You are on page 1of 1

,

/ SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA


JALAN SJ 24
TAMAN SELAYANG JAYA Tel : 03-61385270
68100 BATU CAVES Fax : 03-61369782
SELANGOR DARUL EHSAN Email : BBA7219@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKSJ 800- 2/5/5 ( )


Tarikh : 27 Julai 2023

Klinik Kesihatan Taman Ehsan,


Jalan E4/16 Taman Ehsan
51000 Kepong
Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN PERUBATAN KECEMASAN UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH 2023.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum SK Selayang Jaya akan mengadakan Kejohanan Merentas
Desa peringkat sekolah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 JULAI 2023 (SABTU)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : TAMAN BOTANI, FRIM KEPONG
Jumlah peserta : 400 orang murid
Jumlah Ibubapa : 50 orang
Jumlah Guru & Staff : 60 orang

3. Sebagai langkah keselamatan, pihak kami ingin memohon bantuan perubatan dari pihak tuan, sekiranya
berlaku sebarang masalah kecemasan semasa berlangsungnya kejohanan tersebut.. Sebarang pertanyaan, pihak
tuan boleh menghubungi PK Kokurikulum, En. Sharizal bin Abdul Karim di talian 03-61385270 atau
0192705037.

4. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian,

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SURAYA BINTI MOHD SALLEH)


Guru Besar
SK Selayang Jaya

You might also like