You are on page 1of 11

Oleh: Muhamad Yusof

MKM Cawangan Timur

KEUSAHAWANAN SOSIAL:
KOPERASI dan USAHAWAN
PENGENALAN
"Social entrepreneurs identify resources where people only see problems. They view the villagers
as the solution, not the passive beneficiary. They begin with the assumption of competence and
unleash resources in the communities they're serving."

David Bornstein, author of How to Change the World: Social Entrepreneurs and the Power of New
Ideas

Idea keusahawanan sosial telah menuntut sikap akauntabiliti dalam kalangan usahawan. Fasa
keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang amat bersesuaian dengan keperluan
perniagaan dunia masa kini yang berdasarkan aspek 3Ps iaitu People, Planet & Profit (keharmonian
antara insan, alam sekitar dan keuntungan). Keusahawanan sosial menuntut penggabungan
antara misi sosial yang mempamerkan perniagaan yang berdisiplin, inovasi dan penemuan
keputusan yang baru dalam perniagaan. Pendekatan keusahawanan sosial amat bertepatan
dengan keperluan masa kini dalam menangani masalah sosial. Hal ini ekoran daripada beberapa
institusi sektor sosial masa kini yang cenderung kepada pengurusan yang tidak cekap, tidak
berkesan dan tidak bertanggungjawab.

Ramai yang beranggapan bahawa keusahawanan sosial merupakan sesuatu yang baru namun
pada hakikatnya fenomena keusahawanan sosial telah bermula sejak beberapa dekad dahulu lagi.
Dalam menguruskan perniagaan kadangkala kita bertindak sebagai seorang yang menjalankan
aktiviti keusahawanan sosial, biarpun kita tidak mengatakan sedemikian.

Menurut Dees (2001), keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial dengan imej
perniagaan seperti disiplin, inovasi dan penentuan. Dalam erti kata lain, keusahawanan sosial
menggunakan pendekatan keusahawanan untuk membongkar masalah sosial dan menanganinya
dengan cara yang mendatangkan kemenangan kepada kedua-dua pihak.

Terma-terma usahawan sosial dan keusahawanan sosial telah digunakan terlebih dahulu dalam
kesusasteraan pada perubahan sosial dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Istilah ini mula digunakan
secara meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an yang dipromosikan oleh Rang Undang-undang
Drayton: Pembaharuan untuk Masyarakat, dan lain-lain seperti Charles Leadbeater pada tahun
1950-an dan pada tahun 1990-an oleh Michael Young. Pada tahun 1980-an, Profesor Daniel Bell
di Harvard yang dikenali sebagai usahawan yang paling berjaya di dunia sosial, telah mewujudkan
lebih daripada enam puluh pertubuhan-pertubuhan baru di seluruh dunia termasuk siri Sekolah
Untuk Usahawan Sosial di UK. Seorang lagi usahawan sosial British iaitu Sir Mawson OBE telah

24
diberi gelaran bangsawan pada tahun 2007 kerana kerja-kerjanya dalam penjanaan semula para
perintis. Ini termasuk penciptaan Bromley yang terkenal dengan Pusat Bow di East London.
Beliau telah mencatatkan pengalaman ini dalam bukunya "Usahawan Sosial: Membuat Komuniti
Kerja" dan pada masa ini juga beliau menjalankan perkongsian dengan Mawson untuk membantu
menggalakkan pertumbuhan semula kerja tersebut.

Hakikatnya keusahawanan sosial sudah dikenali ratusan tahun terdahulu yang mana ia dimulakan
oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas
koperasi). Kemudian, ia berkembang sejak tahun 1980-an yang giat dipromosikan oleh tokoh-
tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton dan Dr. Muhammad Yunus, pengasas Grameen
Bank di Bangladesh yang memenangi Nobel Keamanan tahun 2006.

Asal-Usul Perkataan ‘Usahawan’


Menurut Kamus Dewan, usaha
Perkataan usahawan terhasil daripada ialah daya upaya termasuk ikhtiar,
perkataan “entrepreneur” yang berasal kegiatan, perbuatan dan lain-
daripada bahasa Perancis ‘entreprendre’ lain hal untuk melaksanakan
atau menyempurnakan sesuatu
yang bermaksud “to undertake” atau memikul
pekerjaan.
(tugas) atau mencuba. Manakala dalam bahasa
Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal
daripada perkataan ‘usaha’. Menurut Kamus
Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala
ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan
untuk melaksanakan atau menyempurnakan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat
sesuatu pekerjaan. melalui pembangunan perniagaan yang
berorientasikan keuntungan. McClelland
Perkataan ini digunakan pada awalnya (1961) menyatakan usahawan sebagai
oleh Richard Cantillon sebagai agen yang berdaya inovatif dan kehendak pencapaian
membeli alat-alat pengeluaran untuk tinggi (high need for achievement). Usahawan
menghasilkan produk untuk dipasarkan. berjaya cenderung ke arah mengambil risiko
Manakala Jean Baptiste Say pula telah yang telah direncanakan dan mempunyai
meluaskan idea Cantillon dengan memberi kawalan dalaman yang tinggi.
pentafsiran usahawan sebagai “organizer”
firma atau syarikat perniagaan yang mana Max Weber (1958) mengemukakan satu model
usahawan memainkan peranan yang penting keusahawanan dengan memasukkan elemen
dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran. keagamaan sebagai asas untuk mencapai
Usahawan semestinya seorang pemimpin kejayaan dalam kegiatan ekonomi. Weber
yang berjaya mengatur pekerja-pekerjanya menyatakan bahawa kejayaan golongan
dalam penghasilan sesuatu produk. Protestant dalam kegiatan ekonomi adalah
disebabkan oleh etika agama Protestant.
Konsep Keusahawanan Dan Usahawan Model keusahawanan yang dikemukakan oleh
Weber ini boleh dikatakan satu percubaan
Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk menghubungkaitkan hubungan agama
berkenaan usahawan dan keusahawanan. atau kepercayaan dengan kegiatan hidup
Schumpeter (1934) dan Dollinger (1995) seharian.
mendefinisikan keusahawanan sebagai syarikat
yang melaksanakan kombinasi baru bagi Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah
pembangunan produk dan perkhidmatan baru, menyatakan dengan jelas definisi usahawan.
sumber baru bagi pembangunan produk dan Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur
perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan is one who undertakes to organise, manage
mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran and assume the risks of business”. Selain

