Kerajaan Malaysia: Peraturan Bagi Membelanjakan Peruntukan Pinjaman Di Bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

You might also like

You are on page 1of 49

PA 1.

KERAJAAN MALAYSIA

Peraturan Bagi Membelanjakan


Peruntukan Pinjaman Di Bawah Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 1.1

KANDUNGAN

PENGURUSAN PINJAMAN .............................................................................................. 2


PA 1.1 Peraturan Bagi Membelanjakan Peruntukan Pinjaman Di Bawah Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan......................................................................................... 2
1. Tujuan .................................................................................................................. 2
2. Bidang Kuasa Pegawai Pengawal...................................................................... 2
3. Bidang Kuasa Perbendaharaan ......................................................................... 3

M.S. 1
/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 1.1

PENGURUSAN PINJAMAN

PA 1.1 Peraturan Bagi Membelanjakan Peruntukan Pinjaman


Di Bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

1. Tujuan

1.1 Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan peraturan


bagi membelanjakan peruntukan pinjaman yang telah disediakan
dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan
Persekutuan.

1.2 Perbelanjaan peruntukan pinjaman hendaklah melibatkan


proses kelulusan, pengeluaran, membayar balik pinjaman dan
pengawalan ke atas projek-projek yang dibiayai dengan pinjaman.

1.3 Proses tersebut melibatkan tanggungjawab Pegawai Pengawal


yang dinyatakan secara terperinci dalam para 2.

1.4 Peminjam adalah Kerajaan Negeri, Badan Berkanun,


Syarikat Berkepentingan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan
Syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

2. Bidang Kuasa Pegawai Pengawal

2.1 Pegawai Pengawal selaku pemilik projek (project owner) yang


menerima permohonan pinjaman, bertanggungjawab menimbang
kedayahidupan (viability) dan produktiviti projek sebelum
mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi
(UPE). Ini termasuk mengkaji prestasi bayaran balik pinjaman bagi
agensi yang sedang dan pernah menerima pinjaman.

2.2 Seterusnya, UPE akan mempertimbang dan meluluskan projek-


projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia serta
menentukan siling peruntukan (termasuk komponen pinjaman).

2.3 Setelah menerima peruntukan pinjaman oleh Bahagian


Belanjawan di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Kerajaan Persekutuan secara tahunan, Pegawai Pengawal
hendaklah memperakukan permohonan pinjaman-pinjaman dari
agensi-agensi kepada Perbendaharaan untuk kelulusan.

2.4 Permohonan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman hendaklah


dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pinjaman
M.S. 2
/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 1.1
Kerajaan Persekutuan. Untuk mengelakkan kelewatan pemprosesan
pinjaman dan pelaksanaan projek, semua permohonan bagi
pinjaman baharu/tambahan hendaklah dikemukakan kepada
Perbendaharaan sebelum 31hb. Mac setiap tahun. Permohonan
lewat dari tarikh ini mungkin tidak akan dipertimbangkan.

2.5 Selepas pinjaman diluluskan, Pegawai Pengawal hendaklah:

2.5.1 Mengawal pelaksanaan dan kemajuan fizikal projek;

2.5.2 Membuat perakuan kepada Perbendaharaan untuk


pengeluaran wang pinjaman tertakluk kepada Perjanjian
Pinjaman;

2.5.3 Mengawal perbelanjaan projek-projek;

2.5.4 Melaksanakan lawatan tapak bagi projek-projek berbentuk


fizikal;

2.5.5 Mengemukakan kepada Perbendaharaan laporan kemajuan


projek seperti yang dikehendaki dalam Perjanjian Pinjaman;
dan

2.5.6 Memastikan agensi peminjam membayar balik pinjaman


mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) pinjaman.

3. Bidang Kuasa Perbendaharaan

3.1 Perbendaharaan berkuasa ke atas perkara-perkara berikut:-

3.1.1 Mempertimbangkan permohonan pinjaman dari peminjam


dengan menilai daya maju projek-projek;

3.1.2 Meluluskan permohonan pinjaman. Bagi projek-projek baharu


yang diberi peruntukan akan dinilai semula oleh
Perbendaharaan apabila ianya hendak dilaksanakan pada
tahun semasa;

3.1.3 Menentukan syarat-syarat pinjaman;

3.1.4 Menyediakan dan menandatangani Perjanjian Pinjaman


sebagai pemberi pinjam;

3.1.5 Mengawal pengeluaran pinjaman iaitu dengan


mempertimbangkan permohonan pengeluaran wang
pinjaman. Semua pengeluaran peruntukan bagi projek baru

M.S. 3
/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 1.1
atau sambungan hanya akan dibuat selepas Perjanjian
Pinjaman ditandatangani;

3.1.6 Permohonan hendaklah dibuat untuk mengeluarkan


pinjaman dengan menyertakan laporan kemajuan
projek tersebut. Permohonan ini hendaklah menggunakan
format yang ditetapkan oleh Perbendaharaan;

3.1.7 Mendapatkan bayaran balik pinjaman dari peminjam; dan

3.1.8 Kuasa-kuasa lain Perbendaharaan sebagai pemberi pinjam


yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pinjaman.

M.S. 4
/4
PA 2.2

KERAJAAN MALAYSIA

Pelaksanaan Mekanisma Penggenapan


Dalam Menangani Isu Berkaitan Penggunaan
Duit Syiling 1 Sen

PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 2.2

KANDUNGAN

PASARAN KEWANGAN .................................................................................................... 2


PA 2.2 Pelaksanaan Mekanisma Penggenapan Dalam Menangani Isu Berkaitan
Penggunaan Duit Syiling 1 Sen ..................................................................................... 2
1. Tujuan .................................................................................................................... 2
2. Mekanisma Penggenapan .................................................................................... 2
3. Peraturan Pelaksanaan Mekanisma Penggenapan ............................................ 3

M.S. 1/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 2.2

PASARAN KEWANGAN

PA 2.2 Pelaksanaan Mekanisma Penggenapan Dalam


Menangani Isu Berkaitan Penggunaan Duit Syiling 1 Sen

1. Tujuan

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mekanisma dan


peraturan berkenaan pelaksanaan penggenapan jumlah keseluruhan
bil yang berakhir dengan 1, 2, 8, dan 9 sen kepada puluh sen
terdekat manakala 3, 4, 6, dan 7 sen kepada 5 sen terdekat bagi
semua transaksi di bawah Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan.

2. Mekanisma Penggenapan

2.1 Mekanisma Penggenapan ialah mekanisma yang memerlukan


jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2, 8, dan 9 sen
digenapkan kepada puluh sen terdekat manakala 3, 4, 6, dan 7
sen digenapkan kepada 5 sen terdekat.

