You are on page 1of 17

Task Force P-PGB

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia

Makluman
Pentaksiran bagi Pemilihan
Pengetua dan Guru Besar (PGB)
di bawah Syarat Baharu

INISIATIF PIAGAM PEMIMPIN PPPM 2013-2025


PENTAKSIRAN BAGI PEMILIHAN PELANTIKAN PENGETUA/GURU BESAR
DI BAWAH SYARAT BAHARU
MODUL PENGGANTIAN PEMIMPIN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia


ISI KANDUNGAN

Pendahuluan
Pentaksiran Bagi Pemilihan Untuk Pelantikan Pengetua/Guru Besar (PGB)
di bawah Syarat Baharu
Matlamat Pentaksiran

Kerangka Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran
- Portfolio
- Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT)
- Temu Duga Berstruktur (TDB)
Pelaksanaan Pentaksiran PGB di bawah Syarat Baharu.

Peranan Calon

Lampiran A – Garis Panduan Penulisan dan Penyediaan Portfolio bagi Pentaksiran


Pemilihan Pelantikan PGB di bawah Syarat Baharu
Lampiran B – Borang Maklumat Diri

"PENTAKSIRAN PGB ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


MENGIKUT KEPERLUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA”

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia


PENDAHULUAN

Dalam era perkembangan ilmu yang kian pesat, kerajaan telah memikirkan rupa bentuk
sistem pendidikan yang dapat meningkatkan pembangunan kapasiti rakyat, agar
menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus
memantapkan lagi daya saing Malaysia di peringkat global. Bagi merealisasikan hasrat
ini, salah satu daripada langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah memilih
dan melantik pemimpin sekolah berasaskan kompetensi dan prestasi tinggi.
Sehubungan itu, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengorak langkah dengan
menyediakan satu piawai pentaksiran untuk mengawal konsistensi dan keobjektifan
proses pentaksiran pemimpin sekolah bagi tujuan pemilihan pemimpin sekolah yang
berkualiti untuk ditempatkan di setiap sekolah.

Pendidikan berkualiti melibatkan kualiti semua warga pendidikan bermula daripada


pemimpin sekolah sehingga kepada pemimpin pertengahan, guru-guru dan staf
sokongan. Kualiti warga pendidikan mempunyai hubungan dengan kompetensi dan
prestasi seseorang pemimpin sesebuah organisasi pendidikan itu. Oleh itu, usaha
melahirkan pemimpin yang berkualiti perlulah bermula daripada peringkat pemilihan
sehingga ke peringkat pembangunan berterusan. Pentaksiran yang holistik dalam memilih
pemimpin pendidikan masa hadapan adalah penting demi mencapai matlamat pendidikan
berkualiti seiring dengan permintaan pendidikan masa kini dan di masa hadapan

PENTAKSIRAN BAGI PEMILIHAN UNTUK PELANTIKAN


PENGETUA/GURU BESAR (PGB) DI BAWAH SYARAT BAHARU

Pentaksiran bagi Pemilihan PGB di bawah syarat baharu dibangunkan berasaskan


anjakan ke lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memastikan
pemimpin sekolah berkualiti tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Pemimpin sekolah
berkualiti di setiap sekolah penting dalam usaha memacu sekolah kepada prestasi
yang lebih tinggi selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013).

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia


Pentaksiran terhadap bakal pemimpin sekolah masa hadapan menjadi fokus dalam
usaha memilih pemimpin sekolah yang menepati keperluan pendidikan yang
semakin mencabar. Keperibadian dan nilai imperatif yang tinggi adalah asas kepada
kepimpinan berkualiti dan pencapaian tinggi. Keperibadian pemimpin sekolah dan
kompetensi teras perlu dititik beratkan bagi mengisi keperluan pendidikan masa kini
(PPPM 2013). Pentaksiran bagi Pemilihan PGB (P-PGB) di bawah syarat baharu
adalah penting dalam usaha memilih PGB yang kompeten dan berprestasi tinggi
melalui proses pentaksiran yang lebih komprehensif. P-PGB menekankan kepada
kompetensi teras dan kualiti peribadi dalam usaha memilih pemimpin yang berkualiti
tinggi.

