You are on page 1of 4

KARANGAN 11 : PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK KELUARGA

BAHAGIA

Pendahuluan:
•Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah
masyarakat.
•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang
tidak terucap.
•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya
serta kepada insan lain yang memerlukan.
•Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat
terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
•Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga
memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan
diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang
bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua
perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang
penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang
sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
•Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan
masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling
menghormati antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap
ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat
diwujudkan.
Persoalannya………………..

Isi
1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat
penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka
harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-
anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-
lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling
menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian
kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu
apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti
pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan
sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan
menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan
sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi,
rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di
rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha
mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak
di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu
berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak
berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua
mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan


-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan
bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka
dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti
kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang
dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-
kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah
keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang
dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas
mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka
mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh
dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa


-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat
bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf
hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang
semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja
hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini
merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan
golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak-
anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah
yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang
merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan
masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti
umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada
para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan
bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil
merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan
berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada
ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk
mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti
untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam
sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan

4. Memberikan didikan agama dan moral


- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda
juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang
bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat
dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti
ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat
memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan
perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal
juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan
yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta
menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-
anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling
bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah
sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap
ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan
harmoni akan dapat dilahirkan.

5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak


- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-
anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk
pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan
anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga
yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak
tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang
rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang
ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang
dikecapi

6. Setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.


-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan
pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana
keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh
mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang
mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang
harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil
berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam
keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak
dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-
membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang
yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang
lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang
yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak
ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela
melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah
mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan
"ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli
keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar
sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika
setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses
pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota
untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan
memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.
Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat
yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka
pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan
masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan
barsama

You might also like