You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGONG PIBG SK PULAU CHAPA KALI KE 49


2023/24

Mengumumkan ketibaan, Yang Dihormati Encik Nazri bin Arshat AJK PIBKS
KETIBAAN TETAMU Daerah Kubang Pasu diiringi Ustaz Abd Samad bin Yusuf dan barisan
JEMPUTAN pentadbir SK Pulau Chapa menuju ke pentas utama. (Nyanyian lagu Lagu
Negaraku dan Lagu Negeri Kedah)

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera
SALUTASI Jika ada
pancing di tangan, Yang DiHormati Encik Nazri bin Arshat,
Mari mengail ikan AJK PIBKS Daerah Kubang Pasu,
kerapu,
Kami menunggu Yang Dihormati Uztaz Abdul Samad bin Yusof,
datangmu tuan, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa,
Majlis berseri
bertambah mutu. Yang Berusaha Cikgu Rozali bin Hashim,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa,

Yang berusaha Cikgu Mhd Zalil Izham bin Abd Wahab,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa.

Barisan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa,


Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Ibu bapa, para jemputan,
Seterusnya, hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin yang dimuliakan,

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
UCAPAN Selamat datang hadirin dan taulan,
ALUALUAN MC Tambah sempurna majlis kami.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan berkat


kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita berkumpul di Persada
Perpaduan ini untuk menjayakan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah
Kebangsaan Pulau Chapa kali ke – 49 bagi tahun 2023.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para tetamu
yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini.
Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan
idea, maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan segala macam
bentuk kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih terkehadapan di masa
yang akan datang.InsyaAllah.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati,

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Cikgu Rosli bin Hashim.

BACAAN DOA Majlis mempersilakan.

-Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi


memberikan kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

Para tetamu yang dihormati,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
UCAPAN YDP PIBG Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan


Yang dihormati, Ustaz Abdul Samad bin Yusof , Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Pulau Chapa untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


UCAPAN GURU Belikan saya kain belacu,
BESAR Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Rozali bin Hashim,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang cukup


bermakna sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


PERASMIAN
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Encik Nazri
bin Arsat, AJK PIBKS DaerahKubang Pasu, untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau
Chapa kali ke 49 ini.

Majlis mempersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENYAMPAIAN SIJIL Bagi menyempurnakan acara penyampaian sijil kepada Ahli jawatankuasa
PIBG sesi 2021/2022, majlis menjemput sekali lagi, Yang Di Hormati Encik
Nazri bin Arshat, AJK PIBKS Daerah Kubang Pasu untuk
menyempurnakannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENYAMPAIAN Hadirin, Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha,


CENDERAMATA Cikgu Rozali bin Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa
KEPADA PERASMI diiringi Yang dihormati Ustaz Abd Samad bin Yusof, Yang dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Dihormati , Encik


Nazri Bin Arshat untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenangan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan acara


sebentar tadi.

Hadirin, para tetamu yang dikasihi,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazri bin Arshat diiringi oleh
Cikgu Rozali bin Hashim, untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan disambung semula
sebentar lagi .

Terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Disediakan oleh : PENGACARA MAJLIS :


(ANUAR BIN CHE OMAR) CIKGU ANUAR CHE OMAR DAN CIKGU NORMADIAH DIN

You might also like