MATLAMAT PENTAKSIRAN

Matlamat P-PGB di bawah syarat baharu adalah untuk memilih barisan pemimpin
sekolah yang kompeten dan berprestasi untuk dilantik sebagai PGB dalam usaha
menyediakan pemimpin sekolah yang berkualiti tinggi di setiap sekolah di seluruh negara.
Dalam usaha merealisasikan matlamat P-PGB di bawah syarat baharu ini, IAB telah
diberi tanggungjawab melaksanakan proses pentaksiran iaitu membangunkan kerangka
pentaksiran, menyediakan kaedah, instrumen dan prosedur pentaksiran seterusnya
melatih para pentaksir yang kompeten. Usaha membangunkan kerangka dan proses
pentaksiran melibatkan adaptasi KOMPAS (Model Kompetensi Pemimpin Sekolah 2009),
kajian tinjauan, perbincangan dan sumbang saran dengan pelbagai lapisan pendidik dan
pakar pendidikan.

KERANGKA PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan berasaskan Kerangka Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah


yang dijadikan sebagai Kerangka Pentaksiran PGB di bawah Syarat Baharu (Rajah
1.1). Merujuk kepada Kerangka Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah, terdapat 10
kompetensi berasaskan enam ( 6 ) domain yang perlu dikuasai dan dipunyai
sepenuhnya oleh seseorang itu sebelum memimpin sesebuah sekolah.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia


Kualiti peribadi turut didefinisikan sebagai kompetensi teras yang perlu dipunyai
kerana istilah kompetensi yang digunakan dalam kerangka bermaksud ilmu,
kemahiran dan keupayaan diri. Oleh itu, pentaksiran dilakukan terhadap 10
kompetensi tersebut.

Pengukuran terhadap 10 kompetensi berdasarkan rubrik analitik. Rubrik analitik


merupakan piawai pengukuran yang digunakan terhadap kompetensi yang diukur.
Rubrik ini memperincikan deskripsi kompetensi yang perlu dicapai secara hierarki.

Kerangka
Pentaksiran
Kompetensi Teras
Pemimpin Sekolah

Rajah 1: Kerangka Pentaksiran Kompetensi Teras Pemimpin Sekolah

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

5
KAEDAH PENTAKSIRAN

Merujuk kepada Rajah 2, Pentaksiran bagi Pemilihan PGB dilakukan apabila syarat
baharu dipenuhi.

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah


e-Pangkat

Iklan Pemangkuan Jawatan PGB melalui


e-Pangkat

Permohonan Calon yang memenuhi


Syarat Baharu

Perakuan oleh Ketua Jabatan

Pentaksiran

Perakuan JPN/Bahagian dan hantar


nama ke BPSM

Rajah 2: Carta Alir Proses Pentaksiran bagi Pemilihan PGB di bawah Syarat Baharu

Sebelum calon dipanggil untuk pentaksiran, maklumat calon akan disemak agar
memenuhi syarat baharu yang ditetapkan.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

