You are on page 1of 8

TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI & GRADUASI 2022 (31 MAC 2022)

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Che Aziz bin Othman, Pengetua SMK terusan diiringi
dif-dif kehormat masuk kedalam dewan .

SELESAI TARIAN *Tarian sambut tamu bermula.


SAMBUT TAMU
NYANYIAN LAGU Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku hadirin diminta untuk terus berdiri.
NEGARAKU &
SABAH TANAH Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
AIRKU
Salutasi Jajaran mengkudu di selang bidara,
Di celah angsana meredup di hutan,
Awal bismillah pembuka bicara,
Majlis graduasi kita raihkan.

Yang Berusaha, En. Che Aziz Othman, Pengetua SMK Terusan

Yang Dihormati, Pn. Hamsiah Yangkok, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati, En. Ravi Vellan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati, Pn. Rosidah Abu Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati, Pn. Siti Jaida Aspala, Penolong Kanan PPKI

Ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Apresiasi dan Graduasi kali ke 10.

seterusnya murid-murid penerima sijil Apresiasi dan graduasi yang diraihkan.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Sabah Hebat, katakan tidak kepada nombor 16, katakan iya kepada 10 terbaik dan
salam SMK Terusan terus terusan cemerlang. Selamat datang diucapkan ke Majlis Apresiasi dan Graduasi SMK Terusan kali
ke-11 bagi tahun 2022.
Bacaan Doa Lebah bersarang di rumpun buluh,
Jatuh tertimpa si pohon nipah,
Tangan Menyusun jemari sepuluh,
1
Majlis berlangsung penuh barakah.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz Mohamad Faiz Noor Hafid. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin, amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Noor Faiz atas atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini diberkati oleh rabbbul izzati.

Aluan Juruacara Kebaya butang cantik disulam,


Dihias intan molek dipandang,
Selamat datang semanis kalam,
Buat jemputan yang kami undang.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, kerana dapat berkumpul dalam dewan yang telah dihias indah, bagi
meraihkan, penerima-penerima sijil apresiasi dan graduasi pada pagi ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Majlis Apresiasi dan Graduasi ini diadakan sebagai tanda penghargaan daripada pihak
sekolah khususnya buat murid tingkatan lima kohot 2021 yang telah berjaya menamatkan zaman persekolahan di SMK Terusan,
mencetuskan semangat kepada murid agar lebih berusaha dalam semua bidang dan untuk memupuk hubungan silaturrahim
sesama murid.

UCAPAN WAKIL Hadirin sekalian,


PELAJAR Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan sukacitanya menjemput wakil pelajar iaitu saudara AHMAD GHAZALI BIN
MAKMUR daripada kelas 5 KRK untuk menyampaikan ucapan mewakili murid-murid tingkatan lima kohort 2021 .
Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan daripada wakil pelajar. Terima kasih diucapkan.


UCAPAN Indah nian pucuk bidara,
PENGARAH Indah lagi bunga setanggi,
PROGRAM Ucapan tuan penerus bicara,
Silakan tuan pengarah yang kami hormati.

Hadirin yang dirahmati,


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Rustang Achok, Pengarah Program Majlis Apresiasi dan Graduasi untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

2
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh En. Rustang Achok. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN Kalau tuan pikat kenari,


PENGETUA Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Che Aziz bin Othman, Pengetua SMK Terusan untuk
menyampaiakan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Che Aziz bin Othman, Pengetua SMK atas ucapan sebentar tadi.
GIMIK & Hadirin sekalian,
TAYANGAN
MULTIMEDIA Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan pelancaran gimik majlis dan tayangan multimedia. Untuk itu, Marilah sama-
sama kita saksikan gimik dan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh En.Mohd Saifuddin Suratmin. Dipersilakan.

Demikianlah tadi berakhirnya gimik dan tayangan multimedia sempena Majlis Apresiasi dan Graduasi pada kali ini. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

PENYAMPAIAN Kalau roboh kota Melaka,


SIJIL APREASIASI Bawa diri ke Tanjong Jati,
& GRADUASI SIRI Majlis bermula tirai dibuka,
1 Acara penganugerahan sijil graduasi.

Hadiri sekalian, majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian sijil apresiasi bagi unit kurikulum, kokurikulum dan
Hal Ehwal Murid.

Kita mulakan dengan Anugerah kurikulum iaitu kedudukan terbaik dalam tingkatan bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Bagi menyempurnakan upacara dipersilakan yang dihormati Pn. Hamsiah Yangkok, Penolong Kanan Pentadbiran dengan
diiringi oleh Pn. Marhani Ali untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH KURIKULUM

3
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hamsiah Yangkok di atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati,

Kita teruskan majlis dengan penyampaian Anugerah Hal Ehwal Murid.

Bagi menyempurnakan upacara dipersilakan yang dihormati En. Ravi Vellan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan diiringi
oleh En. Jasman Jalilul untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH HEM

Terima kasih diucapkan kepada En. Ravi Vellan di atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,

Majlis penyampaian kita diteruskan lagi dengan Anugerah Kokurikulum.


