You are on page 1of 17
PEKELILING PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR BIL: 4/2023 INISIATIF PENGECUALIAN DARIPADA SYARAT KEBENARAN MERANCANG (KM) DAN CAJ PEMAJUAN i. PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH, > Mendapatkan Hakmilik Individu Dengan Tujuan Bukan Maksud Pembangunan ji, PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH - Pemberian Kepada Ahli Keluarga PENENTUAN PERWAKILAN KUASA DAN PENGECUALIAN SYARAT 4. TUJUAN ; Pekeliling ini disediakan sebagai inisiatif pengecualian daripada syarat Kebenaran Merancang (KM) dan caj pemajuan bagi tujuan berikut :- Permohonan Pecah Bahagian Tanah - Mendapatkan Hakmilik Individu Dengan Tujuan Bukan Maksud Pembangunan Permohonan Pecah Sempadan Tanah - Pemberian Kepada Ahli Keluarga 2. LATAR BELAKANG ; 2.1. Salah satu punca yang menghalang tanah-tanah tersebut dibangunkan adalah kerana kesukaran untuk mendapat hakmilik secara berasingan bagi tanah yang diimiliki oleh berbilang tuan ataupun ramai pemilik. 22. 23. 2.4. Tanah yang dipegang oleh pemilik yang ramai agak sukar untuk diurus dan seringkali mewujudkan pertelingkahan di kalangan pemiliknya. Konflik lebih mudah terjadi apabila di kalangan pemilik bersama ini sukar mewujudkan kerjasama dalam mengusahakan tanah secara bermuafakat. Lazimnya keadaan menjadi lebih sukar jika di kalangan mereka ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Keadaan menjadi lebih sukar apabila terdapat di kalangan pemilik duduk berjauhan dan sukar untuk dihubungi apabila diperlukan. isu ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada masalah tanah terbiar dan tidak diusahakan Bagi menghentikan masalah ini daripada berlarutan pemilik tanah akan memohon pecah tanah atau pecah lot. Rakyat terbanyak lebih selesa Menggunakan istilah pecah geran. Namun istilah ini di bawah pentadbiran tanah membawa kepada dua keadaan iaitu Pecah Bahagian atau Pecah Sempadan, Sebagai langkah membangunkan tanah tersebut untuk kegunaan yang lebih produktif maka pemilik tanah mempunyai alternatif sama ada untuk memecah sempadan ataupun memecah bahagian tanah selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam perundangan tanah Negara. Pecah Sempadan 25. 2.6. Pecah sempadan adalah berbeza dengan pecah bahagian tanah, Proses pecah sempadan tanah adalah tindakan pemilik tanah atau pemilik tanah bersama memecahkan bahagian tanah kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik- hakmilik yang berasingan akan tetapi setiap hakmilik tersebut akan dimiliki oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama. Ini bermaksud seorang pemilik ataupun pemilik bersama boleh memecahkan tanah tanpa mengikut jumlah bilangan pemilik sebagai contoh 2 pemilik tanah bersama boleh memecah sempadankan tanah mereka kepada 5 plot tanah dan setiap plot akan didaftarkan ke atas kedua-dua pemilik tanah bersama. Permohonan pecah sempadan boleh dibuat melalui Borang 9A Berdasarkan peruntukan Seksyen 136 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) telah menyatakan dengan jelas bahawa hanya permohonan pecah sempadan yang memenuhi semua keperluan dan syarat yang telah ditetapkan sahaja yang boleh diberikan kelulusan pecah sempadan. Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan permohonan pecah sempadan boleh dibuat iaitu - 26.1. 2.6.2. 2.6.3. 2.6.4, 26.5. 