You are on page 1of 16

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA

VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran:


Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

(STEM approaches in teaching and learning process: Systematic Literature Review (SLR))

Kong Suik Fern1, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore1*


1
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Corresponding author: effendi@ukm.edu.my

Published online: 11 November 2020

To cite this article (APA): Kong, S. F., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2020). STEM approaches in teaching and
learning process: Systematic Literature Review (SLR). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik
Malaysia, 10(2), 29-44. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.2.4.2020

To link to this article: https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.2.4.2020

ABSTRAK

Pembelajaran menerusi pendekatan STEM menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif, sistematik dan
logik. Dua isu utama yang wujud adalah tentang tahap pencapaian Sains dan Matematik pelajar yang rendah
melalui pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA serta kekurangan minat pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menerusi kaedah konvensional. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan STEM yang
paling kerap digunakan oleh pengkaji-pengkaji menerusi sorotan kajian-kajian lepas dan membangunkan
kerangka konseptual berdasarkan analisis yang dijalankan. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan ERIC telah
digunakan dalam penyaringan artikel kajian lepas. Prosedur sorotan literatur bersistematik adalah merangkumi
strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi artikel yang
diperolehi. Sebanyak 31 buah artikel dikenal pasti melalui kriteria yang ditetapkan seperti tahun penerbitan dan
jenis bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai bilangan
rujukan yang paling dominan diikuti dengan pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod,
pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. Kerangka konseptual pendekatan STEM
dibangunkan berdasarkan pendekatan yang kerap kali digunakan dalam kajian lepas iaitu pembelajaran
berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan
masalah dan pembelajaran koperatif. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti sama ada
pembelajaran koperatif boleh dimasukkan dalam kerangka konseptual yang dibangunkan.

Kata Kunci: Pendekatan STEM, Pengajaran dan Pembelajaran, Sorotan Literatur Bersistematik, Kerangka
Konseptual, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

ABSTRACT
STEM approaches are able to help the students to think creatively, systematically and logically. There are two
major issues that need to be discussed which are the low level achievement of students in Science and
Mathematics through international assessments of TIMSS and PISA and students were less interested in the
conventional teaching and learning process. The primary goal of this study is to analyse the articles that are
related to STEM approach in teaching and learning and develop conceptual framework based on the analysis
carried out. Two databases which are SCOPUS and ERIC were used in screening the articles. A systematic
literature review procedure includes the search strategies, selection criteria, selection process, data collection
and data analysis from the articles obtained. There are 31 articles that fulfill the criteria of selection such as the
year of publication and types of language. The results of the analysis showed that inquiry-based learning has
the highest number of referrals followed by project-based learning, multi-mode learning, problem-based
learning and cooperative learning. The conceptual framework was developed based on the STEM approaches
that are frequently used in past studies which included inquiry-based learning, project-based learning, multi-

29
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

mode learning, problem-based learning and cooperative learning. Therefore, further researches are needed to
examine whether cooperative learning can be incorporated into the established conceptual frameworks.

Keywords: STEM Approaches, Teaching and Learning, Systematic Literature Review, Conceptual Frameworks,
Inquiry-Based Learning

PENGENALAN

Pendekatan STEM adalah usaha untuk mengintegrasikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik serta berfungsi mendidik pelajar dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Pendekatan STEM berupaya membentuk pemikiran yang kreatif, kritikal, sistematik dan logik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Aktiviti yang dijalankan menggunakan pendekatan STEM
dapat meningkatkan tahap pemahaman konsep dan merangsang kreativiti pelajar melalui
pembelajaran yang aktif (Ong et al., 2017) .

Pendekatan STEM diimplementasikan bermula daripada peringkat sekolah rendah dengan


menggunakan silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) pada peringkat sekolah menengah. Hal ini disebabkan matlamat pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) yang melaksanakan STEM sebagai asas pembelajaran di
peringkat sekolah. Perkara ini adalah bagi memastikan negara dapat menghasilkan generasi muda
yang berkelayakan dalam bidang STEM untuk memacu ekonomi negara. Seterusnya, pendekatan
STEM telah membawa perubahan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Sains
dan Matematik dengan menggabungkan bidang teknologi serta kejuruteraan dalam aktiviti
pembelajaran pelajar.

