You are on page 1of 6

TINGKATAN 4 KSSM

CELIK SEJARAH
SKEMA JAWAPAN

KKERJASAMA JPNPPP EN KHAIROL


FAIZAL BIN ABDULLAH DAN GURU
CEMERLANG PUAN SHANTINA
BINTI JUSOH
JPNPP@GC KROLLFAIZAL@SHANTINA

TINGKATAN 4

BAB 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1

NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 A 21 B

2 A 22 C

3 C 23 D

4 B 24 A

5 A 25 B

6 A 26 C

7 B 27 D

8 C 28 D

9 B 29 D

10 D 30 D

11 A 31 D

12 A 32 B

13 C 33 D

14 B 34 D

15 B 35 D

16 C 36 A

17 C 37 D

18 C 38 A

19 C 39 B

20 D 40 B

1
JPNPP@GC KROLLFAIZAL@SHANTINA

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2

1 Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

(a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan rombongan tersebut.


• Membincangkan hal keselamatan
• Membincangkan hubungan British-Tanah Melayu
• Membincangkan soal perlembagaan negara
[ 3 markah ]

(b) Nyatakan tiga wakil daripada kalangan Raja Melayu yang turut menyertai rundingan
kemerdekaan Tanah Melayu.
• Menteri Besar Perak-Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Haji Wahab Abd Aziz
• Menteri Besar Selangor-Encik Abdul Aziz Abdul Majid
• Menteri Besar Johor-Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
• Menteri Besar Kelantan- Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
[ 3 markah ]

(c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada rundingan kemerdekaan tersebut.


• Bersepakat dalam perjuangan
• Bersungguh-sungguh untuk mencapai kemerdekaan
• Mengutamakan kepentingan nasional
• Kesimpulannya, kesepatan dalam perjuangan telah berjaya memperoleh kemerdekaan
• [Mana-mana jawapan yang munasabah][Rubrik Penskoran]
[ 4 markah ]

2 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan berunding dengan pelbagai pihak. Mereka menyuarakan


idea dan pandangan bagi membentuk sebuah negara yang merdeka

(a) Nyatakan dua anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


• Lord Reid
• Sir William Ivor Jennings
• Sir William McKell
• Hakim B. Malik
• Hakim Abdul Hamid
[ 2 markah ]

(b) Huraikan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


• Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu
• Mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu
• Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal
• Bebas
• Berkerajaan sendiri dalam lingkungan komanwel
• Berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan
• Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat
• Kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu
• Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri
masing-masing

2
JPNPP@GC KROLLFAIZAL@SHANTINA

• Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk
Persekutuan Tanah Melayu
• Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu
• Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
[ 4 markah ]

(c) Pelbagai faktor mempengaruhi kejayaan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan.


Berikan penjelasan anda.
• Mendapat sokongan daripada semua pihak
• Mengamalkan permuafakatan
• Bersikap terbuka
• Menyelesaikan masalah secara bijaksana
• Kesimpulannya, kejayaan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan disebabkan
sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak
• [Mana-mana jawapan yang munasabah][Rubrik Penskoran]
[ 4 markah ]

3 Pernyataan berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Perjanjian ini
mengandungi beberapa perkara seperti Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi
Berparlimen, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

(a) Berikan dua pihak yang terlibat dalam pemeteraian perjanjian tersebut.
• Raja-raja Melayu
• Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan cara-cara pemberian kewarganegaraan dalam Perjanjian Persekutuan


Tanah Melayu 1957.
• Penguatkuasaan undang-undang
• Memohon didaftarkan sebagai rakyat
• Memohon untuk menukarkan kewarganegaraan atau naturalisasi
[ 2 markah ]

(c) Bagaimanakah kedudukan agama Islam dan agama lain melalui perjanjian tersebut?
• Agama Islam sebagai agama Persekutuan
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
[ 2 markah ]

(d) Terangkan nilai yang diperoleh daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Bijaksana dalam tindakan
• Mendapatkan sokongan semua pihak
• Dengan cara bertolak ansur
• Peka dengan situasi semasa
• Berpandangan jauh
• [Mana-mana jawapan yang munasabah][Rubrik Penskoran]
[ 4 markah ]

3
JPNPP@GC KROLLFAIZAL@SHANTINA

4 (a) Jelaskan latar belakang Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


• Berikutan persetujuan di London
• Mendapat persetujuan Raja-raja Melayu
• Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan
pada 8 Mac 1956
• Dikenali juga Suruhanjaya Reid
• Memulakan tugasnya pada akhir Jun 1956
• Antara tugasnya membincangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka
• Menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
• Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
[ 4 markah ]

(b) Terangkan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


• Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat
• Secara lisan
• Secara bertulis
• Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak
• Meneliti kedudukan perlembagaan
• Negeri dalam Persekutuan
• Menghadap Raja-raja Melayu
• Menteri Besar
• Penasihat British
• Pegawai Negeri
• Mengadakan mesyuarat
• Melawat negeri-negeri Melayu
• Melawat Negeri-Negeri Selat
• Mengadakan perbincangan
• Membincangkan pelbagai isu
• Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga Oktober 1956
• Mengkaji dan membuat laporan
• Cadangan membentuk perlembagaan sebuah negara merdeka
[ 8 markah ]

(c) Berikan cadangan anda untuk menjadikan Perlembagaan Malaysia terus dihormati
dan dipatuhi oleh generasi hari ini.
• Memahami dan menghayati kandungan perlembagaan
• Mematuhi perlembagaan
• Berasa bangga dengan perlembagaan negara
• Mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak menghormati dan mematuhinya
• Matang dalam sebarang tindakan
• Tidak membincangkan isu sensitif secara terbuka
• Seperti bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu
• Kesimpulannya, generasi hari ini perlu menghormati sistem perundangan negara
• [Mana-mana jawapan yang munasabah][Rubrik Penskoran]
[ 8 markah ]

4
JPNPP@GC KROLLFAIZAL@SHANTINA

5 (a) Jelaskan kandungan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


• Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu
• Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah
Melayu
• Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
• Raja-raja diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-
Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu
• Sebuah parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat
dibentuk
[ 4 markah ]

(b) Apakah reaksi terhadap draf perlembagaan tersebut?


• Terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli
• Bimbang menggugat kedudukan istimewa orang Melayu
• Agama Islam diakui sebagai agama rasmi
• Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
• Dato’ Onn Jaafar dari Parti Negara menolak syarat kewarganegaraan yang longgar
• Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres pada 4 Mei 1957 hingga 7
Mei 1957
• Membincangkan draf perlembagaan
• Parti PAS mengkritik soal kewarganegaraan
• Dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu
• Mahu kedudukan agama Islam menjadi asas pemerintahan negara
• Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
• Sebahagian pertubuhan Cina mahukan bahasa Mandarin menjadi bahasa kebangsaan
• MIC mahukan syarat kewarganegaraan
• Penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian
[ 8 markah ]

(c) Huraikan impak sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap perlembagaan negara


kita.
• Perpecahan dalam kalangan masyarakat
• Keadaan menjadi huru hara
• Menjejaskan kedaulatan negara
• Contohnya berlaku pergaduhan
• Menjejaskan ekonomi negara
• Menghalang kemasukan pelabur asing
• Negara akan mundur
• Berlaku masalah sosial
• Penyalahgunaan dadah dan jenayah
• Kesimpulannya, ketidakpatuhan terhadap perlembagaan negara akan menjejaskan
keharmonian masyarakat dan negara
• [Mana-mana jawapan yang munasabah][Rubrik Penskoran]
[ 8 markah ]

You might also like