You are on page 1of 1

SJKTKC PEMACU KEJAYAAN 2023

தேசிய வகை கொலம்பியா கிராமத் தமிழ்ப்பள்ளி, ஆயர் தாவார்.


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KAMPUNG COLUMBIA,
32400 AYER TAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel & Faks : 011-65566475
Emel : ABD1085@moe.edu.my
“TOGETHER WE CAN ACHIEVE MORE”

YB DATO’ NGEH KOO HAM


Ahli Parlimen Beruas, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beruas,
No.35,Tgkt Bawah, Jln Hala Nelayan 2/1,
Taman Nelayan 2, 34900 Pantai Remis, Perak.

YB,
Permohonan Dana Bagi Program-Program Tahunan Tahun 2023/2024 dan Kos Pembiayaan
Pengangkutan Murid
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (T) Kampung Columbia memerlukan
dana untuk membiayai program-program tahunan sesi 2023/2024 yang dirancang untuk meningkatkan
kemenjadian murid yang berketerampilan, dinamis serta berkualiti di semua aras yang diwajibkan dalam
pembelajaran terkini. Kami telah merancang dan ingin melaksanakan program-program bagi sesi 2023/2024
dan mencari dana bagi menampung kos pembiayaan pengangkutan murid ke sekolah seperti mana yang
terdapat dalam kertas kerja yang dilampirkan bersama.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan dana yang
tersenarai daripada pihak tuan. Adalah diharapkan dengan sumbangan dana ini dapat menampung kos yang
ditanggung oleh pihak PIBG dan sekolah bagi menjana perbelanjaan program-program yang dirancang
sepanjang tahun 2023/2024 serta kos pembiayaan pengangkutan murid ke sekolah.
4. Sekiranya, Yang Berhormat ingin menghulurkan sumbangan dana tersebut boleh dihulurkan melalui akaun
PIBG seperti dibawah :

Nama Akaun : PIBG SJK (T) Kampung Columbia


No. Akaun : 4-0489101-34
Nama Bank : Public Bank

5. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen berikut untuk tindakan pihak YB


selanjutnya.
5.1 Satu Salinan Sijil Pendaftaran Peraturan PIBG
5.2 Satu Salinan Akaun Bank Persatuan

6. Atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak PIBG terlebih dahulu merakamkan
ucapan jutaan terima kasih. Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(MARIAPPAN A/P SUBRAMANIAM)
Yang Dipertua PIBG,
SJK (T) Kg. Columbia, Ayer Tawar.

You might also like