Maktab Koperasi Malaysia 25


itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa Menurut Sudin Haron (1990), definisi
kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang diberikan mengenai usahawan dan
yang baru. Usahawan telah pun muncul dan keusahawanan Islam ialah usahawan Islam
wujud sepanjang perjalanan sejarah, tetapi merupakan Muslim yang berterusan mencari,
konsep dan pelaksanaannya pada masa dulu menggembleng dan memanfaatkan kurnian
dan sekarang adalah berbeza daripada segi Allah untuk faedah diri sendiri, ummah dan
penciptaan dan penerokaan. makhluk Allah yang lain selari dengan tuntutan
dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al-
Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan Quran dan As-Sunah. Manakala keusahawanan
usahawan sebagai individu yang sentiasa Islam pula merujuk kepada proses pencarian,
berwaspada ke atas peluang-peluang penggemblengan dan permuafakatan kurniaan
perniagaan orang lain tidak menyedarinya. Allah untuk faedah diri sendiri, ummah dan
Usahawan akan mengambil tindakan secara makhluk Allah yang lain sebagaimana yang
imaginatif, kreatif dan inovatif. Selanjutnya telah digariskan di dalam Al-Quran dan As-
beliau menyatakan: “entrepreneur is more Sunnah.
than a just a risk-taker and innovator. He or
she is the one whosees the future that no Bidang perniagaan dan keusahawanan
one else has seen and, if this perception is merupakan bidang pekerjaan yang terbaik
correct, bring about a reordering of resources dan sumber rezeki terbesar sehingga 90%
to produce greater consumer satisfaction and daripada sumber rezeki terdapat dalam
technological efficiency”. bidang ini. Rasulullah S.A.W pernah
bersabda yang bermaksud: Daripada A’isyah
Seterusnya, Steveson, Robert & Greoubeck katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
(1998) telah memberi definisi yang lebih berani “sesungguhnya tiadalah usaha seseorang itu
dengan menyatakan keusahawanan sebagai yang lebih baik selain dari kerja tangannya
kesediaan individu untuk merebut peluang sendiri.”
tanpa mengambil kira sumber semasa yang
ada dalam kawalannya. Hasil daripada pelbagai Sejarah keusahawanan Islam telah bermula
definisi yang telah diberikan, Dollinger (1995) sejak kejadian awal manusia lagi yang mana
pula mendefinisikan keusahawanan sebagai dua orang anak Nabi Adam telah mempelopori
pembentukkan syarikat ekonomi yang inovatif dua bidang utama keusahawanan iaitu Habil
bagi tujuan keuntungan atau perkembangan mempelopori bidang pertanian, manakala Qabil
serta kesediaan untuk berhadapan dengan mempelopori bidang ternakan. Sejarah Islam
risiko atau ketidakpastian. juga telah membuktikan bahawa kebanyakan
Rasul menceburi bidang keusahawanan.
Definisi-definisi yang diberikan oleh para Sebagai contoh, Nabi Adam merupakan
sarjana barat di atas mendapati keusahawanan seorang petani, Nabi Nuh ahli perniagaan, Nabi
mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha Daud tukang besi, Nabi Zakaria tukang kayu,
pembentukan, perubahan dan pembangunan Nabi Idris tukang jahit, Nabi Sulaiman pembuat
bagi mewujudkan kombinasi baru dalam bakul, Nabi Isa tukang tenun dan pencelup kain
melaksanakan aktiviti yang berkaitan serta Rasulullah sendiri merupakan penternak
dengannya. Daripada keterangan di atas dan ahli perniagaan yang berjaya bukan
dapatlah difahami bahawa setiap individu sahaja di negaranya sendiri, tetapi juga di
mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. peringkat antarabangsa. Hal ini membuktikan
Cuma yang membezakan di antara usahawan sumbangan besar bidang keusahawanan
dengan bukan usahawan ialah kesediaan terhadap pembangunan negara secara
mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, keseluruhannya.
pengambilan risiko dengan kesungguhan
bekerja untuk membentuk, membangun Usahawan perlu melaksanakan dua
dan memaksimumkan potensi diri dengan tanggungjawab utama dan khusus berhubung
memanfaatkan peluang yang diperoleh. kait dengan diri sendiri dan tanggungjawab

