You are on page 1of 5
a £ Sere MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG JABATAN KAWALAN BANGUNAN PARAS 14, KOMTAR, JALAN PENANG, 10675 PULAU PINANG, TEL: 04-259 2186. FAKS: 64-263 1095 PK-PB-06-S01 Ruj. Kami: MBPP/ILCS-OSC/PB1042/22 Tarikh 13 Januari 2023 20 Jamadilakhir 1444H Ar. Ooi Johnny ADS Architects Sdn. Bhd No. 2F Lorong Delima 1, 11600 PULAU PINANG. Tuan/Puan, MBPP/ILCS-OSC/PB1042/22_- CADANGAN MENDIRIKAN 19 UNIT KOLUMBARIUM/ TEMPAT PENYIMPANAN ABU MAYAT TERBUKA DI ATAS LOT 1016, JALAN KELAWEI, SEKSYEN 2, BANDAR GEORGE TOWN, D.T.L., PULAU PINANG UNTUK TETUAN THE TITULAR ROMAN CATHOLIC BISHOP OF PENANG. Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara yang tersebut di atas dan ingin memaklumkan bahawa di salah satu mesyuarat Majlis yang diadakan pada 13 Januari 2023, Majlis telah bersetuju untuk menerima rayuan pengecualian yuran pelan dan seterusnya meluluskan permohonan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :- 1 Pelan Konkrit Tetulang bersama-sama dengan pengiraan dan Borang A hendakiah dikemukakan oleh Jurutera Berdaftar sebelum Kebenaran Memulakan Kerja dikeluarkan, 2 4 petak tempat letak kereta & 4 petak tempat letak motorsikal hendaklah disediakan di tapak sebelum Sijl Perakuan Siap & pematuhan (CCC) dikeluarkan. 3 Pelan Kerjatanah mengikut Undang-undang Kecil Kerja Tanah mesti diluluskan sebelum kerja tanah dimulakan. Semua kerja mesti_disiapkan mengikut pelan yang diluluskan sebelum Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) dikeluarkan. 4 Jurutera Perunding adalah dikehendaki mengemukakan cartasenarai lengkap nama-nama dan CV ahli-ahli kumpulan penyelia tapak bina ('site supervision team’) termasuk pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) yang berkaitan kepada Jabatan Kejuruteraan, MBPP sebelum kebenaran memulakan kerja dikeluarkan, PENANG i @ 3/- SILA SEBUTKAN NO. RUJUKAN KAMIBILA MENJAWAB MBPP/ILCS-OSC/PB1042/22 10 "1 12 13 14 15 Pelan pemasangan peralatan pemantauan pergerakan tanah dan air bumi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan, MBPP sebelum kebenaran memulakan kerja dikeluarkan. Data-data bacaan yang direkod hendaklah disemak dan disahkan oleh Jurutera Perunding projek serta perlu dinyatakan di dalam Laporan Kemajuan Kerjatanah bulanan. Laporan penyiasatan tanah yang lengkap dan yang disahkan oleh Jurutera Perunding Bertauliah hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan, MBPP dalam bentuk softcopy format PDF sebelum pelan kerjatanah diluluskan, Pemohon hendaklah mengambil polisi insuran perlindungan awam (‘public liability insurance’) dan menjaga keselamatan struktur sekelling tapak. Satu ‘salinan polisi hendaklah dikemukakan sebelum Kebenaran Memulakan Kerja dikeluarkan. Satu surat akujanji dari pemaju untuk memastikan tapak/ bangunan jiran sekeliling akan ditangani/ dibaiki sekiranya berlaku kerosakan hendaklah dikemukakan sebelum Kebenaran Memulakan Kerja dikeluarkan. Sistem perparitan hendaklah dibaikpulih dan disediakan dengan sempurna semasa dan selepas pembinaan dijalankan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar. Pemajuan ini hendaklan menggunakan kaedah cerucuk _jenis ‘hydrauliclinjection’ yang bukan hentakan (‘non-hammer piling’) dan hendaklah tidak menimbul kacauganggu gegaran dan bunyi pada kawasan persekitaran. Alat menanam cerucuk jenis diesel tidak dibenarkan. Hanya kaedah cerucuk dengan pemacu jenis ‘hydraulic/injection’ — bukan_hentakan (‘non-hammer piling’) hendaklah digunakan bagi pemajuan ini dan tidak menimbulkan kacauganggu gegaran dan bunyi kepada kawasan persekitaran. Waktu kerja-kerja pembinaan hendaklah dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Kerja-kerja tidak dibenarkan pada hari Ahad dan cuti am. Syarat dalam kelulusan Surat Kebenaran Memulakan Kerja periu dipatuhi Cadangan pemajuan ini hendaklah memastikan sampah yang boleh dikitar semula daripada aktivti pembinaan atau perobohan hendaklah —_diasingkan daripada sampah baki. Sampah yang boleh dikitar semula hendaklah diletakkan di dalam kemudahan pengurusan sampah yang boleh dikitar semula bagi mengendalikan, menyimpan, mengasingkan, memindahkan dan memproses sampah tersebut. Sisa-sisa binaan dan sebagainya hendaklah dilupuskan atau dikitar semula hanya di lokasi yang dibenarkan. Salinan surat kebenaran bagi lokasi tapak tersebut hendaklah dikemukakan sebelum Kebenaran Memulakan Kerja diberi ‘Semua kerja-kerja pemotongan/ penstabilan cerun/ lereng bukit, pembinaan struktur penahan, perparitany saliran, jalan dan penyediaan langkah-langkah keselamatan di tapak hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum sii kebenaran memulakan kerja tanah (COW) dikeluarkan. MBPP/ILCS-OSC/PB1042/22 16 Mematuhi kehendak-kehendak Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebelum Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) dikeluarkan, 17 Mematuhi syarat-syarat berkaitan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan di tapak seperti di Lampiran ‘’ Sila ambil perhatian bahawa kelulusan ini akan luput 12 bulan selepas tarikh kelulusan iaitu pada 12 Januari 2024 kecuali jika dalam masa itu kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak dengan kelulusan Majlis. Jika tempoh sah hendak diperbaharui, permohonan pembaharuan hanya akan diterima sebelum tarikh luput. Sekian, harap maklum. Terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS” Saya yang menjalankan amanah, —atg(he (RIZUWAN BIN SALLEH) Pengarah Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang sk. Tetuan The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang Diocese Of Penang No. 290, Jalan Macalister, 10450 PULAU PINANG. ssfyirton 1 20286.75 Lampiran | MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG JABATAN KAWALAN BANGUNAN SYARAT-SYARAT BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA PEMBINAAN BAGI KELULUSAN PELAN BANGUNAN (1) Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan hendaklah sah semasa kerjakerja pembinaan hendak dimulakan di tapak mengikut Seksyen 70(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. (2) _ Kerja-kerja pembinaan dibenarkan seperti berikut~ (a) Isnin hingga Satu. - 8.00 pagi hingga 6.00 petang (b) Ahaddan CutiAm - Tiada Kerja (3) Penggunaan peralatan jenis hentakan termasuk “hoe rams, jackhammers, chiseling devices, pavement breakers, blasting, clam shovel, concrete mixers, chisel drops, mounted impact hammers, impact pile driver’ dan semua aktiviti pembinaan adalah dilarang dari jam 6.00 petang (4) Penggiinaan alat pemacu cerucuk jenis diesel dan hentakan dilarang semasa aktiviti pembinaan. (5) Penggunaan alat pemacu jenis hidrotik!"injection’ dibenarkan, (6) Penggunaan langkah-langkah munasabah untuk melaksanakan _kaedah pembinaan bagi mengurangkan tahap bunyi pembinaan selaras dengan peraturan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Alam