2.6.6. Pecah sempadan yang hendak dilaksanakan tidak akan menyebabkan sebarang pelanggaran sekatan kepentingan yang dikenakan ke atas tanah berkenaan. Pecah sempadan berkenaan tidak akan menyalahi mana-mana akta atau undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa tethadap tanah berkenaan. Sekiranya ada permohonan yang dikemukakan, maka permohonan berkenaan ditolak. Seorang pemilik tanah yang berhasrat_membuat pecah sempadan ke atas tanahnya perlu memastikan bahawa rancangan pembangunannya kelak tidak bercanggah dengan rancangan pembangunan yang telah digazetkan di kawasan tanah tersebut terletak, Oleh yang demikian, suatu kelulusan perancangan pembangunan daripada pihak berkuasa perancang perlu diperolehi sebelum mengemukakan permohonan pecah sempadan. Tanah yang hendak dipecah sempadan tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran cukai tanah bagi tahun semasa dan tahun-tahun yang terdahulu. Keizinan bertulis daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan terhadap tanah seperti pemegang cagaran, pemegang pajakan dan pemegang lien telah diperolehi: Sekiranya tanah yang dipohon pecah sempadan adalah bagi tujuan pertanian, maka keluasan bahagian yang telah dipecah sempadan mestilah tidak kurang daripada 0.4 (2/5) hektar atau 1 ekar. Pecah Bahagian 27. 28. Pecah bahagian tanah adalah untuk menghentikan pemilik tanah secara bersama bagi membolehkan hakmilik tanah didaftarkan secara berasingan mengikut bahagian yang ditentukan oleh pemilik tanah itu sendiri. Proses pecah bahagian ini merupakan proses yang biasa diterima dimana pelaksanaannya dibuat sama ada melalui peruntukan Seksyen 140-145 KTN bagi hakmilik tanah yang telah diukur halus dan telah didaftarkan hakmilik muktamadnya. 29. Permohonan pecah bahagian tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 9B KTN dan disertakan; Bayaran yang ditetapkan di dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri tersebut; ii Pelan pra-hitungan yang menunjukkan secara_terperinci mengenai pecah bahagian yang dicadangkan, mengikut bilangan salinan yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah; iii, Surat kebenaran daripada badan-badan tertentu. yang ditetapkan oleh PBN; iv. Surat kebenaran daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut. 2.10. Manakala proses pecah bahagi tanah untuk hakmilik sementara yang 2.11 KETETAPAN mana sempadannya masih belum dimuktamadkan pula akan menggunakan kaedah SBKS di bawah peruntukan Seksyen 197 dan 76 KTN. Melalui proses SBKS, pemilik-pemilik tanah periu menyerahkan tanah mereka kepada PBN dan kemudiannya PBN akan mengurniakan kembali plot-plot tanah kepada pemilik tanah mengikut bahagian pecah bahagi tanah yang telah diluluskan, Dalam keadaan ini, pentadbiran tanah perlu memastikan bahawa bahagian tanah yang dipecah untuk pemilik-pemillk bersama daripada bahagian yang belum dipecah bahagi adalah seberapa hampir dengan peratus pemilikannya terhadap tanah berkenaan. [AK BERKUASA NEGERI : Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 24.2.2021 ssebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil. 218/2021 telah mengambil keputusan seperti berikut :- 3.1. 3.2. BERSETUJU dengan pengecualian dari syarat Kebenaran Merancang (KM) dan pengenaan Caj Pemajuan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi permohonan pecah bahagi tanah tujuan bukan maksud pembangunan serta permohonan pecah sempadan tanah untuk pemberian kepada ahli keluarga. JUGA BERSETUJU permohonan pecah sempadan tanah bertujuan untuk pemberian kepada ahli keluarga yang dilaksanakan secara serentak dengan ubahsyarat melalui proses KM hendaklah dikecualika daripada pengenaan Caj Pemajuan. 