You are on page 1of 7

SCHOOL OF EDUCATION

SEMESTER A221

KURSUS/KELAS/KUMPULAN
SGDY 4022 (A) APPLICATION OF EDUCATION PSYCHOLOGY

TUGASAN
ANALISIS FILEM
“THE RON CLARK STORY”

PENSYARAH
PM DR FAUZIAH MD JAAFAR

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD NURFIRDAUS BIN IDRIS 830996


NURHARDIANA BINTI ABDUL HAMID 831106
MUNIRAH BINTI RAZALI 831163
HIDAYATUN NAJWA BINTI ABDUL KHALIQ 831031
‘ADILAH AMIRAH BINTI ANWAR 831026
1. Sinopsis
“The Ron Clark Story” adalah filem yang diadaptasi dari kisah sebenar mengisahkan seorang
guru bersemangat waja, kreatif, inovatif dan idealis. Mr. Clark merupakan bekas guru di
Snowden Elementary School, Carolina Utara pada tahun 1994 dan menjadikan sekolah tersebut
mendapat pencapaian yang cemerlang pada setiap tahun. Mr. Clark memutuskan untuk
berpindah sekolah ke New York dan diterima menjadi guru di Inner Harlem Elementary
School. Mr. Clark mengajar pelajar gred enam yang merupakan kelas berprestasi
paling rendah di daerah itu dan perlu berurusan dengan pelbagai latar belakang demografi.
Melalui penggunaan peraturan khas untuk bilik darjah, teknik pengajaran yang
inovatif, motivasi yang tidak putus untuk para pelajarnya dan keupayaannya untuk
membantu mereka mengatasi masalah telah melahirkan perubahan yang ketara dalam
kehidupan para pelajar kelas bawahan. Para pelajar Mr. Clark memperolehi pencapaian yang
cemerlang dan nilai ujian yang lebih tinggi daripada kelas lain. Principal Turner mengiktirafkan
kelas Mr. Clark adalah yang terbaik dan para pelajar mengiktiraf Mr. Clark sebagai guru yang
terbaik di kota.

2. Teori dalam The Ron Clark Story

Terdapat tiga teori yang telah dikenal pasti dalam filem “The Ron Clark Story” ini. Teori-teori
tersebut ialah Teori Behaviorisme oleh B.F Skinner dan Pavlov serta Teori Perkembangan
Moral oleh Erik Erikson.

Berdasarkan Teori Behaviorisme oleh B.F Skinner, beliau menyatakan jika murid
menerima sesuatu gerak belas yang memuaskan setelah seseuatu tingkah laku dipamerkan itu
dinamakan peneguhan (Suppiah et. al, 2008). Peneguhan ini terbahagi kepada dua iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah satu perlakuan ditunjukkan. Perlakuan tersebut juga akan diulangi dan
dipertingkatkan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Guru mestilah berusaha untuk
memenangi hati pelajarnya dengan memberikan penghargaan atau semangat agar mereka
terdorong untuk melakukan tingkah laku yang baik. Peneguhan positif ini dapat dilihat pada
minit ke 82.07. Pada minit ini, Mr. Clark mengadakan satu majlis penyampaian hadiah di dalam
kelas. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang telah
berusaha bersungguh-sungguh semasa minggu peperiksaan. Berdasarkan babak ini, jelas
menunjukkan terdapat pengaplikasian Teori Behaviorisme iaitu peneguhan positif yang mana
Mr. Clark mengadakan majlis penyampaian hadiah trofi sebagai ganjaran kepada pelajarnya.
Kesannya, para pelajar akan terus berusaha untuk belajar dan cuba menjadi insan yang lebih
baik pada masa akan datang.

Selain itu, peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak
diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif
adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku
tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang. Peneguhan negatif ini dapat dilihat pada
minit ke 33.05 menunjukkan tingkah laku bermasalah yang dilakukan ialah murid-murid
bersikap kurang sopan terhadap Mr. Clark dan sesama rakan mereka sendiri. Mr.Clark kecewa
melihat hampir semua tidak melakukan kerja rumah yang diberikannya, Mr.Clark menyoal
kenapa tidak membuat kerja tersebut. Namun masing-masing diantara mereka tidak
menghiraukan pertanyaan Mr.Clark. Babak ini jelas menunjukkan apabila watak Shameika
yang menjawab panggilan gurunya dengan nada yang menjengkelkan sambil mencebik muka
sebagai tanda benci. Membuatkan Mr.Clark hilang sedikit kesabaran menghentak meja
Shameika lalu meninggalkan kelas. Jelas kelihatan di muka shameika apabila dia berasa
menyesal dengan tindakannya yang tidak menghormati Mr.Clark. kesannya selepas kejadian
tersebut, Mr.Clark masih meneruskan proses pengajaran seperti biasa.

