You are on page 1of 4

Arahan : Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada

bahagian C.
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 7
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Perbuatan ________________ dinding-dinding bangunan merupakan perbuatan


vandalisme yang sering dilakukan oleh individu yang tida bertanggungjawab.
A. mencarik B. mencanting
C. mencorak D. menconteng

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Oleh sebab mesin pengisar rosak, Puan Mariam ______________ cili di dalam lesung
batu.
A. memusing C. menumbuk
B. menggiling D. menghentak

3. Penyanyi yang bersuara ____________ itu telah Berjaya menewaskan peserta-peserta


lain.
A. lunak C. sengau
B. serak D. sumbang

4. Hari Kebangsaan disambut pada setiap tahun sebagai tanda ______ tarikh
kemerdekaan negara kita.
A. memperingatkan C. diperingatkan
B. memperingati D. diperingati

5. Cikgu Faridah membimbing anak-anak muridnya mengulang kaji pelajaran _______


mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
A. bagi C. jikalau
B. untuk D. supaya

6. Pokok-pokok padi yang hidup subur di sawah _______ apabila ditiup angin
A. melayang-layang C. melibas-libas
B. melentur-lentur D. meliuk-liuk
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Pak Saad menyandang se___________ senapang sewaktu dia memburu di hutan.


A. butir C. batang
B. laras D. Keping

Soalan 8 hingga 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul

8. I. Laila berasa sedap memandu kereta baharunya .


II. Suara penyanyi cilik itu sungguh sedap didengar.
III. Masakan yang dimasak oleh cef terkenal itu sangat sedap.
IV. Puan Naila berasa tidak sedap hati meninggalkan anak tunggalnya di rumah.
A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

9. I. Kedua-dua orang lelaki itu tidak mampu menandingi kuat lelaki tua itu.
II. Azman segera pulang ke kampong apabila mendapat khabar ayahnya sakit kuat.
III. Kita perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat dan
kuat.
IV. “Janganlah mudah percaya akan kata-kata Darus itu kerana dia seorang yang
kuat menipu,” kata Lina kepada Azura.
A. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja
B. II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Soalan 10 hingga 11
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang bercetak tebal

10 Kegagalan institusi keluarga mendorong berlakunya gejala jenayah dalam


kalangan jenayah.
A. Gejalah jenayah dalam
B. Institusi keluarga yang terlibat dengan gejala jenayah menjadikan remaja gagal
C. Peningkatan gejala jenayah dalam kalangan remaja berpunca daripada institusi
keluarga.
D. Gejala jenayah yang terjadi dalam kalangan remaja didorong oleh kegagalan institusi
keluarga

11 “Saya akan menyiapkan semua kerja sekolah itu sebelum saya keluar bermain
bola,” kata Kamarul kepada ibunya.
A. Ibu mendesak Kamarul menyiapkan semua kerja sekolahnya sebelum dia keluar
bermain bola
B. Ibu dan Kamarul didesak untuk menyiapkan semua kerja sekolah sebelum
mereka keluar bermain bola.
C. Kamarul berjanji kepada ibunya bahawa dia akan menyiapkan semua kerja
sekolahnya sebelum dia keluar bermain bola.
D. Kamarul berharap agar ibunya memberi masa untuk dia menyiapkan semua kerja
sekolahnya sebelum dia bermain bola.

Soalan 12 hingga 13
Pilih ayat-ayat yang betul
12. I. Api pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angina.
II. Oleh sebab hari hujan, acara merentas desa itu terpaksa dibatalkan.
III. Janet memperoleh markah yang paling tertinggi dalam ujian Matematik.
IV. Berpuluh-puluh orang murid yang keracunan makanan dihantar ke hospital.
A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja
B. II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

13. I. Bakul itu dibuat daripada rotan.


II. Puisi yang bertemakan patriotisme itu saya tulis.
III. Cikgu Jonathan bukan mengajar Matematik di kelas kami.
IV. Budak-budak itu duduk beralaskan degan tikar mengkuang.
A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai

14. Ketua kampong terpaksa ________ bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku
antara Mamat dengan Ismail.
A. angkat kaki C. angkat tangan
B. cepat tangan D. campur tangan

15. Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan perbuatan yang sia-sia apabila


sesuatu yang diberi tidak dihargai, kecuali
A. seperti mencurah air ke daun keladi C. seperti hujan jatuh ke pasir
B. seperti mencurah garam ke laut D. Seperti abu di atas tunggul
Soalan 16 – 20
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

HAKIM : Ya peguam bela … ini pelanggan kamu … Bulat bi Leper, telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja pada 10
Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih. Saya beri
tempoh seminit untuk berunding dengan pelanggan kamu. (Meniup wisel)
Peguan Bela dan tertuduh I berunding dengan tergesa-gesa dan keburuan
HAKIM : Masa sudah cukup. Baik, kita sambung perbicaraan.
PENDAKWA RAYA bangun untuk memulakan tugasnya.
HAKIM : Bulat bin Leper, adaka pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi,
kamu berada di Taman Gagak Putih?
TERTUDUH I : Ya, benar tuan.
PENDAKWA Dan pada waktu tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang dan membuang
RAYA : kulitnya ?
TERTUDUH I : Ya, benar sekali, tuan.
PENDAKWA Dan dalam waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang sedang berjoging telah
RAYA : terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir dan jatuh. Kejadian ini
menyebabkan pinggangnya patah dan mati dalam perjalanan ke hospital.
Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?
TERTUDUH I : Kenyataan itu tidak benar, tuan.
(Dipetik daripada drama “Mahkamah”,
antologi Baik Budi Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia )

16. Apakah yang terjadi kepada nenek tersebut setelah dia tergelincir dan terjatuh?
A. Nenek itu pengsan C. nenek itu dimasukkan ke hospital
B. Pinggang nenek itu patah D. Nenek itu meninggal dunia dalam
perjalanan ke hospital

17. Pilih pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.


A. Janganlah kita sombong dengan C. Kita hendaklah saling menolong
kedudukan kita. antara satu sama lain.
B. Kita hendaklah menjaga kebersihan D. Kita hendaklah meminta maaf jika
alam sekitar melakukan sebarang kesalahan.

18. Nyatakan latar masa yang terdapat dalam petikan drama di atas.
A. Waktu malam C. 20 Mac 1988
B. Waktu petang D. 10 Januari 1988

19. Apakah yang terjadi jika kita tidak menjaga kebersihan seperti yang terdapat dalam
petikan drama di atas?
A. Kita boleh didakwa kerana C. Kita boleh memudaratkan orang lain
membuang sampah
B. Tempat tersebut akan menjadi kotor D. Kita mudah mendapat penyakit

20. Yang berikut merupakan watak-watak yang terdapat dalam petikan drama di atas,
kecuali?
A. Pendakwa Raya. C. Kambing.
B. Bulat bin Leper. D. Hakim.

You might also like