenyataan sama ada ianya betul atau salah

Kenyataan Betul Salah

1. Penggunaan rokok elektronik / vape adalah selamat dan



tidak membahayakan

2. Bahan kimia Nikotin di dalam rokok elektronik / vape tidak



akan menyebabkan ketagihan

3. Penggunaan rokok elektronik / vape tanpa nikotin (hanya


dengan bahan perasa sahaja) tetap membahayakan √
kesihatan diri

4. Tiada risiko mendapat kanser jika menggunakan rokok



elektronik / vape

5. Terdapat segelintir pengguna yang menyalahkan gunakan



rokok elektronik / vape untuk menghisap dadah terlarang

40
5. Nota fasilitator

A. Apakah Itu Rokok Elektronik

Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan
aerosol atau wap hasil dari pemanasan satu cecair, untuk dihisap oleh pengguna.

Rokok elektronik generasi baru lebih dikenali sebagai Vape.

B. Komponen Rokok Elektronik

Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah

a) Bateri – punca kuasa elektrik


b) Atomiser – untuk memanaskan cecair rokok elektronik
c) Bekas / Katrij / Tank cecair rokok elektronik

Kandungan Cecair Rokok Elektronik / e-Liquid / e-Juice

a) Nikotin – kebanyakan cecair rokok elektronik mengandungi nikotin


b) Propylene Glycol
bahan pelarut
c) Vegetable Glycerin
d) Bahan Perasa

41
C. Nikotin dan Bahayanya

 Nikotin merupakan satu bahan ekstrak daripada daun pokok Nicotiana


Tobacum (tembakau) atau pokok–pokok berkaitan yang lain dan termasuklah
apa–apa hasil tembakau.
 Nikotin ekstrak (tulen) adalah bahan kimia terkawal kerana berkeupayaan
untuk memudaratkan kesihatan.
 Nikotin dikelaskan sebagai racun Kumpulan C di bawah Akta Racun 1952.
 Penggunaan nikotin boleh menyebabkan ketagihan yang berpanjangan dan
sukar dibendung.
 Jika tertelan, nikotin boleh menyebabkan kesan kesihatan seperti loya, muntah,
sakit perut, pening kepala, debaran jantung dan lain-lain.
 Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya,
sawan dan kegagalan pernafasan.
 Jika terminum 40 mg Nikotin atau lebih, boleh menyebabkan kematian untuk
jisim badan orang Asia dewasa.

D. Bahaya di dalam Wap Rokok Elektronik

 Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada bahan pelarut Propylene


Glycol boleh menyebabkan iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan
(kesan jangka pendek) dan asma (kesan jangka panjang).

 Pemanasan Propylene Glycol pada suhu yang tinggi juga boleh menghasilkan
bahan kimia formaldehyde, iaitu sejenis karsinogen (bahan kimia yang boleh
menyebabkan kanser dalam tubuh manusia).

 Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pendedahan kepada wap bahan


perasa yang dipanaskan (tanpa nikotin), boleh mendatangkan kerosakan dan
membunuh sel paru-paru, otak dan kulit. Pengguna juga boleh terdedah
kepada penyakit kronik paru-paru seperti Pop-corn Lung Disease (bronchiolitis
obliterans).

E. Penggunaan Rokok Elektronik dan Risiko Menjadi Perokok

 Beberapa kajian termasuk satu kajian data kebangsaan di Amerika Syarikat


menunjukkan bahawa remaja bukan perokok yang menggunakan rokok
elektronik / vape mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi perokok,
berbanding dengan bukan pengguna.

 Kebanyakan remaja yang mencuba-cuba Vape bukanlah perokok yang ingin


berhenti merokok, sebaliknya mereka ingin mencuba-cuba sesuatu benda baru
yang dianggap seronok. Namun, akhirnya mereka menjadi mangsa ketagihan
nikotin dan berisiko menjadi perokok tegar.

42
F. Penyalahgunaan Rokok Elektronik Untuk Mengambil Dadah Terlarang

 Baru-baru ini media berita menunjukkan bahawa cecair elektronik untuk vape
yang mengandungi Ganja boleh didapati di pasaran. Ujian makmal telah
mengesahkan bahawa adanya kandungan Cannabidiol dan Cannabinol
(Ganja).

 Vape sememangnya boleh digunakan untuk mewapkan apa-apa dadah yang


boleh dilarutkan di dalam Propylene Glycol seperti Ecstasy, MDA, MDMA,
amphetamines, methamphetamines, heroin, codeine, Percocet, acid dan
sebagainya.

 Di Amerika Syarikat, 7.6% mereka yang mengambil ganja, menggunakan


peranti vape untuk menghisapnya (Schauer et al. 2015) dan penggunaan ini
semakin popular di kalangan remaja dan pelajar sekolah (Morean et al. 2015).

43
Apendiks A - PMSM 1-2016
BORANG PENILAIAN PMSM

A. BIODATA:

Nama pelajar

No Kad Pengenalan

Sekolah

Jantina
□ Lelaki □ Perempuan
Umur

Bangsa
□ Melayu □ Lain-lain: _____________________
□ Cina
□ India
B. TABIAT MEROKOK

Untuk diisi sendiri oleh pelajar


Bagi soalan yang bertanda * , anda boleh memilih lebih dari satu jawapan

1. Berapa lama anda telah merokok? _____bulan _____tahun

2. Berapa batang rokok anda hisap sehari? _____batang sehari

3. Jenis / jenama rokok yang biasa dihisap

*4. Sumber mendapatkan bekalan rokok :

 Beli sendiri 1 kotak rokok  Beli sendiri sebatang-sebatang rokok

 Melalui kawan-kawan  Melalui ahli keluarga

 Lain-lain : Nyatakan ___________

*5. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok?

