You are on page 1of 1

Makanan merupakan sumber utama tenaga untuk aktiviti kehidupan termasuk denyutan nadi

dan proses tumbesaran. Secara tuntas, terdapat tujuh kelas makanan, iaitu karbohidrat, protein,
lemak, vitamin dan garam mineral, pelawas dan air. Karbohidrat berfungsi sebagai sumber
tenaga langsung bagi tubuh manusia. Protein memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan membina
tisu-tisu baharu untuk proses tumbesaran. Lemak pula merupakan sebatian simpanan tenga,
manakala vitamin penting dalam sajian makanan untuk menjamin kesejahteraan kesihatan
badan.

Punca keracunan makanan yang pertama ialah, keracunan makanan yang berlaku setelah
termakan makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Pelbagai jenis
racun seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang diketahui pernah termasuk
ke dalam makanan dan mencemarinya. Tambahan pula, ramai orang mengambil jalan pintas
untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak berkat dengan melakukan kerja
tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan racun serangga berlebihan terhadap
buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian kerana, meraka hanya mementingkan diri
sendiri dan tidak mempedulikan kesihatan pelanggan mereka.

You might also like