2.1.1 Bagi jumlah bil yang berakhir dengan 1 dan 2 sen


diturunkan kepada puluh sen terdekat, bagi 3 dan 4 sen
dinaikkan kepada 5 sen terdekat bagi 6 dan 7 sen diturunkan
kepada 5 sen terdekat, manakala 8 dan 9 sen dinaikkan
kepada puluh sen terdekat, seperti contoh 1 berikut:

Contoh 1

Contoh: Jumlah Bil


Penggenapan Jumlah bil sebelum Pelarasan Jumlah bil selepas
digenapkan Penggenapan digenapkan
(RM) (RM) (RM)
Ke bawah 5.01 -0.01
(puluh sen terdekat) 5.02 -0.02 5.00

Ke atas 5.03 +0.02


(lima sen terdekat) 5.04 +0.01 5.05

Ke bawah 5.06 -0.01


(lima sen terdekat) 5.07 -0.02 5.05

Ke atas 5.08 +0.02


(puluh sen terdekat) 5.09 +0.01 5.10

M.S. 2/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 2.2
2.1.2 Di dalam mekanisma ini, penggenapan hanya dibuat pada
jumlah keseluruhan bil atau bil bulanan yang perlu dibayar
(due for payment) dan bukan bagi setiap item di dalam bil
berkenaan, seperti contoh 2 berikut:

Baris tambahan di dalam bil dan resit untuk menunjukkan Penggenapan

3. Peraturan Pelaksanaan Mekanisma Penggenapan

3.1 Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan serta semua agensi di


bawah seliaan mereka dikehendaki:

3.1.1 melaksanakan mekanisma penggenapan di peringkat sumber


(at source) iaitu semasa cetakan bil bagi semua urusniaga di
bawah bidang kuasa masing-masing;

3.1.2 mempamerkan jadual mekanisma penggenapan di kaunter


pembayaran; dan

3.1.3 menunjukkan pelarasan penggenapan di dalam bil dan resit


bagi memastikan pengguna dimaklumkan cara penggenapan
dilakukan.

M.S. 3/4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 2.2

3.2 Mekanisme penggenapan juga merangkumi transaksi bukan


tunai di kaunter seperti pembayaran menggunakan cek dan kad
kredit atau kaedah-kaedah lain pembayaran elektronik.

3.3 Pelaksanaan mekanisma ini tidak memberi kesan kepada harga


asal barangan / perkhidmatan yang dibekalkan.

M.S. 4/4
PA 3.1

KERAJAAN MALAYSIA

Garis Panduan Untuk Penyediaan Dan


Pembentangan Laporan Tahunan Dan
Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1

KANDUNGAN

LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN


PERSEKUTUAN ..................................................................................................... 2
PA 3.1 Garis Panduan Untuk Penyediaan Dan Pembentangan Laporan
Tahunan Dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan .................... 2
1. Tujuan .......................................................................................................... 2
2. Latar Belakang ............................................................................................ 2
3. Piawaian Perakaunan Yang Perlu Diterima Pakai .................................... 3
4. Pembentangan Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan .................... 3
5. Garis Panduan ............................................................................................. 4
LAMPIRAN ............................................................................................................. 5

M.S. 1/5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1

LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN


PERSEKUTUAN

PA 3.1 Garis Panduan Untuk Penyediaan Dan Pembentangan Laporan


Tahunan Dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan

1. Tujuan

1.1 Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk menetapkan perkara-


perkara,yang,perlu didedahkan sebagai Keperluan Pendedahan
Minimum (Minimum Disclosure Requirements) di dalam Laporan
Tahunan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memaklumkan
mengenai piawaian perakaunan yang perlu diterima pakai oleh
Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di dalam menyediakan Penyata
Kewangan selaras dengan kehendak Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia. Di samping itu juga, ia adalah untuk
memastikan urusan mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata
Kewangan Yang Telah Diaudit kepada Jemaah Menteri dan
pembentangannya di Parlimen dapat dijalankan secara teratur serta
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2. Latar Belakang

2.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1994 telah menyediakan


garis panduan bagi membantu BBP dalam menyediakan Laporan
Tahunan dan Penyata Kewangan untuk dikemukakan kepada
Jemaah Menteri dan dibentangkan ke Parlimen dengan
menggariskan Keperluan Pendedahan Minimum dan berdasarkan
prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

2.2 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1994 menjelaskan


prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum bermakna prinsip-
prinsip dan amalan perakaunan yang standard yang disediakan dan
diumumkan oleh badan profesional yang ditubuhkan mengikut
undang-undang untuk kegunaan ahli-ahlinya berhubung dengan
akaun tahunan bagi perdagangan, perindustrian dan perniagaan di
Malaysia. Sehubungan itu, semua BBP menerima pakai piawaian
perakaunan MASB yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia semasa menyediakan Penyata Kewangan
tahunan. Walau bagaimanapun, kini piawaian perakaunan MASB
telah digantikan dengan dua (2) piawaian perakaunan yang baru
iaitu Financial Reporting Standards (FRS) dan Private Entity
Reporting Standards (PERS).

M.S. 2/5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1

3. Piawaian Perakaunan Yang Perlu Diterima Pakai

3.1 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia telah menetapkan FRS


perlu diterima pakai oleh Syarikat Awam Tersenarai, manakala
PERS boleh diterima pakai oleh syarikat persendirian yang tidak
dikehendaki untuk menyerahkan Penyata Kewangan kepada
Suruhanjaya Sekuriti (SC), atau Bank Negara Malaysia (BNM); dan
bukan anak syarikat atau syarikat bersekutu kepada entiti yang
dikehendaki menyerahkan Penyata Kewangan kepada SC atau
BNM.

3.2 Selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia, piawaian perakaunan yang perlu diterima
pakai oleh BBP adalah berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

i. Bagi BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang merupakan


Syarikat Awam Tersenarai dan perlu menyerahkan Penyata
Kewangan kepada SC dan BNM, BBP tersebut hendaklah
menerima pakai FRS;

ii. Bagi BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang bukan


merupakan Syarikat Awam Tersenarai dan tidak perlu
menyerahkan Penyata Kewangan kepada SC dan BNM, BBP
tersebut juga boleh memilih untuk menerima pakai PERS;

iii. Bagi BBP yang tidak mempunyai syarikat subsidiari, BBP


tersebut boleh memilih untuk menerima pakai PERS;

iv. Bagi BBP yang merupakan institusi kewangan yang tertakluk


kepada Akta Pembangunan Institusi Kewangan atau
Development Financial Institutions Act (DFIA), BBP tersebut
hendaklah menerima pakai FRS.

Semua BBP haruslah menerima pakai FRS atau PERS yang


tertakluk kepada pindaan terkini (jika ada) sepenuhnya semasa
menyediakan Penyata Kewangan masing-masing.

4. Pembentangan Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

4.1 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit


sahaja perlu dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan
dibentangkan di Parlimen.

M.S. 3/5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1

5. Garis Panduan

5.1 Garis panduan yang disediakan sebagai Lampiran kepada


Pekeliling Perbendaharaan ini adalah merupakan satu dokumen
yang mengandungi perkara-perkara yang harus diberi perhatian
dalam penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan. Ia
juga menetapkan tempoh masa untuk mengemukakan dokumen-
dokumen tersebut kepada Ketua Audit Negara, Menteri yang
berkenaan, Jemaah Menteri serta pembentangannya di Parlimen.
Garis panduan ini mengandungi tiga bahagian iaitu:

i. Bahagian I - Penyediaan Laporan Tahunan


ii. Bahagian II - Penyediaan Penyata Kewangan
iii. Bahagian III - Jadual Bagi Penyediaan dan
Pembentangan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan

5.2 Matlamat garis panduan yang disertakan adalah untuk:

i. Meningkatkan akauntabiliti melalui penyediaan dan penyampaian


laporan aktiviti BBP dan Penyata Kewangannya mengikut tempoh
masa yang ditetapkan;

ii. Membantu pemahaman mengenai sesebuah BBP, objektif, fungsi


dan operasinya termasuk setiap program, aktiviti dan projek yang
dijalankan sepanjang tahun;

iii. Menetapkan pemakaian piawaian perakaunan yang diiktiraf oleh


badan-badan perakaunan profesional berdasarkan kriteria BBP
yang telah ditetapkan;

iv. Meningkatkan lagi kualiti perakaunan dalam penyediaan Penyata


Kewangan;

v. Meningkatkan tadbir urus yang baik di semua BBP di mana


peranan dan tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah
dan Ketua Eksekutif dalam pengurusan BBP adalah seperti di
Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 1998; dan

vi. Memberi gambaran yang jelas dan lengkap dalam penyampaian


maklumat kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan pihak-pihak lain
yang berkaitan.