26
sosial yang melangkaui tanggungjawab Keusahawanan sosial adalah
peribadi (Fathi Yakan, 1982). Menurut kerja-kerja usahawan sosial yang
pandangan Islam, dalam mencari rezeki di mempunyai penyelesaian inovatif
bumi ini, usahawan hendaklah melaksanakan kepada masalah sosial yang dihadapi
tiga tugas penting kepada alam sekitar dan oleh masyarakat.
masyarakat. Pertama, usahawan perlulah
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang
menjadi keperluan (need) dan kehendak (want) inovatif kepada masalah sosial yang dihadapi
masyarakat hari ini dan masa hadapan tanpa oleh masyarakat. Keusahawanan sosial telah
mengabaikan kesejahteraan alam sekitar. meletakkan misi sosial yang merupakan tonggak
Kedua, usahawan perlulah mengagihkan yang tersurat dan berpusat serta memilih misi
produk dan perkhidmatan secara telus tanpa untuk mewujudkan dan mengekalkan nilai
berlakunya penyembunyian stok semata-mata sosial. Usahawan sosial mengiktiraf masalah
ingin menaikkan harga barangan kepada sosial dan menggunakan prinsip-prinsip
masyarakat sama ada melalui pengeluaran keusahawanan untuk mengurus, mewujudkan
kilang dan juga sayur-sayuran, buah-buahan, usaha untuk mencapai perubahan sosial
ikan dan lain-lain yang diperlukan oleh (usaha sosial). Sementara seorang usahawan
masyarakat. Ketiga pula usahawan perlu perniagaan biasanya mengukur prestasi dalam
memberi produk dan perkhidmatan yang keuntungan dan pulangan, seorang usahawan
selamat daripada segi penggunaan dan sosial memberi tumpuan kepada mewujudkan
pengamalan ‘pratitioning’ kepada pengguna modal sosial. Matlamat utama keusahawanan
dan ‘client’. Usahawan perlu memberi perhatian sosial adalah untuk melanjutkan matlamat
yang lebih kepada perkhidmatan selepas sosial dan alam sekitar. Justeru, sebagai
jualan dan perkhidmatan. pemain di pasaran terbuka, usahawan sosial
perlu mengetahui bagaimana untuk menerima
Perbezaan Antara Keusahawanan dan menilai peluang dalam membangun
Sosial Dan Perniagaan kesejahteraan syarikat selari dan seiring
dengan keperluan sosial. Keusahawanan sosial
"Social entrepreneurs are not content just to tidak mencipta kekayaan dan keuntungan
give a fish or teach how to fish. They will not tetapi lebih mementingkan pencapaian dan
rest until they have revolutionized the fishing impak sosial namun ini tidak menghalang dari
industry." Bill Drayton, CEO, chair and founder membuat keuntungan.
of Ashoka.
Perniagaan dalam kedudukan pasaran yang
Pepatah Cina ada mengatakan berikan ikan tidak menentu, telah menguji pihak swasta
dan ia hanya dapat dimakan untuk sehari dalam mencipta nilai khususnya penciptaan
tetapi jika diajar untuk memancing akan nilai kepada pelanggan yang bersedia
memberi makanan untuk seumur hidup. Hal dan mampu membayar setiap produk dan
ini membawa maksud jika pemberian bantuan perkhidmatan yang ditawarkan. Usahawan
secara terus maka ia akan memberi kelegaan yang berkeupayaan untuk menarik sumber-
dan mengatasi masalah untuk sementara sumber seperti modal, tenaga kerja, peralatan
waktu sahaja berbanding dengan mengajar dan lain-lain di dalam pasaran yang kompetitif
untuk mereka berikhtiar dalam membantu memberi petunjuk baik kepada penggunaan
diri sendiri yang akan memberi kesan yang sumber-sumber secara produktif dan efektif.
panjang dan ilmu boleh digunakan dan Secara logiknya, usahawan yang mampu
diperturunkan untuk selama-lamanya. Di menguruskan semua sumber secara strategik
sinilah wujudnya kepentingan tanggungjawab telah meletakkan sumber di atas nilai
bidang keusahawanan sosial. penggunaan yang tinggi seperti mana yang
dikehendaki dalam atmosfera pasaran. Nilai-
Keusahawanan sosial adalah kerja-kerja nilai dalam perniagaan akan tercipta apabila
usahawan sosial yang mempunyai penyelesaian pelanggan sanggup membayar lebih daripada