Selain itu, pendekatan STEM yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan melalui sekolah adalah
untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran global dan perubahan pembelajaran pada abad
ke-21 (Anggraini & Huzaifah, 2017). English (2015) menegaskan bahawa pendidikan STEM
merangkumi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan proses inkuiri, kerja berpasukan, proses
membuat reka bentuk dan teras kejuruteraan. Bicer et al. (2015) telah menjalankan kajian mengenai
tahap pencapaian pelajar yang mengikuti sekolah awam biasa dengan sekolah yang menggunakan
pendekatan STEM. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan
pengajaran dan pembelajaran pendekatan STEM mempunyai tahap pencapaian yang lebih bagus, jika
dibandingkan dengan sekolah awam biasa.

Pelaksanaan STEM adalah untuk menangani isu mengenai tahap pencapaian pelajar yang rendah
dalam subjek Sains dan Matematik hasil daripada pentaksiran antarabangsa iaitu Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student
Assessment (PISA). Malaysia telah menyertai pentaksiran antarabangsa TIMSS pada tahun 1999 dan
PISA pada tahun 2009 bagi menguji kemahiran kognitif pelajar dari segi penaakulan dan aplikasi.
TIMSS dan PISA merupakan instrumen untuk menilai pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek
Sains dan Matematik. Perkara ini sangat penting kerana tahap pencapaian tersebut akan mewakili
tahap penguasaan pelajar Malaysia dalam subjek Sains dan Matematik. Hasil daripada penilaian yang
lepas, keputusan bagi TIMSS dan PISA negara Malaysia tidak memberangsangkan dan menunjukkan
pelajar negara Malaysia masih berada pada tahap pencapaian yang rendah. Hal ini demikian kerana
keputusan negara Malaysia dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 2011 adalah pada kedudukan 26
daripada 42 buah negara. Sebaliknya, pentaksiran PISA pada tahun 2012 adalah berada pada
kedudukan 52 daripada jumlah keseluruhan 65 buah negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa
tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pada tahun 2015, negara Malaysia terdapat
sedikit peningkatan pada skor keputusan pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA (Maria Uffa,
2016). Namun begitu, peningkatan yang sedikit ini tetap memerlukan usaha untuk menyediakan
pelajar dalam menghadapi pentaksiran antarabangsa melalui usaha penerapan elemen bidang STEM
dalam pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan itu, langkah yang proaktif ini

30
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

dijangka dapat memperbaiki dan meningkatkan pencapaian TIMSS dan PISA pada penilaian
seterusnya.

Seterusnya, pendekatan STEM juga dilaksanakan untuk menangani isu sikap pelajar yang kurang
berminat dengan pembelajaran subjek Sains dan Matematik melalui kaedah pengajaran dan
pembelajaran konvensional. Hal ini demikian kerana pembelajaran kaedah konvensional hanya
melibatkan tiga aktiviti iaitu penyampaian pengajaran oleh guru, sesi soal jawab dan pelajar perlu
membuat kerja yang diberikan dengan senyap (Fisher, Dwyer, & Yocam, 1996). Namun, Lin et al.
(2019) menyatakan bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif dengan menggunakan pendekatan
STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan pendekatan STEM adalah pelajar dapat
menyelesaikan masalah ataupun persoalan melalui pembelajaran berasaskan aktiviti, penemuan serta
berpusatkan pelajar bagi subjek Matematik (Ting, Lam, & Shroff, 2019). Oleh itu, subjek Sains dan
Matematik digabungkan dengan elemen bidang teknologi serta kejuruteraan dalam PdP iaitu melalui
pendekatan STEM untuk menarik minat pelajar. Gabungan ini sesuai kerana pelajar akan mendapat
pendedahan awal mengenai bidang teknologi dan kejuruteraan semasa mempelajari subjek Sains dan
Matematik.