 Pengaruh kawan  Pengaruh keluarga yang merokok

 Stres / tekanan perasaan  Perasaan ingin mencuba

 Lain-lain : Nyatakan ___________

*6. Di manakah biasanya anda merokok ?

 Di rumah  Di sekolah  Di kompleks membeli-belah

 Di kedai makan  Di perhentian bas  Lain-lain : ___________

44
*7. Pada waktu bilakah anda biasa merokok ?

 Ketika stres / tekanan  Ketika waktu bosan / tiada aktiviti

 Selepas makan  Ketika lepak / santai bersama kawan

 Sewaktu belajar  Lain-lain :_______________________

*8. Dengan siapakah biasanya anda merokok ?

 Seorang diri sahaja  Bersama ahli keluarga

 Bersama kawan  Lain-lain :_______________________

9. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok ?

 Tidak  Ya : (Nyatakan siapa: _____________________________)

10. Pernahkah anda cuba berhenti merokok ?

 Tidak pernah  Ya : (Berapa kali anda mencuba? ______ kali)

11. Adakah anda mahu berhenti merokok sekarang ?

 Tidak  Ya, saya mahu berhenti merokok

12. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok ?

 Tidak  Ya

*13. Selain dari merokok, adakah anda pernah mencuba sebarang dadah jenis lain?

 Tidak  Ya (Nyatakan)   Ketum  Gam  Ice/syabu/ectasy


 Ganja  Heroin  Lain:__________

45
Apendiks B

BORANG UJIAN FAGERSTROM

Sila pilih SATU jawapan yang paling sesuai untuk setiap soalan berikut:

1. Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?
 Dalam masa 5 minit (3)
 6 hingga 30 minit (2)
 31 hingga 60 minit (1)
 Selepas 60 minit (0)

2. Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan


merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli belah, perhentian bas
 Ya (1)
 Tidak (0)

3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?
 Yang pertama di sebelah pagi (1)
 Yang lain (0)

4. Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?


 10 atau kurang (0)
 11 hingga 20 (1)
 21 hingga 30 (2)
 31 atau lebih (3)

5. Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur
berbanding masa-masa lain sepanjang hari?
 Ya (1)
 Tidak (0)

6. Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di
atas katil untuk kebanyakan masa?
 Ya (1)
 Tidak (0)

Sila jumlah markah keseluruhan dengan mencampurkan semua markah dalam


kurungan, mengikut jawapan pilihan anda.

46
Apendiks C

INTERPRETASI MARKAH UJIAN FAGERSTROM DAN TINDAKAN SUSULAN

Markah ujian Tahap ketagihan Tindakan


Fagerstrom

0-3 markah Ketagihan rendah  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan


kepada nikotin untuk murid membuang tabiat merokok.
 Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
 Sentiasa ambil perkembangan susulan kepada
murid untuk memastikan murid kekal berhenti
merokok

4-5 markah Ketagihan  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan


sederhana kepada untuk klien membuang tabiat merokok
nikotin
 Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
 Perlukan terapi kaunseling lebih kerap
mengikut jadual yang ditetapkan atau
kaunseling individu jika perlu.
 Rujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik
Kesihatan berdekatan jika perlu

6-10 markah Ketagihan tinggi  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan


kepada nikotin untuk murid membuang tabiat merokok
 Kaunseling secara individu

(mungkin mengalami  Perlukan kaunseling mengikut jadual yang


gejala ketagihan / ditetapkan atau lebih kerap jika perlu
gian yang kuat jika  Dicadangkan mendapatkan program-program
berhenti merokok) tambahan seperti program PPDa yang lain
 Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
 Rujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik
Kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut jika
intervensi tidak berkesan

47
Apendiks D
Teknik 5R

Teknik 5R lazim digunakan bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti


merokok. Komponen 5R adalah seperti berikut:

1. Relevance Bantu perokok untuk mengenalpasti kenapa berhenti merokok


adalah satu tindakan yang sangat berkaitan dengan beliau.
Contohnya berkaitan kesihatan fizikal / emosi diri, kewangan,
hubungan keluarga/sosial dan sebagainya.

2. Risk Galakkan perokok untuk kenal pasti kesan-kesan buruk akibat


perbuatan merokok.

3. Rewards Galakkan perokok untuk kenal pasti kebaikan sekiranya beliau


berjaya berhenti merokok.

4. Roadblocks Bantu perokok untuk kenal pasti halangan yang mungkin


menyebabkan kesukaran untuk berhenti merokok. Senaraikan
halangan-halangan ini dan bincangkan cara-cara yang terbaik
untuk mengatasinya.

5. Repetition Gunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan motivasi


perokok agar terus cekal berusaha sehingga berjaya mencapai
status bebas tembakau. Ulangi nasihat dan mesej berhenti
merokok setiap peluang yang ada.

48
Apendiks E

Kaedah DEAD Pointer

D - Delay (melengahkan)

 Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok


dengan melakukan kerja lain sehingga rasa gian hilang

E- Escape (melepaskan diri)

 Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan


diri dari kumpulan yang sedang merokok

A- Avoid (mengelak)

 Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok


 Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok

D - Distract (mengalihkan fikiran)

 Teknik relaksasi – teknik pernafasan, urutan, meditasi


 Fokus minda kepada pelajaran, hobi atau keluarga
 Melakukan perkara lain seperti kerja sekolah, kerja-kerja rumah dan
membantu keluarga

49
CADANGAN AKTIVITI UNTUK
MURID SEKOLAH RENDAH

50
TOPIK 2 : ROKOK DAN KETAGIHAN

AKTIVITI : 2.1 MAKLUMAT TERSEMBUNYI

OBJEKTIF :

i. Memahami kandungan rokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator meminta murid berada di dalam bulatan.