Maktab Koperasi Malaysia 27


kos menghasilkan barangan atau perkhidmatan hebat daripada segi mendapat bekalan bahan
yang ditawarkan. Namun, sekiranya usahawan mentah yang berterusan dan juga menembusi
gagal meyakinkan pelanggan untuk membayar pasaran. Justeru, koperasi perlu menyediakan
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mekanisme untuk membantu usahawan ini
mengikut harga yang ditetapkan dalam menjana yang merupakan anggota koperasi untuk
keuntungan, ini telah memberi petunjuk meningkatkan ekonomi mereka seperti
bahawa nilai yang dicipta oleh usahawan menyediakan Strategi Rantaian Bekalan
berkenaan tidak mencukupi untuk menarik ataupun Pengurusan Rantaian Bekalan. Di
pengguna membeli produk dan perkhidmatan. samping itu, pihak pengurusan koperasi perlu
Justeru, dalam merungkai permasalahan ini mengenal pasti peluang-peluang yang wujud
peranan usahawan sosial adalah penting bagi di persekitaran yang tidak dimanfaatkan
memastikan nilai-nilai yang dicipta mampu ataupun tidak diketahui oleh anggota koperasi
memenuhi keperluan dan kesediaan membayar yang mampu membantu mereka melonjakkan
oleh pengguna. ekonomi.

Memperkasakan Keusahawanan Sosial Sebagai contoh, jika sesuatu kawasan itu ada
Dalam Koperasi tasik, sungai atau kawasan paya yang sesuai
untuk aktiviti akuakultur, koperasi seharusnya
Dalam konteks koperasi melaksanakan memikirkan peluang menternak ikan atau
keusahawanan sosial, ia merujuk kepada udang dan melaluinya koperasi mewujudkan
matlamat utama perniagaan koperasi bukan peluang pekerjaan kepada anggota dan anak-
untuk mendapat keuntungan maksimum tetapi anak anggota serta masyarakat setempat
untuk memberi kesejahteraan dan kebajikan di samping membekalkan sumber ikan atau
maksimum kepada anggota dan masyarakat. udang yang lebih banyak, murah dan berkualiti
Ini bermakna koperasi perlu memberi perhatian kepada anggota dan masyarakat setempat.
yang utama kepada Tanggungjawab Sosial Hasil daripada usaha keusahawanan itu,
Koperasi (Co-operative Social Responsibility) koperasi akan melahirkan pula kesan
dalam menjalankan perniagaan. Prinsip dan multiplier atau kesan gandaan ekonomi dalam
nilai koperasi yang dipegang dan diamal selama kalangan anggota dan kawasan berkenaan.
ini perlu dikekalkan tetapi pendekatan atau Sebaliknya, sumber berpotensi akan terbiar
kaedah yang digunakan untuk merealisasikan bagitu sahaja koperasi tidak dapat menghidu
prinsip dan nilai koperasi perlu berubah peluang. Koperasi seharusnya berusaha
selari dengan perubahan persekitaran sosial, mengambil risiko, melabur modal, bekerja kuat
ekonomi dan politik di Malaysia dan juga untuk menjayakan projek koperasi. Begitu
diperingkat global demi memperkasakan juga sekiranya musim buah-buahan, terdapat
keusahawanan sosial. lambakan buah-buahan dan terdapat banyak
yang terbiar masak dan menjadi busuk di
Namun, dalam menerokai pasaran terbuka pokok begitu sahaja. Dalam hal ini, koperasi
usahawan kecil mendapat tamparan yang seharusnya mencari alternatif yang lain bagi

