You are on page 1of 4

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 4 Mutiara bagi mata pelajaran Sains

Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat mengingati ciri-ciri khusus haiwan vetebrata dalam Unit 3
Tajuk Haiwan.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui ujian pre test yang dijalankan pada 6 Ogos 2023, 16/22 orang murid
tidak dapat mennjawab soalan dengan tepat

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Hasil daripada analisis item dan temu bual bersama murid mendapati bahawa murid tidak mengingati ciri-ciri
khusus haiwan Invertebrata

Berikut ialah analisis /contoh antara kelemahan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian

Murid 1 Keliru antara organ penafasan dan litupan haiwan

Murid 2 Tidak ingat ciri-ciri khusus dengan tepat

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana :


1. Tidak mahu mengingati maklumat yang diberikan
2. Pembelajaran berasaskan peperiksaan dan bergantung kepada hafalan tanpa memahami.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana :


1. Membuat andaian bahawa pelajar tidak perlu dibimbing dan faham.
2. Tidak menitik beratkan kemahiran psikomotor dalam memberi kefahaman untuk mewujudkan
pembelajaran bermakna

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab solan bertulis bahagian B .Sekiranya
keluar dalam peperiksaan 2-4 markah

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus ketinggalan dan sukar
untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai haiwan.

Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana tidak dapat menjelaskan dengan teratur
dan memenuhi skema peperiksaan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba pendekatan pembelajaran bermakna menggunakan kaedah
‘Lipatan Ingatkan Saya, Nyanyikan Saya”

1 |
MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Objektif kajian :-
Murid akan dapat mengingat sekurang-kurangnya 4 dari 5 ciri khusus haiwan vertebrata.
Murid akan dapat menjawab soalan sekurang kurangnya 4 dari 5 ciri khusus haiwan vertebrata
dengan tepat
Guru akan dapat meningkatkan prestasi murid sekurang-kurangnya penambahan markah 2- 4
dalam kertas 2

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :


i ujian pra ii. Ujian pos

ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah analisis item bagi bilangan murid

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

1. Ujian Pra
2. Memberi penerangan kaedah ‘Lipatan Ingatkan Saya, Nyanyikan Saya”
dan latihan ringkas
3. Ujian pos pada kelas berikutnya.
# mengikut jadual Sains Tahun 4 Mutiara #

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Ujian Pra : 5 soalan subjektif Refleksi : Murid tidak dapat menjawab dengan markah
penuh iaitu 25 markah. Terdapat maklumat penting yang
tidak dinyatakan dengan baik

Gambar 1 Gambar 2

2 |
Langkah 1 : Penerangan kaedah ‘Lipatan Refleksi : Murid kelihatan gembira dan menjalankan aktiviti
Ingatkan Saya, Nyanyikan Saya” secara kolaboratif dan berulang-ulang sehingga selesai
dan latihan ringkas mengikut masa yang ditetapkan.
Tempoh : 30 minit

Gambar 3 Gambar 4

Ujian Pos Refleksi : Murid cuba menjawab soalan menggunakan


Tempoh : 20 minit teknik yang diberikan

Gambar 5 Gambar 6

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Kajian ini jelas menunjukkan murid berprestasi rendah boleh dirangsang melalui aktiviti yang praktikal dan
kontekstual, experienced learning dan learning by doing serta aktiviti merancang minda.

Murid menunjukkan tingkah laku lebih positif dan rasa gembira semasa melakukan aktiviti ‘Lipatan

3 |
Ingatkan Saya & Nyanyikan Saya’. Murid bersemangat memberi jawapan dengan menyambung bacaan rakan
secara spontan. Murid yang pada mulanya pasif atau mengantuk telah menunjukkan minat semasa menyertai
aktiviti ini. Sekaligus merangsang minat untuk terus mengingat ayat hafazan. Murid termotivasi untuk menjawab
dengan lebih baik dalam ujian pos dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang tinggi.
Guru-guru matapelajaran yang terlibat dalam aktiviti ini juga dapat mengajar dengan lebih mudah kerana
tahap kesediaan para pelajar meningkat. Maka, aktiviti ini mendorong semangat guru-guru untuk membimbing
pelajar-pelajar.
Melalui pengalaman membuat aktiviti ini, guru-guru dan murid-murid yang lemah tidak lagi berasa
tertekan dan bosan. Cetusan kreativiti telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]

Ujian Pos kedua dijalankan dengan mengubah sedikit kaedah penerangan dan gaya penggunaan. Murid
digalakkan menjalankan aktiviti dengan kaedah ‘Think-Pair-Share’ untuk membantu rakan pelajar yang lain. Soalan
yang digunakan adalah soalan KBAT. Hasil Ujian Pos kedua ialah.semua murid terlibat dapat menjawab semua
soalan dengan betul.

4 |

You might also like