Terdapat pelbagai jenis pendekatan STEM yang boleh dipraktikkan oleh tenaga pengajar dalam
proses PdP iaitu pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran
berasaskan projek (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). SLR ini dijalankan bertujuan untuk
menganalisis artikel yang berkaitan dengan pendekatan STEM. Analisis yang dijalankan adalah untuk
mengenal pasti pendekatan STEM yang paling kerap digunakan oleh pengkaji dan membangunkan
kerangka konseptual berdasarkan analisis yang dijalankan. Justeru, hasil analisis dan kajian yang
dijalankan boleh menjadi rujukan dan panduan kepada tenaga pengajar serta penyelidik mengenai
pendekatan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI

Sorotan Literatur Bersistematik ataupun Systematic Literature Review (SLR) adalah kajian yang
memerlukan pembentukan persoalan kajian yang jelas dengan menggunakan kaedah sistematik dan
eksplisit dalam mengenal pasti, memilih, menilai, mengumpulkan dan menganalisis data daripada
kajian lepas yang relevan (Moher et al., 2009). Kajian yang dijalankan turut menggunakan gambar
rajah aliran Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA) dalam
pemilihan artikel yang berkaitan dengan persoalan kajian yang dikemukakan. Gambar rajah aliran
prisma bagi pemilihan artikel merangkumi empat peringkat iaitu pengenalpastian, penyaringan,
peringkat kelayakan dan peringkat memasukkan artikel dalam kajian SLR yang dijalankan (Liberati et
al., 2009). Dengan itu, kajian SLR yang dijalankan merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan,
proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi artikel yang diperolehi.

Strategi Pencarian Artikel

Pangkalan data terkemuka iaitu SCOPUS dan ERIC digunakan dalam pencarian artikel bagi SLR
yang dijalankan. Kata kunci “STEM education learning” dan “STEM education learning approach”
digunakan untuk mencari artikel yang berkaitan menggunakan Bahasa Inggeris. Kata kunci tersebut
adalah untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan pembelajaran yang berkaitan dengan
pendidikan STEM dan pembelajaran pendekatan STEM dalam pendidikan. Berdasarkan kata kunci
tersebut, artikel yang dipaparkan pada pangkalan data adalah berkaitan dengan pendekatan STEM
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kriteria Pemilihan Artikel

Bagi mendapatkan artikel yang menepati kriteria kajian, kriteria pemilihan artikel telah ditetapkan
dari segi tahun penerbitan, bahasa, jenis bahan rujukan dan bidang kajian artikel jurnal seperti yang
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

ditunjukkan dalam Jadual 1 iaitu kriteria bagi penerimaan dan penolakan artikel. Kriteria bagi tahun
penerbitan adalah dalam lingkungan lima tahun yang terkini iaitu daripada tahun 2016 hingga tahun
2020. Pemilihan artikel dihadkan dalam lima tahun kerana dalam lingkungan lima tahun merupakan
tempoh topik pencarian masih hangat diperbincangkan dan merangkumi isu-isu terkini. Seterusnya,
kesemua artikel yang dimasukkan dalam kajian ini adalah artikel dalam Bahasa Inggeris daripada
pangkalan data yang dipilih. Artikel yang dipilih adalah dalam Bahasa Inggeris kerana pangkalan data
yang dipilih hanya menerbitkan artikel yang berbahasa Inggeris. Manakala, kajian yang dijalankan
hanya menggunakan artikel jurnal dan mengecualikan prosiding, persidangan, buku, sorotan kajian
dalam pemilihan bahan rujukan. Perkara ini disebabkan oleh artikel jurnal merupakan bahan rujukan
yang mempunyai pelaporan yang lengkap dan terperinci.

Jadual 1: Kriteria Penerimaan dan Penolakan Artikel

Kriteria Penerimaan Penolakan


Tahun Penerbitan daripada tahun Penerbitan sebelum tahun 2016.
Penerbitan 2016 hingga 2020.
Bahasa Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia
dan bahasa lain-lain.
Jenis Bahan Artikel jurnal. Tesis, prosiding, persidangan dan
Rujukan buku.
Bidang Kajian Dalam bidang Sains, Selain daripada bidang Sains,
Artikel Jurnal Teknologi, Matematik dan Teknologi, Matematik dan
Kejuruteraan (STEM). Kejuruteraan.

Proses Pemilihan Artikel

Proses pemilihan artikel untuk sorotan literatur adalah dikendalikan pada Mei 2020. Rajah 1
menunjukkan gambar rajah aliran proses pemilihan artikel yang diadaptasi daripada gambar rajah
aliran PRISMA (Tawfik et al., 2019). Kajian ini menggunakan artikel yang dikenal pasti daripada dua
pangkalan data yang digunakan adalah 9764 buah artikel. Selepas itu, artikel tersebut disaring
menggunakan kriteria yang telah ditetapkan sebelum dimasukkan kepada peringkat kelayakan untuk
penapisan yang lebih teliti dan terperinci.

