You are on page 1of 12

SENARAI KANDUNGAN

Bil Tajuk Halaman


1.0 Pernyataan Masalah 2
2.0 Penentuan Tema, Konsep, Subjek dan Kandungan 3-6
3.0 Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan 7-9
4.0 Pernyataan Kepentingan Projek dan Keaslian 10 - 11
5.0 Sumber dan Rujukan 12

1
1.0 PERNYATAAN MASALAH
1.1 Definisi Bangkit

Permasalahan tema yang saya kaji adalah Bangkit. Menurut laman web Pusat
Rujukan Persuratan Melayu, Bangkit pada manusia didefinisikan sebagai jaga daripada
tidur dan berdiri daripada kerusi. Selain itu, Bangkit pada negara didefinisikan sebagai
membina memajukan negara. Pada perasaan pula, bermaksud minat atau hasrat untuk
berdikari. Manakala, dari segi patriotik pula bermaksud kebangkitan, keinsafan dan
kesedaran. Bangkit pada benda bermaksud minyak yang beku dipanaskan supaya bangkit
atau cair. Seterusnya, Bangkit dari segi tenaga pula bermaksud alat yang membangkitkan
kuasa elektrik atau janakuasa. Manakala, Bangkit pada sukan bermaksud bangun daripada
kekalahan. Akhir sekali, Bangkit dari segi budaya tempatan bermaksud Kuih Bangkit
iaitu kuih tradisional orang Melayu.

1.2 Pernyataan masalah

Permasalahan tema yang saya kaji adalah Bangkit. Bangkit adalah merujuk
perbuatan keinsafan, kesedaran, kecekalan, kelahiran dan sebagainya. Tema yang saya
pilih adalah berunsurkan peribahasa iaitu “Seperti Katak di bawah Tempurung”.

1.3 Peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”

Peribahasa merupakan susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Katak bermaksud seekor binatang yang bergerak dan
melompat dan hidup sama ada di air atau di darat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Tempurung bermaksud kulit yang keras pada beberapa jenis buah terutamanya kulit buah
kelapa. Peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung” bermaksud orang yang terhad
ilmu pengetahuannya dan tidak tahu hal yang berlaku di sekelilingnya. Selain itu,
peribahasa tersebut juga bermaksud seseorang yang tidak mahu menerima pembaharuan
atau perubahan dan ilmu yang baharu.

2
2.0 PENENTUAN TEMA, KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN

2.1 Tema

Tema merupakan idea asal atau persoalan pokok di dalam sesebuah karya. Tema
yang saya pilih ialah peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”. Saya memilih tajuk
ini kerana saya ingin menggambarkan seseorang yang telah lama menyembunyikan diri di
suatu tempat dan akhirnya dia ingin bangkit keluar dari tempat persembunyiannya. Selain
itu, saya juga ingin menggambarkan seseorang yang tidak peka akan perkara yang berlaku
disekelilingnya dan tidak mahu menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan dalam
kehidupannya.

2.2 Konsep

Konsep merupakan hal umum yang menjelaskan sesuatu peristiwa, idea, atau
pemikiran. Konsep juga didefinisikan sebagai pengetahuan yang dibina berdasarkan
pemahaman kepada apa yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, dari segi patriotik,
kesukanan, perasaan, kebudayaan, benda, tenaga, negara dan manusia. Konsep yang saya
gunakan di dalam karya saya ialah konsep bebas iaitu saya telah menggunakan unsur positif
seperti tempurung kelapa, seekor katak dan beberapa buah bangunan. Saya memilih konsep
ini kerana saya dapat menyampaikan mesej dengan mudah kepada audiens yang melihat
karya saya. Konsep ini juga mampu menarik perhatian dan menyentuh perasaan audiens
ketika melihatnya.

3
KOLEKSI GAMBAR DAN KERATAN AKHBAR BERKAITAN

4
2.3 Subjek

Subjek didefinisikan sebagai hal benda atau imej yang digunakan dlm penghasilan
sesebuah karya. Subjek terbahagi kepada dua iaitu subjek utama dan subjek sokongan.
Subjek utama merujuk kepada objek atau sesuatu benda yang menonjol di dalam sesebuah
karya tersebut. Manakala, subjek sokongan pula merujuk kepada imej yang memberi
kekuatan kepada mesej yang ingin disampaikan. Subjek utama yang saya gunakan dalam
karya saya ialah seekor katak yang berada di bawah tempurung dan terdapat beberapa buah
bangunan di latar belakang lukisan tersebut.

