You are on page 1of 4

Puteri Lindungan Bulan

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri berdarah putih yang hidup di negeri
Kedah. Puteri itu bernama Zaleha dan rupanya sangat cantik dan menjadi
pujaan jejaka. Puteri Zaleha adalah anakanda Sultan Sulaiman , raja yang adil
lagi saksama. Baginda bersemayam di Seputeh bersama permaisuri dan puteri-
puteri baginda. Orang-orang Kaya, pembesar negeri dan rakyat jelata amat
kasih akan baginda sekeluarga.

Sultan Sulaiman sangat menyayangi puteri-puteri baginda. Puteri


berdarah putih dan adindanya hidup bahagia serta dijaga rapi. Orang yang
sebarangan tidak dibiarkan bertemu dengan puteri-puteri Sultan Sulaiman.
Puteri Zaleha yang rupawan itu menjadi sebutan. Kecantikannya memukau
tambahan pula kononnya berdarah putih. Maka banyaklah anak raja yang ingin
memperisterikan Puteri Zaleha, anakanda Sultan Kedah.

Di seberang laut, ada sebuah negeri kuat. Negeri itu, bernama Acheh
yang mempunyai jajahan yang luas dan tentera yang kuat serta gagah. Khabar
mengenai Puteri Zaleha berdarah putih telah sampai kepada Sultan Acheh.
Maka timbullah hasrat baginda untuk memperisterikan Puteri Zaleha . Sultan
Acheh sememangnya ingin menguasai negeri Kedah.

Maka Sultan Acheh pun segera menghimpunkan segala Orang-orang


Besar untuk menghadap. Hasrat baginda itu dititahkan kepada sekalian Orang
Besar. Tanpa bertangguh lagi, Orang-orang Besar pun segera mengerjakan
segala persiapan . Banyaklah harta benda seperti emas, perak, kain sutera
dewangga yang amat elok buatannya telah dihimpunkan. Barang-barang
hadiah pula sangat banyak tidak terkira.

Setelah siap segalanya, maka perahu dan jong diisi dengan harta benda
yang banyak itu. Rombongan peminangan itu bersiap sedia dengan tujuh puluh
buah perahu yang sarat dengan muatan. Rombongan peminangan itu sangat
besar, sehingga penuh muara pelabuhan. Mereka pun belayarlah menuju ke
Kedah untuk melaksanakan perintah Sultan Acheh.

Khabar perihal rombongan peminangan dari Acheh pun sampai ke


pengetahuan Sultan Kedah. Baginda pun bersiap-siap untuk menyambutnya.
Setelah berhari - hari belayar, sampailah sekalian Orang Besar Acheh ke Kedah.
Angkatan menteri Acheh itu disambut dengan penuh kebesaran. Surat Sultan
Acheh pun diarak orang. Gendang dipalu-palu kerana menyambut surat raja-
raja besar.

Setelah diarak, surat pun dibawa ke balairung seri untuk dibacakan.


Hasrat Sultan Acheh pun didengari Sultan Kedah dan sekalian yang hadir.
Sultan Sulaiman pun menyambut peminangan itu dengan muka manis
walaupun berhati berat. Hanya hadiah daripada Sultan Acheh yang diterima
oleh Sultan Kedah. Segala harta benda yang dikirimkan ditolak dengan baik
oleh Sultan Sulaiman untuk menentang rasuah . Layanan terhadap rombongan
peminangan Sultan Acheh itu dilaksanakan dengan sempurna.

Setelah selesai pekerjaan dan urusan, pinangan itu pun diterima. Maka
rombongan itu pun pulang. Sultan Sulaiman pula bermuram durja , gundah-
gulana kerana perlu melepaskan puteri kesayangan baginda . Perihal tingkah
laku Sultan Acheh memang diketahui . Baginda banyak beristeri dan isteri mana
yang sudah tidak berkenan akan dibuang-buang . Sultan Sulaiman bimbang
untuk menolak peminangan itu kerana Kedah akan diserang oleh Acheh.

Maka Sultan Sulaiman pun meminta pendapat dan buah fikiran


Bendahara. Setelah difikirkan, Sultan Sulaiman pun membulat tekad. Puteri
Zaleha akan digantikan dengan dayang sahaja. Sultan Sulaiman tidak sanggup
melihat puterinya merana kerana bersuamikan Sultan Acheh. Maka persiapan
perkahwinan pun dibuat . Puteri Zaleha pula sangat lapang dadanya kerana
tidak perlu berpisah dengan ayahandanya.

Istiadat perkahwinan amat meriah sekali di negeri Kedah. Rakyat dijamu


dan keraian berlangsung selama berhari-hari. Bermacam-macam permainan
ditunjukkan orang. Sekalian rakyat pun bersuka ria. Tetapi tiada siapa yang tahu
hal sebenar. Sultan Acheh sangat gembira dan tidak tahu akan isterinya bukan
Puteri Zaleha yang berdarah putih. Setelah selesai, Sultan Acheh pun berangkat
membawa isteri baginda pulang.

Kenduri-kendara pun diadakan di Acheh dengan meriah. Rakyat dijamu


dengan makanan yang mewah-mewah. Mewahnya sehingga rakyat tidak perlu
masak selama berhari-hari. Isteri Sultan Acheh yang kononnya Puteri Zaleha
berdarah putih disambut dengan meriah. Semuanya dilakukan dengan
selayaknya untuk raja-raja besar.

Sudah menjadi takdir, pada suatu hari , isteri Sultan Acheh sedang
mengacip pinang. Secara tidak sengaja, jarinya terluka kerana terkacip jari .
Mengalirlah darah yang berwarna merah . Khabar itu sampai kepada Sultan
Acheh. Baginda pun murka kerana ditipu Sultan Kedah. Baginda pun bertitah
kepada Menteri dan hulubalang agar perahu , jong dan alatan perang disiapkan.

Setelah sedia , bala tentera itu mara. Negeri Kedah akan dilanggar dan
Puteri Zaleha akan dirampas. Sultan Sulaiman tidak berdiam diri dan meyiapkan
pertahanan. Puterinya itu pula disembunyikan di bilik bawah tanah, lengkap
dengan dayang , inang pengasuh dan bekalan makanan. Persembunyian itu
hanya diketahui beberapa orang sahaja. Tuan puteri pun berdiam diri agar tidak
ditemui.

Perang yang tercetus sangat sengit. Habis berperang di laut , Kota


Siputeh pula dilanggar Acheh. Setelah lama dikepung , akhirnya Kota Siputeh
pun kalah. Tentera Acheh sangat kuat dan bekalan makanan pula telah habis.
Sultan Sulaiman dan keluarga baginda ditawan dan dibunuh. Segenap kota
diselongkar untuk mencari Puteri Zaleha yang berdarah putih itu.

Tetapi pintu tempat persembunyian Puteri Zaleha terlindung . Semasa


bulan terang pun pintu itu tidak kelihatan. Setelah lama bersembunyi , makanan
pun habis dan mereka semua pun mati kebuluran . Walaupun puas dicari oleh
Sultan Acheh, Puteri Zaleha tidak juga ditemui . Sultan Acheh pun pulang ke
negerinya.

Kemudian , pembesar yang mengetahui rahsia itu pun mencari bilik itu
dan mengebumikan Puteri Zaleha . Sejak itu , tuan puteri dikenali sebagai Puteri
Lindungan Bulan kerana pusaranya juga tidak disinari cahaya rembulan.

Sekian, terima kasih.

You might also like