M.S. 4/5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1

LAMPIRAN

M.S. 5/5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

KANDUNGAN
GARIS PANDUAN UNTUK PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN
TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN ................... 3

TUJUAN .................................................................................................................................. 3

LATAR BELAKANG ............................................................................................................... 3

BAHAGIAN I – PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN ........................................................... 4

KAEDAH-KAEDAH PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN ................................................ 4

KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN ................................................................................ 5

BAHAGIAN II – PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN ..................................................... 10

PEMAKAIAN AM DAN DEFINISI ...................................................................................... 10

PRINSIP - PRINSIP PERAKAUNAN YANG DITERIMA UMUM ........................................ 11

DASAR - DASAR PERAKAUNAN .................................................................................... 11

KEPERLUAN PENDEDAHAN AM .................................................................................... 11

PENILAIAN KE ATAS ASET............................................................................................. 12

PENILAIAN DAN PEMBENTANGAN LIABILITI-LIABILITI............................................... 12

RIZAB DAN PERUNTUKAN ............................................................................................. 12

PERAKAUNAN UNTUK PEMBERIAN (GERAN) - PEMBANGUNAN DAN


MENGURUS ...................................................................................................................... 13

SUMBER - SUMBER YANG DISEDIAKAN SECARA PERCUMA .................................... 13

SIJIL DAN PENYATA YANG PERLU DISERTAKAN DALAM PENYATA


KEWANGAN ..................................................................................................................... 14

DOKUMEN - DOKUMEN KEWANGAN ............................................................................. 14

BAHAGIAN III – JADUAL BAGI PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN


TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN ............................................................................ 15

M.S. 1/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN-LAMPIRAN

1. BUTIR-BUTIR TERPERINCI LAPORAN PRESTASI LAMPIRAN A


UNTUK KATEGORI BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN

2. PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG LAMPIRAN B


BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENGURUSAN
KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
BERKENAAN

3. PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LAMPIRAN C


LEMBAGA PENGARAH (AKAUN INDUK)

4. PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LAMPIRAN D


LEMBAGA PENGARAH (AKAUN KUMPULAN)

5. GAMBARAJAH PENYEDIAAN DOKUMEN SEBELUM LAMPIRAN E


URUSAN PENGAUDITAN

6. JADUAL DAN PROSES BAGI PENYEDIAAN DAN LAMPIRAN F


PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN DAN
PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN

7. CARTA ALIRAN BAGI PENYEDIAAN LAPORAN LAMPIRAN G


TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN
BERKANUN PERSEKUTUAN

M.S. 2/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

GARIS PANDUAN UNTUK PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN


TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menetapkan perkara-perkara yang perlu didedahkan
sebagai Keperluan Pendedahan Minimum di dalam Laporan Tahunan dan piawaian
perakaunan yang perlu diterima pakai oleh Badan Berkanun Persekutuan (BBP)
semasa menyediakan Penyata Kewangan. Garis Panduan ini juga bertujuan untuk
memastikan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit
dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan pembentangannya di Parlimen dapat
dijalankan secara teratur.

LATAR BELAKANG

2. Garis panduan ini adalah untuk memberi panduan kepada BBP di dalam
penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang akan dikemukakan kepada
Menteri masing-masing dan Jemaah Menteri serta dibentangkan di Parlimen dengan
menetapkan perkara-perkara yang perlu didedahkan sebagai Keperluan Pendedahan
Minimum. Garis panduan ini mengandungi tiga bahagian iaitu:

i. Bahagian I - Penyediaan Laporan Tahunan


ii. Bahagian II - Jadual bagi penyediaan dan pembentangan
iii. Bahagian III - Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

M.S. 3/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

BAHAGIAN I – PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN

OBJEKTIF LAPORAN TAHUNAN

3. Laporan Tahunan yang disediakan oleh setiap BBP seharusnya memenuhi


objektif-objektif berikut:

3.1 Membantu pemahaman mengenai sesebuah BBP, objektif, fungsi dan


operasinya termasuk program, aktiviti dan projek yang dijalankan
sepanjang tahun;

3.2 Memberi maklumat mengenai matlamat dan faedah program, aktiviti dan
projek serta sejauh mana ianya tercapai;

3.3 Memberi maklumat mengenai tahap sumbangan dan bantuan Kerajaan;

3.4 Memberi gambaran mengenai kedudukan kewangan secara keseluruhan;


dan

3.5 Memberi maklumat mengenai kejayaan yang diperolehi dalam


meningkatkan taraf hidup golongan sasaran khasnya dari aspek
sosioekonomi.

KAEDAH-KAEDAH PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN

4. Laporan Tahunan haruslah disediakan dengan cara yang bersesuaian supaya


dapat mengambil kira objektif-objektif seperti disenaraikan di perenggan 3 di atas.
Gambar rajah, carta dan jadual-jadual hendaklah digunakan untuk meningkatkan kualiti
laporan yang disediakan.

5. Ciri-ciri penting harus dititikberatkan supaya mudah dikenal pasti dan maklumat
yang disediakan hendaklah komprehensif. Di mana bersesuaian, angka-angka
perbandingan dan peratusan perubahan hendaklah disediakan untuk memberi
gambaran arah aliran perubahan dari setahun ke setahun.

M.S. 4/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN

6. Memandangkan aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi BBP berbeza di antara satu


sama lain, perkara-perkara yang harus diliputi di dalam Laporan Tahunan untuk
sesebuah BBP mungkin juga berbeza. Oleh itu adalah sukar untuk menetapkan satu
format yang seragam atau menetapkan secara terperinci perkara-perkara yang
seharusnya diliputi oleh sesuatu Laporan Tahunan. Walau bagaimanapun, Laporan
Tahunan sesebuah BBP haruslah dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan
pembentangannya di Parlimen sebagai satu dokumen tunggal yang sekurang-
kurangnya mengandungi perkara-perkara berikut:

i. maklumat korporat;
ii. latar belakang BBP;
iii. laporan pengerusi;
iv. laporan ke atas bantuan Kerajaan;
v. analisis prestasi kewangan;
vi. laporan prestasi;
vii. Penyata Kewangan yang telah diaudit; dan
viii. maklumat-maklumat lain.

6.1 Maklumat Korporat

Maklumat korporat haruslah termasuk senarai pegawai-pegawai utama


sesebuah BBP seperti berikut:

 pengerusi dan timbalannya;


 Lembaga Pengarah yang berkhidmat dalam tahun berkenaan;
 ahli-ahli panel pelaburan (jika ada);
 ahli-ahli jawatankuasa audit;
 pegawai-pegawai utama atau pegawai-pegawai kanan termasuk
pengurus besar dan pengurus cawangan;
 setiausaha;
 juruaudit;
 alamat pejabat yang berdaftar; dan
 carta organisasi untuk memberi gambaran tentang struktur korporat
sesebuah BBP.

M.S. 5/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

6.2 Latar Belakang BBP

Latar belakang BBP haruslah termasuk perkara-perkara berikut:

 Akta Parlimen yang berkenaan di bawah mana sesebuah BBP


ditubuhkan;

 tujuan atau objektif BBP itu; dan


 fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti utamanya termasuk aktiviti syarikat
subsidiari.

