You are on page 1of 1

Nurul Najmiah bt Saipul-ddin,

No. 23,
Kampung Tok Lawit,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman
————————————————————————————————————–
Wee Chew Eng Enterprise,
Jalan Perindustrian Gong Badak,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman
28 JUN 2023

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan perkara di atas, saya Nurul Najmiah bt Saipul-ddin memangku jawatan sebagai
kerani ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2023.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan
kesan terhadap syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti ini
adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaaan yang baru dan saya
amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya selama ini.

3. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat,
tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat
tuan. Semoga tuan menerima baik notis ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
……………………….
(NURUL NAJMIAH)

You might also like