You are on page 1of 7
Rujukan: UNIMAS/PEND/01-104 Jilid 4 (16) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 14 TAHUN 2021 Pejabat Pendaftar Tarikh: 02 Disember 2021 Disalinkan kepada: Naib Canselor ‘Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ‘Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) ‘Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Ketua-Ketua PTj UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK UNIMAS/PEND/01-104 Jilid 4 (16) 02 Disember 2021 PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 14 TAHUN 2021 PEMAKLUMAN SENARAI TAMBAHAN BADAN PROFESIONAL YANG. DIBENARKAN OLEH UNIMAS UNTUK PEMBAYARAN BALIK YURAN TAHUNAN KEAHLIAN. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf berhubung tambahan senarai badan profesional yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (KE) Bilangan 08/2021 ke-72 bertarikh 18 November 2021. Bayaran balik yuran keahlian badan profesional adalah berdasarkan kepada keperluan pegawai untuk menjadi ahli sesuatu badan profesional bagi melaksanakan tugas hakiki dan rasmi di bawah peraturan / undang-undang yang berkuat kuasa mengikut profesion masing-masing. Kemudahan ini juga diberikan sebagai satu insentif kepada pegawai-pegawai dalam menyalurkan kepakaran dan kemahiran seterusnya meningkatkan kualiti dalam sesuatu perkhidmatan, Garis Panduan bagi Pembayaran Balik Yuran Tahunan Keahlian Badan-Badan Profesional kepada Staf UNIMAS telah dihebahkan sebelum ini melalui Pekeliling Pentadbiran Bilangan 23 Tahun 2020 bertarikh 7 Disember 2020 dan sebanyak 14 badan profesional telah diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UNIMAS Bilangan 8/2020 ke-64 bagi tujuan pembayaran balik yuran tahunan keahlian, Tambahan terbaharu ini dibuat sclaras dengan pengemaskinian sonarai badan profesional baharu di laman sesawang Agensi Kelayakan Akademik (MQA) yang berpandukan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penilaian Pengiktirafan MQA dan Pihak Berkuasa Melantik (MJBPP) Bil. 1/2021 bertarikh 30 Ogos 2021. Tambahan terbaharu ini juga akan merangkumi kebenaran tuntutan balik yuran tahunan keahlian badan profesional di bawah badan profesional seperti berikut: i, Lembaga Teknologis Malaysia; dan ii, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Perincian maklumat lain seperti syarat, prosedur pembayaran dan borang tuntutan bayaran balik yang lain tidak berubah seperti mana yang telah dinyatakan pada garis panduan sebelum ini, Bersama ini dilampirkan Garis Panduan bagi Pembayaran Balik Yuran Tahunan Keahlian Badan-Badan Profesional kepada Staf UNIMAS dengan senarai terkini untuk perhatian dan rujukan bersama, dusteru, dengan hebahan Pekeliling Pentadbiran baharu ini, Pekeliling Pentadbiran Bilangan 23 Tahun 2020 bertarikh 7 Disember 2020 adalah DIBATALKAN. Pekeliling Pentadbiran ini akan berkuat kuasa mulai 1 November 2021 Sekian, terima kasih. “NURTURING FUTURE GRADUATES” Yang benar, Haji saps Ramli Pendafta Universiti Malaysia Sarawak unfas GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN BALIK YURAN TAHUNAN KEAHLIAN BADAN-BADAN PROFESIONAL KEPADA STAF UNIMAS PENGENALAN 1.1, Bayaran balik yuran keablian badan profesional adalah berdasarkan kepada keperluan pegawai untuk menjadi ahli sesuatu badan profesional bagi melaksanakan tugas hakiki dan rasmi di bawah peraturan / undang-undang yang berkuat kuasa mengikut profesion masing-masing. 1.2. Kemudahan ini diberikan scbagai satu insentif kepada pegawai-pegawai dalam menyalurkan kepakaran dan kemahiran seterusnya meningkatkan kualiti dalam sesuatu perkhidmatan. 1.3. Merujuk kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pengiktirafan kelayakan Tjazah Pertama yang melibatkan badan profesional adalah berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) ke-84 bertarikh 28 Jun 2004. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 2.1, Pembayaran balik yuran tahunan keahlian adalah tertakluk kepada pegawai- pegawai yang memenuhi kriteria berikut: i Keahlian dalam badan-badan profesional yang dibenarkan oleh UNIMAS; ii, Taraf perkhidmatan pegawai yang layak menuntut adalah tetap dan kontrak sahaja; iii, Pegawai yang menuntut hendaklah menjawat jawatan mengikut skim perkhidmatan yang berkaitan dan membolehkan pegawai menjalankan tugas hakiki dan rasmi dengan berkesan; iv. Bayaran balik yuran tahunan keahlian hanya boleh dituntut untuk SATU (1) badan profesional DALAM NEGARA sahaja; vy, Tuntutan bayaran balik keablian badan profesional LUAR NEGARA tidak akan ditanggung oleh Universiti dan harus ditanggung sendiri oleh pegawai; vi. Pegawai hanya boleh membuat tuntutan untuk SATU (1) badan profesional sahaja setahun; vii, Sekiranya pegawai mempunyai dua (2) atau lebih keahlian dalam pelbagai badan profesional yang berkaitan dengan tugas hakiki atau rasmi, pegawai hanya dibenar untuk menuntut salah satu bayaran balik yuran keahlian tahunan sahaja, tertakluk kepada yuran tahunan keahlian yang lebih tinggi; viii, Kemudahan