6.3 Laporan Pengerusi

Laporan pengerusi haruslah merangkumi perkara-perkara berikut:

 ulasan secara keseluruhan ke atas program, aktiviti dan projek


sesebuah BBP dan syarikat subsidiarinya (jika ada);

 pencapaian program, aktiviti dan projek serta kedudukan kewangan


organisasi mengenai tahun berkenaan yang dilaporkan dengan
perbandingan pencapaian tahun-tahun lepas;

 peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi prestasi program, aktiviti dan


projek organisasi termasuk syarikat subsidiari dalam tahun yang
dilaporkan;

 prospek untuk tahun hadapan dan strategi korporat untuk masa


hadapan;

 pertumbuhan atau perkembangan (termasuk kadar pertumbuhan atau


perkembangan) program, aktiviti dan projek organisasi; dan

 penghargaan kepada anggota dan pihak pengurusan organisasi serta


pihak-pihak lain yang telah memberi sumbangan kepada kejayaan
organisasi.

6.4 Laporan Ke Atas Bantuan Kerajaan


Oleh kerana sesebuah BBP mungkin dibiayai sepenuhnya atau
sebahagiannya oleh Kerajaan, maka adalah mustahak untuk
menyediakan maklum balas ke atas tahap bantuan kewangan yang
diterima dari Kerajaan dan penggunaan bantuan tersebut. Angka-angka
untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya hendaklah disediakan untuk
membolehkan perbandingan dibuat. Maklumat-maklumat berikut haruslah
disediakan:
M.S. 6/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

i. pemberian (geran)

 pemberian perbelanjaan mengurus (amaun yang diterima dan


penggunaannya);

 pemberian perbelanjaan pembangunan (amaun yang diterima


dan penggunaannya);

 pemberian khas (tujuan pemberian itu, amaun yang diterima


dan penggunaannya);

 aset modal yang dihadiahkan (perihal, nilai dan usia guna yang
dianggarkan serta penggunaan aset itu); dan

 pemberian yang telah diluluskan tetapi belum lagi diterima (jenis


atau tujuan pemberian, amaun dan tarikh jangkaan pemberian
diterima).

ii. pinjaman

 pinjaman (tujuan dan syarat pinjaman, amaun yang


diterima,amaun bayaran balik serta baki pinjaman);

 pinjaman yang telah diluluskan tetapi belum lagi diterima (tujuan


dan syarat pinjaman, amaun serta tarikh jangkaan pinjaman
diterima); dan

 tunggakan bayaran balik pinjaman (amaun dan usia tunggakan


itu)

iii. jaminan

 jaminan pinjaman (tujuan dan amaun yang dijamin); dan

 jaminan yang sedang diusahakan untuk diperolehi (tujuan


jaminan, amaun dan tarikh jangkaan jaminan akan diperolehi).

6.5 Analisis Prestasi Kewangan

Di mana bersesuaian, angka-angka perbandingan, carta/graf atau analisis


nisbah kewangan mengenai maklumat kewangan yang penting bagi
jangka masa 5 tahun atau lebih haruslah disediakan untuk memberi
gambaran arah aliran prestasi sesebuah BBP. Maklumat-maklumat ini
M.S. 7/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

haruslah merangkumi:

 aset yang digunakan (aset bukan semasa, pelaburan dan aset semasa
bersih) dan nisbah pusingan aset;

 punca-punca kewangan (bantuan kewangan daripada


Kerajaan,pinjaman, overdraf bank, ses, tarif dan lain-lain) dan
peratusan aset yang dibiayai oleh jumlah liabiliti/liabiliti semasa;

 rizab;

 liabiliti bukan semasa;

 jualan/penerimaan dan analisis kadar keuntungan kasar;

 untung/rugi atau lebihan/kurangan pendapatan berbanding dengan


perbelanjaan

 pelaburan dalam syarikat subsidiari termasuklah:


- aset bersih
- untung/rugi atau lebihan/kurangan
- dividen dan lain-lain
- penurunan nilai pelaburan (diminishing value in investment)
- pinjaman dan pendahuluan antara BBP dengan syarikat subsidiari
(intra-group balance); dan

 pelaburan dalam syarikat bersekutu atau syarikat usaha sama (joint


venture).

6.6 Laporan Prestasi

Laporan prestasi adalah laporan ke atas program, aktiviti dan projek yang
dijalankan oleh sesebuah BBP termasuk syarikat subsidiari untuk
mencapai objektifnya. Setiap program, aktiviti dan projek utama haruslah
dilaporkan secara berasingan. Perkara-perkara yang harus dilaporkan
termasuklah:

 program, aktiviti dan projek yang dilaksanakan pada tahun berkenaan


dan juga objektif-objektifnya;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 Outcome dan kesan (impak) bagi program, aktiviti dan projek ke atas
kumpulan-kumpulan sasaran selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3
M.S. 8/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

Tahun 2005 berkenaan Garis Panduan Penilaian Program


Pembangunan;

 petunjuk yang berkaitan yang digunakan untuk memberi gambaran kos


pelaksanaan program, aktiviti dan projek termasuk perbandingan
diantara kos yang dianggarkan/diperuntukkan dan kos sebenar;

 kos perbandingan program, aktiviti dan projek di tahun-tahun yang lalu;

 perbandingan prestasi BBP dengan indeks prestasi industri (jika ada);

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan setiap program, aktiviti


dan projek;

 sebab pencapaian prestasi yang lebih baik atau buruk berbanding


dengan tahun-tahun terdahulu; dan

 rancangan untuk masa hadapan, (jika ada).

Maklumat lanjut mengenai aspek-aspek yang boleh dilaporkan oleh


kategori BBP yang berlainan adalah disediakan di Lampiran A.

6.7 Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit

Penyata Kewangan yang telah diaudit meliputi Sijil Ketua Audit Negara
dan Laporan Ketua Audit Negara (jika ada), Lembaran Imbangan,
Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti, Penyata Aliran Tunai.
Nota-nota kepada Penyata Kewangan serta penyata-penyata lain yang
berkaitan, yang telah disediakan seperti di Bahagian II Pekeliling ini.

6.8 Maklumat-maklumat Lain

Maklumat-maklumat lain selain daripada yang dinyatakan di atas yang


dianggap mustahak dan sekiranya tertinggal mungkin akan menjejaskan
pemahaman pembaca mengenai kedudukan sesebuah BBP dan
prestasinya haruslah dilaporkan. Maklumat ini haruslah termasuk:

 senarai pejabat cawangan, (jika ada);


 senarai aset utama (lokasi, hak milik, kawasan dan perihal);
 tarikh-tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah; dan
 jumlah kehadiran Lembaga Pengarah di mesyuarat Lembaga
Pengarah.

M.S. 9/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

BAHAGIAN II – PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

PEMAKAIAN AM DAN DEFINISI

7. Garis panduan ini menerangkan secara am ciri-ciri atau norms bagi penyediaan
Penyata Kewangan oleh BBP dan syarikat subsidiari yang ditubuhkan oleh mereka.
Garis panduan ini menyentuh konsep perakaunan, objektif asas dan keperluan-
keperluan maklumat untuk kegunaan Parlimen atau pihak-pihak lain yang berminat.