6
Syarat baharu pemilihan PGB dinyatakan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Syarat Baharu Pemilihan PGB

Syarat Umum Syarat Khusus

(a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi (a) telah dinaikkan pangkat ke Gred
PPP Gred DG29); DG48 (bagi calon Pengetua) atau
Gred DG32 (bagi calon Guru Besar)
(b) mencapai tahap prestasi yang atau sekurang-kurangnya lima tahun
di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar
ditetapkan iaitu sebanyak 85%
SKM(B));
berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (b) mempunyai pengkhususan dalam
bidang tertentu :
(c) bebas daripada tindakan tatatertib; -Pengetua: BidangUmum/Teknikal/
Pendidikan Islam
(d) telah mengisytiharkan harta (tempoh -GuruBesar:Bidang Umum/ Cina /
lulus isytihar harta tidak melebihi lima Tamil;
(5) tahun);
(c) lulus Program Kelayakan Profesional
(e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL) atau Program Kelayakan
Pencegahan Rasuah Malaysia
Profesional Kepengetuaan (NPQH);
(SPRM);
(d) mempunyai pengalaman sekurang-
(f) bebas daripada senarai Peminjam kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat
Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran /
dan Ketua Bidang / Penolong Kanan
(termasuk Penolong Kanan yang
(g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/
Ketua Perkhidmatan. jawatan-jawatan pentadbiran di PPD /
JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;

(e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga


(3) tahun tempoh perkhidmatan
sebelum bersara (tertakluk kepada
tarikh kekosongan); dan

(f) melepasi tahap kesihatan yang


memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling
Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).

(g)

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

7
Pentaksiran bagi pemilihan PGB di bawah syarat baharu melibatkan tiga kaedah
pentaksiran (Rajah 3). Tiga (3) kaedah tersebut ialah Portfolio, Perbincangan
Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT) dan Temu duga Berstruktur (TDB) untuk
menaksir kompetensi teras pemimpin sekolah berdasarkan kerangka, instrumen dan
prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan. Calon perlu menyediakan Portfolio
terlebih dahulu untuk dibawa bersama semasa pentaksiran. Portfolio yang
disediakan hendaklah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan (Lampiran A).

•Portfolio ialah dokumentasi bertulis berasaskan pengalaman


dan bukti pelaksanaan projek/inovasi/program
1. Portfolio penambahbaikan bagi menaksir kompetensi dan prestasi
calon dalam mengurus dan memimpin organisasi/sekolah.

2. Perbincangan
Berkumpulan •PBTT ialah kaedah menaksir kemahiran berkomunikasi dan
membuat strategi seseorang calon berasaskan perbincangan
Tidak Terpimpin terhadap situasi/stimulus yang diberikan.
(PBTT)

•TDB adalah temu duga menggunakan satu set soalan piawai


3. Temuduga bersifat terbuka yang ditanya secara bersemuka kepada
Berstruktur (TDB) semua calon bagi menaksir kompetensi dan prestasi calon
melalui tindakan dan pencapaian yang telah dilaksanakan.

Rajah 3: Kaedah Pentaksiran bagi Pemilihan PGB di bawah Syarat Baharu

a. Portfolio

Portfolio mengandungi dua (2) perkara iaitu:


i. Borang Maklumat Peribadi untuk mendapatkan butiran peribadi calon
seperti Lampiran B.
ii. Portfolio iaitu dokumentasi yang menghuraikan sumbangan calon mengenai
projek/inovasi/program penambahbaikan dalam organisasi.

Kedua-dua perkara ini akan diserahkan bersama pada hari pentaksiran dilaksanakan.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

8
Struktur kandungan portfolio adalah seperti berikut:
 Nama projek/inovasi/program penambahbaikan
 Justifikasi projek/inovasi/program penambahbaikan
dijalankan(rasional)?
 Objektif projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan
 Adakah projek/inovasi/program penambahbaikan selaras dengan visi
dan misi organisasi,
 Bilakah dan di manakah projek/inovasi/program penambahbaikan
dijalankan?
 Siapakah yang terlibat?
 Apakah peranan anda dalam projek/inovasi/program penambahbaikan
ini?
 Bagaimanakah projek/inovasi/program penambahbaikan itu
dijalankan?
 Bagaimanakah program projek/inovasi/program penambahbaikan
tersebut berkait dengan pembangunan instruksi?
 Apakah perkaitan antara projek/inovasi/program penambahbaikan
dengan pembangunan kapasiti manusia?
 Bagaimanakah pemantauan projek/inovasi/program penambahbaikan
dijalankan?
 Bagaimanakah pengurusan kewangan projek/inovasi/program
penambahbaikan berkenaan diuruskan?
 Apakah impak projek/inovasi/program penambahbaikan kepada
peningkatan pencapaian sekolah?
 Impak yang dimaksudkan adalah seperti anugerah atau
pingat yang diperoleh/GPS/peratus pencapaian/baiah/
peningkatan band/peningkatan kemahiran/
penyertaan/sebarang peningkatan bidang yang dicapai
sepertimana ditetapkan dalam objektif
projek/inovasi/program penambahbaikan
 Nota: Lampiran sokongan hendaklah disertakan bersama.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

