You are on page 1of 6

Berikut ialah antara kesalahan ejaan yang biasa dibuat dalam penulisan bahasa

Melayu :

SALAH BETUL SALAH BETUL


Agen Ejen Lembab Lembap
Anggrik Anggerik Letrik Elektrik
Atau pun Ataupun Majisteret Majistret
Biar pun Biarpun Maksima Maksimum
Bumiputra Bumiputera Mansukh Mansuh
Catit Catat Mantra Mantera
Cendera mata Cenderamata Marhain Marhaen
Cokelat Coklat Masaalah Masalah
Definasi Definisi Mastika Mestika
Deligasi Delegasi Murtabak Martabak
Depo Depot Meski pun Meskipun
Deraf Draf Minima Minimum
Difinasi Definisi Muhibbah Muhibah
Difinisi Definisi Mustika Mestika
Dinamis Dinamik Naskah Naskhah
Durhaka Derhaka Nenas Nanas
Ejensi Agensi Organisme Organisma
Engkar Ingkar Overderaf Overdrat
Estetis Estetik Paspot Pasport
Fardhu Fardu Pelusuk Pelosok
Fekah Fikah Pendita Pendeta
Garuda Geroda Persona Pesona
Gembeleng Gembleng Plan Pelan
Hafal Hafaz Plet Plat
Hipotisis Hipotesis Pragawati Peragawati
Illustrasi Ilustrasi Praktik Praktis
Impot Import Profail Profil
Institiut Institut Putra Putera
Insuran Insurans Raksaksa Raksasa
Istihar Isytihar Reket Raket
Istirehat Istirahat Resmi Rasmi
Jamaah Jemaah Samudra Samudera
Jeket Jaket Sastra Sastera
Justru Justeru Satay Sate
Kalau pun Kalaupun Sekelian Sekalian
Kastad Kastard Selindang Selendang
Kedet Kadet Setor Stor
Kelinik Klinik Siksa Seksa
Kerinting Keriting Stesyen Stesen
Kesah Kisah Talifon Telefon
Kewajiban Kewajipan Taugeh Tauge
Kominis Komunis Tauladan Teladan
Komlplek Kompleks Tulin Tulen
Kuncu Konco Ugama Agama
Lafas Lafaz Zohor Zuhur

lin perenggan demi perenggan


Semak ejaan/tanda bacaan
Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan
Teknik 2
Beri gambar tunggal/bersiri
Bina ayat berdasarkan gambar
Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
Mula mengarang
Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan
Teknik 3
Edar karangan lengkap
Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
Guru menyebut - murid mengeja
Perbetulkan ejaan
Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
Tuliskan di papan kapur
Bina ayat daripada isi karangan
Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca
Teknik 4
Salin contoh karangan
Mengambil imlak
Latihan mengarang/banyak salah buat semula
Baca contoh-contoh karangan
Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit
ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat..

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAH


TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA

ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan kurang ilmu agama di
jiwa. Ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan kejahatan. Seseorang itu tidak akan berasa dirinya
bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah
menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan.

ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya akan menjadi ikutan para
remaja. Para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan daripada ibu bapa mereka sendiri. Keutamaan itu tidak kira
walaupun salah akan dituruti mereka. Mereka akan merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan
sebaya memang menyebabkan masalah ini berlaku.

ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK-


ANAK

Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya masalah ini. Ibu bapa lebih
mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi. Kekayaan itu telah melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Tanggungjawab mendidik ilmu agama telah diabaikan. Agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Anak-anak bebas
melakukan maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa telah gagal mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang
menjadi penyebab timbulnya masalah ini.

ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA

Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi. Pelbagai rancangan yang
negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik perhatian para penonton. Para penonton akan meniru
aksi yang dilihat itu. Aksi seorang mat rempit akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah
meyebabkan berlakunya masalah ini di negara kita.

ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA

Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus berpanjangan. Pihak berkuasa gagal
mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada tidak mencukupi.
Kelemahan itu telah menyebabkan pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan
masyarakat kita. Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.

sebatan jarum betul x

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAH


TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI


ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA

Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan lebih tegas lagi. Tindakan ini
akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka. Kesalahan itu tidak akan diulangi lagi setelah dikenakan denda
atau penjara. Denda yang dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya optimis, pihak kerajaan
berperanan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA

Selain itu, peranan pihak media massa juga penting untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa bertanggungjawab
menyiarkan rancangan yang mendidik masyarakat. Rancangan tersebut perlu menerapkan nilai-nilai hidup yang positif. Nilai ini
mampu menghalang masyarakat kita mengamalkan budaya hidup barat. Masyarakat kita akan lebih bertanggungjawab.
Tegasnya, peranan media massa sangat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

ISI 3: PERANAN RAKAN SEBAYA

Di samping itu, peranan rakan sebaya sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Rakan sebaya yang baik akan mengajak kita
melakukan kebaikan. Mereka juga akan melarang kita melakukan keburukan. Rakan boleh menjadi penasihat kepada kita
semua. Nasihat itu sangat berguna dalam kehidupan kita. Hidup kita menjadi lebih teratur dan sempurna lagi. Jelaslah,
peranan rakan sebaya mempu mengurangkan masalah ini.

ISI 4: PERANAN IBU BAPA

Seterusnya, peranan ibu bapa juga ditagih untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan ilmu
agama yang sempurna. Didikan ilmu agama perlu diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Orang tua-tua ada berpesan
melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dihayati oleh ibu bapa. Anak-anak akan menjadi seorang insan yang baik. Mereka
tidak akan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan ibu bapa perlu diperkasakan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 5: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT

Akhir sekali, segala usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap individu yang terlibat. Setiap individu perlu
berubah daripada bersikap negatif kepada positif. Segala perbuatan yang tidak baik mestilah ditinggalkan dengan segera.
Perbuatan buruk itu telah merugikan diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri. Jadi, kita perlu menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan rasional. Natijahnya, perubahan sikap individu yang terlibat sangat penting untuk mengatasi masalah
ini.
Cikgu, lihat kata kunci soalan. Ayat lengkap berdasarkan gambar. Jadi ayat mesti menjurus kata kerja. Terjumpa kotak ,
membuka kotak, memberi kucing makan , menghulurkan tangan, memeluk kucing. Contoh ayat: 1.Suraya ternampak kotak
yang besar di atas rumput ketika pulang dari sekolah.2. Suraya membuka kotak dan ada dua ekor kucing yang comel di
dalamnya. Suraya memberi kucing makan di dalam pinggan agar kucing itu kenyang. Anis menghulurkan tangan kepada
Suraya untuk mengambil kucing itu. Suraya memeluk kucing itu di hadapan Anis untuk diberikan kepadanya.

Siapa buat apa kata adjektif di mana bagaimana bila dan mengapa. Murid akan ikut teknik itu. Satu persatu dibimbing.
January 15 at 4:38pm · Like · 2

You might also like