2. Fasilitator menggunakan kaedah permainan “kotak beracun” yang


mengandungi kad berkenaan kandungan bahan beracun dalam sebatang
rokok.

3. Fasilitator meminta murid mengambil 1 kad dan menyebut tentang kandungan


bahan beracun dalam sebatang rokok. (Lampiran 2.1.1)

4. Murid menjawab tentang kandungan bahan beracun dalam sebatang rokok.


(Lembaran 2.1.1)

5. Fasilitator dan murid berbincang mengenai maklumat yang didapati.

Bahan Sumber : Kertas edaran, risalah, kad maklumat

A1
LEMBARAN 2.1.1

KANDUNGAN BERACUN DALAM SEBATANG ROKOK

A S E T O N A A

R M S A R I T P

S C M R E K L D

E S T O U O L D

N B S D N T A T

I F G E H I L P

K X F M O N A S

Z W B U T A N A

Bulatkan perkataan yang tersembunyi tentang kandungan bahan beracun yang


terdapat dalam sebatang rokok

1.Arsenik 4.Butana 7.DDT

2.Asentol 5.Nikotin 8.Fenol

3.Ammonia 6.Tar

A2
AKTIVITI : 2.2 MEMINDAHKAN MAKLUMAT

OBJEKTIF :

i. Mengetahui kesan nikotin dan ketagihannya.

LANGKAH :

1. Fasilitator menayangkan video iklan tentang kandungan nikotin dalam rokok /


Fasilitator meminta murid mencari maklumat tentang kesan nikotin pada
risalah yang diedarkan. (Lampiran 2.2.1).

2. Fasilitator bersoal jawab dengan murid tentang kandungan video

3. Fasilitator meminta murid secara bergilir-gilir membaca kesan nikotin yang


terdapat dalam rokok secara permainan “saya tengok saya buat saya faham”

4. Murid mengisi peta minda. (Lembaran 2.2.1).

5. Fasilitator mengumpulkan semua murid dan mengkaji semua jawapan


sebagai
satu kelas.
4. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop
pembelajaran.

Bahan sumber : Kertas edaran, pamplet, risalah

A3
LEMBARAN 2.2.1
KESAN NIKOTIN DAN KETAGIHANNYA

NIKOTIN

KESAN AWAL
KESAN AKHIR
1.
1.

2.
2.

3.
3.

4.
4.

A4
TOPIK 3 : BAHAYA MEROKOK DAN PEROKOK PASIF

AKTIVITI : 3.1 TAHUKAH ANDA

OBJEKTIF :
i. Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/ individu.
ii. Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator menayangkan gambar atau poster atau tayangan untuk memberi


pengetahuan asas tentang topik yang ingin dibincangkan.

2. Fasilitator bertanya tentang perasaan murid setelah melihat poster tersebut.

3. Fasilitator meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan kesan buruk


akibat merokok dan mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok.

4. Murid dalam setiap kumpulan membuat pembentangan.

5. Fasilitator membuat rumusan tentang kesan buruk merokok.

Bahan sumber : Gambar, poster

A5
TOPIK 4 : KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN

PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK

AKTIVITI : 4.1 MENYUSUN PERKATAAN

OBJEKTIF :

i. Mengetahui kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok

LANGKAH :

1. Fasilitator meminta setiap murid menyatakan pendapat masing-masing


mengenai kebaikan jika tidak merokok.

2. Fasilitator mengulas jawapan yang diberikan.

3. Fasilitator meminta murid menyusun huruf menjadi perkataan mengenai


kebaikan tidak merokok. (Lembaran 4.1.1)

4. Fasilitator membuat rumusan.

Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet

A6
LEMBARAN 4.1.1

Susun huruf di bawah supaya menjadi perkataan yang berkaitan dengan KEBAIKAN TIDAK
MEROKOK

1. GASEK …………………….

2. AANGTM …………………….

3. CSRAGE …………………….

4. ARIEC …………………….

5. TIMJA …………………….

A7
AKTIVITI : 4.2 MARI BERLAKON

OBJEKTIF :

i. Mengenalpasti persepsi yang betul tentang tabiat merokok di kalangan


remaja.

LANGKAH :

1. Fasilitator membacakan kenyataan berkaitan persepsi remaja tentang tabiat


merokok. Murid mendengar dan bergerak sama ada memasuki petak ya atau
tidak yang disediakan

2. Fasilitator meminta murid menyatakan sebab mereka berbuat demikian (sama


ada ya atau tidak )

3. Fasilitator menyediakan skrip senarai kenyataan mengenai persepsi yang


berkaitan dengan merokok.

4. Fasilitator meminta murid berlakon menggunakan skrip tersebut.

5. Fasilitator meminta murid menyenaraikan persepsi yang betul dan yang salah
tentang tabiat merokok berdasarkan skrip tersebut.

6. Fasilitator meminta maklumat balas tentang apa persepsi murid tentang


tabiat merokok di kalangan remaja.

Bahan sumber : Kertas edaran, skrip lakonan, bahan dari internet

A8
LEMBARAN 4.2.1
Lakonkan skrip persepsi tentang rokok :

A : Bestnya merokok, saya nampak dewasa.

B : Sebenarnya orang yang merokok kurang yakin pada diri sendiri.

A : Saya mudah dapat kawan kalau aku merokok.

B : Kalau awak tak merokok, awak akan dapat lagi ramai kawan sebab ramai yang

tak merokok.