Sekitar. (7) Tiada kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan yang menyebabkan kacaugganggu penduduk tempatan dan berjran termasuk dari pergerakan kenderaan. (8) Mengambil semua langkah munasabah dan praktikal untuk mencegah bunyi dan habuk menyebabkan kacaugganggu. (9) Masuk laluan ke tapak pembinaan hendaklah ditutup untuk kenderaan-kenderaan penghantaran dan “dump truck” di antara jam 6.00 petang hingga 8.00 pagi setiap hari (10) Perhatian mesti diberi untuk mengelakkan kerosakan kepada harta-harta berjiranan dan bersebelahan. (11) Perhatikan langkah-langkah pembinaan kerja-kejja selamat. (12) Jaring keselamatan hendaklah dipasang, (13) Gunakan alat-alat yang lengkap dengan peralatan pengurangan bunyi yang berkesan dan sediakan langkah-langkah pengurangan bunyi seperti sekatan- sekatan, pengadang-pengadang untuk melindungi orang awam dari aktiviti pembinaan. Perunding Utama (PSP) dan pemaju juga hendaklah menjadualkan dan menjalankan operasi dalam cara yang mengurangkan, sebaik mungkin, gangguan kepada orang awam di kawasan yang berhampiran dengan tapak kerja dan penduduk dalam bangunan di persekitaran tapak kerja. (14) Menyediakan kemudahan dan tempat mencuci toda kenderaan jentera (‘tyre washing bay”) sebelum bergerak dari tapak pembinaan. 1 Lampiran | MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG JABATAN KAWALAN BANGUNAN (18) Menyediakan pekerja di pintu keluar tapak bagi mencuci Kenderaan dan jentera dan roda sebelum Keluar dari tapak pembinaan- dan membersihkan semua kekotoran yang akan dibawa ke jalanraya. (16) Menyembur air di tapak pembinaan dengan kerap. (17) Menyediakan langkah-langkah pengurangan habuk. (18) Menyediakan sistem perparitan sementara dengan kemudahan “de-siting’ sebelum menyambung terus ke sistem perparitan tama. (19) Air bertakung hendaklah dipam dan disalir keluar. (20). Menyembur setiap minggu lapiran minyak. diesel dipermukaan air sekiranya air bertakuing tidak dapat dipam atau disalirkan keluar. (21) Menutup semua bekas air. ‘ (22) Meratakan semua permukaan tanah bagi menghindar air bertakung, (23) Membuang, dan melupuskan semua sisa roda getah, tin Kosong, botol dan perkakas-perkakas lain yang boleh menakung air tapak pembinaan. (24) Menutup cerun yang terdedah secara sementara dengan tarpaulin atau fabrik sama. (25) Menyediakan kemudahan tandas yang sesuai. (26) Menyambung kemudahan tandas sementare Ke paip pembetungan yang sempurna atau sekiranya tiada paip pembetungan, ke tangki septik sistem ‘soak away’ atau ke Ioji rawatan kumbahan bagi sisa kumbahan yang banyak. (27) Membersihkan dan _melupuskan bahan buangan dan sisa bahan pembinaan secara tetap dan berjadual. (28) Menutup semua lubang pada tanah yang tidak diturap. (29) Menyelia kerja pembinaan secara tetap dan berjadual (20) Majlis akan mengeluarkan perintah memberhentikan kerja-kerja_pembinaan sekiranya mana-mana syarat atau mana-mana kehendak tidak ipatuhi. (31) Apa-apa perintah memberhentikan kerja-Kerja pembinaan yang arahkan oleh Majlis berkaiten kegagalan mematuhi tempoh larangan kerja pembinaan atau mana-mana syarat atau mana-mana kehendak tidak boleh dijadikan sebagai lagan untuk menuntut apa-apa pampasan atau tuntutan oleh Pemunya Tanah, Pemaju dan Perunding Utama (PSP). JABATAN KAWALAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG nnism/COW-SyaratPembinaan 189.08

You might also like