Seterusnya, berdasarkan gambar rajah aliran proses pemilihan artikel yang disertakan terdapat empat
kriteria tambahan bagi pengecualian artikel sebelum dimasukkan dalam kajian SLR yang dijalankan.
Pertama sekali adalah artikel yang tidak mempunyai teks penuh, kedua adalah tajuk artikel yang tidak
menepati konteks kajian, ketiga ialah artikel yang sama daripada dua pangkalan data dan keempat
adalah artikel yang tidak memenuhi kriteria penerimaan kajian seperti artikel yang tidak mempunyai
data empirikal serta berbentuk ulasan turut dikecualikan. Manakala, bagi kriteria penerimaan
tambahan pula yang pertama ialah artikel yang mempunyai teks penuh, kedua adalah tajuk artikel
yang menepati konteks kajian, ketiga adalah artikel yang diteliti mengikut kesesuaian konteks kajian
serta tiada duplikasi dan akhir sekali adalah artikel yang memenuhi kriteria penerimaan kajian seperti
artikel yang mempunyai data empirikal dan bukan berbentuk ulasan.

Justeru, setelah menjalani saringan dan penelitian terhadap artikel yang telah dimuat turun, terdapat
31 buah artikel yang dikenal pasti. Sejumlah 31 buah artikel tersebut merupakan artikel yang
menepati kesemua kriteria pemilihan yang telah ditetapkan dan akan dimasukkan dalam kajian SLR
yang dijalankan.

32
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Rajah 1: Gambar Rajah Aliran Proses Pemilihan Artikel

Pengumpulan Data Dan Analisis Data

Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan 31 buah artikel yang diperolehi daripada dua
pangkalan data yang terkemuka iaitu SCOPUS dan ERIC. Data dikumpul dengan mengekstrak tajuk,
nama penulis, tahun, tujuan kajian dan jenis pendekatan STEM bagi setiap artikel kajian lepas ke
dalam jadual yang dibina menggunakan perisian Microsoft Excel 2016. Analisis data dijalankan
dengan menggunakan jadual yang telah dibina dan mengkategorikan pendekatan STEM yang
digunakan oleh setiap artikel. Tambahan pula, hasil analisis data yang dijalankan akan
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar. Jadual 2 menunjukkan senarai artikel kajian lepas
berserta dengan nama dan negara penulis yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Kesemua
artikel yang dipilih adalah berdasarkan kriteria penerimaan dan penolakan yang telah ditetapkan.

Selepas itu, kajian SLR yang dijalankan turut digunakan untuk membangunkan kerangka konseptual
berdasarkan kajian-kajian lepas (Kumar, 2012). Berdasarkan analisis data kajian SLR yang
dijalankan, pendekatan STEM yang paling kerap akan digunakan untuk membentuk kerangka
konseptual bagi pendekatan STEM. Kerangka konseptual yang dibina dapat dijadikan rujukan dan
menyumbang pada bahagian literatur kajian pada masa hadapan.
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

Jadual 2: Senarai Artikel Kajian Lepas

NAMA PENULIS TAJUK KAJIAN


1 Ardianti et al. The impact of the use of STEM education approach on the blended
(2020) learning to improve student's critical thinking skills.
2 Seage et al. (2020) The effects of blended learning on STEM achievement of
elementary school students.
3 Changtong, Approaches for implementing STEM (Science, Technology,
Maneejak & Yasri Engineering and Mathematics) activities among middle school
(2020) students in Thailand.
4 Carbonell-carrera Enhancing creative thinking in STEM with 3D CAD modelling.
et al. (2019)
5 Lin et al. (2019) Effects of 6E-oriented STEM practical activities in cultivating
middle school students’ attitudes toward technology and
technological inquiry ability.
6 Chutrtong et al. Service learning by STEM activity in secondary school at Prachin
(2019) Buri province, Thailand.
7 Ting et al. (2019) Active learning via problem-based collaborative
Games in a large Mathematics university course in Hong Kong.
8 Apriyani et al. Analyzing student’s problem solving abilities of direct current
(2019) electricity in STEM-based learning.
9 Karaahmetoğlu & The effect of project-based Arduino educational robot applications
Korkmaz (2019) on students' computational thinking skills and their perception of
basic STEM skill levels.
10 Çaycı & Örnek Effect of STEM-based activities conducted in Science classes on
(2019) various variables.
11 Timur et al. (2019) Effects of STEM based activities on in-service teachers’ views.