Gambar 1: Seekor Katak


Gambar 2: Tempurung
Kelapa

Gambar 3: Tempurung Gambar 3: Bangunan -


Kelapa bangunan

5
2.4 Kandungan

Kandungan ialah mesej tertentu yang menjadi dasar kepada kajian tema yang
memaparkan nilai estetik, penampilan subjek yang menerangkan tema, makna tersirat dan
tersurat yang terdapat dalam sesebuah karya. Kandungan yang terdapat dalam karya saya
adalah untuk menyampaikan mesej mengenai seseorang yang ingin keluar dari tempat
persembunyiannya.

Saya memilih tema peribahasa “Seperti Katak dibawah Tempurung” kerana tema
tersebut sangat memberi kesan kepada diri saya dan setiap golongan masyarakat. Saya akan
menghasilkan karya yang mempunyai makna yang tersurat dan makna tersirat agar audiens
dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh saya. Saya berharap agar audiens dan
pentaksir menghayati karya saya.

Makna yang tersurat yang terdapat dalam karya saya ialah objek seekor katak yang
berada di bawah tempurung dan sedang cuba untuk keluar dari bawah tempurung tersebut.
Di belakangnya terdapat beberapa buah bangunan yang terdapat di bandar.

Makna yang tersirat yang ingin disampaikan oleh saya ialah mengenai seseorang
yang tinggal di kawasan pedalaman dan dia ingin keluar untuk mendalami kehidupan di
bandar setelah sekian lama tinggal di kawasan pedalaman.Di samping itu, saya juga ingin
menggambarkan seseorang yang tidak peka akan perkara yang berlaku disekelilingnya dan
tidak mahu menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan dalam kehidupannya.

6
3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

3.1 Pendekatan Aspek Formal

Pendekatan aspek formal merupakan pengunaan asas seni dalam sesuatu hasil seni.
Ia meliputi aspek unsur seni dan prinsip rekaan.

Pendekatan aspek formal yang saya pilih dalam menghasilkan karya saya ialah
unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni yang saya pilih untuk menhasilkan karya saya
ialah garisan, warna, rupa, dan jalinan. Prinsip rekaan yang saya pilih untuk menghasilkan
karya saya ialah harmoni, keseimbangan dan kepelbagaian.

3.2 Gaya Penghasilan

Gaya penghasilan yang saya pilih ialah gaya penghasilan realistik kerana imej yang
dipersembahkan ialah gambaran imej sebenar. Objek yang dilukis sama seperti objek asal.
Saya menggunakan kaedah imitasi untuk menghasilkan karya ini. Imitasi bermaksud
peniruan alam semulajadi, imej buatan manusia, gambaran masyarakat dan fenomena alam
ke atas kanvas atau permukaan kertas secara realistik.

Teori penghasilan karya saya ialah mengenai pembentukan idea yang membabitkan
perancangan atau hasrat, niat atau tujuan dan cita-cita atau aspirasi. Sumber idea yang
digunakan oleh saya ialah berdasarkan media massa, persekitaran dan pemerhatian saya
tentang peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”.

Media yang digunakan oleh saya ialah media cat minyak. Saya menggabungkan
beberapa teknik catan cat minyak iaitu teknik impasto, glazing dan scumbling. Saya
menggunakan teknik impasto dengan menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna
dengan berus atau pisau palet ke atas kanvas untuk menimbulkan kesan jalinan yang lebih
kasar dan tebal. Manakala, teknik glazing pula saya menggunakannya untuk menimbulkan
kesan lembut, licin, lutsinar dan berkilau. Teknik scumbling pula menggunakan lapisan
nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam.

7
Tokoh tempatan yang dipilih oleh saya ialah Abdul Latif Mohidin. Beliau
dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban, Negeri Sembilan. Saya memilih beliau kerana
karya beliau berkait rapat dengan gaya penghasilan karya saya iaitu beliau memilih gaya
penghasilan separa abstrak yang terdapat pada karya beliau yang berjudul “Pago-Pago”.
Media yang digunakan ialah media cat minyak di atas kanvas.

Tajuk: Pago-pago

Tahun: 1964

Media: Cat Minyak atas kanvas

8
Tokoh antarabangsa yang dipilih oleh saya ialah Leonid Afremov. Beliau
dilahirkan pada 12 July 1955 di Vitebsk, Belarus. Saya memilih beliau kerana karya beliau
berkaitan dengan karya saya iaitu beliau menggunakan media cat minyak dan beliau
banyak menghasilkan lukisan yang berunsurkan bandar-bandar, figura manusia dan
haiwan..Karya beliau yang dipilih oleh saya sebagai rujukan ialah karya yang berjudul
"The Cat and The Guitar" kerana beliau menggunakan media cat minyak atas kanvas.