A : Saya akan kurus kalau merokok.

B : Cara yang betul untuk kurus ialah bersenam dan mengamalkan pemakanan

sihat. Kita juga terhindar daripada pelbagai penyakit.

A : Orang merokok nampak macho dan bergaya.

B : Sebenarnya perokok nampak lebih selekeh, tua dan nafas berbau.

A : Tapi kalau saya merokok saya baru dapat ilham.

B : Untuk pengetahuan, merokok tidak mencetuskan ilham tetapi hanya meredakan

ketagih. Ketagihan menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara

produktif.

A9
LEMBARAN 4.2.2
Persepsi Remaja Tentang Tabiat Merokok

PERSEPSI BETUL PERSEPSI SALAH

A10
TOPIK 5 : PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN
PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK

AKTIVITI : 5.1 TELEFON KARAT

OBJEKTIF :

i. Mengetahui undang-undang berkaitan.

LANGKAH :

1. Fasilitator mengedarkan kepada setiap ketua kumpulan kad yang


mengandungi petikan tentang undang-undang

2. Ketua kumpulan diminta menyampaikan pesanan kepada setiap ahli


kumpulan secara bergilir.

3. Murid yang terakhir diminta membacakan pesanan yang telah disampaikan

4. Fasilitator membuat rumusan.

Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet

A11
LEMBARAN 5.1.1

Undang-undang Berkaitan Merokok


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :

Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :

DENDA SEHINGGA RM 1000.00

MELARANG PENJUALAN ROKOK KEPADA MEREKA YANG


BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :

Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :

DENDA SEHINGGA RM 1000.00

MEREKA YANG BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN DILARANG


MEROKOK, MENGUNYAH, MEMBELI ATAU MEMPUNYAI HASIL
TEMBAKAU

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK :

Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2011 :

DENDA SEHINGGA RM 1000.00

LARANGAN MEROKOK DI KAWASAN-KAWASAN YANG


DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

A12
AKTIVITI : 5.2 LAKONAN DAN TEMURAMAH

OBJEKTIF :

ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam.


iii. Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok

LANGKAH :

1. Fasilitator mengedarkan kepada setiap ketua kumpulan kad yang


mengandungi petikan .

2. Fasilitator meminta murid dalam kumpulan melakonkan sesi temu ramah atau
lakonan yang sesuai

3. Fasilitator membuat rumusan hasil pembentangan murid

Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet

A13
LEMBARAN 5.1.2
Menurut peruntukan undang-undang, Seksyen 36-Akta Makanan 1983
memperuntukkan bahawa
tembakau, cerut, rokok, tembakau sedut dan bahan-bahan lain sama
sahaja terpakai bagi makanan. Diikuti Perintah Kawalan Tembakau 1993
digubal. Kemudian harga rokok dinaikkan, manakala Belanjawan 1995
dibentangkan, duti import telah dinaikkan terhadap rokok. Terakhir,
disebabkan umat Islam masih pekak dan bisu tentang bahayanya
terhadap kesihatan perokok dan orang yang duduk berdekatan,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal
Islam Ke-37 yang diadakan di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur pada
23 Mac, 1995 telah menetapkan bahawa "Merokok Adalah Haram
Dalam Pandangan Islam".

Tabiat merokok bukan sahaja mempunyai kaitannya dengan aspek


kesihatan, ekonomi dan sosial, malahan ia juga melibatkan sudut Agama
Islam dan hukum. Sebenarnya, sejak awal lagi Islam telah menegah
malah telah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya.
Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telah
pun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar
menghayati Islam dan orang beriman sahaja yang telah maklum dan
dapat membezakan di antara yang baik dan buruk, di antara yang halal
dan haram.

Sebilangan ulama lagi mengeluarkan hujah bahawa merokok adalah


haram berdasarkan sesuatu sebab tertentu. Di antara para ulama yang
mengeluarkan pendapat bahawa "merokok itu haram" di dalam Islam
seperti ulama-ulama Mesir terdiri daripada Asy-Syeikh Ahmad Al-Sanhuri
Al-Hanbali dan Syeikh Malikiah Ibrahim Al-Liqani, berpendapat rokok
yang diperbuat dari "tembakau" adalah haram dan ditegah dari
menggunakannya.

Pendapat-pendapat yang sama juga dikeluarkan oleh Abu Al-Ghais Al-


Qashashi Al-Maliki (Maghribi), Ibrahim bin Jam'an dan muridnya Abu
Bakar Al-Indal (Yaman), Al-Muhaqiq Abdul Malik Al-Ashomi dan muridnya
Muhamad bin I'lan dan Syed Umar Al-Basri (Al-Haramain), Asy-Syeikh
Muhamad Khuwajah dan Isa Asy-Syahadi Al-Hanafi dan Makki bin
Furukh dan Syed Sa'id Al-Bukhi Al-Madni dan Muhammad Al-Barzanji Al-

A14
Madni Asy-Syafie (Rom). Profesor Doktor Ahmad Shalabi juga
menegaskan bahawa merokok yang boleh membahayakan manusia
dalam pelbagai segi kehidupan adalah haram sama sekali.

Begitu juga seorang ulama Islam terkenal dewasa kini, Profesor Dr. Yusuf
Al-Qardhawi melarang umat-umat Islam makan, minum atau menghisap
sesuatu yang dapat membunuh dirinya sama ada cepat atau lambat. Di
dalam kitabnya "Al-Halalu Wal Haramu" (Halal dan Haram Dalam
Islam),beliau menegaskan:
"Rokok (tembakau) itu selama dikatakan berbahaya oleh doktor, maka
menghisapnya dihukumkan haram. Lebih-lebih lagi kalau doktor spesialis
sudah menetapkan hal tersebut kepada seseorang pesakit".