8. Konsep perakaunan yang perlu diterima pakai oleh BBP hendaklah selaras
dengan piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan
Malaysia.Piawaian Perakaunan yang perlu diterima pakai oleh BBP adalah berdasarkan
kepada kriteria seperti berikut:

i. Bagi BBP yang tidak mempunyai syarikat subsidiari, BBP tersebut boleh
memilih untuk menerima pakai Private Entity Reporting Standards (PERS);

ii. Bagi BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang bukan merupakan
Syarikat Awam Tersenarai dan tidak perlu menyerahkan Penyata Kewangan
kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM), BBP
tersebut juga boleh memilih untuk menerima pakai PERS;

iii. Bagi BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang merupakan Syarikat
Awam Tersenarai dan perlu menyerahkan Penyata Kewangan kepada SC
dan BNM, BBP tersebut hendaklah menerima pakai Financial Reporting
Standards (FRS); dan

iv. Bagi BBP yang merupakan institusi kewangan yang tertakluk kepada Akta
Pembangunan Institusi Kewangan atau Development Financial Institutions
Act (DFIA), BBP tersebut hendaklah menerima pakai FRS.

9. Setiap BBP hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod lain yang


sempurna mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum bagi
membolehkannya mengemukakan pandangan yang benar dan saksama mengenai
operasi dan kedudukannya. Akaun-akaun dan rekod-rekod lain itu hendaklah disimpan
dalam keadaan yang membolehkannya diaudit dengan mudah dan sempurna, selaras
dengan Seksyen 5(1) Akta Badan Berkanun (Akaun Dan Laporan Tahunan) 1980
(Akta 240).

10. Penyata Kewangan yang perlu disediakan pada setiap tahun kewangan
hendaklah termasuk:

i. Lembaran Imbangan;

ii. Penyata Pendapatan;


M.S. 10/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

iii. Penyata Perubahan Ekuiti;

iv. Penyata Aliran Tunai;

v. Nota-nota kepada Penyata Kewangan;

vi. Sijil dan penyata sebagaimana yang digariskan dalam perenggan 27; dan

vii. Penyata-penyata lain yang berkaitan.

PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN YANG DITERIMA UMUM

11. Prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum bermakna prinsip-prinsip dan


amalan perakaunan yang standard yang disedia dan diumumkan oleh badan
profesional yang ditubuhkan mengikut undang-undang untuk kegunaan ahli-ahlinya
berhubung dengan akaun tahunan bagi perdagangan, perindustrian, perniagaan dan
perbankan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat percanggahan di
antara peruntukan undang-undang dengan amalan dan prinsip-prinsip perakaunan
yang diterima umum, peruntukan undang-undang mestilah dipatuhi.

DASAR-DASAR PERAKAUNAN

12. Dasar-dasar perakaunan meliputi prinsip-prinsip, asas, konvensyen, kaedah dan


tatacara yang diamalkan oleh BBP dalam penyediaan dan persembahan Penyata
Kewangan. Pertimbangan yang wajar adalah diperlukan dalam memilih dan
mengamalkan dasar-dasar yang paling sesuai untuk melaporkan dengan sempurna
kedudukan kewangan BBP serta pencapaian aktiviti dan operasinya.

KEPERLUAN PENDEDAHAN AM

13. Penyata Kewangan BBP hendaklah menepati Keperluan Pendedahan Am


(General Disclosure Requirements) sebagaimana yang telah ditetapkan dalam piawaian
perakaunan Malaysia. Ini termasuk semua BBP yang mempunyai syarikat subsidiari
yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Aktanya, atau diperbadankan di bawah Akta
Syarikat, 1965 (Akta 125).

14. BBP hendaklah mendedahkan dalam Penyata Kewangannya mengenai sejauh


mana Penyata Kewangan itu tidak mematuhi amalan dan prinsip-prinsip perakaunan
yang diterima umum.

M.S. 11/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

PENILAIAN KE ATAS ASET

15. Sebelum Penyata Kewangan disediakan, langkah-langkah yang munasabah


hendaklah diambil untuk:

i. mengadakan polisi bagi peruntukan hutang ragu dan susut nilai;

ii. memastikan sama ada terdapat tanda-tanda pengurangan/ penjejasan nilai


bagi mana-mana aset pada setiap tarikh lembaran imbangan; dan

iii. memastikan aset-aset lain dinilai mengikut polisi-polisi yang diiktiraf.

PENILAIAN DAN PEMBENTANGAN LIABILITI-LIABILITI

16. Amaun liabiliti yang ditunjukkan dalam Penyata Kewangan hendaklah


merupakan amaun nominal bagi semua liabiliti termasuk faedah yang dikenakan tetapi
belum dibayar pada akhir tahun kewangan itu.

17. Sekiranya sesebuah BBP mempunyai liabiliti termasuk tanggungan luar jangka di
mana pembayarannya dicagarkan ke atas aset BBP, sama ada didaftarkan atau tidak
didaftarkan, satu penyata hendaklah disediakan untuk menunjukkan bahawa liabiliti itu
adalah bercagar dan sejauh mana ianya dicagarkan. Setiap liabiliti termasuk
tanggungan luar jangka itu hendaklah dibezakan daripada liabiliti termasuk tanggungan
luar jangka lain yang tidak bercagar.

RIZAB DAN PERUNTUKAN

18. Istilah Rizab tidak boleh digunakan bagi menghuraikan mana-mana amaun yang
dihapus kira atau yang disimpan dengan tujuan untuk menyediakan peruntukan susut
nilai, pembaharuan atau pengurangan dalam nilai aset atau disimpan dengan tujuan
penyediaan untuk mana-mana tanggungan yang diketahui yang tidak dapat ditentukan
dengan tepat, atau sebarang amaun yang disimpan khas untuk menampung perubahan
percukaian yang tidak diduga.

19. Di mana peruntukan dibuat untuk pelunasan, susut nilai atau pengurangan
dalam nilai sesuatu aset, amaun kasar dan amaun bersih yang dikurangkan bagi
sesuatu aset hendaklah ditunjukkan secara berasingan.

M.S. 12/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

PERAKAUNAN UNTUK PEMBERIAN (GERAN) - PEMBANGUNAN DAN


MENGURUS

20. Pemberian yang diterima daripada Kerajaan untuk operasi atau


penyelenggaraan aktiviti-aktiviti BBP hendaklah dianggap sebagai pendapatan dan
diakaunkan secara berasingan.

21. Di mana pemberian diterima untuk sesuatu tujuan yang khusus (misalnya
Kumpulan Wang Pusingan Untuk Pinjaman Kenderaan), pemberian yang diterima itu
hendaklah dianggap sebagai bukan pendapatan tetapi hendaklah ditunjukkan secara
berasingan sebagai satu liabiliti jangka panjang bagi BBP itu.

22. Di mana pemberian disediakan kepada BBP untuk tujuan pembangunan atau
pelaburan, pemberian yang diterima itu hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan
Wang Pembangunan.

23. Mana-mana lebihan daripada perbelanjaan termasuk pemberian bagi setiap


tahun kewangan tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulan wang rizab atau
dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tujuan yang diluluskan terlebih
dahulu oleh Perbendaharaan.

SUMBER-SUMBER YANG DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

24. Aset-aset akan dianggap disediakan secara percuma sekiranya sewa atau
bayaran-bayaran lain yang dikenakan tidak mencerminkan nilai ekonomi yang sebenar.

25. Di mana sumber-sumber yang dipinjamkan secara percuma adalah material, nilai
bantuan tersebut hendaklah ditunjukkan dalam akaun penerima dan/atau penderma,
sama ada dengan cara nota kepada Penyata Kewangan atau dalam bentuk satu
penyata tambahan dengan mencatatkan amaun sebenar. Jika amaun tersebut sukar
ditentukan, amaun perbelanjaan yang dianggarkan untuk menghasilkan faedahnya
secara langsung kepada BBP berkenaan, dan nilai yang dikurangkan ke atas aset yang
disediakan sebagai bantuan itu hendaklah dilaporkan. Di mana sumber-sumber
dihadiahkan kepada sesebuah BBP, pemilikannya hendaklah dicatatkan dalam Penyata
Kewangan pada suatu nilai yang dijangka dapat diperolehi.