ini diberikan dalam bentuk bayaran balik (kadar sebenar) untuk tahun semasa sahaja yang disertakan dengan resit, asal / salinan resit dan disahkan oleh Ketua PT) beserta salinan sijil / dokumen pembaharuan keahlian badan profesional; dan ‘Tuntutan hanya dibenarkan untuk yuran tahunan keahlian badan profesional sahaja manakala tuntutan bagi yuran pendaftaran, yuran pentadbiran, yuran pemprosesan serta denda lewat pembaharuan keahlian tidak akan dipertimbangkan. PERAKUAN BADAN-BADAN PROFESIONAL 3.1. Setiap permohonan bayaran balik hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua PT} bagi memperakui bahawa keablian pegawai dalam badan profesional yang disertainya / diperbaharui keahliannya adalah atas dasar kkeperluan perkhidmatan dan boleh memberi sumbangan serta impak kepada Universiti. 3.2, Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Ketua PTj untuk menilai, menyemak serta memperakukan sebarang permohonan bayaran balik pegawai sama ada sesuatu penyertaan dalam badan profesional diperlukan / diwajibkan bagi memudahkan pegawai menjalankan tugas rasmi serta dapat mengamalkan profesionnya di UNIMAS. 3.3. Sebarang permohonan bagi bayaran balik yuran tahunan keahlian di dalam persatuan atau pertubuhan profesional dan bukan profesional tidak akan dipertimbangkan. PROSEDUR PEMBAYARAN BALIK YURAN TAHUNAN KEAHLIAN 4.1. Kemudahan ini diberikan secara tuntutan bayaran balik melalui borang permohonan (BPSM/UB/001) dan disokong dengan resit rasmi asal / salinan resit yang disahkan oleh Ketua PTj serta mengemukakan salinan sijil / dokumen pembaharuan keablian. 4.2. Borang permohonan (BPSM/UB/001) berserta dokumen lengkap yang telah disahkan oleh Ketua PTj hendaklah dimajukan kepada BPSM untuk semakan akhir sebelum proses pembayaran balik dilaksanakan oleh Pejabat Bendahari. 4.3, Bayaran balik yuran tahunan keahlian adalah bagi tahun semasa sahaja. ‘Tuntutan bayaran balik hendaklah dibuat dalam tahun kewangan semasa dan tidak boleh ditangguh tuntutannya sehingga melangkau tahun akan datang. 44, 45. Bayaran pendahuluan bagi tahun-tahun akan datang atau bayaran tunggakan bagi tahun sebelumnya tidak akan dipertimbangkan. ‘Tuntutan bayaran balik adalah berdasarkan kadar sebenar yuran tahunan keahlian, SENARAI BADAN PROFESIONAL YANG DIBENARKAN OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) a iv. vi vii. viii. ix, xi. xii. xii, xiv. xv. xvi Lembaga Arkitek Malaysia Lembaga Juruukur Bahan Malaysia Lembaga Juruukur Tanah Lembaga Penilai, Pentaksir & Bjen Harta Tanah Malaysia Lembaga Perancang Bandar Malaysia Majlis Perubatan Malaysia termasuk National Specialist Register (NSR) ‘Majlis Pergigian Malaysia Lembaga Farmasi Malaysia Majlis Optik Malaysia Institut Akauntan Malaysia Lembaga Jurutera Malaysia Lembaga Jururawat Malaysia Majlis Veterinar Malaysia Lembaga Kaunselor Malaysia Lembaga Teknologis Malaysia Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang U Nu AS BPSM/UE/001 BORANG PERMOHONAN PEMBAYARAN BALIK YURAN TAHUNAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL PERHATIAN Setiap permohonan bayaran balik perlu disortakan dengan rosit asal pembayaran / salinan resit yang tela diperakukan oleh Ketua PTj beserta salinan sijil/ dokumen pembabaruan keahlian badan profesional, 2. Yuran tahunan keablian hanya dibayar untuk tahun smasa sahaja. 3. Pegawai hanya dibenarkan membuat tuntutan untuk SATU (1) badan profesional sahaja setabun. 4, Tuntutan hanya dibenarkan untuk badan profesional yang dibenarkan oleh UNIMAS sahaja 5. Pensyarah Perubatan yang menuntut dan telah menerima bayaran balik untuk yuran keahlian National Specialist Register (NSR) namun meletak jawatan dalam tempoh 5 tahun yuran keahlian NSR telah dibayar / diperbaharui, pegawai perlu membavar semula yuran tersebut kepada UNIMAS secara proportionate dari tarilkh pegawai meletal| jawatan schingga tarikh tamat keablian vang telah diperbaharui, A, MAKLUMAT PEGAWAI YANG MEMOHON Nama Jawatan / Gred Pusat Tanggungjawab B. MAKLUMAT KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL ‘Nama Badan Keablian Alamat Badan Keahlian No. Abii Tarikh Mula Tarikh Tamat | Jumlah Bayaran ‘Yuran Tahunan: RM. No. Resit: . PENGESAHAN DAN PENGAKUAN | Pemohon: Saya mengesahkan telah membuat pembayaran kepada Badan Profesional yang dinyatakan. (Pandatangan) (Parikh) Ketua Pusat Tanggungjawab: 1. Saya MENYOKONG | TIDAK MENYOKONG permohonan bayaran balik Keablian badan profesional ini 2, Saya memperakukan bahawa keahlian pegawai dalam badan profesional berkenaan adalah KEPERLUAN / BUKAN KEPERLUAN untuk pegawai melaksanakan tugas hakiki dan rasminya serta mengamalkan profesionnya di UNIMAS. *(potong mona yang tidak Berkenaan) (Tandatangan) (Parikh) D. PENGESAHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ‘Saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN permohonan bayaran balik keahlian badan profesional ini (potong mana yang tidak berkenaan). (Tandatangan) (arith |

You might also like