A15
LEMBARAN 5.1.3

KAEDAH MELINDUNGI DARI ROKOK

Fahami mengapa remaja tertarik kepada rokok.

Terkadang remaja melihat rokok sebagai suatu bentuk pemberontakan


atau sebagai cara untuk dapat diterima oleh teman-temannya. Untuk
mengetahui lebih jelas keburukan merokok ajaklah murid berbincang
mengenai rokok termasuk pandangannya mengenai rokok tersebut.

Katakan tidak pada rokok.

Nyatakan tentang bahaya merokok. katakan tidak pada rokok.

Rokok bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan


Tunjukkan bahawa merokok bukanlah sesuatu hal yang dapat
dibanggakan. Rokok menyebabkan nafas berbau, membuat gigi menjadi
kuning, menyebabkan batuk & kehilangan tenaga untuk dapat melakukan
aktiviti sukan ataupun kegiatan lain.

Rokok membazirkan wang.


Merokok adalah mahal. Bantumereka untuk mengira wang yang perlu
dibelanjakan untuk merokok selama seminggu, sebulan ataupun setahun.
Bandingkan wang tersebut dengan barang elektronik ataupun barang lain
yang dapat diperoleh apabila tidak merokok.

Berikan gambaran mengenai masa depan mereka.


Murid cenderung percaya bahawa mereka tidak akan terkena akibat
buruk dari rokok. Tetapi masalah kesihatan seperti kanser, serangan
jantung & stroke sangat berisiko dialami oleh mereka yang merokok.
Berilah contoh orang yang anda kenal yang menderita kerana rokok.

A16
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

AKTIVITI : 6.1 PERKATAAN SEERTI

OBJEKTIF :
i. Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator meminta murid menyatakan apa yang mereka tahu tentang faedah
yang diperolehi jika berhenti merokok.

2. Fasilitator dan murid bersoal jawab.

6. Fasilitator meminta murid mencari perkataan seerti yang membawa maksud


berkaitan faedah berhenti merokok. (Lembaran 6.1.1)

Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet

A17
LEMBARAN 6.1.1

Cari perkataan sama erti yang berkaitan dengan faedah berhenti merokok.

1.Hidup lebih lama

2. Tiada penyakit

3.Tidak Kotor

4. Tidak Boros

5. Jadi contoh

6.. Nafas tidak berbau

A18
TOPIK 7 : PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

AKTIVITI : 7.1 BERSEDIAKAH ANDA

OBJEKTIF :

i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok.

ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator menyediakan kertas edaran yang meringkaskan isi penting tentang


persiapan awal untuk berhenti merokok. (Lampiran 7.1.1).

2. Fasilitator menerangkan tentang persiapan awal untuk berhenti merokok dan


meminta murid melengkapkan maklumat dalam lembaran yang diedarkan.
(Lembaran 7.1.1) .

Bahan sumber : Kertas edaran, modul Kementerian Kesihatan, bahan dari


internet

A19
LAMPIRAN 7.1.1

1. Cara berhenti merokok :

1.1 Berhenti merokok secara ………………………………………………..

1.2 Berhenti merokok secara ……………………………………………….

2. Hari berhenti;

2.1 Tentukan tarikh untuk berhenti - catat …………………………...

2.2 Pilih hari yang penting; Contohnya ………………………………

3. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti

A.Pelan berhenti – gunakan STAR

S (Set) - ……………………………………………………………………..

……………………………………………………………………..

T (Tell) - ……………………………………………………………………..

……………………………………………………………………..

A (Anticipate challenges) - …………………………………………………

………………………………………………...

R (Remove) - ……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

A20
B. Aktiviti lain yang perlu dilakukan :

1. Kurangkan ……………………………………………………………………………..

2. Minum ……………………………………………………………………………………

3. Mulakan ………………………………………………………………………………....

4. Senaraikan semua ……………………………………………………………….........

……………………………………………………………………………………………

5. Dapatkan …………………………………………………………………………………

6. Wujudkan …………………………………………………………………………………

4. Bantuan untuk hari berhenti

a. Buang ………………………………………………………………………………

b. Tukar ……………………………………………………………………………….

c. Jangan……………………………………………………………………………...

d. Jangan bersama ………………………………………………………………......

e. Basuh ………………………………………………………………………………

f. Jauhi tempat ……………………………………………………………………….

g. Berada ……………………………………………………………………………....

h. Sibukkan ………………………………………………………………………….

i. Jika Berjaya ………………………………………………………………………….

j. Jumpa doktor gigi……………………………………………………………………

A21
7. Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok

a) Pening …………………………………………………………………………. ……
……………………………………………………………………………………………..

b) Kebas …………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

c) Batuk ………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….

d) Selera …………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

e) Mulut ………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….

f) Sembelit ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

g) Perasaan gian……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………..

h) Gelisah ……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..

A22
AKTIVITI : 7.2 AKHBAR DALAM DARJAH

OBJEKTIF :

i. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan murid dalam kelas kepada beberapa kumpulan


kecil.

2. Fasilitator mengedarkan bahan keratan akhbar berkaitan pengalaman


individu berhenti merokok untuk dikongsi bersama dengan ahli kumpulan.

3. Fasilitator meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil


dapatan kumpulan mereka.

4. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop


pembelajaran.

Bahan sumber : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet

A23
TOPIK 8 : MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN)
DAN

MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK

AKTIVITI : 8.1 FIKIR-FIKIRKAN

OBJEKTIF :

i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya.

LANGKAH :

1. Fasilitator bersoal jawab dengan murid mengenai tanda-tanda gian


merokok .

