You are on page 1of 6

SJK (T) CONVENT, SEREMBAN

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN

KERTAS KERJA KONSEP

PROGRAM PERPADUAN

SJKT CONVENT DAN SK WAWASAN

ANJURAN :

PANITIA BAHASA MELAYU

KELAB KEBUDAYAAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. NAMA PROGRAM
Program Perpaduan Bersama SK Wawasan 2023
Anjuran: Panitia Bahasa Melayu dan Kelab Kebudayaan – SJK (T) Convent

2. PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Perpaduan sejak tahun 1986 untuk
sekolah-sekolah wawasan. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini
diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan
pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan
perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM
menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses
perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu
dan harmoni.

3. SASARAN
Murid Tahap 1 : Tahun 2 dan 3
Murid Tahap 2 : Tahun 4

4. OBJEKTIF
1. Membolehkan murid-murid berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum.
2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong, dan mewujudkan suasana muhibbah
secara sedar dan terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di SK Wawasan dan
SJKT Convent.
4. Meningkatkan pengetahuan tentang semua etnik di Malaysia.

5. CADANGAN KETETAPAN PROGRAM


Tarikh : 26 September 2023
Masa : bermula pukul 11.00 pagi
Tempat : Dewan terbuka SJKT Convent

6. PENYERTAAN
Seramai 90 orang murid dari SJKT Convent dan SK Wawasan.

7. PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN


7.1 Pembentangan kumpulan-Tahun 3
7.2 Pameran buku skrap- Tahun 3 dan Tahun 2
7.3 Aktiviti dan Permainan tradisional-Murid-murid SK Wawasan
7.4 Persembahan pentas-Kelab kebudayaan
7.1 Pembentangan kumpulan
7.1.1 Pengenalan
Pembentangan budaya dan cara hidup masyarakat yang berbilang kaum dapat
membolehkan murid-murid mengenali cara hidup dan adat resam pelbagai kaum di
Malaysia.

7.1.2 Jenis aktiviti


Jenis aktiviti yang akan diadakan ialah, Gallery Walk, pembentangan kumpulan, pameran
makanan tradisional, hiasan booth bertemakan pelbagai etnik, pameran pakaian
tradisional.

7.2 Pameran buku skrap

7.2.1 Pengenalan
Murid memaparkan hasil kerja projek waktu cuti sekolah mereka, iaitu, buku skrap
bertajuk, ‘Perayaan pelbagai kaum di Malaysia’,‘Kaum/Etnik di Malaysia’. Aktiviti ini dapat
melahirkan murid yang peka tentang setiap kaum di Malaysia.

7.2.2 Jenis aktiviti


Murid SK Wawasan menyaksikan pameran buku skrap yang disediakan di dewan terbuka.

7.3 Aktiviti/Permainan tradisional

7.3.1 Pengenalan
Murid SJKT Convent dan SK Wawasan mengambil bahagian dalam aktiviti permainan
tradisional yang diadakan. Permainan tradisional dapat membentuk generasi muda
berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilaia murni dan penyayang dalam kalangan
Masyarakat berbilang kaum.

7.3.2 Jenis aktiviti


Antara permainan tradisional yang diadakan ialah, permainan teng teng, batu Seremban dan
permainan congkak. Murid juga turut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencerminkan
kebudayaan etnik masing-masing yang turut menerapkan semangat perpaduan seperti,
mewarnakan kain batik bercorak dan menghasilkan kolam.

7.4 Persembahan pentas

7.4.1Pengenalan
Memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat dalam bidang seni dan budaya
masyarakat pelbagai kaum, keturunan dan etnik di Malaysia. Persembahan pentas dapat
memupuk perpaduan antara kaum menerusi persembahan seni dan budaya.

7.4.2 Aktiviti
Antara persembahan yang akan dijalankan ialah, persembahan nyanyian “Perayaan bangsa
Malaysia’ dan tarian pelbagai kaum.

8. JAWATANKUASA
Rujuk lampiran

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI BUTIRAN (goodie bag) JUMLAH


L
1. 58 X RM 5.00 (Murid 3M, 2M, 6 murid kel. Kebudayaan) RM 290
2. 30 X RM 5.00 (Murid SK Wawasan) RM 150
3. 2 hadiah penghargaan (SJKTC + SKW) RM 60
4. Hiasan pentas RM 50
RM 550

10. PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah
dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(PN. G. Anitawati) (EN. P. KRISHNAN)


Guru Bahasa Melayu Guru Besar
Ketua Kelab Kebudayaan SJKT Convent
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Pengerusi : En.Krishnan a/l Perumal


(Guru Besar SJKT Convent)

Naib Pengerusi : Pn. Muruganammal a/p


(GPK Pentadbiran, SJKT Convent)
Pn. Chitra Devi a/p Palany
(GPK HEM, SJKT Convent)
Pn. Sujithra a/p
(GPK Kokurikulum, SJKT Convent)

Penyelaras : Pn. Anitawati a/p Guwindasamy


(Guru matapelajaran BM 2 Manjari dan 3 Manjari)
Ketua Kelab Kebudayaan
Semua guru Panitia Bahasa Melayu
Semua guru Kelab Kebudayaan
ANGGARAN PERBELANJAAN
HADIAH PESERTA
KELAS KATEGORI PENERIMAAN JUMLAH BINTANG BILANGAN ANGGARAN
30 BINTANG DAN KE ATAS (RM20) 1 X 12 RM 240
2 MANJARI 10-30 BINTANG (RM8) 1 X 12 RM 96
1-10 BINTANG (RM 3) 1 X 12 RM 36
30 BINTANG DAN KE ATAS (RM20) 1 X 12 RM 240
2 BILAHARI 10-30 BINTANG (RM8) 1 X 12 RM 96
1-10 BINTANG (RM 3) 1 X 12 RM 36
30 BINTANG DAN KE ATAS (RM20) 1 X 12 RM 240
3 MANJARI 10-30 BINTANG (RM8) 1 X 12 RM 96
1-10 BINTANG (RM 3) 1 X 12 RM 36
RM 1116

PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah
dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(PN. G. Anitawati) (EN. P. KRISHNAN)


Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Guru Besar

You might also like