You are on page 1of 1

REKA BENTUK & TEKNOLOGI TINGKATAN 3

2.1.3 MERANCANG KONSEP, ELEMEN & PRINSIP REKA BENTUK YANG DIPERSETUJUI DALAM BENTUK
LAKARAN

A. KONSEP PENGHASILAN IDEA

1. Penghasilan produk bermula dengan idea tentang produk dalam bentuk lakaran.
2. Tujuan lakaran ialah mendapat gambaran awal idea reka bentuk dan fungsi produk.
3. Pereka bentuk menghasilkan beberapa lakaran idea untuk mendapatkan lakaran reka bentuk
akhir bagi produk yang akan dihasilkan.
4. 2 konsep penghasilan idea reka bentuk ialah bentuk mengikut fungsi (form follow function) dan
fungsi mengikut bentuk (function follow form)
5. Perbezaan ditunjukkan di bawah:

Bentuk mengikut fungsi Fungsi mengikut bentuk


Reka bentuk mengikut fungsi yang pelanggan Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi
hendakkan. produk yang telah dihasilkan.

Reka bentuk memsti memenuhi fungsi Reka bentuk menentukan bagaimana produk
sepenuhnya akan berfungsi. Lazimnya produk mempunyai
reka bentuk yang menarik.
Contohnya: kerusi direka bentuk sebagai Contohnya: peralatan dapur direka bentuk
tempat duduk. Bagi memenuhi fungsi sebagai menyerupai raksasa ‘Loch Ness’ mendapat
tempat duduk sambil merehatkan badan maka permintaan kerana mempunyai bentuk
kerusi malas direka bentuk. menarik dan berfungsi.

B. ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK

You might also like