Gambar Hiasan

28
memanfaatkan buah-buahan berkenaan 2. Pengumpulan, pembungkusan dan
dengan membuat produk hiliran seperti jem, pemasaran (pengedaran)
jeruk, ditinkan dan sebagainya.
Strategi Rantaian Bekalan
Pasaran terbuka telah mengubah landskap
perniagaan dalam persekitaran industri Masalah utama yang membelenggu usahawan
dan perdagangan, sama ada di peringkat kecil-kecilan terutama di koperasi adalah
domestik, serantau ataupun global. Ia telah dari sudut mendapat bekalan bahan mentah
banyak mengubah, bukan sahaja profil dengan harga yang rendah dan pemasaran.
pasaran-pasaran tersebut, tetapi juga cara dan Strategi Rantaian Bekalan atau Pengurusan
pendekatan berniaga, serta strategi-strategi Rantaian Bekalan merupakan satu model
pengeluaran dan pemasaran. Perubahan- perniagaan yang mampu menangani
perubahan itu pula memerlukan supaya permasalahan ini. Konsep Strategi Rantaian
mereka yang mengendali dan menguruskan Bekalan menitikberatkan perniagaan sebagai
perniagaan, juga mengubah ‘mind-set’ mereka, satu rantaian bermula daripada bahan mentah
supaya selaras dengan tuntutan keadaan sehinggalah kepada pengguna (end user).
dan situasi semasa. Perubahan ‘mind-set’ Model ini sememangnya dimanfaatkan secara
ini, antara lain, perlu untuk membolehkan meluas di negara-negara maju dan hasilnya
usahawan-usahawan bergerak balas dengan terbukti berkesan dalam meningkatkan prestasi
segera dan tepat kepada setiap perubahan sesebuah perniagaan. Pada dasarnya model ini
dalam pasaran. Mereka perlu mempunyai sikap merupakan satu kaedah penyelesaian kepada
dan minda terbuka kepada unsur-unsur baru perniagaan yang tidak cekap disebabkan
dalam dunia industri dan perdagangan, seperti masalah pembekalan bahan ‘raw material’
Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT, yang lemah.
pembukaan pasaran dan proses globalisasi.
Begitu juga telah berlaku perubahan- Strategi Rantaian Bekalan merupakan satu
perubahan struktur dalam hubungan rantaian konsep yang dibangunkan berdasarkan kepada
antara enterprise dengan syarikat-syarikat jaringan rantaian nilai yang mengandungi
bergabung antara mereka, untuk kekuatan dan beberapa entiti perniagaan individu yang
ketahanan serta meningkatkan daya saing. mempunyai fungsi masing-masing yang
komited menyediakan sumber dan informasi
Kesemua perubahan-perubahan ini memberi untuk mencapai objektif pengurusan
kesan kepada perusahaan dan syarikat yang bekalan yang efisien (Lau dan Lee, 2000). Ia
berada dalam mana-mana sektor yang terlibat, merangkumi satu set pendekatan dan amalan
dan dalam banyak keadaan, memerlukan untuk menyatupadukan pembekal, pengkilang,
perubahan-perubahan radikal di pihak pengedar dan pelanggan serta pengguna
enterprise yang berkenaan. Dalam konteks ini, secara efektif untuk meningkatkan prestasi
anjakan paradigma itu perlu dilakukan secara jangka panjang setiap syarikat individu dan
menyeluruh atau total. syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan
keseluruhannya melalui model perniagaan
Selaras dengan itu, pengurusan koperasi yang bersatu padu dan berprestasi tinggi
seharusnya mengadaptasi ilmu keusahawanan (Chopra dan Meindi, 2001). Selain itu, ia juga
sebagai persediaan mengubah landskap merangkumi perancangan dan pengurusan
pemikiran keusahawanan baru. Antara perkara semua aktiviti yang melibatkan perolehan
yang perlu diberi perhatian dan diketengahkan sumber, penukaran kepada produk dan
oleh pengurusan koperasi bagi memastikan aktiviti logistik serta aktiviti penyelarasan
pembudayaan keusahawanan sosial koperasi dan kerjasama antara rakan kongsi dalam
kekal dan mempunyai daya saing yang tinggi rantaian.
adalah seperti berikut:
Berdasarkan kepada definisi dan konsep
1. Strategi Rantaian Bekalan di atas, Strategi Rantaian Bekalan boleh

Maktab Koperasi Malaysia 29


Di samping itu, pengurusan koperasi
juga perlu mengetahui kriteria Lima aspek kebaikan Strategi Rantaian Bekalan
penting dalam pembungkusan yang dikenal pasti mampu meningkatkan
agar pembungkusan kita mampu prestasi koperasi yang bertindak sebagai
berkomunikasi dengan pelanggan pemacu kepada usahawan kecil dalam
secara efektif seterusnya kalangan anggota koperasi bagi memastikan
mempengaruhi pelanggan membeli keberkesanan keusahawanan sosial melalui:
produk berkenaan.
1. Meningkatkan hubungan perkongsian
jangka panjang antara pembekal dan
dirumuskan sebagai satu gabungan pelanggan.
kerjasama antara koperasi yang berada dalam 2. Mengurangkan masa terbuang dalam
satu rantaian perniagaan. Setiap koperasi proses pengeluaran apabila operasinya
mempunyai fungsinya sendiri dan akan menjadi dilaksanakan sepenuhnya oleh usahawan
pembekal kepada koperasi yang mempunyai dalam kalangan anggota koperasi.
fungsi yang berbeza. Matlamat dan cabaran 3. Meningkatkan keupayaan ramalan
utama dalam Strategi Rantaian Bekalan ialah tentang bekalan bahan mentah menerusi
untuk menjajarkan aktiviti-aktiviti semua ahli analisa keperluan setiap usahawan dalam
dalam rantaian perniagaan supaya ia dapat kalangan anggota koperasi.
menyumbangkan penciptaan nilai kepada 4. Perancangan sumber dan penjimatan
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kos.
kepada pelanggan atau pengguna (Min and 5. Pengurang tahap inventori koperasi.
Mentzer, 2004).
Pengumpulan, Pembungkusan Dan
Jika Strategi Rantaian Bekalan dilaksanakan Pemasaran (Pengedaran)
dengan betul ia banyak memberi kelebihan
kepada koperasi untuk lebih kompetitif dan Koperasi perlu mengumpulkan semua produk
berdaya saing. Sebagai contoh, hasil kajian oleh yang dikeluarkan oleh usahawan dalam
Martijn dan Phillip (1998) terhadap pelaksanaan kalangan anggota koperasi di bawah satu
strategi rantaian menunjukkan bahawa Strategi bumbung. Pengumpulan produk di bawah satu
Rantaian Bekalan telah memberi kesan yang bumbung merupakan satu mekanisme bagi
baik kepada industri ubi kentang di Belanda. memastikan produk yang dihasilkan menepati
Kajian ini mendapati Strategi Rantaian Bekalan standard yang ditetapkan oleh pihak koperasi
menjadikan proses pengeluaran lebih fokus dari segi kualiti, kebersihan, kuantiti dan
dengan kerjasama antara firma-firma dalam penepatan masa ‘time frame’. Di samping itu,
industri ubi kentang sebagai satu rantaian pengurusan koperasi juga perlu mengetahui
perniagaan. Kerjasama ini telah mengurangkan kriteria penting dalam pembungkusan agar
persaingan tetapi memberi hasil yang lebih pembungkusan kita mampu berkomunikasi
berkualiti dan lebih produktif. Ini juga bagi dengan pelanggan secara efektif seterusnya
memastikan peranan keusahawanan sosial mempengaruhi pelanggan membeli produk
benar-benar dapat dipergiatkan di dalam berkenaan. Fungsi pembungkusan ialah:
koperasi sebagaimana yang dilaksanakan
oleh Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) 1. Melindungi barangan dari segi fizikal
yang diasaskan oleh Zamzarina Zambri dalam 2. Menjamin kualiti barangan
membantu golongan wanita untuk meraih 3. Memudahkan kerja penghantaran,
pendapatan dari rumah. Manakala kajian oleh penyimpanan dan pameran barangan
Koh dan Demirbag (2007) mendapati bahawa 4. Menyampaikan maklumat barangan
pelaksanaan Strategi Rantaian Bekalan telah kepada pengguna
memberi kesan positif kepada prestasi operasi 5. Mengiklankan maklumat dan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di mempromosikan barangan
Turki.