9
 Apakah aspek pembangunan kepimpinan dan pengurusan yang
diperoleh daripada pengalaman melaksanakan projek/inovasi/program
penambahbaikan (refleksi)?
 Nyatakan cadangan untuk menambahbaik projek/inovasi/program
penambahbaikan yang telah dilaksanakan?

Panduan format Portfolio untuk calon dinyatakan dalam Garis Panduan Penulisan
Portfolio (Lampiran B).

b. Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT)

Pentaksiran PBTT merupakan aktiviti perbincangan berasakan stimulus yang


disediakan. Calon diberi peluang menyatakan pandangan, idea serta pemikiran mereka
berkaitan dengan stimulus dan isu yang dibincangkan.

PBTT bertujuan untuk menaksir pemikiran, ilmu dan kemahiran yang dipunyai oleh
seseorang calon. Melalui PBTT, calon diberi peluang mempamerkan kebolehan,
keyakinan, keberanian, ketegasan, kepimpinan dan pemikiran mereka melalui
kemahiran menganalisis, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran
ini merupakan refleksi kepada ilmu yang dikuasai dan pengalaman yang telah
dilalui oleh calon. Kemahiran komunikasi calon serta nilai peribadi turut ditaksir secara
menyeluruh sepanjang pentaksiran PBTT dilaksanakan. Oleh itu, pentaksiran
PBTT lebih memfokuskan kepada kompetensi dan prestasi calon secara individu
bukan secara kumpulan.

c. Temu Duga Berstruktur (TDB)

Temu duga berstruktur (TDB) adalah temu duga langsung (straight-forward)


melibatkan satu set soalan piawai yang memfokuskan kepada peranan dan
pengalaman yang spesifik untuk menaksir kemahiran seseorang calon khusus bagi
sesuatu jawatan tertentu. TDB menggunakan set soalan piawai serupa yang ditanya
kepada semua calon. T DB mena ksir ca lon seca ra ad il de n gan memberi
peluang yang sama rata kepada calon untuk membuktikan kemahiran dan
pengalaman yang mereka ada.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

10
Pentaksiran TDB menggunakan pengalaman dan pencapaian tugasan lalu untuk
meramalkan tingkah laku akan datang. Melalui maklumat pencapaian dan
pengalaman tugasan yang lalu, jangkaan kepada tingkah laku yang akan datang
boleh diramalkan dan ianya penting untuk menyandang sesuatu jawatan. Oleh itu,
TDB dapat menaksir kompetensi dan prestasi seseorang itu berasaskan
pencapaian yang lepas dan tindakan yang telah diambil serta telah terbukti
hasilnya.

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PGB DI BAWAH SYARAT BAHARU

Pemakluman kepada calon untuk menyediakan portfolio perlu disampaikan seawal


mungkin agar calon mempunyai masa sekurang-kurangnya lima (5) hari daripada
tarikh pentaksiran. Calon dikehendaki menyerahkan portfolio tersebut pada hari
pentaksiran. Oleh itu, calon diminta bersedia dengan portfolio setelah memohon
menjadi pengetua atau guru besar.

Pentaksiran PGB di bawah syarat baharu melibatkan tiga (3) kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan dalam masa sehari untuk satu (1) kumpulan calon yang akan ditaksir
oleh satu (1) panel pentaksir.. Secara ideal, satu (1) kumpulan calon terdiri daripada
enam (6) orang calon. W alau bagaimanapun, negeri/bahagian boleh
menyesuaikan bilangan calon bagi satu (1) kumpulan antara tiga (3) hingga tujuh
(7) orang mengikut keperluan.

