You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAU

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 2/2022

Tarikh : 7 Sept 2022

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lepau

Pengerusi : En. Mahadi Bin Majid

Kehadiran (Bilangan) : 7 (7)

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi
hadir. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan komitmen sepanjang setengah tahun 2022.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya melatih
murid dalam semua kejohanan yang disertai.
1.3 Pengerusi menyatakan semua program kokurikulum perlu melibatkan semua
guru dan murid.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum bil 1/2022 dibentangkan untuk disahkan oleh
Puan Siti Amirah binti Zulkifli dan disokong oleh Puan NorHafizah Binti Abd Manan

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada -

4. PENYERTAAN AKTIVITI KOKURIKULUM


4.1 Guru perlu membuat laporan tentang penyertaan murid dalam aktiviti di luar
kawasan sekolah termasuklah pencapaian aktiviti sukan dan permainan, persatuan, unit
badan beruniform dan ko-akademik.
Tindakan : Makluman semua guru

5. PEMBENTANGAN JAWATANKUASA DAN JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN


TKRS
5.1 Pembentangan pelaporan mengenai persediaan yang telah dibuat dan
membincangkan masalah-masalah yang timbul
5.2 Perbincangan jadual tentatif dan aktiviti semasa perkhemahan 11 Oktober 2022.
Tindakan : Makluman semua guru

6. HAL-HAL LAIN
-Tiada-

PENUTUP
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2021 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

a. Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah silap sepanjang


mengendalikan mesyuarat pengurusan kokurikulum bil 2/2022 ini.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

................................................... ...........................……
(SITI AMIRAH BINTI ZULKIFLI) (AHMAD ARSYAD BIN BAKRI)
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Lepau SK Lepau

Disahkan oleh,

...................................................
(MAHHADI BIN MAJID)
Guru Besar
Sk Lepau

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2021 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like