2. Fasilitator meminta murid berkongsi pengalaman mereka.

3. Fasilitator mengedarkan lembaran kerja berkaitan dengan tanda-tanda


gian dan cara mengatasinya. (Lembaran 8.1.1 dan Lampiran 8.1.1)

4. Fasilitator membuat rumusan.

Bahan sumber : Kertas edaran, bahan dari internet

A24
AKTIVITI : 8.2 STESEN SIMULASI

OBJEKTIF :

i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya.

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan murid kepada kumpulan kecil .

2. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke stesen yang telah


ditandakan.

3. Setiap ahli kumpulan melakukan simulasi seperti arahan yang terdapat


pada setiap stesen.

4. Fasilitator membuat rumusan mengenai kaedah mengatasi gian.

Bahan sumber : Kertas edaran, kad arahan

A25
LEMBARAN 8.1.1

Bulatkan penyataan yang berkaitan dengan tanda-tanda gian merokok dan tuliskan
perkataannya di ruang yang disediakan.

SUKA KETAWA SUSAH TIDUR CEPAT MARAH

KURANG SABAR SANGAT SABAR SENANG TIDUR

TUMPUAN PENUH GELISAH TENANG

KURANG AKTIF AKTIF KURANG TUMPUAN

1. ……………………………………………………

2. …………………………………………………...

3. ……………………………………………………

4. …………………… ………………………………

5. ……………………………………………………

6. ……………………………………………………

7. ……………………………………………………

A26
LAMPIRAN 8.1.

CARA MENGATASI GIAN

Stesen 1

KUNYAH SESUATU SEPERTI GULA GETAH

…………………………………………..

Stesen 2

MEMBUAT SESUATU DENGAN TANGAN SEPERTI MENAIP DAN MELUKIS

………………………………………

Stesen 3

BUAT KERJA YANG SUSAH SEPERTI MEMBASUH KERETA

………………………………………

Stesen 4

BERSENAM

………………………………………

Stesen 5

UPACARA AGAMA MASING-MASING

(Bersolat , berwirid dll)

A27
AKTIVITI : 8.3 KATAKAN TAK NAK

OBJEKTIF :

ii. Kaedah mengekalkan status tidak merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Fasilitator meminta murid membuat iklan dan ikrar untuk tidak merokok.

3. Fasilitator mengumpul semula semua murid dan meminta setiap kumpulan


membuat pembentangan.

4. Fasilitator membuat rumusan dan membimbing murid bersenam gaya


hidup sihat.

Bahan sumber : Bahan dari internet

A28
CADANGAN AKTIVITI UNTUK
MURID SEKOLAH MENENGAH

A29
TOPIK 2 : ROKOK DAN KETAGIHAN

AKTIVITI : Mencari maklumat

OBJEKTIF :

i. Memahami kandungan rokok


ii. Mengetahui kesan nikotin dan ketagihannya

MASA : 30-60 minit

ALAT : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet, pamplet,


brosur

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Fasilitator mengedarkan bahan sumber kepada kumpulan pelajar.

3. Fasilitator meminta pelajar mencari maklumat dalam kumpulan kecil dengan


menggunakan Lembaran 1.1, 1.2 dan 1.3 ( satu pertandingan dalaman boleh
dijalankan untuk menggalakkan penyertaan. )

4. Fasilitator mengumpulkan semua pelajar dan mengkaji semua jawapan


sebagai satu kelas.

5. Fasilitator memperkembangkan jawapan untuk meluaskan skop


pembelajaran.

B1
Lembaran 1.1
Jenis Rokok dan Kandungannya

B2
Lembaran 1.2

Kandungan Dalam Sebatang Rokok

TOLUENE
AMMONIA (BAHAN PELARUT/PETROL)
(PENCUCI TANDAS )
HEXAMINE METHANE
(RACUN SERANGGA) (SEWER GAS)
CADMIUM(BATTERIES) Acitic Acid (Vineger)
Butane (minyak pemetik api) Steric Acid
Arsenic (Poison) Carbon monoxide
(asap kereta)

Vinil klorida METHANOL


(membuat PVC) (Rocket Fuel)
CAT (BAHAN KIMIA) AMONIA(TOILET CLEANER)
7000 BAHAN KIMIA 300 RACUN
DDT 81 PENYEBAB KANSER
(RACUN MAKLUK PEROSAK)
HIDROGEN SIANIDA NIKOTIN
(Racun yang digunakan dalam kebuk gas) (Racun yang digunakan dalam kebuk gas)

ASETON KADMIUM
(Penanggal cat) (Digunakan dalam bateri kereta)

NAFTALENA ARSENIK
(UBAT GEGAT) (RACUN ANAI-ANAI)

BENZOPYRINE BUTANA
POLONIUM 201 NAPTHYLAMINE
METANOL FENOL
NAFTALENA TOLUENA

B3
Lembaran 1.3
Nikotin dan Kesan Ketagihan

B4
TOPIK 3 : BAHAYA MEROKOK DAN PEROKOK PASIF

AKTIVITI : 3.1 Minda Ingin Tahu

OBJEKTIF : i. Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar/ individu


ii. Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok

MASA : 30-60 minit

LANGKAH :

1. Fasilitator menanya soalan yang menarik untuk merangsang perasaan ingin


tahu pelajar tentang topik yang fasilitator ingin bincangkan. Soalan itu
haruslah soalan yang fasilitator jangkakan tidak ramai pelajar yang tahu
jawapannya.

Contoh soalan;
Pengetahuan umum : Mengapa kita perlu adakan kempen tidak
merokok?