Terdapat lima (5) langkah utama semasa hari pentaksiran iaitu pendaftaran calon,
penyerahan portfolio, taklimat calon dan pentaksir, pentaksiran portfolio serta
pentaksiran menggunakan kaedah PBTT dan TDB. Sebelum fasa ini bermula,
pegawai bertanggungjawab (PB) Negeri atau Bahagian akan memastikan bahan
yang akan digunakan untuk pentaksiran dan susun atur bilik atau ruang pentaksiran
telah tersedia mengikut prosedur pentaksiran. Rajah 4 menunjukkan proses
pentaksiran yang berlaku pada hari pentaksiran.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

11
Mula Semasa Pentaksiran

Pendaftaran
Penyerahan Anggaran
Portfolio masa –
10 minit
Taklimat Pentaksiran
Anggaran masa –
60 minit
Pentaksiran PBTT (3 pentaksir)
Taksir Portfolio
mengikut kumpulan Anggaran masa –
Berhenti Rehat
(2 pentaksir) 10 minit

Anggaran masa : 30 minit TDB


1- port folio (1 pentaksir) Anggaran
masa –
40 X 6 =
4 jam (3
1 2 3 4 5 6
pentaksir)

Selesai

Task Force PPPGB Kriteria


Baharu_2013/

Rajah 4: Proses Pentaksiran PGB bagi Pemilihan di bawah Syarat Baharu

PERANAN CALON

Calon mestilah menyiapkan diri dan menyediakan portfolio untuk pentaksiran


sebaik sahaja permohonan diperakukan oleh pengetua atau guru besar. Oleh itu,
bagi pentaksiran PGB bagi pemilihan di bawah syarat baharu, calon dikehendaki:

1. Berpakaian kemas;
2. Bersedia daripada segi mental dan emosional;
3. Membawa Borang Maklumat Peribadi yang telah lengkap diisi (Lampiran B);
4. Membawa Portfolio yang telah disediakan merujuk Garis Panduan ditetapkan
(Lampiran A); dan
5. Menyedari bahawa calon ditaksir secara individu bagi setiap kaedah
pentaksiran.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

12
LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN
PENULISAN DAN PENYEDIAAN PORTFOLIO
BAGI PENTAKSIRAN PEMILIHAN PELANTIKAN PGB DI
BAWAH SYARAT BAHARU

Calon yang memohon untuk menjadi PGB di bawah syarat baharu, perlu menyediakan
satu (1) Portfolio yang menepati garis panduan yang dinyatakan seperti berikut.

a. merupakan SATU projek/inovasi/program penambahbaikan yang telah


dilaksanakan oleh calon dan memberi impak kepada prestasi sekolah
daripada mana-mana satu bidang dalam SKKSM

b. menghuraikan sumbangan calon dalam bentuk projek/inovasi/ program


penambahbaikan yang bermakna kepada organisasi dalam tempoh TIGA
hingga LIMA tahun terakhir.

c. ditulis antara 300 hingga 700 patah perkataan menggunakan font Times
New Roman bersaiz 12 dengan langkau 1½ baris.

d. ditulis dalam bentuk format karangan yang ditetapkan menggunakan


perisian Microsoft Word.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

13
Penulisan Portfolio perlu memenuhi struktur kandungan Portfolio yang dikehendaki.
Penulisan terbahagi kepada lima (5) sub kandungan. Calon dikehendaki menulis dan
menyediakan Portfolio mengikut format yang ditetapkan seperti berikut:

1. PENGENALAN
a. Nama projek/ inovasi/ program penambahbaikan.
b. Tarikh dan Tempat.
(bilakah dan di manakah projek/inovasi/program penambahbaikan yang
dijalankan)
c. Pelaksana dan Sasaran.
(siapakah terlibat dalam projek/inovasi/program penambahbaikan yang
dijalankan)

2. TUJUAN
a. Objektif projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.
b. Justifikasi atau rasional projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan
(mengapa projek/inovasi/program penambahbaikan dijalankan dan perkaitan
dengan visi dan misi sekolah).