30
Di samping itu, pengurusan koperasi juga
perlu mengetahui kriteria penting dalam Pengagihan produk merupakan
pembungkusan agar pembungkusan kita bahagian yang penting dalam
mampu berkomunikasi dengan pelanggan campuran pemasaran bagi sesebuah
secara efektif seterusnya mempengaruhi perniagaan tanpa mengambil kira kecil
atau besarnya sesebuah perniagaan
pelanggan membeli produk berkenaan.
itu. Ia berkaitan bagaimana produk
Sekiranya pihak koperasi tidak berkemahiran
diagihkan kepada kumpulan sasaran,
dalam hal pembungkusan, pihak koperasi contohnya, seperti penggunaan
boleh menggunakan khidmat perunding lori, kapal terbang, kargo dan
dalam mereka bentuk pembungkusan sebagainya. Justeru, inilah peranan
produk. Pembungkusan yang daya penarik yang sepatutnya dimainkan oleh
inilah yang diamalkan oleh pasar raya besar gerakan koperasi dalam mewujudkan
dalam mengeluarkan produk yang sama dari atmosfera kewujudan produk di
pengeluar lain ‘in house brand’ dan dipamerkan pasaran sama ada produk keluaran
bersebelahan dengan produk pesaing. Berikut koperasi sendiri ataupun keluaran
kriteria dalam pembungkusan: usahawan dalam kalangan anggota
koperasi.
1. Warna
2. Ilustrasi
3. Muka taip (tipografi)
4. Penerangan Pengagihan produk merupakan bahagian
5. Logo syarikat, nama dan alamat yang penting dalam campuran pemasaran
6. Bentuk bungkusan bagi sesebuah perniagaan tanpa mengambil
7. Reka letak kira kecil atau besarnya sesebuah perniagaan
8. Kemasan dan persembahan itu. Ia berkaitan bagaimana produk diagihkan
kepada kumpulan sasaran, contohnya, seperti
Apabila produk mempunyai pembungkusan penggunaan lori, kapal terbang, kargo dan
yang menarik, pengurusan koperasi perlu pula sebagainya. Justeru, inilah peranan yang
mengenal pasti segmen pasaran yang akan sepatutnya dimainkan oleh gerakan koperasi
diterokai. Pemasaran – Taburan (tempat) (atau dalam mewujudkan atmosfera kewujudan
nama yang lebih biasa "pengagihan") adalah produk di pasaran sama ada produk keluaran
tentang bagaimana perniagaan mendapat koperasi sendiri ataupun keluaran usahawan
produk dan diperoleh oleh pelanggan. Satu dalam kalangan anggota koperasi. Objektif
perkara yang perlu diteliti dalam pemasaran pengedaran adalah jelas bagi memastikan
adalah mengenai kesedaran kewujudan konsep berikut tercapai iaitu:
produk di pasaran ‘existing product in market’.
Biarpun perniagaan mempunyai produk yang "Untuk membuat produk-produk yang terdapat
hebat yang dijual pada harga yang menarik. di tempat yang betul pada masa yang betul
Tetapi pengeluar perlu menganalisis keperluan dalam kuantiti yang betul."
perkara berikut:
Koperasi perlulah mengenal pasti cara
1. Adakah pelanggan tidak berhampiran pengagihan secara berkesan dengan
peruncit yang menjual produk? menggunakan satu atau lebih saluran
2. Adakah persaingan produk yang sama di pengedaran, termasuk:
pasaran yang meluas?
3. Adakah pesaing akan menang sekiranya 1. Peruncit
ia mempunyai satu pasukan pengedar 2. Pemborong
terlatih atau adakah ejen jualan efektif 3. Pengedar / Ejen Jualan
bertemu dengan pelanggan dan menutup 4. Secara terus 'Direct' (contohnya melalui
pintu jualan? e-dagang)