B.F. Skinner turut memperkenalkan hukuman dalam teori beliau. Hukuman adalah
sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan yang mana boleh menghasilkan sesuatu yang
menyakitkan atau kurang selesa (Suppiah et. al., 2008). Hukuman ini terbahagi dalam dua
bentuk iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran. Dalam file ini, terdapat
hukuman penyingkiran yang telah dikenal pasti. Hukuman penyingkiran ini berkaitan dengan
penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan
apabila seseorang pelajar itu tidak berkelakuan baik. Bagi contoh dendaan penyingkiran ini,
dapat dilihat pada minit ke-25:47 yang mana Mr. Clark meminta pelajarnya untuk berbaris
semasa hendak ke kantin. Namun begitu, Shameika Wallace degil dan memotong barisan tetapi
menafikan. Tindakan itu menyebabkan Mr. Clark tidak memberi kebenaran kepada mereka
untuk ke kantin sebagai denda sehingga Shameika mengaku perbuatannya. Tujuan
mengenakan denda adalah semata- mata untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini
berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak
baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila
individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Berikutnya teori behaviorisme oleh Pavlov iaitu Teori Pelaziman Klasik. Teori ini dapat
dilihat pada minit ke 34.55 Pada suatu hari, Mr. Clark berputus asa dengan menunjukkan
kemarahannya dan beredar pergi daripada sekolah tetapi Maurice iaitu seorang gadis tempat
kerjanya di sebuah kedai restoran memberinya semangat agar teruskan berjuang. Oleh itu, Mr
Clark kembali keesokan harinya ke sekolah dengan menggunakan kaedah pengajaran baru.
Berdasarkan kepada babak ini menurut Pavlov setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas. Hal ini jelas menunjukkan Maurice telah memberi rangsangan kepada Mr. Clark dan
gerak balasnya, Mr. Clark telah kembali semula ke sekolahnya pada keesokan hari.

Akhir sekali, Teori Perkembangan Moral oleh Erik Erikson. Teori ini dapat dilihat pada
minit 52.00 di bawah identiti vs kekeliruan. Mr Clark membantu pelajarnya iaitu Tayshawn
yang mempunyai masalah peribadi dan hampir dibuang sekolah oleh pengetua disebabkan
sikapnya yang suka bergaduh. Jadi Mr. Clark memanggil Tayshawn secara personal untuk
memberi nasihat dan motivasi agar berubah. Pada minit ke 52.00 Taynshawn tidak mahu
berjumpa dengan gurunya walau apapun dia pergi juga untuk berjumpa akan tetapi dia melihat
sahabatnya masuk berjumpa Mr Clark lalu dia tidak meneruskan untuk pergi berjumpa Mr.
Clark. Pada akhirnya, apabila melihat gurunya berusaha ingin melihat perubahan dirinya,
akhirnya dia berubah menjadi seorang yang baik dan rajin berusaha sehingga dia berjaya dalam
peperiksaannya. Tayshawn seorang pelajar yang bermasalah dan tidak tahu perbuatan yang dia
lakukan telah berubah menjadi seorang pelajar yang berjaya.