Bagi menyempurnakan upacara dipersilakan yang dihormati Pn. Rosidah Abu Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum dengan
diiringi oleh Pn. Noor Rodziah Ihamad untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH HEM

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rosidah Abu Bakar diatas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 2 Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Majlis penyampaian sijil apresiasi kita pada pagi ini ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada persembahan nyanyian
lagu solo. Untuk itu tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mepersilakan saudara Mohamad Imran bin Ali Baba
daripada kelas 5 Tekun untuk membuat membuat persembahan nyanyian yang bertajuk……….. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohamad Imran bin Ali Baba daripada kelas 5 Tekun persembahan nyanyian lagu solo
sebentar tadi.

4
PENYAMPAIAN Terbang tinggi si burung helang,
SIJIL APREASIASI Berkicau kenari sambil berterbangan,
& GRADUASI SIRI Insan cemerlang negara terbilang,
2 Sijil diberi tanda penghargaan.

Hadiri sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian sijil Anugerah Gradusi bagi PPKI, 5 Santun dan 5 Unik.

Untuk itu majlis menjemput yang berusaha En. Che Aziz Othman, Pengetua SMK Terusan dengan diiringi oleh Pn. Siti Jaida
Aspala, Penolong Kanan PPKI untuk menyampaikan sijil dan hadiah . Dipersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH GRADUASI PPKI, 5 SANTUN & 5 UNIK

Terima kasih diucapkan kepada En. Che Aziz Othman atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 3 Hadirin sekalian,
kita tangguhkan seketika penyampaian sijil Apresiasi untuk memberi laluan kepada persembahan yang seterusnya.
Persembahan ini merupakan persembahan nyanyian lagu solo yang bertajuk ……… yang akan dipersembahan saudari
Nursyaqilah Adawiyah daripada kelas 5 Tekun. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian sebentar tadi.


PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
SIJIL APREASIASI
& GRADUASI SIRI Kita teruskan penyampaian sijil garduasi pada pagi ini bagi kelas 5 rasional dan 5 Efektif.

Untuk itu sekali lagi, majlis menjemput yang berusaha En. Che Aziz Othman, Pengetua SMK Terusan dengan diiringi oleh Pn.
Siti Jaida Aspala, Penolong Kanan PPKI untuk menyampaikan sijil dan hadiah . Dipersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH GRADUASI 5 RASIONAL & 5 EFEKTIF

Terima kasih diucapkan kepada En. Che Aziz Othman atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 4 Hadirin sekalian,
5
Jika tadi kita dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagi solo, kali ini majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan
nyanyian berkumpulan. Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada saudara Mohamad Imran bin Ali
Baba dan rakan-rakan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan berkumpulan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


SIJIL APREASIASI Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi bagi kelas 5 Efektif dab 5 Tekun.
& GRADUASI SIRI
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang berusaha En. Che Aziz Othman, Pengetua SMK Terusan dengan diiringi
oleh En. Mohd Salleh Ambo untuk menyampaikan sijil. dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH GRADUASI 5 EFEKTIF & 5 TEKUN

Terima kasih diucapkan kepada En. Che Aziz Othman atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 5 Hadirin sekalian,

kita tangguhkan sekali lagi penyampaian sijil Graduasi untuk memberi laluan kepada persembahan yang seterusnya.
Persembahan ini merupakan persembahan nyanyian lagu solo yang bertajuk ……… yang akan dipersembahan saudari
Jrswynda Olayne Jasmi daripada kelas 5 Tekun. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


SIJIL APREASIASI Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi bagi kelas 5 KRK.
& GRADUASI SIRI
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang berusaha En. Che Aziz Othman, Pengetua SMK Terusan dengan diiringi
oleh En. Mohd Salleh Ambo untuk menyampaikan sijil. dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

*BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH GRADUASI 5 KRK

Terima kasih diucapkan kepada En. Che Aziz Othman atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.
6
Dengan berakhirnya penyampaian sijil graduasi sebentar tadi maka rasmilah kini semua murid tingkatan lima kohot 2021/2022
menjadi alumni SMK Terusan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana telah menjadi sebahagian daripada warga SMK
terusan. Pihak sekolah mendoakan agar semua murid berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi selepas ini.

NYANYIAN LAGU Baiklah hadirin sekalian,


SEKOLAH
Sebelum majlis sampai ke pengakhirannya, dijemput semua warga dewan terutama murid tingkatan lima kohot 2021/2022 untuk
sama-sama menyanyikan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Dipersilakan.

Penutup Dengan berakhirnya nyanyian Lagu Sekolah sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Apresiasi dan Graduasi kita pada pagi
ini,

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Sekalung tahniah kami ucapkan.

Tenang-tenang air dikali,


Tempat mandian putra dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Dari meja juruacara, kami memohon maaf andainya ada tersilap kata terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis pada pagi
ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah Yang Maha Esa, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami
sendiri. Dengan lafaz yang mulia, wabilahitaufik walhidayah, Assalamualaikum wbt dan salam permisi.

7
Jemput makan Seterusnya dipersilakan perarakan keluar barisan pentadbir untuk menikmati juadah yang disediakan. Dipersilakan.

Gambar studio Seterusnya, dipersilakan murid-murid yang sudah menempah gambar studio untuk ke Pusat Sumber berjumpa dengan cikgu
Fauzi dan cikgu Affaan.

You might also like