You are on page 1of 9
JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) ARAHAN TETAP KETUA PENGARAH RELA MALAYSIA BIL. 05/2016 ATKP/ADMI04/16 PEMAKAIAN PAKAIAN KERJA HARIAN TUJUAN 1. Arahan Tetap Ketua Pengarah (ATKP) ini dikeluarkan bagi menetapkan dan menyelaraskan pemakaian pakaian kerja harian. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam RELA (JPPSR) Bil 3/2016 telah memutuskan pemakaian pakaian seragam bagi Pegawai, Kakitangan, Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Anggota RELA. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan sebuah organisasi berpakaian seragam, Sehubungan itu, pemakaian pakaian seragam dapat mempamerkan kesegakan, disiplin, semangat _kekitaan dan _seterusnya memperkasakan imej Jabatan. Bagi memastikan keseragaman pemakaian pakaian kerja harian, maka arahan ini diwujudkan. PUNCA KUASA 3. Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) telah memperuntukan kuasa berikut. Sif 3.2 Seksyen 19 (1) Tiap-tiap pegawai RELA hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan hendaklah memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Seksyen 19 (2) Tiap-tiap anggota RELA yang layak mendapat pakaian seragam dan kelengkapan hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Seksyen 24 Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan secara pentadbiran, yang dipanggil “Arahan Tetap" yang selaras dengan Akta ini atau peratuaran- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tentang kawalan, tugas dan latinan am pegawai dan anggota RELA 4, Surat Pekeliling RELA 99/846/1 JLD.10 (18) bertarikh 9 Oktober 2013 Arahan Peraturan dan Garis Panduan Pemakaian Pakaian Seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). TAFSIRAN 5. Tafsiran kepada’ 5.1 5.2 53 5.4 55 Pegawai Skim KP Semua Pegawai Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) gred 19 dan ke atas. Pegawai Skim Gunasama Semua Pegawai Perkhidmatan Gunasama gred 41 dan ke atas selain Pegawai Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP). Kakitangan Skim Gunasama Semua Pegawai Perkhidmatan Gunasama gred 40 dan ke bawah selain Pegawai Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) Pekerja Sambilan Harian (PSH) Sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian. Anggota RELA Sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Akta Pasukan Sukarelawan 2012 (Akta 752) Seksyen 7 Pendaftaran sebagai Anggota RELA termasuk Anggota RELA Pentadbiran (ARP) yang dilantik seperti yang telah ditetapkan dalam ATKP Bil.5/2013 Peraturan Pentadbiran Bagi Perkhidmatan Anggota RELA Pentadbiran (ARP) PEMAKAIAN PAKAIAN KERJA HARIAN 6 Pemakaian pakaian kerja harian seperti berikut: 6.1 Pakaian Bush Jacket (Lelaki dan Wanita) 6.1.1. Pakaian ini layak dipakai oleh semua Pegawai Skim KP gred 29 dan ke atas dan Pegawai Skim Gunasama gred 41 dan ke atas. 6.1.2 Pakaian ini dipakai semasa menghadiri majlis rasmi, seminar, kursus, mesyuarat, program peringkat persekutuan, negeri, daerah dan lain-lain acara yang menetapkan pakaian ini dipakai 6.2 Pakaian Kerja (Lelaki dan Wanita) 6.2.1 Pakaian ini layak dipakai oleh semua Pegawai Skim KP gred 19 dan ke atas dan Pegawai Skim Gunasama gred 41 dan ke atas. 6.2.2 Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Skim KP gred 29 dan ke atas dan Pegawai Skim Gunasama gred 41 dan ke atas semasa menjalankan tugas-tugas pejabat sahaja. 6.2.3 Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Skim KP gred 19 hingga gred 28 semasa menjalankan tugas-tugas pejabat termasuklah menghadiri majlis rasmi, seminar, kursus, mesyuarat, program peringkat persekutuan, negeri, daerah dan lain-lain acara yang menetapkan pakaian ini dipakai. 6.2.4 Pakaian ini digalakkan dipakai oleh semua Kakitangan Skim Gunasama gred 40 dan ke bawah. 6.2.5 Pakaian ini dipakai semasa menjalankan tugas-tugas pejabat atau di dalam tugas seharian seperti menghadiri majlis rasmi, seminar, Kursus, mesyuarat, program peringkat persekutuan, negeri, daerah dan lain-lain acara yang menetapkan pakaian ini dipakai. 63 Pakaian Operasi 63.1 6.3.2 6.3.3 Pakaian ini layak dipakai oleh semua Pegawai Skim KP gred 19 dan ke atas, Pegawai Skim Gunasama gred 41 dan ke atas, Kakitangan Skim Gunasama gred 40 dan ke bawah, Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Anggota RELA. Pakaian ini mestilah dipakai semasa menjalankan tugas operasi, latihan, perbarisan, perhimpunan, tugas-tugas pejabat dan lain-lain acara yang menetapkan pakaian ini dipakai Pakaian ini mestilah dipakai oleh semua Anggota RELA semasa menjalankan tugas-tugas pejabat dan penugasan harian 7. Semua Kakitangan Skim Gunasama gred 40 dan ke bawah dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) adalah dibenarkan untuk memakai Pakaian Pejabat semasa menjalankan tugas-tugas pejabat. 8 Walau bagaimanapun, pemakaian pakaian kerja harian ini tertakiuk kepada kesesuaian penglibatan tugas dan arahan dari semasa ke semasa PEMANSUHAN 9. Arahan Tetap Ketua Pengarah Bil. 2/2014 Pemakaian Pakaian Kerja Harian Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 10. Arahan Tetap Ketua Pengarah Bil. 3/2014 Pemakaian Pakaian Kerja Harian Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) - Tambahan Bagi Negeri Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan, 41. Perenggan 41, 42 dan 43 ATKP Bil5 / 2013 Peraturan Pentadbiran Bagi Perkhidmatan Anggota RELA Pentadbiran (ARP). 12. Perkara 1, 2 dan perenggan 2.1, perkara 4 dan perenggan 4.1, perkara 5 dan perenggan 5.1, perkara 6 dan perenggan 6.1, perkara 9, 10 dan perenggan 10.1 di Lampiran 1 Surat Pekeliling RELA 99/846/1 JLD.10 (18) bertarikh 9 Oktober 2013 Arahan Peraturan dan Garis Panduan Pemakaian Pakaian Seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 13. Perenggan 2.2 Pemakaian Lencana Integriti RELA pada Pakaian Operasi di Lampiran 2 Dasar-dasar Baru Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) RELA(S) 99/709/47 JLD. 7( 1) bertarikh 26 Februari 2014. 14. Perenggan 2.3 Pemakaian Lencana Korporat RELA di Lampiran 3 Dasar-dasar Baru Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) RELA(S) 99/709/47 JLD. 7( 1 ) bertarikh 26 Februari 2014. TARIKH KUATKUASA. 15. Arahan Tetap Ketua Pengarah ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (KP)S@ZUEKIFLI BIN ABIDIN) tua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) -30 Disember 2016

You might also like