Bagaimana Menurut pakar perubatan apakah penyakit


kronik yang dikaitkan dengan bahaya
merokok?

Bagaimana : Bagaimana merokok boleh menjejaskan


prestasi akademik dan kokurikulum?

Bagaimanakah penampilan diri seorang


perokok?

Definisi : Apa yang dimaksudkan dengan perokok


pasif?

2. Fasilitator menggalakkan spekulasi dan tekaan liar. Gunakan frasa seperti


“cuba teka”.

3. Fasilitator jangan memberikan maklumat balas dengan segera. Terima


semua tekaan. Fasilitator cuba timbulkan perasaan ingin tahu dengan
jawapan yang sebenar.

Gunakan soalan sebagai petunjuk atau klu kepada apa-apa yang hendak fasilitator
ajar. Masukkan jawapan ke dalam penyampaian fasilitator

B5
AKTIVITI : 3.2 Pembahagian Kad

LANGKAH :
1. Fasilitator mengedar kepada setiap pelajar kad indeks yang mengandungi
maklumat penyakit yang dikaitkan dengan merokok . ( Lampiran 3.2.1-
Penyakit Kanser dan Lampiran 3.2.2 - Penyakit Kronik)
2. Fasilitator meminta pelajar berlegar-legar di dalam kelas dan mencari pelajar
lain yang mempunyai kad yang sama kategorinya. (Fasilitator boleh umumkan
kategori terlebih dahulu atau pun membiarkan pelajar mencarinya)
3. Fasilitator meminta pelajar yang sama kategorinya tampil ke hadapan kelas.
4. Apabila setiap kategori telah ditampilkan, fasilitator memberikan tip atau isi-isi
pelajaran yang difikirkan penting.

*Gunakan soalan sebagai petunjuk atau klu kepada apa-apa yang hendak
fasilitator ajar. Masukkan jawapan ke dalam penyampaian fasilitator

B6
LEMBARAN 3.2.1

PENYAKIT KANSER

KANSER
PARU-PARU
PARU-PARU

KANSER MULUT

KANSER PANGKAL RAHIM

KANSER PERUT

KANSER OESOPHAGUS (TEKAK)

KANSER BUAH PINGGANG

KANSER HATI

B7
LAMPIRAN 3.2.2

PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK

PENYAKIT PARU-PARU KRONIK


(EMPHYSEMA)

SERANGAN SAKIT JANTUNG DAN


LEMAH JANTUNG

KEBUTAAN

ANGIN AHMAR / STROK

KEROSAKAN BUAH PINGGANG

B8
TOPIK 4 : KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN
PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK

AKTIVITI : Debat

OBJEKTIF : i. Mengetahui kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok

MASA : 30-60 minit

BAHAN : Kertas edaran, surat khabar, bahan dari internet berkaitan


tajuk kebaikan tidak merokok.

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan pelajar dalam kelas kepada dua kumpulan iaitu A


dan B. Fasilitator membuat kenyataan yang membahaskan isu berkaitan
merokok; Merokok “Padah atau Faedah”

2. Mulakan pendebatan dengan meminta jurucakap mengemukakan hujah dan


mereka.

3. Teruskan perdebatan. Minta jurucakap pembangkang memberikan “hujah


balas”. (Lakukan secara selang seli).

4. Pada waktu yang sesuai, tamatkan perdebatan. Kumpulkan seluruh kelas


dalam bulatan. Adakan perbincangan seluruh kelas tentang apa yang
dipelajari oleh mereka tentang isu daripada perdebatan tadi.

B9
AKTIVITI : 4.2 Benar atau Palsu

OBJEKTIF :

i. Mengenalpasti persepsi yang betul tentang tabiat merokok dikalangan


remaja.

LANGKAH :

1. Fasilitator menyediakan senarai kenyataan yang berkaitan dengan rokok di


mana separuhnya benar dan separuhnya lagi palsu. Contohnya. “Merokok
nampak macho” adalah palsu dan “Remaja yang tidak merokok adalah lebih
matang dan dewasa” adalah benar .

2. Tulis setiap kenyataan itu di atas kad indeks yang berlainan. Pastikan ada
kad yang sama banyak dengan bilangan pelajar di dalam kelas.

3. Fasilitator mengedarkan kad kepada semua pelajar . Beritahu misi mereka


adalah untuk menentukan kad yang benar dan yang palsu.

4. Apabila peserta terakhir selesai membaca setiap kad dapatkan pendapat


kelas tentang kebenaran atau kepalsuan kenyataan itu. Fasilitator memberi
maklumat balas tentang setiap kad.

B10
Lembaran 4.2

KENYATAAN PERSEPSI TENTANG MEROKOK


Persepsi salah Fakta sebenar
Merokok melambangkan Ramai remaja yang tidak merokok didapati
kedewasaan lebih matang dan dewasa.

Remaja yang merokok sebenarnya


kurang yakin pada diri sendiri.

Dengan merokok seseorang itu Apa guna mendapat kawan sekiranya


mudah dapat kawan member pengaruh negatif terhadap anda.

Dengan tidak merokok, remaja akan


mendapat ramai kawan yang baik kerana
majoriti remaja adalah tidak merokok.

Merokok boleh mengekalkan Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan


kelangsingan badan kelangsingan badan.

Cara yang betul ialah dengan bersenam dan


mengamalkan pemakanan yang sihat.

Ini akan menjadikan remaja lebih sihat dan


terhindar daripada berbagai jenis penyakit
seperti penyakit jantung , kanser dan lain-lain.

Merokok melambangkan Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah


kehebatan (Macho) bagi lelaki ciptaan palsu yang diketengahkan oleh
dan bergaya (Trendy) untuk pengeluar rokok melalui iklan.
perempuan

Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh,


kulit kusam, nampak tua dan nafas berbau.