26. Sekiranya kriteria yang bertentangan digunakan untuk menyediakan gambaran


yang benar dan saksama, kehendak-kehendak perenggan 25 hendaklah dipakai di
mana:

i. nilai semasa (anggaran) aset yang disediakan secara percuma itu bersamaan
dengan atau melebihi 5% daripada nilai bersih aset sebenar yang dimiliki oleh
BBP; atau

M.S. 13/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

ii. amaun (anggaran) perbelanjaan yang terlibat dalam bantuan secara


langsung bagi BBP yang sama dengan atau melebihi 5% daripada jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh BBP itu sendiri.

SIJIL DAN PENYATA YANG PERLU DISERTAKAN DALAM PENYATA KEWANGAN

27. Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi sesebuah BBP hendaklah
menyertakan:

i. pengakuan oleh pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan


kewangan seperti di Lampiran B;

ii. penyata oleh pengerusi dan seorang ahli Lembaga Pengarah seperti di
Lampiran C dan Lampiran D bagi Penyata Kewangan Yang Disatukan; dan

iii. Sijil Ketua Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara (jika ada) ke atas
Penyata Kewangan yang telah diaudit.

DOKUMEN-DOKUMEN KEWANGAN

28. BBP dikehendaki merujuk kepada Gambar Rajah di Lampiran E sebagai


panduan dalam penyediaan Penyata Kewangan. Dengan menggunakan carta ini, BBP
akan dapat menyediakan maklumat-maklumat penting yang perlu disediakan bagi
urusan pengauditan secara lebih lengkap dan sistematik.

M.S. 14/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

BAHAGIAN III – JADUAL BAGI PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN


TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN

29. Kerajaan telah pun memutuskan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata
Kewangan BBP hendaklah dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu tahun selepas
berakhirnya tahun kewangan BBP. Dengan itu tarikh-tarikh penting bagi penyediaan
dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP (termasuk syarikat
subsidiari) adalah seperti berikut:

BIL PROSES KERJA TARIKH


i. Menyediakan Laporan tahunan dan Penyata Di antara bulan Januari dan April
Kewangan

ii. Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyara Tidak Lewat daripada 25 April
Kewangan (Belum Diaudit) dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah

iii. Pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas Sebelum 30 April


pengurusan kewangan BBP menandatangani
Pengakuan Berkanun untuk Penyata Kewangan
`
iv. Mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Tidak lewat daripada 30 April
Kewangan kepada Ketua Audit Negara

v. Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit Tidak lewat daripada 31 Julai
daripada Ketua Audit Negara

vi. Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyara Tidak lewat daripada 15 Ogos
Kewangan yang telah diaudit kepada Lembaga
Pengarah.

vii. Menandatangani penyata yang perlu disertakan dalam Tidak lewat daripada 15 Ogos
Penyata Kewangan seperti berikut:

a) Penyata Pengerusi dan seorang Ahli Lembaga


Pengarah (Akaun Induk);

b) Penyata Pengerusi dan Seorang Ahli Lembaga


Pengarah (Akaun Kumpulan); dan

c) Pengakuan Oleh Pegawai Utama Yang


Bertanggungjawab Ke Atas Pengurusan
Kewangan (sekiranya ada pindaan pada Penyata
Kewangan).

viii. Mengemukakan kembali Laporan Tahunan dan Tidak lewat daripada 22 Ogos
Penyata Kewangan yang telah lengkap ditandatangani
kepada Ketua Audit Negara.

M.S. 15/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

BIL PROSES KERJA TARIKH


ix. Ketua Audit Negara mengeluarkan Sijil Ketua Audit Tidak lewat daripada 30 Ogos
Negara

x. Mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Tidak lewat daripada 31 Oktober


Kewangan yang telah diaudit kepada Jemaah
Menteri.

xi. Urusan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Tidak lewat daripada 31 Disember
Kewangan di Parlimen

30. Jadual dan proses terperinci serta carta aliran bagi penyediaan dan
pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP adalah seperti di
Lampiran-lampiran F dan G.

31. Dengan garis panduan ini adalah diharap hasrat Kerajaan untuk memastikan
bahawa segala urusan berkaitan dengan penyediaan Penyata Kewangan dan Laporan
Tahunan serta pembentangannya di Parlimen dapat dibuat secara teratur dan dalam
tempoh masa yang ditetapkan akan dapat dicapai.

M.S. 16/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN A

BUTIR-BUTIR TERPERINCI LAPORAN PRESTASI UNTUK KATEGORI BADAN


BERKANUN PERSEKUTUAN (BBP)

Berdasarkan kepada peranan dan fungsi-fungsinya, BBP boleh dijeniskan ke dalam


kategori-kategori berikut:

i. pengawasan (regulatory);

ii. penyelidikan dan pengajian;

iii. sosioekonomi;

iv. utiliti awam; dan

v. perusahaan perniagaan.

Memandangkan peranan dan fungsi pelbagai yang dijalankan oleh mereka, beberapa
BBP mungkin boleh dimasukkan ke dalam dua atau lebih kategori yang disenaraikan di
atas. Perkara-perkara yang boleh dilaporkan oleh kategori-kategori BBP adalah seperti
berikut:

Pengawasan (regulatory)

 penerangan mengenai program, aktiviti dan projek serta objektifnya;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 angka-angka perbandingan harga komoditi yang dikawal (harga borong atau


runcit);

 angka-angka perbandingan import (mengikut negara dari mana import berasal


dan jenis barangan yang diimport);

 angka-angka perbandingan lesen yang dikeluarkan atau ditarik balik;

 angka-angka perbandingan bagi bilangan penyiasatan yang dijalankan dan


keputusannya;

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program, aktiviti dan projek;

 perkara- perkara yang menyebabkan pencapaian prestasi yang lebih baik atau
lebih buruk;
M.S. 17/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

 ramalan perbelanjaan dan outcome serta impak bagi program, aktiviti dan projek;
dan

 rancangan masa hadapan (jika ada).

Penyelidikan dan Pengajian

 penerangan mengenai program, aktiviti dan projek serta objektif;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 senarai projek yang dijalankan (disambungkan, dimulakan dalam tahun


kewangan, disiapkan dalam tahun kewangan, belum siap atau terbengkalai);

 senarai penemuan dan/atau ciptaan baru;

 senarai kursus yang dijalankan (sedia ada, kursus baru);

 angka-angka perbandingan jumlah pengambilan dan jumlah graduan (mengikut


bidang pengajian);

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program, aktiviti dan projek;

 perkara-perkara yang menyebabkan pencapaian prestasi yang lebih baik atau


lebih buruk;

 ramalan perbelanjaan dan outcome serta impak bagi program, aktiviti dan projek;
dan

 rancangan masa hadapan (jika ada).

Sosioekonomi

 penerangan mengenai program, aktiviti dan projek serta objektifnya;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 angka-angka perbandingan untuk subsidi/pemberian diberikan (mengikut jenis


dan kategori penerima);

 angka-angka perbandingan bagi bilangan peserta yang ditempatkan semula


M.S. 18/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

(berdasarkan kepada skim atau negeri);

 angka-angka perbandingan untuk projek-projek atau keluasan tanah yang


terlibat;

 angka-angka perbandingan untuk pendapatan isi rumah yang terlibat di dalam


sesuatu skim;

 Outcome dan impak bantuan ke atas penerima;

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program, aktiviti dan projek;

 perkara-perkara yang menyebabkan pencapaian prestasi lebih baik atau lebih


buruk;

 ramalan perbelanjaan dan outcome serta impak bagi program, aktiviti dan projek;
dan

 rancangan masa hadapan (jika ada).

