You are on page 1of 3

Hijrah: Apa Ertinya Kepada Generasi Muda?

Muddin Beting, YDP ABIM Negeri Sabah

Istilah dan Sejarah

Dari segi istilah, perkataan hijrah berakar daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra
bermaksud “berpindah dari satu

tempat ke satu tempat lain” atau “berpindah dari satu keadaan kepada
keadaan yang lebih baik”.

Dalam al-Qur`an, di antara ayat-ayat yang mengandung kata hijrah ialah surah al-
Muddaththir, surah al-Ankabut, surah

al-Muzzammil dan an-Nisa’.

Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan
perbuatan dosa sebagaimana dalam

surah al-Muddaththir ayat 5 “dan tinggalkanlah segala perbuatan


dosa”. Hijrah juga adalah suatu usaha

yang dilakukan kerana menunaikan perintah Allah. Ini dapat dijelaskan dalam surah
al-Ankabut ayat 26 di mana

“Nabi Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang


diperintahkan oleh Tuhan”.

Ia juga bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik, melalui uzlah pemikiran
dan kerohanian dengan cara yang

bijaksana, sebagaimana dalam surah al-Muzzammil ayat 10 “dan bersabarlah


terhadap apa yang mereka (orang

kafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”.

Hijrah juga merujuk peringatan Allah kepada kaum muslimin bahawa orang kafir
sentiasa berusaha menjadikan kaum

muslimin bergantung kepada mereka dan menjalani kehidupan seperti mereka.


Dalam surah an-Nisa’ ayat 89

bermaksud:

“Mereka (orang kafir) ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka
telah menjadi kafir, sehingga kamu

1
akan menjadi sama seperti mereka. Maka janganlah kamu menjadikan mereka
sebagai penolongmu hingga mereka

berhijrah pada jalan Allah”.

Berdasarkan sifat dan keistimewaan bahasa Arab bahawa setiap terbitan perkataan
dari satu kata akar memiliki

kesejajaran makna, maka makna-makna yang telah disebutkan dalam ayat-ayat di


atas seharusnya memberi kefahaman

yang lebih menyeluruh terhadap makna hijrah.

Hijrah dalam erti kata perpindahan Nabi berlaku tiga kali, pertama hijrah dari Mekah
ke Habshah pada tahun 615M,

kedua juga dari Mekah ke Habshah pada tahun 617M, dan ketiga dari Mekah ke
Yathrib pada tahun 622M. Dari segi

sejarah, hijrah yang ketiga inilah yang dirujuk sebagai hijrah sebenar iaitu peristiwa
mulia perpindahan Nabi Muhammad

salla’ Llahu alayhi wa sallam (S.A.W) dari Mekah ke Yathrib yang berlaku
tepatnya pada 24 September 622M.

Kekeliruan Istilah

Berbalik kepada pengertian hijrah, penggunaan istilah hijrah kini, sama ada disedari
atau tidak, kerap kali digunakan

dalam konteks yang tidak tepat. Misalnya, kita selalu mendengar “Penduduk
berhijrah dari kampung ke bandar,

“Burung-burung itu berhijrah”, dan sebagainya. Kerap kali juga hijrah


dikaitkan dengan perubahan sikap

seperti rajin, berdisiplin dan produktif. Sementara ia terangkum dalam makna hijrah
juga, adalah tidak wajar

menyempitkan makna hijrah. Peristiwa hijrah Nabi yang mulia itu sememangnya
boleh juga dilihat dari berbagai

perspektif khususnya dari sudut perancangan strategik yang mengambil kira segala
kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman. Bermula dari raison d’ etrinya, espri de corp hingga pelaksanaan
modus operandi yang sungguh

2
mencemaskan, ia adalah satu contoh amali yang relevan sepanjang zaman.
Kejayaannya adalah hasil sokongan dan

dokongan golongan remaja-belia yang diwakili oleh Sayyidina Ali Abu Talib,
golongan dewasa diwakili oleh Sayyidina

Abu Bakar as-Siddiq, golongan korporat diwakili oleh Abdul Rahman `Auf, golongan
wanita diwakili oleh Asma’

Abu Bakar malah non-muslim yang diwakili oleh Abdullah Uraiqit sebagai penunjuk
jalan.

Implikasi Hijrah

Bagaimanapun, selain melihat babak dan aksi dramatik dalam peristiwa tersebut,
yang lebih utama lagi ialah merenung

dan memikirkan misi besar hijrah itu sendiri. Peri pentingnya peristiwa hijrah sebagai
pemula “zaman baru”

dalam sejarah Islam, Sayyidina Umar al-Khaththab menetapkan takwim kaum


muslimin bermula dengan Hijrah an-Nabiy

itu. Hijrah yang didorong oleh niat kerana Allah S.W.T semata-mata telah berjaya
membina peribadi berjiwa tawhid dan

merdeka, sanggup berkorban dan berjihad, berbudaya ilmu dan berakhlak mulia,
manakala sistem kenegaraan dan

kehidupan bermasyarakat yang terbina selepas peristiwa itu menjadi model paling
unggul dalam sejarah berdasarkan

amalan keadilan pemerintahan, persamaan hak, persaudaraan hakiki dan hubungan


muhibbah antara agama dan suku

kaum. Selanjutnya peristiwa hijrah telah membawa akibat besar dalam sejarah
penyebaran dakwah Islam yang

berkembang begitu pantas dari Madinah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab, ke


benua Eropah, Afrika, Indo-Pakistan,

China dan Alam Melayu.

Hijrah, Faham Agama dan Perjanjian Asali

You might also like