You are on page 1of 5

Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Ditubuhkan:
Ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 27 Jun 1987

kenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-
Pelajar Islam SMRA (PERWIRA)

20 orang pelajar sahaja (tingkatan 1 dan 2)

Matlamat utama penubuhannya


Melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM
Bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN)

Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di WILAYAH PERSEKUTUAN mula menubuhkan KPIM

Antaranya ialah SMK Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani ,
Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad
Hamidiah , Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.

1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

KPIM secara rasmi bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10 Ogos 1993

Pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan
Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.

Jawatankuasa ini mencadangkan nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Kemudiannya ditukar
kepada Kadet Remaja Islam (KRIS)

Taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan. Oktober


1993. Dipengerusikan (Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid). Nama pasukan ini ditukar kepada Kadet
Remaja Sekolah (KRS). Bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar
lelaki atau perempuan.

Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun
1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak,
Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pangkat
Kadet/Pelajar (Rendah/Tunas)

-Lans Koperal TKRS

-Koperal TKRS

-Sarjan TKRS

Kadet/Pelajar(Menengah)

Lans Koperal TKRS

Koperal TKRS

Sarjan TKRS
Staf Sarjan

Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 2

Pegawai
Pangkat-pangkat tersusun dari bawah ke atas.

Pegawai Kadet (Pegawai sebelum mengikuti sebarang kursus KRS)

Leftenan Muda (Pegawai selepas mengikuti Kursus Pegawai Tahap 1)

Leftenan (selepas mengikuti Kursus Pegawai Tahap 2)

Kapten

Mejar

Leftenan Kolonel

Kolonel

Komandan KRS Sekolah

Pegawai Pendidikan KRS Daerah

Pengarah KRS JPN


Pengarah KRS Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia

Ketua Pengarah KRS Malaysia

Field Marsyal

Lagu
Kadet Remaja Sekolah,

Menuju satu ikatan bersaudara,

Bersatu menjulang, keamanan Negara,

Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,

Membentuk insan yang kreatif,

Ke arah kecemerlangan diri,

Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,

Menjadi bangsa Malaysia,

Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,

Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,

Ilmu, iman dan amal,

Kekalkan di hati dan jiwamu,

Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Uniform
Uniform Sukan : aktiviti tidak formal iaitu baju-T KRS dengan seluar trek
Uniform No.4 yang berwarna hijau gelap Sherwood. Baju berwarna hijau gelap Sherwood
yang berlengan panjang, seluar, beret, tag nama, lencana, kolar dot, lambang dan lanyard.
Alatan tambahan termasuklah bulu bagi beret, mafla dan sarung tangan. Kasut but
diperlukan semasa memakai Uniform No. 4. Lencana beret KRS dipakai di sebelah kanan.
Terdapat juga busjaket (Uniform No. 2) dan pakaian istiadat (Uniform No.1) bagi pegawai
KRS.

You might also like