3. Penggunaan Idea atau Intervensi

Menurut Abdul Rahid dan Hasmah (2013) menyatakan aspek kesediaan guru memainkan
peranan penting untuk mengaplikasikan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid. Hal
ini bermakna guru perlu bersedia untuk menghasilkan idea atau invernsi yang menarik kepada
muridnya supaya dapat berikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Antara idea
intervensi yang kami pelajari dalam filem ini adalah penciptaan lagu. Menurut Wazzainab dan
Hafida (2014), lagu yang sesuai sangat membantu murid untuk mempelajari bahasa. Kemahiran
mendengar yang merupakan kemahiran pertama diperolehi insan. Contohnya ialah kami telah
bercadang untuk mencipta lagu Kata Majmuk Mantap bagi subjek bahasa Melayu. Tujuan
penciptaan lagu ini adalah untuk memudahkan murid mengingati 15 kata majmuk mantap dan
pada masa yang sama untuk menarik minat dan perhatian murid supaya fokus terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menunjukkan bahawa seorang pendidik haruslah
sentiasa kreatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intervensi yang dapat dilihat dalam
filem ini ialah penciptaan lagu bagi nama presiden Amerika Syarikat pada minit 47.30. Hasil
daripada intervensi tersebut muridnya berjaya ikuti teknik pembelajaran yang diciptanya.
Intervensi ini membawa kepada peneguhan positif seperti yang terdapat dalam Teori
Behaviorisme oleh Skinner. Kesannya, murid lebih mudah untuk mengingati topik
pembelajaran yang dipelajari.

4. Aspek yang mengkagumkan dalam “The Ron Clark Story”

Aspek filem yang menarik perhatian kami adalah pada minit 38.32 saat, iaitu Mr.Clark telah
membuat perjanjian dan kesepakatan bersama pelajarnya supaya mereka memberikan tumpuan
di dalam kelas. Perjanjian yang telah dibuat adalah sekiranya pelajar memberikan tumpuan dan
perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh Mr. Clark, maka
beliau akan meminum sekotak susu coklat pada setiap 15 saat tumpuan yang diberikan oleh
pelajarnya. Melalui situasi ini, kita dapat melihat bahawa Mr.Clark mengaplikasikan teori
Pelaziman Klasik Pavlov di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Mr Clark menggunakan
rangsangan tidak terlazim (meminum susu coklat setiap 15 saat) dan gerak balas tidak terlazim
(para pelajar memberi tumpuan dan mendiamkan diri)

Selain itu, aspek yang menarik perhatian dapat dilihat apabila Mr. Clark cuba sedaya
upaya untuk mengenali anak muridnya dengan lebih dekat. Beliau bertindak sedemikian kerana
beliau beranggap ini adalah cara yang terbaik untuk rapat dan kenali mereka. Babak ini dapat
di mana Mr. Clark cuba belajar untuk bermain lompat tali. Hakikatnya beliau sendiri tidak tahu
bermain permainan tersebut. Beliau menyuruh anak muridnya mengajar permainan tersebut,
maka dengan itu murid-muridnya dapat belajar sesuatu. Kesungguhan yang ditunjukkannya
dapat diaplikasikan dalam Teori Perkembangan Moral oleh Erik Erikson iaitu percaya lawan
rendah diri. Pada peringkat ini, pihak yang berperanan iaitu persekitaran sekolah iaitu guru
sendiri yang membentuk sikap perkembangan ini. Fasa ini kanak-kanak lebih aktif dan berdaya
saing untuk melakukan aktiviti. Aktiviti ini dapat dilihat melalui permainan lompat tali yang
mana mereka bermain pada waktu rehat. Justeru itu, tindakan Mr. Clark untuk libat sama
dengan murid-muridnya membawa kepada perkembangan moral mereka.

5. Kesimpulan

Kesimpulannya, teori-teori yang dinyatakan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian


untuk keberkesanan sesi pembelajaran. Melalui jalan cerita ini, terdapat tiga teori yang
diaplikasinya seperti Teori Behaviorisme oleh B.F. Skinner sebagai Teori Pelaziman Operan
serta Teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov serta Teori Perkembangan Moral oleh Erik Erikson.
Guru dan murid haruslah membina hubungan yang baik dan positif antara satu sama lain bagi
memastikan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seorang guru
juga wajar menetapkan peraturan di dalam bilik darjah bagi mengatasi masalah disiplin dan
tingkah laku murid di samping memastikan suasana bilik darjah yang kondusif dapat
diwujudkan. Oleh itu, filem "Mr. Ron Clark Story" ini adalah salah satu filem yang boleh
memberi impak yang positif kepada semua pihak bukan hanya kepada warga pendidik sahaja.
Rujukan

Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Wazzainab Ismail & Hafida Mohamed Nordin (2014). Belajar Bahasa Melalui Lagu: Satu
Kajian Pemilihan Lagu. Regional Conference on Civilization and Ismalic Thought
2014, 1-11

Woolfolk, A. (2016). Educational Psychology. England: Pearson Education.

You might also like