Maktab Koperasi Malaysia 31


Pemahaman maksud saluran pengagihan hanya berkisar dalam ruang lingkup yang
secara keseluruhan amat penting agar gelap dan suram. Oleh yang demikian produk
perancangan menepati keperluan. Saluran yang dihasilkan tidak memenuhi keperluan
pengagihan boleh ditakrifkan sebagai: dan kehendak pengguna. Begitu juga terdapat
ramai pengusaha yang mengeluarkan produk
“Satu set organisasi yang saling bergantungan yang sama sehingga pelanggan keliru untuk
yang terlibat dalam proses pembuatan keluaran memilih mana satu produk mengikut keperluan
(titik pengeluaran) atau perkhidmatan tersedia dan kehendak mereka. Pada dasarnya
ada untuk kegunaan pengguna akhir ataupun pengusaha bersaing sesama sendiri di dalam
pengguna perniagaan” skop pasaran yang terhad. Justeru, inilah
peranan yang seharusnya dimainkan oleh
Dalam mempercepatkan kesedaran pengguna pihak koperasi dalam menangani persaingan
terhadap produk atau perkhidmatan, koperasi di lautan merah (red ocean) dalam kalangan
boleh menggunakan perantara ‘intermediaries’. warga koperasi sebagaimana yang dijelaskan
Penggunaan perantara merupakan pilihan di dalam buku strategi lautan biru (blue ocean)
utama disebabkan tahap keberkesanan yang oleh Renee Mauborgne.
lebih dimiliki oleh mereka dalam membuatkan
keluaran tersedia ada kepada pasaran sasaran. Lautan biru didefinisikan sebagai ruang
Dari sudut pandangan sistem ekonomi, peranan pasaran yang belum diterokai, perwujudan
perantara adalah bertujuan untuk mengubah permintaan dan peluang untuk keuntungan
pelbagai variasi keluaran yang dikeluarkan yang tinggi. Lautan biru mewujudkan ruang
oleh pengeluar kepada pelbagai permintaan pasaran tanpa perebutan dan menjadikan
oleh pelanggan. Dalam saluran pengagihan, persaingan tidak relevan.
perantara membeli kuantiti yang besar daripada
pelbagai pengeluar dan membahagikannya Koperasi tidak boleh mengharapkan
kepada kuantiti kecil dan pelbagaikan keluaran anggotanya yang mengeluarkan produk
yang lebih luas seperti yang dikehendaki oleh untuk berada sendirinya di lautan biru, kerana
pengguna. Oleh itu, perantara memainkan berkemungkinan mereka tiada mempunyai
peranan yang penting dalam memadankan pengetahuan yang mencukupi mengenai
penawaran dengan permintaan. strategi berkenaan. Koperasi perlulah
menyediakan platform bagi membolehkan
Konsep inilah yang perlu difahami oleh usahawan dalam kalangan anggota koperasi
pengurusan koperasi bagi mendidik usahawan menawarkan produk yang berbeza di antara
kecil dalam kalangan anggota koperasi yang satu sama lain ataupun bergabung untuk
beroperasi di belakang rumah agar jangan membuat suatu produk dengan menggunakan
hanya ghairah untuk mengeluarkan produk asas yang sama. Sebagai contoh, sekiranya
tanpa memikirkan kualiti, kos pengeluaran, ada tiga orang usahawan dalam kalangan
saiz pasaran dan pemasaran. Ini bagi anggota koperasi mengeluarkan produk baulu
memastikan produk keluaran mereka jangan di dalam bentuk dan rasa yang mungkin sama,