3. PELAKSANAAN PROJEK
a. Peranan anda dalam projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.
b. Proses pelaksanaan projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.
(merujuk kepada peranan anda, ceritakan proses bagaimana anda melaksanakan
projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan)
c. Proses pemantauan projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.
(merujuk kepada peranan anda ceritakan proses bagaimana anda memantau
projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan)
d. Pengurusan kewangan projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

14
4. IMPLIKASI PROJEK
a. Impak projek/inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan kepada
pembangunan instruksi, pembangunan kapasiti manusia dan pencapaian
sekolah.

5. PENUTUP
a. Refleksi dalam pembangunan kepimpinan dan pengurusan daripada pengalaman
pelaksanaan projek/ inovasi/program penambahbaikan yang dijalankan.
b. Cadangan menambah baik projek/inovasi/program penambahbaikan yang telah
dijalankan.

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

15
LAMPIRAN B

BORANG MAKLUMAT DIRI BAGI


PENTAKSIRAN PEMILIHAN PELANTIKAN PENGETUA DAN GURU BESAR DIBAWAH
SYARAT BAHARU

Keterangan

Borang ini disediakan untuk mendapatkan maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Gambar
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pelantikan pengetua dan guru besar di
bawah syarat baharu. Berukuran
Pegawai yang berkenaan diminta mengisikan semua maklumat yang diperlukan untuk
tindakan Jabatan Pendidikan Negeri. Pasport

MAKLUMAT PERIBADI PEGAWAI

Nama Pegawai:

No Kad Pengenalan: (Lama) ……………………………….

(Baru) ………………………………….

Tarikh Lantikan Gred Semasa: …………………….…………………………

Tarikh Sah Jawatan Semasa: …………………………………………………

Darjah/Bintang/Pingat Kebesaran: …………………………………………………

ALAMAT PERIBADI PEGAWAI

Alamat Rumah: ………………………………………………………

No Tel Rumah: ………………………………………………………..

No Tel bimbit: ……………………………….………………………..

Alamat Pejabat:

………………………………………………………………………………………….…………………

……………………………………………………………………………………….………………………

……………………………………………………………………………………………………………

KELAYAKAN AKADEMIK
Ijazah Pengkhususan

Sarjana Muda (i) ………………………………………………………………….

(ii)………………………………………………………………….

Sarjana (i) ………………………………………………………………….

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

16
PhD (i) ……………………………………………………………….

Kelayakan Lain (i) ………………………………………………………………..

(Nyatakan) (ii) ………………………………………………………………….

PENGUASAAN BAHASA & ICT


Penguasaan Bahasa Inggeris (tandakan / diruangan yang sesuai)

Lisan Penulisan

Cemerlang ..……………… ………………

Baik ......……………. ……………….

Sederhana ……………….. ……………….

PENGALAMAN KERJA
Gred Jawatan Gelaran Jawatan Tempat Bertugas Tempoh

SUMBANGAN KEPAKARAN
Tahun Tempat Pembentang Tajuk Pembentangan

KEHADIRAN KURSUS/LATIHAN DUA TAHUN KEBELAKANGAN (BERKAITAN BIDANG TUGAS SAHAJA)


Tahun Tajuk Kursus

…………….. ……………………………………………. …………………………………

.……………. ……………………………………………. …………………………………

…………….. …………………..……………………………………………………………

……………. ………………………………………………………………………………..

(SILA TAMBAH JIKA PERLU)

DUA/TIGA KURSUS YANG INGIN DIHADIRI DAN ALASAN INGIN MENGIKUTINYA


Tajuk Kursus Alasan

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Makluman_P-PGB/IAB_Kementerian Pendidikan Malaysia

17

You might also like