You are on page 1of 2

(U) Cadangan Jangka Pendek

Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka pendek (**TULIS DALAM PERENGGAN)

1. Meningkatkan tahap jualan


- Mengadakan promosi dan memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang
mempunyai rekod pembayaran yang baik.
ATAU
- Memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli dengan banyak.

2. Mengurangkan perbelanjaan.
- Peniaga harus mencari pembekal yang dapat menawarkan harga dan kualiti barangan yang
terbaik.

3. Pelbagaikan jenis produk yang dijual sekarang seperti baju kebaya, baju kurung moden,
baju tradisi dan sebagainya.

4. Memperkenalkan produk melalui media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan


Facebook. Justeru itu, perniagaan dapat mencari pelanggan yang berpotensi melalui
pelbagai media.

5. Menyertai ekspo/ karnival keusahawanan. Dengan ini, lebih ramai orang yang mengenali
produk kami.

6. Memudahkan kaedah pembayaran seperti QR Pay, ewallet seperti Boost, Touch n Go. Hal
ini dapat memudahkan pembayaran pelanggan di mana-mana saja dan bila-bila masa.

7. Mempercepatkan tempoh bayaran kepada Akaun Belum Bayar. Jika kami membuat
pembayaran kepada pembekal dalam tempoh tertentu, kami akan mendapat diskaun
daripada Akaun Belum Bayar.

8. Menawarkan pakej pelanggan menjadikan ahli.


- Contohnya, pelanggan yang mempunyai kad keahlian dapat mengumpul mata bagi
setiap kali pembelian untuk menebus produk dalam kedai kami.
ATAU
- Contonya, pelanggan boleh mendapat promosi yang lumayan sempena bulan hari
jadi.
(U) Cadangan Jangka Panjang

Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka masa panjang :

(**TULIS DALAM PERENGGAN)

1. Membuka beberapa cawangan yang baru di daerah yang lain seperti …..
- Dengan ini, lebih ramai pelanggan dari daerah lain dapat mengunjungi kedai kami.

2. Mengubah suai perniagaan. Hal ini dapat memberikan imej yang baru kepada pelanggan di
samping menarik pelanggan yang baru.

3. Membuat simpanan tetap bagi lebihan wang dalam kedai. Oleh itu, kedai dapat hasil
daripada faedah simpanan tetap dengan risiko yang lebih rendah.

4. Sentiasa memastikan kualiti pakaian dapat dijamin dan boleh membawa masuk pakaian
yang lebih berfesyen supaya stok kami berbeza dengan kedai lain.
5. Mengeluarkan produk jenama sendiri. Kami boleh mencari pereka bentuk pakaian berfesyen
tempatan untuk menghasilkan pakaian sendiri.
6. Memperkenalkan jualan secara Live Streaming ataupun melalui TIKTOK. Oleh itu, lebih
banyak pelanggan dari daerah atau negeri lain dapat membeli produk kami tanpa
berkunjung di kedai.

7. Menjual pakaian secara atas talian melalui Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain. Hal ini
supaya pelanggan dari seluruh negara boleh membeli pakaian kami.

8. Membuat pinjaman baharu dengan bank. Hal ini adalah untuk tujuan mengembangkan
perniagaan pakaian.

You might also like