Gambar Hiasan

32
koperasi perlulah menyelaraskan agar mereka barang/produk di tangan orang lain/pembeli/
berbincang dan bersepakat untuk memilih pembekal, tetapi mengekalkan pemilikan/
mana satu bahulu yang benar-benar berkualiti mendapat bayaran hanya apabila barangan/
ataupun menginovasi baulu berdasarkan ketiga- produk terjual). Ini penting bagi memastikan
tiga bentuk dan rasa dalam mengeluarkan satu pusingan modal usahawan pengeluar produk
jenis bahulu yang benar-benar berkualiti dan sentiasa mencukupi untuk membuat produk
kompetitif. Setelah itu koperasi memainkan seterusnya.
peranan untuk memasarkannya.
Walau bagaimanapun, dalam menangani
Pengurusan koperasi perlulah memikirkan kemungkinan yang berlaku, pihak koperasi
pendekatan yang terkini dan produktif untuk boleh melaksanakan tanggungjawab
memasarkan produk koperasi sama ada sebagaimana yang dilakukan oleh pengasas
secara fizikal ataupun secara maya (internet, Grameen Bank iaitu Nobel Laureate Professor
atas talian ‘on line’) ataupun menggabungkan Muhammad Yunus dalam membantu penduduk
kedua-dua platform berkenaan. Pemasaran luar bandar yang miskin di Bangladesh untuk
internet atau juga dikenali sebagai electronic memulakan perniagaan tanpa dieksploitasi
marketing dan online marketing kini semakin oleh orang tengah. Pihak Grameen Bank
popular. Ramai usahawan dan syarikat tertentu telah mengetepikan amalan perbankan
mula menggunakan internet bagi memasarkan konvensional dengan mengeluarkan keperluan
produk serta perkhidmatan mereka secara cagaran dan mewujudkan sistem perbankan
atas talian atau ‘online’. Cara ini juga dapat yang berasaskan kepada saling mempercayai,
memberi peluang kepada orang lain sama akauntabiliti, penyertaan, dan kreativiti.
ada yang sudah ada produk/perkhidmatan Profesor Muhammad Yunus mempunyai
ataupun yang tiada produk/perkhidmatan alasan bahawa " jika sumber kewangan boleh
untuk menjanakan pendapatan di internet yang disediakan untuk orang-orang miskin pada
dikenali sebagai Pemasaran ‘Affiliate’. Konsep terma-terma dan syarat-syarat yang sesuai dan
ini akan menggalakkan pemasaran produk. munasabah, berjuta-juta orang kecil dengan
Platform internet ini digunakan oleh Yayasan berjuta-juta usaha mereka yang kecil ini boleh
Keusahawanan Sosial dalam memasarkan menambah untuk mewujudkan pembangunan
produk ahlinya melalui laman sesawang www. yang paling besar. "
emak.com.my.
“Human beings are much bigger than money-
Kesinambungan kepada pemasaran, making. There is the expression of selfishness
pengurusan koperasi seharusnya memahami and there is the expression of selflessness -
konsep perletakan harga agar ketiga-tiga pihak but economists or theoreticians never touched
berada di situasi keuntungan menang menang that part,I can do that in the business world,
atau “win-win situation”. Strategi penentuan create a different kind of business - a business
harga keluaran baru untuk keluaran-keluaran based on selflessness." - Nobel Laureate
pada peringkat pengenalan dalam kitaran hayat Professor Muhammad Yunus
keluaran, strategi penentuan harga campuran
keluaran dan strategi pengubahsuaian harga
merupakan asas dalam perletakan harga
perlu difahami oleh pengurusan koperasi.
Pihak pengurusan koperasi perlu mengambil
kira cara pembayaran ‘mode of payment’
kepada usahawan koperasi iaitu sama
ada pembelian tunai ataupun konsainan
‘consingment’. Konsainan adalah berniaga
dengan cara pesanan dan perjanjian melalui
ejen yang menjalankan semua urusan dan
kiriman dagangan (meletakkan apa-apa

Maktab Koperasi Malaysia 33


RUMUSAN

Keusahawanan sosial dalam koperasi tidak dapat dipisahkan malah ia wujud semenjak kewujudan
koperasi di dunia. Pemahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi
perlu diterapkan dalam jiwa setiap anggota koperasi. Koperasi akan terpesong dari landasan
asalnya apabila keusahawanan sosial tidak berfungsi sebagaimana yang digagaskan melalui
Penyataan Identiti Koperasi Manchester 1995. Anggota koperasi perlu diberi penerangan yang
lebih mendalam agar mereka benar-benar memahami konsep keusahawanan berkoperasi yang
mampu meningkatkan ekonomi tanpa mengabaikan masyarakat sekeliling yang bukan anggota
koperasi. Keusahawanan sosial dalam koperasi juga perlu kreatif dan inovatif dalam penghasilan
dan pemasaran produk/perkhidmatan masing-masing bagi menjadikan ia lebih kompetitif untuk
menguasai pasaran. Koperasi perlu terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan dan
secara prinsipnya koperasi merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai
keusahawanan sosial.
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan perniagaan Islam. Alor Setar: Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz (2010). Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Scholarmind
Publishing.

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz (2010). Menjadi Usahawan Muslim Hebat. Kuala Lumpur:
Scholarmind Publishing.

Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Dr. Syed Zamberi Ahmad (2009). Keusahawanan: Teori, Proses dan Amalan. Petaling Jaya: Leeds
Publications (M) Sdn. Bhd.

Grameen Bank. Dicapai pada 4 Jun 2011 daripada http://www.grameen-info.org/index.


php?option=com_content&task=view&id=16&Itemid=112.

Hayati Md. Salleh, & et al. (2008). Gerakan koperasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Maktab Kerjasama
Malaysia.

Idris Ismail & Mohd Safaai (2003). Pengenalan Koperasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distribution Sdn Bhd.

Philip, K. & Armstrong, G. (1999). Prinsip Pemasaran. Kuala Lumpur. Prentice-Hall Inc.

Rahsia Pemasaran Secara Online Terbongkar! Dicapai pada 12 Disember 2011 daripada http://
edymart.com/forum/19-iklan-produk-digital/4096-rahsia-pemasaran-secara-online-
terbongkar#ixzz1ivY2ZLFC.

W. Chan Kim & Mauborge, R. (2005). Strategi Lautan Biru. Boston: Harvard Business School
Press.

What is social entrepreneurship. Dicapai pada 8 June 2011 daripada http://www.ashoka.org/social_


entrepreneur.

What is social entrepreneurship. Dicapai pada 8 June 2011 daripada http://www.pbs.org/opb/


thenewheroes/whatis/.

34

You might also like