You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK(C) Yu Chai Kod Sekolah: ABC3052


1. Nama Guru Loi Kim Wei
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran 3. Bidang: Nilai dan Amalan
2. Judul
Bilik Darjah Edisi ke-2 Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan Tidak berkenaan 5. Masa: Tidak berkenaan
Tidak berkenaan
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik,
serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi
berorientasikan peperiksaan.
PBD akan memberi tumpuan kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan
pembelajaran, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD adalah sebahagian daripada proses
pembelajaran dan ia juga salah satu komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Salah satu kesan daripada pelaksanaan PBD ialah guru diberi autoriti dalam
memperkembangkan kreativiti pengajaran mereka (Maxwell, 2006). Guru “bebas” menyampaikan
pengajaran yang pelbagai dan melaksanakan pentaksiran bergantung kepada keupayaan klien
iaitu murid-murid di kelas masing-masing. Melalui PBD, guru juga dapat mengaplikasikan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa pengajaran dijalankan. Secara tidak langsung
suasana pembelajaran lebih berpusatkan murid.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dalam bilik darjah, idea PBD boleh dijelmakan melalui pelbagai bentuk aktiviti yang yang
membolehkan murid terlibat secara aktif sepanjang sesi PdP berlangsung.

Berikut merupakan beberapa aktiviti asas dan mudah yang boleh dilaksanakan di dalam bilik
darjah.
1. Bercerita
2. Projek mudah
3. Permainan
4. Main peranan
5. Kuiz

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LOI KIM WEI ) ( LOW SOO HOAY )

You might also like