You are on page 1of 3

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara

pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman


bervisi, seterusnya hadirin yang dihormati sekalian,
assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.

Hadirin sekalian,

Sebelum kaki mengorak Langkah, sebelum lidah


mengatur bicara, izinkan saya mendefinisikan secara
konseptual SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI
sebagai menjaga alam sekitar dan melindungi
masyarakat dalam jangka masa yang panjang. Jika kita
renung dengan teliti, sinario ini mempunyai aspek yang
luas maka pidato saya pada hari ini berpaksikan
kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia
dan langkah-langkah mengekalkan kelestarian alam
sekitar agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup
dengan selesa dan harmoni.
Warga dewan yang dihormati sekalian,

Setiap obligasi haruslah bermula dengan diri kita


sendiri. Begitu juga dengan cara menjaga alam sekitar
adalah dengan mengamalkan kitar semula. Pihak
berkuasa sebelum ini pernah memperkenalkan tong-
tong kitar semula yang mempunyai tiga warna berbeza.
Warna biru untuk kitar semula kertas, warna coklat
untuk barangan kaca dan jingga untuk tin aluminium.
Untuk menjadi seorang individu yang berminda kels
pertama, kita perlu sentiasa memulakan sebuah
perubahan dengan diri sendir.

Alam sekitar ialah sumber keperluan


kehidupan kita. Misalnya sungai merupakan
komponen penting dalam kehidupan
seharian kerana ia membekalkan sumber air
yang kita gunakan pada setiap masa, Baru-
baru ini kita saksikan, apabila sungai
tercemar di ibu kota kita yang tercinta,
beratus ribu orang telah terjejas kehidupan
mereka. Begitu juga jika laut kita tercemar,
akan menjejaskan sumber perikanan utama
kita.

You might also like