You are on page 1of 3

PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK SEKOLAH RENDAH

SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 66


PERINGKAT ZON BENUT 2023
____________________________________________________________________________________________________________
KERTAS KONSEP

1. MATLAMAT
Memberi pendidikan patriotik kepada murid peringkat sekolah rendah serta meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat berbudaya melalui muzik.

2. OBJEKTIF
2.1 Menanam nilai dan semangat patriotik dalam diri murid menggunakan pendekatan
seni.
2.2 Mendedahkan murid kepada lagu-lagu patriotik sebagai satu kaedah pembelajaran.
2.3 Menggalakan murid bergerak aktif dalam pertandingan koakademik..
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan koir dalam kalangan murid.
2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid dengan aktiviti bermanfaat.
2.6 Membina pemuafakatan antara sekolah dengan komuniti.

3. PERTANDINGAN
3.1 Nama pertandingan adalah PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON BENUT TAHUN 2023.
3.2 Pertandingan ini dijalankan di peringkat zon.
3.3 Terbuka kepada murid sekolah rendah Tahun 4 – 6 sekolah kerajaan / bantuan
kerajaan bagi sekolah aliran perdana yang bernaung di bawah KPM.
3.3 Kumpulan koir boleh terdiri daripada sebuah sekolah yang sama ATAU gabungan
dalam zon yang sama.
3.4 Persembahan adalah secara bersemuka.
3.5 Pihak sekolah perlu mengisi borang dan menghantar pengesahan penyertaan melalui
pautan Google Form yang diberi.
3.6 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu berunsur patriotik.

4. FORMAT PERSEMBAHAN
4.1 Masa persembahan adalah tidak kurang daripada 3 minit dan tidak melebihi 6
minit.
4.2 Penyertaan melalui SATU (1) kumpulan persembahan dan setiap kumpulan
terdiri daripada dua puluh (20) orang peserta sahaja termasuk konduktor.
4.3 Peserta boleh dipilih lelaki & perempuan atau lelaki/perempuan sahaja.
4.4 TIDAK DIBENARKAN membawa lagu yang berunsur spiritual, lucah dan menggugat
sensitiviti kaum dan agama.
4.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan
keduanya.

5. LAGU / MUZIK IRINGAN


5.1 Penyediaan muzik iringan minus one adalah dibawah tanggungjawab kumpulan
masing-masing.
6. BUSANA / AKSESORI / PROPS
6.1 Penggunaan aksesori semasa persembahan adalah dibenarkan. ( contoh : bendera,
topi, dan lain-lain yang sesuai. )
6.2 Pakaian ahli koir hendaklah seragam dan bersopan.

7. CARA PEMARKAHAN

KRITERIA MARKAH
Mutu suara 35
Tempo 20
Sebutan 15
Persembahan & Keseragaman 15
Pakaian & tertib 15
MARKAH PENUH 100

8. PENGHAKIMAN
8.1 Hakim akan dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan
Daerah
Pontian.
8.2 Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan
dilayan.

9. HADIAH
a. Johan : Piala dan 20 medal iringan beserta sijil pencapaian
b. Naib Johan : Piala dan 20 medal iringan beserta sijil pencapaian
c. Ketiga : Piala dan 20 medal iringan beserta sijil pencapaian

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua yang menyertai pertandingan.

10. TARIKH PERTANDINGAN

Kategori : SEKOLAH RENDAH


Tarikh : 03 OGOS 2023 | KHAMIS
Tempat : SK SERI JAYA
Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran)
(semua peserta perlu berada di lokasi pertandingan semasa pertandingan)
Bayaran Penyertaan : RM50.00 sebuah sekolah

11 TENTATIF PERTANDINGAN

7.45 pagi : Kehadiran guru pengiring dan para peserta


: Pendaftaran
8.15 pagi : Kata alu-aluan
: Bacaan doa
: Hakim mengambil tempat
: Pertandingan dimulakan
11.00 pagi : Tamat pertandingan
11.10 pagi : Ucapan Guru Besar SK Seri Jaya
: Ucapan wakil PPD Pontian
: Ucapan perasmian penutupan pertandingan
YB Norlizah binti Noh
Pengerusi JK Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi
Negeri Johor
: Penyampaian hadiah
12.30 gh : Bersurai

12. TARIKH TUTUP PENGESAHAN PENYERTAAN


18 JUN 2023 | AHAD | JAM 12.00 TENGAH HARI

You might also like