You are on page 1of 3

SUBJEK

SHCI2212 – ULUM AL-QURAN (02)

TAJUK TUGASAN
PROPOSAL KAJIAN HIKMAH-HIKMAH DI SEBALIK MUHKAMAT DAN
MUTASYABIHAT SERTA PEMAHAMAN ULAMA TENTANGNYA

NAMA AHLI KUMPULAN


MUHAMMAD SABIQ JAFNI BIN KASMUNI (SX220418HPIHS01)
MUHAMMAD AFIF AFHAM BIN JAMIL (SX220397HPIHS01)
AHMAD HAKIMI RABBANI BIN UMAR RADZI (SX220406HPIHS01)
RAJA AMIRUL AIMAN BIN MAHADI (SX220448HPIHS01)
FAIZUL ZAHIN BIN HIRJOHARI (SX220451HPIHS01)

NAMA PENSYARAH
DR. ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH
PENDAHULUAN
Penulis memulakan penulisan dengan membawa pemahaman hikmah Al Quran diturunkan oleh
Allah SWT kepada ummat manusia. Sifat Al Quran yang sempurna menyelamatkan aqidah
ummat, melengkapkan segala aspek kehidupan manusia sama ada di dunia dan di akhirat.
Penulis juga memberi penjelasan bahawa tidak semua ayat Al Quran difahami sepenuhnya oleh
kita tanpa kaedah pemahaman yang dirungkaikan maksudnya yang tersirat dan tersurat oleh para
ulama yang muktabar.
Penulis menerangkan ada jenis ayat di dalam Al Quran iaitu Ayat Muhkam dan ayat
Mutasyabihat. Selain itu akan diterangkan kriteria dan ayat pembahagian ayat muhkam dan ayat
mutasyabihat. Di samping itu juga, penulis akan menerangkan berkaitan pandangan para ulama
dan cara mereka bertaamul dengan ayat-ayat berkenaan. Dan akhir sekali, akan dijelaskan
hikmah serta nilai-nilai akan keberadaan ayat-ayat Muhkamat dan Mutasyabihat dalam Al-Quran
yang dapat dijadikan pelajaran bagi manusia akan dihuraikan dalam kajian ini.

METODE DAN OBJEKTIF KAJIAN


Kaedah atau pendekatan penulis dalam meneliti kajian :

 Penelitian kajian akan menggunakan buku-buku rujukan, jurnal-jurnal laporan , teks-teks


yang berkaitan kajian dan sebagainya samaada daripada sumber primer ataupun
sekunder.
 Kaedah Library Research.
 Penulis akan berusaha mencari pandangan dan kaedah yang digunakan para ulama salaf
(Mutaqadimin ) dan khalaf (Mutaakhirin).
 Penulis juga akan berusaha menyusun berbagai maklumat yang tepat berkaitan hikmah-
hikmah adanya ayat muhkamat dan mutasyabihat.

ISI KANDUNGAN
PENGERTIAN MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT

 Penulis menerangkan berkaitan maksud muhkam dan mutasyabih dari segi bahasa.
 Selain itu, penulis juga akan menjelaskan definisi muhkam dan mutasyabih dari segi
terminologi yang diambil daripada ungkapan para ulama muktabar.
CONTOH-COHTOH AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT

 Penulis akan membahagikan contoh ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat.


 Penulis akan memberikan beberapa contoh ayat muhkamat beserta maknanya.
 Penulis akan memberikan beberapa contoh ayat mutasyabihat berserta maknanya.
 Penulis akan membahagikan contoh bahagian ayat mutasyabihat kepada tiga bahagian
iaitu:
- Kesamaran dari segi lafaz
- Kesamaran dari segi makna
- Kesamaran dari segi lafaz dan makna

PANDANGAN ULAMA SALAF DAN KHALAF BERKAITAN AYAT MUTASYABIHAT

 Penulis akan menjelaskan pendapat ulama berkaitan keberadaan ayat muhkamat dan
mutasyabihat berdasarkan dalil-dalil Al Quran.
 Penulis juga akan menerangkan pandangan dua kelompok ulama iaitu ulama
Mutaqaddimin dan Mutaakhirin berkaitan ayat mutasyabihat.
 Penulis juga akan menyelitkan berkaitan definisi kaedah Takwil dan juga Tafwidh.
 Penulis akan memberikan penjelasan berkaitan kaedah yang digunakan oleh ulama salaf
dan khalaf dan sebab-sebab digunakan kaedah tersebut.

HIKMAH-HIKMAH AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT

 Penulis akan menerangkan hikmah mengetahui dan mempelajari ayat-ayat muhkam dan
mutasyabih.
 Penulis juga akan menjelaskan huraian berkaitan hikmah-hikmah keberadaan ayat
muhkam dan mutasyabih di dalam kita memperlajari Ilmu Al Quran.

KESIMPULAN KAJIAN
Secara kesimpulannya, para penulis ingin mempelajari lebih terperinci ilmu dan maklumat
berkaitan ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat melalui kajian-kajian para ilmuan samada
melalui kitab-kitab para ulama atau jurnal dan kajian daripada ahli-ahli akademik. Di samping itu
juga, kami ingin mengetahui hikmah-hikmah adanya bahagian ayat muhkamat dan mutasyabihat
ini di dalam Al Quran sebagai tugas dan tanggungjawab kita meneliti dan mengkaji makna
sebenar yang ingin di sampaikan oleh ALLAH SWT kepada kita sebagai hambaNya untuk
mengadikan diri kepadaNya.

You might also like