Tajuk: The Cat and The Guitar

Media: Cat Minyak atas kanvas

9
4.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

Kepentingan projek karya pengkaryaan, iaitu catan cat minyak dengan bertemakan
peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung” adalah untuk untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat bahawa kita hendaklah memberanikan diri untuk keluar dari masalah
yang kita hadapi dan sentiasa peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Selain itu, kepentingan projek ini juga adalah untuk membuktikan bahawa
seseorang yang dahulunya tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi juga mampu
bangkit untuk berjaya walaupun tanpa pendidikan yang sempurna seperti masyarakat di
bandar.

Kemudian, kepentingan projek ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran


terhadap seseorang yang mementingkan diri sendiri yang tidak mahu menerima
pembaharuan yang berlalu disekelilingnya.Bagi membina masyarakat yang hidup dalam
keadaan aman damai kita haruslah menerima dan bersyukur dengan seesuatu yang telah
diberikan kepada kita dan jangan sesekali merungut.

Keaslian hasil karya saya ialah saya tidak meniru mana-mana karya yang telah
dihasilkan sebelum ini. Keaslian karya saya dapat dilihat melalui idea-idea asal yang saya
fikirkan sendiri dan saya tidak meniru daripada mana-mana karya yang telah dihasilkan
sebelum ini dan walaupun saya merujuk beberapa buah karya serta gambar yang lain tetapi
imej yang ditampilkan oleh saya ialah asli, mengikut tema, proses kajian dan kehendak
soalan. Selain itu, keaslian karya saya juga dapat dilihat melalui proses penghasilan iaitu
saya mengunakan usaha dan idea saya sendiri untuk menyiapkan projek ini dengan melakar,
melukis dan mewarna karya saya tanpa menggunakan tenaga serta idea orang lain.

Kesimpulannya, tujuan projek ini ialah untuk memenuhi permintaan penganjur


pameran tentang “Bangkit”. Selain itu, tujuan projek ini juga ialah untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya masa depan kita. Oleh itu, terdapat
beberapa langkah untuk meningkatkan keyakinan diri kita supaya maju terus ke hadapan

10
dalam mencapai impian yang kita inginkan. Berdasarkan tajuk kajian saya iaitu Bangkit
“Seperti Katak di bawah Tempurung”, saya akan mengadaptasikan idea saya dalam bentuk
pengkaryaan iaitu catan. Catan yang akan dihasilkan oleh saya ialah catan berbentuk 2
dimensi. Saya akan menggunakan media cat minyak dan teknik yang akan digunakan oleh
saya ialah teknik scumbling, glazing dan impasto. Gaya penghasilan karya saya pula akan
dipersembahkan dalam bentuk separa abstrak. Oleh itu, saya berharap langkah-langkah
yang telah digunakan oleh saya ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan
saya juga berharap agar karya yang akan dihasilkan oleh saya ini berjaya dilaksanakan dan
disiapkan dalam masa yang diberikan. Akhir sekali, saya berharap agar kita semua mampu
untuk bangkit walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan
seharian kita.

11
5.0 SUMBER DAN RUJUKAN

Google Search. Dicapai pada Jun 14, 2017 daripada http://www.google.com

Kamus Dewan Edisi Keempat, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Keempat, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leonid Afremov Biograpy, 2015, dicapai pada Jun 17 2017 daripada


https://afremov.com/Leonid-Afremov-bio.html

Murid Luar Bandar Kuasai Dunia Robotik, 2014. Akhbar Berita Harian. Nor Amalina
Alias. Dicapai pada Jun 20, 2017

Norazi bin Hasyim, 2016. Teks STPM Pengajian Am. Cetakan pertama 2016. Selangor:
Local Publications.

Pago-Pago by Abdul Latiff Mohidin, 2013, dicapai pada Jun 19 2017 daripada http://artist-
calvin.blogspot.my/2013/12/pago-pago-abdul-latiff-mohidin.html

Prof Najri, 2017. Apresiasi Karya Catan Tempatan dan Barat. Dicapai pada Jun 18, 2017
daripada
https://www.academia.edu/28967266/APRESIASI_KARYA_CATAN_TEMPATAN_D
AN_BARAT

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2015, Carian PRPM@DBP Malaysia Pusat Rujukan
Persuratan Melayu dicapai pada Jun 16 2017 daripada http://prpm.dbp.gov.my/

The Cat and The Guitar, 2016, dicapai pada Jun 22 2017 daripada
https://fineartamerica.com/featured/the-cat-and-the-guitar-leonid-afremov.html

12

You might also like