You are on page 1of 3

Bab 1.

1 – Pengertian Sejarah

Pengertian Sejarah dikaji oleh sejarawan, ahli sejarah yang, menyelidiki rekod lalu dan memuatkan
dapatan kajian dalam bentuk buku, monograf atau makalah. Sejarah dalam umum bermaksud
peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

Sejarah dalam kamus dewan bermaksud kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang
telah lalu. Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau serta asal usul dan salasilah.

Sejarah dalam Bahasa Melayu bermaksud berasal dari perkataan Arab, iaitu syajaratun bererti pokok.
Maksud sejarah tersebut juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.

Sejarah dalam Bahasa Inggeris disebut History yang bermaksud cerita tentang seseorang. Perkataan
ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan.
Bab 1.2 – Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarah

Only in objective

Herodotus

“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya
sesuatu peristiwa.”

Karya: Histories atau Sejrah Perang Parsi

E.H. Carr

“Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan faktanya. Suatu dialog yang tidak
berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.”

Karya: What is History?

Ibn Khaldun

“Membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan


yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.”

Karya: Muqqadimah

Khoo Kay Kim

“Apa-apa yang sudah berlaku. Mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa
kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Ibu kepada semua bidang.”

Muhd Yusof Ibrahim

“Merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa lalu
yang lalu.”

Karya: Sejarawan dan Pensejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi


Bab 1.3 Masa Silam dan Ruang Dalam Sejarah

Masa silam ialah rentetan peristiwa yang telah berlaku. Kronologi ialah masa silam dikaji berdasarkan
urutan masa. Masa silam juga merujuk rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut
urutan masa dari awal hingga terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.

Ruang masa dibahagikan kepada dekad, abad dan alaf. Ruang masa boleh diukur mengikut Zaman
sebelum masihi dan Zaman masihi. Ruang sejarah yang lurus mendorong sejarawan membahagikan
penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial. Tujuan tersebut adalah
memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah. Konteks
sejarah Malaysia ruang masa dibahagikan kepada Zaman kesultanan melayu Melaka, Zaman
Kemunculan Kuasa-kuasa luar dan Zaman kemerdekaan negara.

Bab 1.4 – Sumber Sejarah

Sumber sejarah boleh membantu kita mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu.

Sumber primer bersifat asli dan belum diolah atau diterbitkan. Sumber primer juga belum ditafsir.
Sumber primer perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu peristiwa.
Contoh sumber primer ialah artifak, fosil dan bukan artifak.

Sumber sekunder telah diolah dan diterbitkan serta bahan tersebar kepada umum. Sumber sekunder
boleh membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan hasil penyelidikan sejarah
yang telah diterbitkan. Contoh sumber sekunder ialah buku, majalah dan jurnal.

You might also like