You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Hujan merupakan air dalam bentuk cecair yang menitik jatuh ke permukaan bumi.Hujan
ini terhasil akibat pemeluwapan wap air di dalam awan sehingga menjadi berat dan jatuh akibat
daya tarikan graviti ke permukaan bumi.Hujan juga merupakan fenomena yang sering berlaku di
sesuatu kawasan terutamanya di kawasan garisan khatulistiwa kerana iklim di khatulistiwa
beriklim sejuk panas.Garisan ini menerima hujan lebih banyak berbanding kawasan yang lain
iaitu kira-kira 2000 milimeter (mm) setahun.

Hujan juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu gerimis, hujan bukit, hujan perolakan hujan
tiruan dan hujan salji.Hujan-hujan ini terhasil bergantung kepada kepada awan di sesuatu
kawasan. Air hujan juga merupakan sumber yang penting kepada flora dan fauna kerana ia dapat
memberi pelbagai manfaat kepada flora dan fauna. Hujan ini turut mempengaruhi kegiatan
manusia di sesuatu kawasan kerana ia membantu membekalkan sumber air kepada manusia.

Kejadian hujan yang berlaku di sesuatu kawasan juga berlaku disebabkan beberapa faktor,
Hujan tersebut akan berlaku dalam tempoh lama mengikut ciri unsur cuaca dan iklim di sesuatu
kawasan.Kawasan pedalaman lebih banyak berlaku kejadian hujan iaitu kejadian hujan bukit
kerana kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa naik ke atas kerana terdapat
halangan gunung atau bukit.Semakin tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk.
Apabila sampai takat embun iaitu takat dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan
terpeluwap menjadi titisan air. Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian telah dijadikan sebagai garis panduan saya dalam melaksanakan kajian kerja
khusus Geografi Kertas 942/4 adalah seperti berikut:

2.1 Menyukat dan mengumpul jumlah hujan di stesen cerapan selama satu bulan.

2.2 Menkaji factor fizikal yang mempengaruhi penerimaan hujan di kawasan kajian.

2.3 Membincangkan kesan penerimaan hujan terhadap aktiviti penduduk di kawasan kajian.

2.4 Mencadang langkah penyesuaian penerimaan hujan terhadap aktiviti penduduk di kawasan

kajian.

2.5 Melakar peta lokasi stesen cerapan.

2.6 Menghuraikan teknik pengukuran

2.7 Menunjukkan hasil pengukuran hujan di stesen berkenaan dalam bentuk jadual

2.8 Mempersembahkan data purata hujan dalam bentuk graf yang sesuai

2.9 Menganalisis data purata hujan harian di kawasan kajian


4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang pengkaji gunakan adalah kaedah primer dan kaedah sekunder.

4.1 Kaedah Primer


4.1.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang telah digunakan semasa


menjalankan kajian di lokasi kajian.Saya dan ahli kumpulan telah berulang-alik pergi ke
lokasi kajian iaitu stesen A (SMK SRI NERING) dan stesen B ………. Dan memerhati
sendiri persekitaran lokasi yang dipilih.Kaedah ini menbolehkan saya melihat dengan
mata kasar,mentafsir mencerap seterusnya mencatatkan segala maklumat yang
diperlukan.Kaedah pemerhatian ini telah saya lakukan sepanjang sebulan iaitu pada
bukan October 2023.Saya juga ada membuat rakaman foto dengan menggunakan kamera
untuk dijadikan bahan bukti kajian kajian yang telah dilaksanakan.

4.1.2 Pengukuran

Selain menjalankan pemerhatian, kumpulan pengkaji juga telah melakukan


pengukuran di kawasan kajian bagi mendapatkan cerapan hujan dalam tempoh masa yang
sama pada waktu pagi (12pm-12am), yang dibahagikan kepada 3 stesen yang berbeza
iaitu SMK Sri Nering, stesen Kampung Gong Penaga dan stesen Kampung Pasir
Akar.Antara alatan yang digunakan ketika proses mengukur iaitu tolok hujan ,pen dan
buku catatan.Tolok hujan telah diletakkan bagi menandakan setiap 3 stesen tersebut.
Tolok hujan pertama di letakkan di padang SMK Seri Nering. Tolak hujan kedua pula
diletakkan di kawasan lapang di Kampung Gong Penaga dan tolok hujan ketiga di
letakkan di tanah lapang di Kampung Pasir Akar.Bacaan isipadu tolok hujan akan dibaca
setiap hari iaitu pada pukul 7npagi selama sebulan iaitu di bulan Oktober, 2023.
4.2 SUMBER SEKUNDER

4.2.1 Rujukan Perpuastakaan

Kaedah rujukan perpustakaan telah pengkaji gunakan dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklumat awal bagi menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta, dan
hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian-kajian lepas.Rujukan seperti faktor dan
kesan penerimaan hujan serta langkah penyesuaian penerimaan hujan terhadap kawasan
kajian melalui rujukan yang buku-buku ilmiah dan ensiklopedia di perpustakaan Sekolah
SMK Seri Nering dan Perpustakaan Awam Kg,Raja.Dua buah atlas juga telah digunakan
untuk mengenalpasti petunjuk di kawasan kajian dan bentuk muka di kawasan sebagai
maklumat awal dalam memulakan kajian.(Atlas Oxford Fajar)
7.0 SENARAI RUJUKAN

BUKU

Hazeeq Harun, 2019, Nota & Latihan STPM Geografi Penggal 2: Ilmu Bakti Sdn Bhd

Mohd Roslan Harun, 2007, Atlas Moden Malaysia: Oxford Fajar Sdn Bhd

Tere Liye, 2016, Hujan: Gramedia Pustaka Utama Sdn Bhd

Hamera, 2022, Hujan berhentilah: Hamera Publication

AKHBAR

Rohaniza Idris, Punca Hujan Lebat, Berita Harian, 4 Mac 2022

Noor Hidayah Tanzizi, Hujan berterusan sehingga ahad ini, Harian Metro, 3 Mac 2023

Ramlah Yaakob, Hujan lebat dan rebut petir, Sinar Harian, 3 Julai 2023

SUMBER INTERNET

Evasophea (2016), scribd https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esr

Portillo Jerman (2022), Meteorologi Enred https://www.meteorologiaenred.com/ms/jenis-

hujan.html/amp

Iffat (2009), Rujuk Nota, http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/faktor-faktor-yang-

menyebabkan-hujan.html

You might also like