You are on page 1of 5

SULIT KERTAS KERJA BIL.

/2016

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF

BIL. /2016

KERTAS KERJA PENUBUHAN PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI


FAKULTI BAHASA, PENDIDIKAN (FBP) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan


Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) bagi cadangan penubuhan
Fakulti Bahasa dan Pendidikan (FBP), Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM).

2.0 NAMA PUSAT


2.1 Fakulti yang dipohon akan diberi nama:
PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI ATAU dalam Bahasa
Inggeris Salman Al-Farisi Translation Centre

3.0 TAHUN PENUBUHAN


3.1 Pusat yang ditubuhkan ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun
2018.

1/49
SULIT
SULIT KERTAS KERJA BIL. /2016

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna


sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain.
4.2 Penterjemahan penting kerana masyarakat di dalam dunia yang
moden ini memerlukan penterjemah untuk menterjemahkan hasil karya
ahli sains asing , penulis, seniman, penyair, cendekiawan dan
sebagainya.
4.3 Pada masa ini, segala urusan bidang kebahasaan diletakkan di bawah
kendalian Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU). Manakala
urusan penawaran program pendidikan dikendalikan Jabatan
Pendidikan, Fakulti Sains Sosial.

5.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI

5.1 Objektif penubuhan PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI


adalah seperti berikut :

1. Bagi merealisasikan Tema 1: Memacu Kecemerlangan Akademik


dalam Pelan Strategik KUIM 2015-2017, pusat ini penting sebagai
tempat mengintegrasikan pelbagai ilmu melalui penterjemahan ke
dalam bahasa Melayu.
2. Menjadi pusat sokongan kepada KUIM dalam merealisasikan
hasrat KUIM untuk mencapai taraf universiti penuh pada tahun
2018.
3. Membantu KUIM dalam menjana kewangan melalui khidmat
terjemahan bahan seperti dokumen, tesis, artikel, manuskrip, surat
dan sebagainya.

2/49
SULIT
SULIT KERTAS KERJA BIL. /2016

6.0 JUSTIFIKASI PENUBUHAN PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI

6.1 Cadangan menubuhkan PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI


adalah berdasarkan kepada justifikasi berikut:
1. Pengantarabangsaan KUIM memerlukan kepada khidmat
terjemahan yang banyak.
2. Bagi menjalankan latihan penterjemahan kepada staf KUIM dan
kompusati luar.
3. Sebagai pusat pengkajian dan penyelidikan bidang pemterjemahan.
4. Penubuhan pusat ini juga menyumbang kepada perolehan
pendapatan KUIM secara umumnya.

7.0 FOKUS DAN BIDANG TUGAS

7.1 Menterjemah dokumen bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa


Mandarin ke bahasa Melayu dan sebaliknya.
7.2 Menyunting dan menyemak dokumen terjemahan.

8.0 STRUKTUR ORGANISASI PUSAT TERJEMAHAN SALMAN AL- FARISI

Pusat ini akan ditadbir dan beroperasi dengan cadangan struktur organisasi
permulaan yang berikut (Carta organisasi adalah seperti di Lampiran 1):
1. Ketua Pusat
2. Timbalan Ketua Pusat
3. Pensyarah
4. Penolong Pegawai Tadbir N2.

8.1 Pusat baru ini akan dianggotai oleh beberapa orang pensyarah
daripada pelbagai bidang khususya bidang bahasa yang sedia ada.
3/49
SULIT
SULIT KERTAS KERJA BIL. /2016

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN (AKTIVITI MENGIKUT FASA)


9.1 Kursus Intensif Penterjemahan dengan kerjasama Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia akan dijalankan secara berperingkat kepada
pensyarah KUIM untuk diiktiraf sebagai penterjemah berdaftar.
9.2 Menghasilkan dan menerbitkan buku yang telah diterjemah.
9.3 Mengendalikan kursus dan latihan penterjemahan kepada pihak-pihak
yang berkaitan dalam dan luar KUIM.
9.4 Menawarkan khidmat penterjemahan kepada mana-mana IPT dan
institusi lain yang berkaitan seperti ITBM, Majlis agama, DBP, agensi
kerajaan dan swasta dan orang perseoranagn.

10.0 IMPLIKASI KAKITANGAN, FIZIKAL DAN KEWANGAN

11.0 KESIMPULAN

Mesyuarat Pengurusan Eksekutif adalah dipohon untuk membuat


pertimbangan dan meluluskan cadangan penubuhan PUSAT TERJEMAHAN
SALMAN AL- FARISI, Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Kolej Universiti Islam
Melaka (KUIM).

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Penubuhan Pusat Penterjemahan Salman Al-Farisi.

4/49
SULIT
SULIT KERTAS KERJA BIL. /2016

LAMPIRAN 1
PENGARAH
AKADEMIK/DEKAN

KETUA PUSAT

PENSYARAH

PENOLONG PEGAWAI
TADBIR

N27

5/49
SULIT

You might also like