Utiliti Awam

 penerangan mengenai program, aktiviti dan projek serta objektifnya;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 angka-angka perbandingan untuk utiliti yang dibekalkan (mengikut kawasan luar


bandar/bandar atau industri-industri);

 angka-angka perbandingan untuk tarif-tarif yang dikenakan;

 angka-angka perbandingan untuk bilangan isi rumah yang menggunakan utiliti;

 angka-angka perbandingan untuk bil-bil yang dikeluarkan, yang telah dikutip dan
yang belum dikutip;

 angka-angka perbandingan untuk bilangan aduan awam;

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program, aktiviti dan projek;

 perkara-perkara yang menyebabkan pencapaian prestasi yang lebih baik atau


lebih buruk;

 ramalan perbelanjaan dan outcome serta impak bagi program/aktiviti/projek; dan


M.S. 19/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

 rancangan masa hadapan (jika ada).

Perusahaan Perniagaan

 penerangan mengenai program, aktiviti dan projek serta objektifnya;

 kemajuan pelaksanaan program, aktiviti dan projek;

 angka-angka perbandingan bagi perangkaan-perangkaan kewangan yang


penting (Aset Bukan Semasa, Aset Semasa Bersih, Untung/Rugi, Liabiliti Bukan
Semasa);

 arah aliran kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan;

 perbandingan prestasi BBP dengan indeks prestasi industri yang berkaitan;

 masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program, aktiviti dan projek;

 perkara-perkara yang menyebabkan pencapaian prestasi yang lebih baik atau


lebih buruk;

 ramalan keuntungan; dan

 rancangan masa hadapan (jika ada).

Nota: Senarai di atas hanya merupakan contoh perkara-perkara yang boleh dilaporkan
di dalam Laporan-laporan Prestasi. Ianya tidak patut dianggap sebagai merangkumi
secara menyeluruh kesemua perkara yang perlu dilaporkan dan oleh itu pihak
pengurusan setiap BBP haruslah menentukan maklumat lain yang sewajarnya
terkandung dalam sesuatu Laporan Prestasi.

M.S. 20/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN B

PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG


BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN………
(nyatakan nama badan berkanun)……....

Saya, …………………………………………………., pegawai utama yang


bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan
………………………… (nyatakan nama badan berkanun) …………………………,
dengan ikhlasnya mengakui bahawa Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan,
Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan
yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya
mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya
membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas
kehendak-kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.

(Tandatangan)
Sebenarnya dan sesungguhnya )

diakui oleh penama di atas ) …………………………………………

di (tempat) …………………….…… )
Di hadapan saya,
pada ……...… (tarikh).....….…..….)

(Tandatangan)

…………………………………………
PESURUHJAYA SUMPAH

M.S. 21/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN C

PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH


(AKAUN INDUK)

Kami…….……………………………………………dan………….………………………yang
merupakan Pengerusi dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah…………(nyatakan
nama badan berkanun) ………………… dengan ini menyatakan bahawa, pada
pendapat Lembaga Pengarah, Penyata Kewangan yang mengandungi Lembaran
Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai
yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya,
adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama berkenaan
kedudukan ……….…………..…… (nyatakan nama badan berkanun) ………………....
pada ……… (tarikh) .......... dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan
kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Lembaga, Bagi pihak Lembaga,

(Tandatangan) (Tandatangan)
……………………………………… ..………………………………….

NAMA: NAMA:

GELARAN:
GELARAN:

TARIKH: TARIKH:

TEMPAT: TEMPAT:

M.S. 22/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN D

PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH


(AKAUN KUMPULAN)

Kami…….……………………………………………dan………….……………………… yang

merupakan Pengerusi dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah …………

(nyatakan nama badan berkanun) ………………………………. dengan ini menyatakan

bahawa, pada pendapat Lembaga Pengarah, Penyata Kewangan yang mengandungi

Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata

Aliran Tunai yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di

dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama

berkenaan kedudukan ……….…………..…… (nyatakan nama badan berkanun)

………………........................ pada ……… (tarikh) ….......... dan hasil kendaliannya serta

perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Lembaga, Bagi pihak Lembaga,

(Tandatangan) (Tandatangan)
……………………………………… ..………………………………….

NAMA: NAMA:
GELARAN: GELARAN:
TARIKH: TARIKH:

TEMPAT: TEMPAT:

M.S. 23/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN E

GAMBARAJAH
PENYEDIAAN DOKUMEN SEBELUM URUSAN PENGAUDITAN

1. Lembaran Imbangan 1. Lembaran Imbangan Yang Disatukan


2. Penyata Pendapatan + Jika 2. Penyata Pendapatan Yang Disatukan
berkenaan
3. Penyata Perubahan Ekuiti 3. Penyata Perubahan Ekuiti Yang
Disatukan
4. Penyata Aliran Tunai
4. Penyata Aliran Tunai Yang
5. Nota-nota kepada Penyata Kewangan Disatukan

6. Pengakuan oleh Pegawai Utama yang


bertanggungjawab ke atas pengurusan
kewangan Badan Berkanun

Disokong dengan

SENARAI DAN JADUAL


1. Item-item dalam Lembaran Imbangan
2. Item-item dalam Penyata Pendapatan
3. Imbangan Duga
4. Pengesahan Pihak Ketiga (contoh: Bank, Pemiutang, Penghutang)
5. Surat Pernyataan dari Pihak Pengurusan

Disokong dengan

REKOD PERAKAUNAN
1. Lejar Am 5. Jurnal
2. Lejar Subsidiari 6. Daftar Aset
3. Penyata Penyesuaian Bank 7. Daftar Pelaburan
4. Buku Tunai 8. Rekod-rekod Perakaunan Yang Lain

M.S. 24/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN F

JADUAL DAN PROSES BAGI PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN


LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN
BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN (BBP)

TARIKH PEGAWAI
BIL PROSES KERJA
AKHIR SIAP BERTANGGUNGJAWAB

1. Memastikan penyediaan Penyata


Kewangan Tahunan untuk:

a. Syarikat Subsidiari 15 Februari Akauntan/Pegawai yang


bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan syarikat
subsidiari.

b. Badan Berkanun Persekutuan 28 Februari Akauntan/Pegawai yang


bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan BBP.

2. Menerima dan menyemak 7 Mac Pegawai BBP menyelaras


Laporan Tahunan dan Penyata penyediaan Laporan Tahunan.
Kewangan dari Syarikat
Subsidiari.

3. Menyediakan Laporan Tahunan 31 Mac Akauntan/Pegawai yang


dan Penyata Kewangan Yang bertanggungjawab ke atas
Disatukan. pengurusan kewangan BBP.

4. Membentangkan Laporan 25 April Ketua Eksekutif BBP.


Tahunan dan Penyata Kewangan
(Belum Diaudit) dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah.

5. Menandatangani pengakuan Sebelum Pegawai Utama yang


untuk Penyata Kewangan. 30 April bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan BBP.

6. Mengemukakan Penyata 30 April Ketua Eksekutif BBP.


Kewangan kepada Ketua
Audit Negara.

M.S. 25/32
Pekeliling
PekelilingPerbendaharaan
PerbendaharaanMalaysia
Malaysia BBPA
1/2013
3.1 Lampiran
Lampiran

BIL TARIKH PEGAWAI


PROSES KERJA
AKHIR SIAP BERTANGGUNGJAWAB
7. Menerima Penyata Kewangan 31 Julai Ketua Eksekutif BBP.
Yang Telah Diaudit daripada
Ketua Audit Negara.

