You are on page 1of 1

Karangan Pendek: Kes Keracunan Makanan

Kes keracunan makanan yang melibatkan murid sekolah kerap berlaku di negara kita. Hal ini
disebabkan oleh sikap sesetengah pengendali kantin sekolah yang mengabaikan aspek kebersihan
semasa menyediakan makanan. Selain tidak menutup makanan, mereka tidak membasuh bahan
mentah dengan bersih dan ada pula yang menggunakan bahan mentah yang sudah luput tarikh.

Natijahnya, murid mengalami muntah-muntah dan cirit-birit setelah makan makanan tersebut.
Kemudian, murid perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sekali gus mengganggu
proses pembelajaran. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa serta pihak sekolah.
Oleh itu, Kkementerian Kesihatan perlulah meningkatkan operasi pemantauan terhadap aspek
kebersihan kantin sekolah supaya kes keracunan makanan di sekolah dapat diatasi sepenunya.

AuthorDennis ZillPosted onJanuary 30, 2022CategoriesKarangan


Post navigation
PREVIOUS

You might also like