12 Bozkurt Altan et Preparation of out-of-school learning environment based on


al. (2019) Science, Technology, Engineering and Mathematics education and
investigating its effects.
13 Baran et al. (2019) The impact of an out‐of‐school STEM education program on
students’ attitudes toward STEM and STEM careers.
14 Ergün & Külekci The effect of problem based STEM education on the perception of
(2019) 5th grade students of Engineering, Engineers and Technology.
15 Lee et al. (2019) Affective Mathematics engagement: A comparison of STEM PBL
versus non-STEM PBL instruction.
16 Hanif et al. (2019) Enhancing students’ creativity through STEM project-based
learning.
17 Beier et al. (2019) The effect of authentic project-based learning on attitudes and
career aspirations in STEM.
18 Mirici et al. (2019) The impact of STEM project writing education on candidate
female teachers’ attitudes, their semantic perceptions and project
writing skills towards STEM education.
19 Parno et al. (2019) The influence of STEM-based 7E learning cycle on students
critical and creative thinking skills in Physics.
20 Julià & Antolí Impact of implementing a long-term STEM-based active learning
(2018) course on students’ motivation.
21 Lin et al. (2018) Effects of web‑based versus classroom‑based STEM learning

34
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

environments on the development of collaborative


problem‑solving skills in junior high school students.
22 MD-Ali & Kim GeoGebra in learning of Mathematics towards supporting
(2018) “STEM” education.
23 Mutakinati et al. Analysis of students’ critical thinking skill of middle school
(2018) through STEM education project-based learning.
24 Sarican et al. The impact of integrated STEM education on academic
(2018) achievement, reflective thinking skills towards problem solving
and permanence in learning in Science education.
25 Yasin et al. (2018) Learning electricity using Arduino-android based game to
improve STEM literacy.
26 Aslam et al. (2018) STEM outreach activities: An approach to teachers’ professional
development
27 Lai & Lai (2018) Using inquiry-based strategies for enhancing students’ STEM
education learning.
28 Burrows et al. Integrated STEM: Focus on informal education and community
(2018) collaboration through Engineering.
29 Vennix (2017) Perceptions of STEM-based outreach learning activities in
secondary education.
30 Sarı et al. (2017) The effect of STEM instruction on attitude, career perception and
career interest in a problem-based learning environment and
student opinions.
31 Mosley et al. Robotic cooperative learning promotes student STEM interest.
(2016)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Objektif utama kajian Sorotan Literatur Bersistematik ataupun Systematic Literature Review (SLR)
yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pendekatan STEM yang paling kerap digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian dijalankan turut membangunkan kerangka
konseptual berdasarkan pendekatan STEM yang paling kerap digunakan oleh pengkaji lepas. Hasil
penelitian daripada artikel kajian lepas, terdapat 31 buah artikel yang menepati semua kriteria yang
telah ditetapkan.

Pengajaran dan pembelajaran STEM memfokuskan kepada pelajar dengan menghasilkan pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pendekatan STEM berasaskan pembelajaran
pelbagai mod menyepadukan pengajaran bersemuka dengan pengajaran yang dibantu oleh teknologi
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Selain itu, pendekatan STEM turut menekankan
pengetahuan dan kemahiran bagi suatu subjek secara terperinci melalui pembelajaran berasaskan
inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia
sebenar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sementara itu, pembelajaran koperatif turut
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran STEM untuk mendapatkan proses interaktif
antara pelajar dalam meningkatkan keupayaan menganalisis dan menjana idea baru (Aziz & Andin,
2018).

Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua artikel kajian lepas dibahagikan
kepada lima pendekatan STEM yang telah digunakan dalam proses PdP. Jadual 3 menunjukkan
senarai artikel kajian lepas mengikut pendekatan STEM yang digunakan. Lima kategori pendekatan
STEM yang didapati daripada kajian lepas iaitu pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran


koperatif.

