TEKS DOA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU HALUAN SISWA
Ya Allah ,Ya Ra'uufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu ya Allah, kerana dengan keizinan-Mu jua kami dapat berada di dalam Majlis Perasmian Minggu Haluan Siswa pada hari ini.
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah, Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal ’aalamin ,
Mudah-mudahan segala maklumat yang diberikan di sepanjang minggu haluan siswa ini, dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilang . Dan jadikanlah kami mahasiswa yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kaasyifal ghumma ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.