You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN BULAN KEMANUSIAAN

SMK RAJA ALI


TAHUN 2023

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih puan pengerusi majlis,
Yang berusaha,
Puan Rosnah bt Samlee -Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Noraihan bt Mohammed -PK (Hal Ehwal Murid)
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Cemerlang,
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat


Ilahi atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya maka kita dapat bernafas dan
menghirup udara segar pada pagi yang mulia ini. Jika sebelum ini kita
telah menyaksikan penutupan Bulan Teknik dan Vokasional, maka pada
pagi ini Bidang Kemanusiaan pula mengambil tempatnya.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,


Seperti yang kita ketahui, bulan Ogos juga merupakan bulan
kemerdekaan negara kita, jadi selaras dengan itu, majlis hari ini
dijalankan serentak iaitu perasmian Bulan Kemanusiaan dan Bulan
Kemerdekaan. Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini
adalah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Di sekolah ini sendiri, anda dapat saksikan pelbagai kaum iaitu kaum
Melayu, Cina, India, dan segelintir kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak
menjadi warga sekolah. Semuanya duduk di bawah satu bumbung dan
mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru yang sama. Inilah yang
menjadi satu keunikan yang perlu kita hargai. Jadi, perpaduan amatlah
penting bagi menjayakan hasrat untuk mencapai visi dan misi sekolah.
Pelajar-pelajar sekalian,
Sukalah saya mengingatkan semua agar terus memelihara perpaduan
kaum di negara ini. Isu-isu pergaduhan, perbalahan dan hina-menghina
dan memperkecilkan kaum yang lain hendaklah kita jauhkan sama sekali
walaupun bersifat bibit-bibit kecil kerana jika dibiarkan akan menjadi
merebak dan tidak terkawal.

Antara program yang diperkenalkan untuk mengeratkan perpaduan ialah


Program RIMUP atau Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan.
Melalui program RIMUP, pelajar-pelajar diterapkan dengan nilai
patriotisme, menghayati prinsip Rukun Negara, mengenali bendera
negara dan jata negara, dan juga mengenali dan berbangga dengan
lencana dan lagu sekolah.

Pelajar yang dikasihi sekalian,


Sempena Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan, pelbagai aktiviti yang
akan dianjurkan oleh panitia-panitia dalam bidang Kemanusiaan. Melalui
pelbagai aktiviti ini kita dapat mengeratkan hubungan dengan bergaul
mesra, saling mengenali dan memahami dan sentiasa bersaing untuk
mencapai kecemerlangan.

Rebutlah peluang melalui Bulan Kemanusiaan ini untuk menyertai


pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak panitia.
Kecemerlangan bukan semestinya terletak pada catatan markah yang
tertera pada keputusan peperiksaan, sebaliknya menjadi cemerlang
ialah menjadi manusia yang penuh dengan sifat-sifat kemanusiaan, taat
kepada perintah Tuhan, tahu menghargai kehidupan, menghormati orang
lain dan mampu berdikari. Jadi, tidak syak lagi bahawa usaha untuk
mengukuhkan perpaduan ini merupakan usaha murni untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam menjadi seorang insan.

Hayatilah rangkap pantun ini.

Anak dara menggoreng keladi,


Di bawah teduhan berbumbung limas,
Sekolah umpama seberkas lidi,
Tali perpaduan terikat kemas.

Petik setangkai bunga melati,


Bunga melati kembang setaman,
Jikalau semuanya bersatu hati,
Cemerlang pasti dalam genggaman.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan


Bulan Kemanusiaan bagi tahun 2023. Sekian terima kasih.

You might also like