Pembelajaran Pelbagai Mod

Pendekatan STEM berasaskan pembelajaran pelbagai mod yang melibatkan bahan bantuan mengajar
yang berbentuk teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pembelajaran pelbagai mod
melibatkan enam artikel daripada sorotan kajian literatur yang telah dikaji. Dua artikel daripada kajian
lepas adalah menggunakan pendekatan pembelajaran pelbagai mod dalam kajian yang dijalankan
(Ardianti et al., 2020; Seage et al., 2020). Sementara itu, empat artikel yang lain melibatkan
pembelajaran pelbagai mod dengan menggunakan aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Carbonell-carrera et al. 2019; MD-Ali & Kim 2018; Yasin et al. 2018; Lin et al. 2018).

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri merangsang sifat ingin tahu pelajar sehingga pelajar dapat menyiasat
untuk mendapatkan jawapan ataupun penyelesaian suatu persoalan yang dikemukakan. Tambahan
pula, proses pengajaran dan pembelajaran inkuiri adalah berfokus kepada belajar melalui pelaksanaan
iaitu aktiviti penerokaan, penyiasatan dan penyoalan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Terdapat 12 artikel kajian lepas yang menggunakan pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kajian
yang telah dijalankan. Menurut artikel Lai dan Lai (2018), pembelajaran berasaskan inkuiri
merupakan satu strategi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar melalui pendidikan STEM.
Manakala, 11 artikel yang lain adalah mengkaji pembelajaran berasaskan inkuiri menggunakan
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Aslam et al. 2018; Baran et al. 2019; Bozkurt
Altan et al. 2019; Çaycı & Örnek 2019; Changtong et al. 2020; Chutrtong et al. 2019; Julià & Antolí
2019; Lin et al. 2019; Parno et al. 2019; Timur et al. 2019; Vennix 2017).

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pelajar perlu menyelesaikan soalan ataupun masalah yang diberikan secara kolaboratif ataupun
berpusatkan pelajar untuk melatih kemahiran berfikir aras tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2016). Terdapat empat artikel kajian lepas yang melibatkan pembelajaran berasaskan masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada SLR yang dijalankan, satu artikel kajian lepas
menggunakan pembelajaran berasaskan masalah secara kolaboratif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Ting et al. 2019). Tambahan pula, tiga artikel lain daripada kajian lepas
membincangkan kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah pendidikan STEM
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ergün & Külekci, 2019; Sarican et al., 2018; Sarı et al.,
2017).

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek memerlukan jangka masa yang lebih panjang berbanding dengan
pembelajaran melalui pendekatan STEM yang lain. Projek yang diberikan kepada pelajar adalah
berbentuk tugasan untuk menyelesaikan masalah ataupun isu dan menghasilkan sesuatu keputusan
ataupun produk (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Hasil daripada tinjauan artikel kajian
lepas, terdapat lapan kajian yang menggunakan pendekatan STEM melalui pembelajaran berasaskan
projek dalam artikel kajian lepas yang dipilih (Apriyani et al., 2019; Beier et al., 2019; Burrows et al.,
2018; Hanif et al., 2019; Karaahmetoğlu & Korkmaz, 2019; Lee et al., 2019; Mirici et al., 2019;
Mutakinati et al., 2018). Pemberian tugasan berbentuk projek memberi peluang kepada pelajar untuk
merancang, menyiasat dan menjalankan projek yang diberikan.

36
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Pembelajaran Koperatif

Menurut kajian Cornelius-Ukpepi et al. (2016), strategi pembelajaran koperatif sebagai alat dalam
pengurusan bilik darjah. Pembelajaran koperatif terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pembelajaran
secara formal, pembelajaran secara tidak formal dan pembelajaran berasaskan kumpulan. Kajian yang
dijalankan oleh Mosley et al. (2016) mengimplementasikan pembelajaran koperatif robotik dengan
membahagikan pelajar dalam kumpulan dan melakukan aktiviti secara praktikal.