3.3. SETERUSNYA BERSETUJU hasil hakmilik yang didaftarkan selepas proses pecah sempadan ini hendaklah didaftarkan Kaveat Pendaftar sebagai salah satu syarat untuk memastikan hakmilik tanah tersebut dipindah milik kepada ahli keluarga yang telah disenaraikan pada peringkat awal permohonan di Pejabat Tanah Daerah. Kaveat Pendaftar ini akan ditarik balik apabila tanah-tanah ini dipindah milik kepada penama-penama ahli keluarga diluluskan. TATACARA PELAKSANAAN KELULUSAN _PERMOHONAN _PECAH BAHAGIAN DAN PECAH SEMPADAN KEPADA AHLI KELUARGA Pecah Bahagian 4.1. Pentadbiran Tanah Johor telah mengambil pendekatan untuk memproses permohonan pecah bahagi sebagaimana berikut : Permohonan daripada waris-waris mahupun pemilik bersama yang tanahnya terlibat dengan proses pusaka wajar diberi pertimbangan bagi maksud kelulusan pecah bahagi. Ini membolehkan setiap pemilik berdaftar mempunyai hakmilik secara berasingan serta memudahkan proses pengurusan dan pembangunan tanah pada masa akan datang. Permohonan pecah bahagi tanah bagi tujuan pertanian yang berada di dalam zon perumahan, akan diperincikan dengan lebih teliti melalui rekod ketuanpunyaan untuk memastikan tanah tersebut diperolehi melalui perintah pusaka ataupun proses pindahmilik tanah. Bagi hakmilik tanah di bawah Pejabat Tanah Daerah hendaklah menyatakan dengan jelas cara pemilikan tanah oleh pemilik berdaftar dengan mengemukakan dokumen- dokumen berikut = - Bagi transaksi yang berkuatkuasa di dalam sistem tanah berkomputer + Salinan hakmilik asal atau manual bagi transaksi yang tidak dizahirkan melalui SPTB dan hanya boleh disemak oleh hakmilik berdaftar atau manual 4.2. Berdasarkan kepada definisi pembangunan di bawah Seksyen 2 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pecah Bahagian tidak 43. 44. 45. 46. tertakluk di bawah proses pembangunan, Sehubungan itu, mana-mana permohonan Pecah Bahagian bertujuan untuk menghentikan pemilikan secara bersama terutama yang melibatkan ahli keluarga yang ramai tidak perlu melalui Kebenaran Merancang (KM) dan seterusnya tiada caj pembangunan dikenakan. Permohonan pecah bahagian tanah secara serahbalik dan kurniasemula melalui Borang 12A atau di bawah Seksyen 140-142 KTN melalui Borang 9B yang masih mengekalkan syarat bagi tujuan pertanian tetapi masih berada di dalam zon gunatanah di bawah RT adalah bangunan hendakiah dikecualikan proses KM dan pengenaan caj pemajuan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :- i. Pembuktian pemilikan bersama telah melebihi tempoh yang dibenarkan seminima 5 tahun. ii. Pengecualian tempoh pemilikan bersama sekiranya tanah yang diperolehi melalui pusaka. Permohonan pecah bahagian yang masih mengekalkan syarat nyata tanah pertanian melalui proses Kebenaran Merancang dan serahbalik kurniasemula hendaklah dikecualikan KM dan pengenaan caj pemajuan bagi mengurangkan bebanan pemilik tanah yang hanya berhasrat sekadar menamatkan pemilikan bersama. Proses pecah bahagi tidak akan menambah bilangan pemilik dan setiap pemilik asal akan memperolehi hakmilik mengikut syer atau bahagian yang dimilikinya sahaja. Permohonan pecah bahagian tanah bagi mendapatkan hakmilik dengan tujuan pembangunan adalah terkecuali daripada inisiatif ini Pecah Sempadan 47. 48, Hanya pemohon yang bercadang untuk memberikan bahagian tanah kepada abli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan pecah sempadan di bawah inisiatif pengecualian daripada caj pembangunan. Permohonan pecah sempadan tanah untuk tujuan pembangunan dan bukan kepada ahli keluarga adalah terkecuali daripada inisiatif ini, 49. 