Merokok merupakan sumber Merokok sebenarnya tidak mencetuskan


ilham ilham tetapi hanya sekadar meredakan
ketagihan.

Ketagihan inilah yang menyebabkan


seseorang itu tidak dapat berfikir secara
produktif.

B11
TOPIK 5 : PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN
PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK

AKTIVITI : Bertemu Dengan Tetamu

OBJEKTIF :

i. Mengetahui undang-undang berkaitan.


ii. Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam.
iii. Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok

MASA : 30-60 minit

LANGKAH :

1. Fasilitator menjemput penceramah tamu untuk berceramah di kelas sebagai


pakar subjek yang sedang dibincangkan.

2. Fasilitator memberitahu terlebih dahulu kepada penceramah tamu bahawa


sesi kelas itu akan dikendalikan seperti sidang akhbar.Untuk menepati format
itu, penceramah harus menyediakan beberapa kenyataan permulaan yang
ringkas dan kemudian bersedia menjawab soalan daripada “akhbar”.

3. Sebelum penceramah tamu tiba,fasilitator sediakan pelajar dengan


membincangkan bagaimana sidang akhbar dijalankan dan memberi mereka
peluang untuk menyediakan beberapa soalan untuk ditanya kepada
penceramah tamu.

B12
TOPIK 6 : FAEDAH BERHENTI MEROKOK

AKTIVITI : Peta Minda (Mind mapping)

OBJEKTIF :

i. Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok.

MASA : 30-60 minit

LANGKAH :

1. Fasilitator memilih topik untuk pemetaan minda “Faedah berhenti merokok”.

2. Fasilitator mengedarkan pen, kertas dan alat tulis untuk kegunaan pelajar
mencipta peta minda yang berwarna warni dan berbentuk grafik.

3. Fasilitator memberikan masa secukupnya untuk pelajar mengembangkan


peta minda mereka. Fasilitator menggalakkan pelajar melihat kerja orang lain
bagi merangsang idea mereka.

4. Fasilitator meminta pelajar berkongsai peta minda mereka dengan pelajar


lain. Kendalikan perbincangan tentang tajuk yang telah digambarkan secara
kreatif melalui peta minda yang dihasilkan oleh pelajar.

B13
TOPIK 7 : PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

AKTIVITI 7.1 : Kajian Kes - Ini ada satu masalah…

OBJEKTIF :

i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok.


ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok

MASA : 30-60 minit

LANGKAH :

i. Fasilitator membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.


Setiap kumpulan akan diberikan satu masalah untuk diselesaikan.

Rizal ( Bukan nama sebenar). Banting, Selangor.

Saya berumur 18 tahun.Masih menuntut dan tidak mendapat sebarang tajaan.


Masalahnya,saya perokok tegar dan ingin menjimatkan wang dengan berhenti
merokok. Setiap kali mencuba, saya gagal. Harap bantu.

ii. Fasilitator kemudian meminta wakil setiap kumpulan membentangkan


hasil perbincangan. (Peringatan; keputusan kumpulan diambil atas
suara majoriti).

iii. Selepas semua kumpulan selesai membuat pembentangan,fasilitator


membuat kesimpulan

B14
AKTIVITI 7.2 : Mengambil nota secara terbimbing

OBJEKTIF :

i. Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok.


ii. Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok

MASA : 30-60 minit

ALAT : Lampiran 7

LANGKAH :

1. Fasilitator ,menyediakan kertas edaran yang meringkaskan isi penting topik


berbentuk syarahan yang akan fasilitator berikan (Lampiran 7).

2. Tinggalkan sebahagian daripada teks itu kosong dan jangan berikan teks
lengkap.

3. Edarkan kertas edaran kepada pelajar. Jelaskan bahawa fasilitator sudah


menyediakan ruang kosong untuk membantu mereka mendengar dengan
aktif pengajaran fasilitator berbentuk syarahan.

B15
Lampiran 7
1. Cara berhenti merokok;
1.1 ………………………………………………………………………..
1.2 ………………………………………………………………………..

2. Hari berhenti;
2.1 Tentukan tarikh untuk berhenti - catat …………………………...
2.2 Pilih hari yang penting; Contohnya ………………………………

3. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti


A. Pelan berhenti – gunakan STAR
S (Set) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
T (Tell) - ……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
A (Anticipate challenges) - …………………………………………………
………………………………………………...
R (Remove) - ……………………………………………………………….
……………………………………………………………….
B. Aktiviti lain yang perlu dilakukan;
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….

B16
4. Bantuan untuk hari berhenti
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….

5. Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok


…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….

B17
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK

AKTIVITI 8.1 : Dalam Surat Khabar

OBJEKTIF :

i. Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya.


ii. Kaedah mengekalkan status tidak merokok.

MASA : 30-60 minit

ALAT : “Keratan akhbar /majalah,sumber dari internet”


LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan pelajar dalam kelas kepada beberapa kumpulan


kecil.

2. Fasilitator mengedarkan bahan “keratan akhbar” untuk dikongsi bersama


dengan ahli kumpulan dan meminta mereka berkongsi bahan.

3. Fasilitator mengumpul semula semua pelajar dan meminta wakil daripada


setiap kumpulan kecil berkongsi bahan mereka dengan pelajar lain.

4. Semasa kumpulan membuat laporan, fasilitator mendengar perkara penting


yang akan fasilitator gunakan untuk dipersembahkan di dalam kelas dan
fasilitator menggunakan maklumat itu bagi menggalakkan perbincangan.

B18

You might also like