Jadual 3: Senarai Artikel Mengikut Pendekatan STEM

Berasaskan Masalah
Pendekatan STEM

Berasaskan Inkuiri

Berasaskan Projek
Pembelajaran

Pembelajaran

Pembelajaran

Pembelajaran

Pembelajaran
Pelbagai Mod
Nama Penulis

Koperatif
Ardianti et al. (2020) *
Seage et al. (2020) *
Changtong, Maneejak & Yasri (2020) *
Carbonell-carrera et al. (2019) *
Lin et al. (2019) *
Chutrtong et al. (2019) *
Ting et al. (2019) *
Apriyani et al. (2019) *
Karaahmetoğlu & Korkmaz (2019) *
Çaycı & Örnek (2019) *
Timur et al. (2019) *
Bozkurt Altan t al. (2019) *
Baran et al. (2019) *
Ergün & Külekci (2019) *
Lee et al. (2019) *
Hanif et al. (2019) *
Beier et al. (2019) *
Mirici et al. (2019) *
Parno et al. (2019) *
Julià & Antolí (2018) *
Lin et al. (2018) *
MD-Ali & Kim (2018) *
Mutakinati et al. (2018) *
Sarican et al. (2018) *
Yasin et al. (2018) *
Aslam et al. (2018) *
Lai & Lai (2018) *
Burrows et al. (2018) *
Vennix (2017) *
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

Sarı et al. (2017) *


Mosley et al. (2016) *
Jumlah Artikel Pendekatan STEM 6 12 4 8 1

Kerangka Konseptual

Jenis pendekatan STEM yang didapati daripada artikel kajian lepas adalah pembelajaran pelbagai
mod, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan
projek dan pembelajaran koperatif. Rajah 2 menunjukkan bilangan dan peratusan artikel mengikut
pendekatan STEM yang digunakan oleh artikel kajian lepas. Hasil kajian yang dijalankan mendapati
bahawa terdapat lima jenis pendekatan STEM yang telah dikenal pasti. Pertama sekali adalah
pembelajaran berasaskan inkuiri iaitu pendekatan STEM yang paling kerap digunakan oleh pengkaji,
sebanyak 12 artikel bersamaan dengan 39%. Sementara itu, pembelajaran berasaskan projek pula
mempunyai lapan artikel kajian lepas (26%), diikuti dengan pembelajaran pelbagai mod yang
mempunyai enam artikel kajian lepas (19%), pembelajaran berasaskan masalah mempunyai empat
artikel kajian lepas (13%) dan akhir sekali pembelajaran koperatif dengan satu artikel kajian lepas
(3%). Hasil penemuan daripada kajian ini adalah sangat menarik untuk dibincangkan mengenai
pendekatan STEM yang paling kerap digunakan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Hal ini
disebabkan bidang STEM telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia bermula daripada
tahun 2013. Justeru, perbincangan yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan
pada bahagian literatur pada kajian berfokus kepada pendekatan STEM.

Rajah 2: Bilangan Artikel dan Peratusan Mengikut Pendekatan STEM

Kajian SLR yang dijalankan turut digunakan untuk membangunkan kerangka konseptual berdasarkan
pendekatan STEM yang paling kerap digunakan oleh artikel kajian lepas. Merujuk kepada Jadual 3,
pendekatan yang paling kerap digunakan oleh pengkaji lepas adalah pembelajaran berasaskan inkuiri,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod dan pembelajaran berasaskan masalah.
Rajah 3 menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibangunkan melalui hasil analisis kajian SLR
yang dijalankan. Dengan itu, kerangka konseptual yang dibangunkan berdasarkan pendekatan STEM
yang kerap kali digunakan pada artikel kajian lepas adalah merangkumi pembelajaran berasaskan
inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod dan pembelajaran berasaskan
masalah.

38
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri

PENDEKATAN STEM
Pembelajaran
Berasaskan Projek

Pembelajaran Pelbagai
Mod

Pembelajaran
Berasaskan Masalah

Rajah 3: Kerangka Konseptual Pendekatan STEM

Bagi bahagian perbincangan, dapatan kajian SLR menunjukkan pembelajaran berasaskan inkuiri
kerap kali digunakan oleh pengkaji dalam pelaksanaan proses PdP pendidikan STEM. Perkara ini
adalah selari dengan beberapa kajian pengkaji lepas seperti Lai dan Lai (2018), Aslam et al. (2018),
Baran et al. (2019), Bozkurt Altan et al. (2019), Çaycı dan Örnek (2019), Changtong et al. (2020),
Chutrtong et al. (2019), Julià dan Antolí (2019), Lin et al. 2019, Parno et al. (2019), Timur et al.
(2019) serta Vennix (2017). Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar.