4.10. 4.11 4.12. 4.13. 4.14, 4.15: Tujuan utamanya adalah untuk diberikan kepada ahli keluarga atau tafsiran lainnya adalah untuk pemberian kasih sayang. Ini bermaksud permohonan pecah sempadan seperti ini bukan bertujuan untuk pembangunan Pemilik tanah hanya berniat untuk memberikan sebidang tanahnya yang dipecahkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu i. Pasangan suami isteri ii, bu bapa kandung Anak Adik beradik (termasuk adik beradik tiri) Bagi maksud permohonan pecah sempadan ini, pemilik tanah dikehendaki mengemukakan permohonan termasuk menyatakan niat mereka untuk memberikan plot-plot hasil pecah sempadan tanah kepada ahli keluarga yang dimaksudkan sahaja Tujuan Pecah Sempadan tersebut adalah untuk pemberian kepada ahli keluarga. Pemohon perlu mengemukakan penama ahli keluarga yang terlibat termasuk dokumen pendaftaran iaitu salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan ahli keluarga yang terlibat. Permohonan pecah sempadan ini dengan menyatakan hasrat pemohon yang akan memindahmilik tanah yang telah dipecah sempadan kepada ahli keluarga yang telah disenaraikan sahaja dan pecahan plot perlu ditunjukkan di dalam pelan susun atur serta disahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor atau Majlis Daerah yang berkenaan. Hasil daripada proses Pecah Sempadan ini akan dimasukkan Kaveat Pendaftar bagi memastikan hanya penama-penama ahli keluarga yang telah dipersetujukan oleh PBN sahaja yang boleh menerima pindahmilik daripada Pemilik Berdaftar. Kaveat Pendaftar ini hanya menghalang urusniaga pindahmilik sahaja akan tetapi ianya tidak menghalang pemilik untuk mendaftarkan gadaian bagi menjamin pinjaman daripada institusi kewangan. Kaveat Pendaftar yang dimasukkan ini akan ditarikbalik bersekali dengan pendaftaran pindahmilik tanah-tanah ini kepada penama- penama ahli keluarga yang telah diperakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. 4.16. Proses pecah sempadan untuk pemberian kepada keluarga sama ada melibatkan proses ubahsyarat secara serentak ataupun tidak ianya tidak berorientasikan kepada —_keuntungan_—sepertimana _ maksud pembangunan biasa. 4.17. Bagi membantu pemilik tanah untuk memecah sempadan tanah kepada plot-plot kecil untuk diberikan kepada ahli keluarga bagi tanah yang kurang daripada 1 ekar maka permohonan pecah sempadan boleh bersekali dengan ubah syarat melalui proses SBKS. 4.18. Bentuk pecah sempadan tanah yang dicadangkan haruslah bersesuaian dengan maksud pembangunan tanah yang hendak dilaksanakan dan janya haruslah mempunyai akses jalan yang memuaskan bagi bahagian-bahagian tanah setelah dipecah sempadan. Pecah Sempadan Kurang Daripada 3 Ekar 4.19. Tanah kurang daripada 3 ekar ini hanya proses pecah sempadan yang bertujuan untuk diberikan kepada ahli keluarga sahaja boleh diterima untuk diproses di Pejabat Tanah, Pecah Sempadan Serentak Ubah Syarat 4.20. Proses pecah sempadan tanah pertanian tidak boleh kurang daripada 0.4 (2/5) hektar / 1 ekar. Oleh yang demikian, dalam keadaan tertentu proses pecah sempadan tanah pertanian ini perlu dilaksanakan secara serentak dengan proses ubah syarat tanah kepada bangunan. 4.21. Proses pecah sempadan tanah secara serentak dengan ubah syarat ini hendaklah dilaksanakan melalui proses SBKS. Melalui proses ini, permohonan perlu melalui kelulusan Kebenaran Merancang di OSC PBT dan masih tertakluk kepada bayaran Caj Pembangunan yang tinggi. Sehubungan itu, inisiatif pengecualian bayaran Caj Pembangunan ini terhad kepada permohonan pecah sempadan bagi tujuan pemberian kepada ahli keluarga sahaja. 