8. Membentangkan Laporan 15 Ogos Ketua Eksekutif BBP.


Tahunan, Penyata Kewangan
Yang Telah Diaudit dan
penjelasan mengenai perkara-
perkara yang dibangkitkan
oleh pihak audit kepada Lembaga
Pengarah.

9. Menandatangani penyata yang 15 Ogos Ketua Eksekutif BBP.


perlu disertakan dalam Penyata
Kewangan seperti berikut:

i) Penyata Pengerusi dan


Seorang Ahli Lembaga
Pengarah (Akaun Induk);

ii) Penyata Pengerusi dan


Seorang Ahli Lembaga
Pengarah (Akaun
Kumpulan);

iii) Pengakuan Oleh Pegawai


Utama Yang
Bertanggungjawab Ke Atas
Pengurusan Kewangan
(sekiranya ada pindaan pada
Penyata Kewangan).

10. Mengemukakan kembali Laporan 22 Ogos Ketua Eksekutif BBP.


Tahunan dan Penyata Kewangan
yang telah lengkap ditandatangani
kepada Ketua Audit Negara.

11. Menerima Sijil Ketua Audit 30 Ogos Ketua Eksekutif BBP.


Negara daripada Ketua Audit
Negara.

M.S. 26/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

BIL PROSES KERJA TARIKH PEGAWAI


AKHIR SIAP BERTANGGUNGJAWAB

12. Mengemukakan Laporan Tahunan 30 September Ketua Eksekutif BBP.


dan Penyata Kewangan Yang
Telah Diaudit yang diluluskan
oleh Lembaga Pengarah kepada
Kementerian.

13. Menyediakan Memorandum 10 Oktober Ketua Setiausaha Kementerian.


Jemaah Menteri dan mendapat
kelulusan mengenainya
daripada Menteri.

14. Menerima ulasan agensi- 25 Oktober Ketua Setiausaha Kementerian.


agensi Pusat dan agensi-agensi lain
yang berkaitan ke atas
Memorandum Jemaah Menteri
mengenai Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan.

15. Menghantar Memorandum 31 Oktober Ketua Setiausaha Kementerian.


Jemaah Menteri bersama-sama
Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan kepada
Bahagian Kabinet, Perlembagaan
dan Perhubungan Antara
Kerajaan, Jabatan Perdana
Menteri.

16. Menguruskan pembentangan 7 November Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet),


Laporan Tahunan dan Jabatan Perdana Menteri.
Penyata Kewangan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri.

17. Mendapatkan nombor statut 15 November Kementerian yang mengawal dan


bagi pembentangan Laporan memantau BBP.
Tahunan dan Penyata
Kewangan dalam Parlimen.

18. Menghantar Laporan Tahunan 30 November Kementerian yang mengawal dan


dan Penyata Kewangan memantau BBP.
yang dilekat kepingan statut
kepada Setiausaha Dewan Rakyat
/Setiausaha Dewan Negara.

19. Menguruskan pembentangan 31 Disember Setiausaha Dewan Rakyat/


Laporan Tahunan dan Penyata Setiausaha Dewan Negara
Kewangan di Parlimen.

M.S. 27/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

Nota:

1. Andaian dibuat bahawa tahun kewangan berakhir pada 31 Disember.


Bagi tahun kewangan berakhir selain daripada 31 Disember, “Tarikh
akhir siap” hendaklah disesuaikan mengikut keadaan.

2. “Tarikh akhir siap” bererti tarikh terakhir bagi menyiapkan sesuatu


perkara atau tindakan. Dalam hal ini, jika BBP berkenaan
berkemampuan ia bolehlah menyiapkan sesuatu perkara atau bertindak
lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan.

M.S. 28/32
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.1 Lampiran

LAMPIRAN G

CARTA ALIRAN BAGI PENYEDIAAN


LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN
BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN (BBP)

M.S. 29/32
Mula

Syarikat subsidiari menyediakan BBP menyediakan Laporan


Laporan Tahunan dan Tahunan dan
Penyata Kewangan Penyata Kewangan

Syarikat subsidiari menghantar


Laporan Tahunan dan Penyata
Kewangan kepada BBP

BBP menyemak Laporan


Tahunan dan Penyata
Kewangan yang diterima
daripada Syarikat Subsidiari

TIDAK
Lengkap?

YA
BBP mendapatkan penjelasan
daripada Syarikat subsidiari
BBP menyatukan Laporan
Tahunan dan Penyata
Kewangan Syarikat subsidiari
dengan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan BBP

Ketua Eksekutif BBP menyemak


semula Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan yang
diterima daripada Syarikat
subsidiari

TIDAK
Lulus?

Membuat pindaan dan


pengemaskinian YA

M.S. 30/32
A

BBP membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (Belum Diaudit)


dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah

Pegawai Utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan


menandatangani pengakuan

BBP mengemukakan Penyata Kewangan kepada Ketua Audit Negara

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan yang diterima

BBP menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit oleh Ketua Audit Negara

Ketua Eksekutif BBP membentangkan Laporan Tahunan, Penyata Kewangan


Yang Telah Diaudit dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan
oleh Ketua Audit Negara kepada Lembaga Pengarah

TIDAK
Setuju?

Membuat pindaan
atau pengemaskinian
YA

BBP menandatangani sijil-sijil yang perlu disertakan dalam Penyata Kewangan

Ketua Audit Negara mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata
Kewangan BBP

BBP mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yang Telah


Diaudit kepada Kementerian

Kementerian menyediakan Memorandum Jemaah Menteri dan mendapat kelulusan


Menguruskan Menteri
kerja-kerja percetakan

Kementerian mendapatkan ulasan Agensi-agensi Pusat dan agensi lain yang


berkaitan ke atas Memorandum Jemaah Menteri

Kementerian menghantar Memorandum Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet,


Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan


Perdana Menteri menguruskan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata
Kewangan Yang Telah Diaudit dalam Mesyuarat Jemaah Menteri

C
B

M.S. 31/32
C B

Menteri membentangkan Laporan


Tahunan dan Penyata Kewangan
Yang Telah Diaudit dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri

TIDAK
Lulus?

Kementerian
menyelaraskan pindaan
dengan BBP berkenaan
YA

BBP mengemaskini Laporan Tahunan dan


Penyata Kewangan terakhir untuk dicetak

Kementerian mendapatkan nombor statut


daripada Setiausaha Dewan Rakyat/
Setiausaha Dewan Negara

Kementerian/ BBP menghantar Laporan


Tahunan dan Penyata Kewangan yang
dilekatkan kepingan statut kepada
Setiausaha Dewan Rakyat/
Setiausaha Dewan Negara

Setiausaha Dewan Rakyat/ Setiausaha


Dewan Negara menguruskan
pembentangan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan dalam Majlis
Parlimen

Setiausaha Dewan Rakyat/ Setiausaha


Dewan Negara menghantar surat
kepada Percetakan Nasional untuk
mewartakan nombor statut mengenai
pembentangan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan dalam Majlis
Parlimen dengan salinan kepada
Kementerian

Tamat

Nota:
Kerja-kerja untuk mencetak Laporan Tahunan boleh dimulakan sebaik sahaja Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yang Telah
Diaudit dihantar kepada Kementerian. Ia akan memudahkan percetakan Laporan Tahunan muktamad selepas pembentangan di
Jemaah Menteri.
M.S. 32/32

You might also like