5. PEMAKAIAN Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini maka tuntutan kepada pemohon semasa permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah Daerah boleh terus dilaksanakan, 6. TARIKH KUATKUASA Pekeliling ini hendaklah dilaksanakan pemakaiannya mulai dari tarikh ianya dikeluarkan dan akan terus berkuatkuasa sehingga ada satu arahan lain yang akan m a kelak. woe mK Pengarah Tanah dan Galian Johor Tarikh : 8 { % [2603 Rujukan Fail 2 PTG00/00/03/1300/0001/2020/0003/2020 Disediakan Oleh: Bahagian Pembangunan, PTG Johor KEMBARAN 1 ‘CARTA ALIR PERMOHONAN PECAH BAHAGI TANAH YANG LUAS UMPUKAN MELEBIHI 0.4 HEKTAR DI BAWAH SEKSYEN 140-143 KANUN TANAH NEGARA (BORANG 9B) PERMOHONAN (Pemohon / Jurukur) SEMAKAN (Pejabat Tanah) PENOLAKAN RINGKAS (Pentadbir Tanah) 1 ‘Akuan Bersumpah bahawa tujuan_ pecah bahagian ini untuk menghentikan_ pemilikan bersama. Penyediaan pelan oleh jurukur dengan perkara berikut:- a. Pengesahan oleh Jurukur bahawa pecah bahagian ini tidak mengakibatkan sebarang. pencerobohan atau pertindihan. b. Pelan Aras Laras dan Butiran (Topo Survey and Spot Level Plan) bagi mengenakan kedudukan apa-apa bangunan / struktur yang ada atas tanah _berdasarkan pembahagian plot € Mendapatkan tandatangan pemilik-pemilik bersama setakat mana ianya berkaitan ataupun Perintah Mahkamah. . Memastikan tajuk permohonan adalah untuk penamatan pemilikan bersama melalui proses pecah bahagian bagi tujuan ulasan Teknika. . Semakan pemilikan mestilah melebihi 5 tahun atau diperoleh melalui pusaka . Mengeluarkan surat kepada teknikal agensi dengan tajuk permohonan pecah bahagian ini adalah untuk tujuan penamatan pemilikan bersama. kurang dari 5 tahun dan tidak dimilik melalui | 1. Penolakan ringkas sekiranya_ pemilikan pusaka 2. Mengeluarkan surat penolakan kepada Jurukur dan Pemohon. ULASAN TEKNIKAL (abatan Teknikal) PERAKUAN KEPADA PENTADBIR TANAH / PENGARAH (Penolong Pentadbir Tanah / Pentadbir Tanah) MEMBER! KELULUSAN BERDASARKAN KUASA, (Pengarah / Pentadbir Tanah) MENGELUARKAN SURAT KEPUTUSAN, (PT / PTD) PEMBAYARAN PREMIUM. DAN LAIN-LAIN BAYARAN (urukur / Pemilik) PENGELUARAN HAKMILIK (PTG / PTD) Memberikan ulasan yang sesuai dengan tujuan penamatan hakmilik bersama, 1. Membuat semakan atas pemilikan bagi memastikan kuasa melulus terletak pada PENGARAH atau PENTADBIR TANAH. 2. Membuat semakan pemilikan bagi menentukan tempoh minima pemilikan iaitu mesti melebihi 5 tahun melainkan pemilikan melalui pembahagian pusaka 3. Mengemukakan syor bahawa permohonan pecah bahagian ini boleh dipertimbangkan dan menetapkan syarat-syarat kelulusan, 1, Meluluskan permohonan penamatan bersama melalui proses pecah bahagian. 2. Menetapkan syarat ~ syarat kelulusan. ‘Mengeluarkan surat keputusan kepada pemohon / jurukur. ‘memastikan bayaran- 1, Menyediakan dan bayaran premium dan bayaran lain dijelaskan 2. Menyediakan draf haki 1, Mengeluarkan hakmilik yang baharu bersama syarat-syarat yang ditetapkan. 2. Menyerahkan dokumen hakmi kepada pemilik. KEMBARAN 2 CARTA ALIR PERMOHONAN PECAH BAHAGI SECARA SBKS BAG! TANAH PERTANIAN Di DALAM ZONING PERUMAHAN YANG LUAS UMPUKANNYA KURANG 0.4 HEKTAR DAN KURANG (BORANG 12A) | PERMOHONAN (Pemohon / Jurukur ) | SEMAKAN (Pejabat Tanah) /| / PENOLAKAN RINGKAS (Pentadbir Tanah) Penolakan ringkas sekira dari 5 tahun dan tidak dimiliki melalui pusaka, ‘Akuan Bersumpah bahawa tujuan pecah bahagian ini untuk menghentikan per bersama. Permohonan menggunakan Borang 12A. Penyediaan pelan oleh jurukur dengan perkara berikut:- a. Pengesahan oleh Jurukur bahawa pecah bbahagi ini tidak mengakibatkan sebarang pencerobohan atau pertindihan, b. Pelan Aras Laras dan Butiran (Topo Survey and Spot Level Plan) bagi mengenakan —kedudukan —_apa-apa bangunan / struktur yang ada atas tanah berdasarkan pembahagian plot. Mendapatkan tandatangan _pemilik~ pemilik bersama setakat mana tanya berkaitan ataupun Perintah Mahkamah. ‘Memastikan permohonan menggunakan Borang 2A. Memastikan tajuk permohonan adalah untuk Penamatan pemilikan bersama melalui proses pecah bahagian bagi tujuan ulasan teknikal. | Semakan pemilikan mestilah melebihi 5 tahun untuk bangunan kediaman sedia ada di atas tanah atau diperolei melalui pusaka. |. Mengeluarkan surat kepada jabatan teknikal dengan tajuk permohonan pecah bahagian ini adalah untuk tujuan penamatan pemilikan bersama. fa pemilikan kurang ULASAN TEKNIKAL (labatan Teknikal) PERAKUAN KEPADA PIHAK BERKUASA NEGERI (PTD / PTG) KELULUSAN (Pihak Berkuasa Negeri) PENGELUARAN SURAT KEPUTUSAN (PT) PEMBAYARAN PREMIUM DAN LAIN-LAIN BAYARAN (QJurukur / Pemilik) PENGELUARAN HAKMILIK (PTG / PTD) Memberikan ulasan sesuai dengan tujuan penamatan pemilikan bersama 1. Membuat perakuan kepada PTS, 2. Memasukkan syarat-syarat Jabatan Teknikal 3. Memasukkan perkara-perkara berikut dalam perakuan: - a. Tanah berada di dalam zoning perumahan. Tanah asal adalah kategori pertanian. €. Luas umpukan Kurang daripada 0.4 (2/5 hektar atau 1 ekar). 4d. Serahan Borang 128. fe. Pengecualian Kebenaran Merancang (KM) dan Caj Pemajuan. f. Pecahan tanah ‘menghentikan peril idalah bagi tujuan an bersama. . Meluluskan permohonan dengan syarat, bangunan. ‘Mengenakan syarat-syarat. |. Memberi Pengecualian Kebenaran Merancang (KM) dan Caj Pemajuan. Mengedarkan surat kelulusan kepada PTD, Jurukur dan pemohon. Menyediakan dan memastikan bayaran premium dan bayaran-bayaran lain dijelaskan. 2. Menyediakan draf hakmilik 1, Mengeluarkan hakmilik yang baharu bersama syarat-syarat yang ditetapkan. 2. Menyerahkan dokumen hakmilik kepada pemilik. LAMPIRAN 3 CARTA ALIRAN PERMOHONAN PECAH SEMPADAN DI BAWAH SEKSYEN 135 KANUN TANAH NEGARA (BORANG 9A) PERMOHONAN (Pemohon / Jurukur) SEMAKAN (Pejabat Tanah) ULASAN TEKNIKAL (Jabatan Teknikal) IMENYEDIAKAN PERAKUAN (Penolong Pentadbir Tanah / Pentadbir Tanah 1, Membuat akuan sumpah bahawa tujuan pecah sempadan ini adalah untuk ahli keluarga sahaja. 2, Menyenaraikan penerima dan hubungan kekeluargaan. 3. Menyediakan pelan dengan perkara-perkara berikut ‘a. Pecahan plot pada pelan dan nama semua abli keluarga yang menerima. b, Hubungan antara bli keluarga dengan pemilk tanah. 1. Menyemak permohonan dan senarai penerima bagi memastikan permohonan mengikut syarat . 2. Meminta ulasan jabatan teknikal dengan tajuk pemberian kepada ahli keluarga. Memberikan ulasan sesuai dengan maksud tujuan pecah sempadan untuk pemberian kepada ahli keluarga. |. Mengemukakan syor bahawa permohonan pecah sempadan ini diluluskan dengan mengambil kira janya adalah untuk tujuan pecah bahagi kepada ahli keluarga. Memperakukan nama abli keluarga berkenaan Meletakkan syarat kawalan :- a. Pemberian kepada ahli keluarga seperti yang ditetapkan sahaja b. Nama penerima adalah sama dalam permohonan dan pada plot di atas pelan, c. Kaveat pendaftar bagi memastikan hanya disempurnakan ke atas nama yang diperakukan. d. Sekatan - tidak boleh dipindahmitik § tahun dari tarikh pendaftaran pindahmilik kepada penerima pertama. KELULUSAN (Pengarah / Pentadbir Tanah) PENGELUARAN SURAT KEPUTUSAN (PTG / PTD) PEMBAYARAN PREMIUM DAN LAIN-LAIN BAYARAN (lurukur / Pemitik) PENGELUARAN HAKMILIK (PTG/PTD) 1, Meluluskan pecah sempadan kepada abhli keluarga yang namanya sepertimana pada pelan dan dalam kertas perekuan. 2. Mengenakan premium dan __ syarat-syarat kelulusan. Mengeluarkan surat keputusan kepada pemohon /jurukur. 1. Menyediakan dan memastikan —bayaran premium dan bayaran-bayaran lain dijelaskan. 2. Menyediakan draf hakmilik 1. Endorsan Kaveat Pendaftar bersekali dengan pendaftaran hakmilik untuk pecah sempadan kepada abli keluarga, 2. Pendaftran kepada hakmilik beserta perubahan sekatan. LAMPIRAN 4 CARTA ALIRAN PERMOHONAN PECAH SEMPADAN DAN UBAHSYARAT SERENTAK BAGI TUJUAN PEMBAHAGIAN KEPADA AHLI KELUARGA (SBKS / SEKSYEN 124A) PERMOHONAN (Pemohon/Perunding /urukur) KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG (Osc - PBT) PENYEDIAAN PERAKUAN (PTG / PTO) 1. Membuat akuan sumpah bahawa tujuan pecah sempadan ini adalah untuk ahli keluarga sahaja. 2. Menyenaraikan penerima dan hubungan kekeluargaan Mengemukakan pelan KM kepada OSC (PBT). 4, Memperincikan pada pelan KM perakuan berikut a. Tajuk permohonan adalah untuk pecah sempadan kepada ahli keluarga. b. Pemohon membuat akuan sumpah bahawa tujuan pecah sempadan ini adalah untuk ahli keuarga sahaja. .Pecahan plot pada pelan nama semua ahli keluarga, yang terlibat termasuk hubungan ahli keluarga dengan pemilik tanah 1. Mempertimbangkan permohonan ini bagi tujuan pembahagian ahli keluarga. 2. Mengecualikan sebarang pengenaan caj_pemajuan (sekiranya ada) mengambil kira ia adalah untuk ahli keluarga Mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah beserta kelulusan kebenaran merancang (KM) daripada PBT. 1, Mengemukakan perakuan kepada PTG. 2. Mengemukakan syor bahawa permohonan pecah sempadan ini diluluskan dengan mengambil kira ianya adalah untuk tujuan pecah bahagi kepada ahli keluarga. 3, Memperakukan nama ahli keluarga berkenaan. 4, Meletakkan syarat kawalan: a. Pemberian kepada ahli keluarga seperti yang diperakukan sahaj b. Nama penerima adalah sama dalam permohonan dan pada plot di atas pelan. c. Kaveat pendaftar bagi memastikan hanya disempurnakan ke atas nama yang diperakukan. d. Sekatan — tidak boleh dipindahmilik 10 tahun dari tarikh pendaftaran_pindahmilik kepada penerima pertama KELULUSAN, (Pihak Berkuasa Negeri) PENGELUARAN SURAT KEPUTUSAN (PTG / PTD) PEMBAYARAN PREMIUM DAN LAIN-LAIN BAYARAN (urukur / Pemilik) PENGELUARAN HAKMILIK (PTG / PTD) 1. Meluluskan pecah sempadan kepada abil keluarga yang namanya sepertimana pada pelan dan dalam kertas perakuan. 2. Mengenakan premium / syarat-syarat kelulusan. i. Kegunaan ji, Syarat Nyata iii, Sekatan Kepentingan halangan pindahmilik dari penerima pertama kepada penerima lain dalam tempoh 5 tahun. 3. Pengecualian Kebenaran Merancang (KM) dan Caj Pemajuan Mengeluarkan surat keputusan kepada pemohon / jurukur. 1. Menyediakan dan memastikan—bayaran premium dan bayaran-bayaran lain dijelaskan. 2. Menyediakan draf hakmilik 41. Endorsan Kaveat Pendaftar bersekali dengan pendaftaran hakmillk untuk pecah sempadan kepada ahli keluarga dan sekatan 5 tahun pindahmilik berkuatkuasa selepas _pindahmilik beriaku. 2. Pendaftran kepada hakmilik beserta perubahan sekatan.

You might also like