Berdasarkan kajian Lai dan Lai (2018) mendapati bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri melalui
pendidikan STEM dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian tersebut
menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif untuk membuktikan keberkesanan
pembelajaran berasaskan inkuiri dalam proses PdP. Selain itu, pembelajaran berasaskan inkuiri boleh
ditakrifkan sebagai pembelajaran berasaskan aktiviti. Terdapat kajian yang menggunakan program
jangkauan STEM untuk memberikan pengalaman dan melatih peserta dengan mengimplementasikan
disiplin STEM (Aslam et al., 2018). Menurut kajian Baran et al. (2019), program di luar sekolah boleh
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar tentang bidang STEM melalui hubungan antara kerja
sekolah dengan kehidupan seharian yang dilakukan. Aktiviti yang dijalankan memerlukan pelajar
untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan menggunakan disiplin STEM secara
praktikal. Tambahan pula, Bozkurt Altan et al. (2019) turut mengkaji tentang program pendidikan
STEM di luar sekolah. Hasil kajian menunjukkan program tersebut dapat meningkatkan minat,
kesedaran serta persepsi pelajar untuk menceburi bidang kerjaya STEM melalui aktiviti yang
dijalankan sepanjang program berlangsung. Kajian Vennix (2017) juga mendapati persepsi pelajar
yang positif dan memberangsangkan dalam pembelajaran berasaskan inkuiri melalui aktiviti STEM.
Tatkala, pelajar mendapat pengalaman yang bermakna dan mempunyai persepsi yang positif terhadap
aktiviti STEM yang dijalankan.

Kajian yang dijalankan oleh Çaycı dan Örnek (2019) mendapati tiada kesan yang signifikan dalam
pembelajaran menggunakan aktiviti berasaskan STEM terhadap kemahiran proses saintifik ataupun
kemahiran penyelesaian pelajar. Kajian Changtong et al. (2020) pula, menyatakan pembelajaran
berasaskan aktiviti STEM boleh merangsang keinginan pelajar untuk mempelajari sesuatu, tetapi
dengan hanya menggunakan aktiviti reka bentuk kejuruteraan tidak mencukupi untuk
memperkembangkan kemahiran penaakulan dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Justeru,
bagi pelaksanaan pembelajaran menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti STEM ataupun
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

pembelajaran berasaskan inkuiri STEM akan memberikan impak yang positif jika memperbanyakkan
masa pembelajaran dan aktiviti untuk pelajar berinteraksi.

Di samping itu, kajian Chutrtong et al. (2019) menyatakan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan
menggunakan aktiviti STEM menunjukkan kesan ataupun impak yang positif di kalangan peserta
yang mengikuti aktiviti tersebut. Kesan yang positif di kalangan peserta dilihat melalui pengalaman
yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan. Bagi kajian Timur et al. (2019) pula, mendapati
pembelajaran berasaskan inkuiri melalui aktiviti STEM mempunyai kesan yang positif kepada peserta
yang mengikuti program yang dijalankan. Walaupun kajian yang dijalankan oleh Julià dan Antolí
(2019) mendapati tiada perubahan yang ketara dalam penggunaan aktiviti dalam pembelajaran melalui
perubahan masa terhadap motivasi pelajar. Namun demikian, kajian yang dijalankan mendapati
aktiviti pembelajaran STEM secara praktikal dapat menarik minat pelajar dan memberikan
pengalaman yang bermakna kepada pelajar. Dengan ini, pembelajaran berasaskan inkuiri
menggunakan aktiviti STEM dapat memberikan kesan yang positif dan menarik minat peserta atau
pelajar dalam mempelajari sesuatu.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Lin et al. (2019) menunjukkan aktiviti STEM secara praktikal
mempunyai kesan yang positif pada sikap pelajar terhadap teknologi dan keupayaan inkuiri pelajar.
Namun demikian, sikap pelajar tidak memberi kesan yang ketara dalam strategi pengajaran
penyelesaian masalah. Kajian Parno et al. (2019) mendapati pembelajaran berasaskan inkuiri
berdasarkan aktiviti STEM boleh meningkatkan pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif pelajar.
Justeru, aktiviti STEM melalui pembelajaran berasaskan inkuiri memberikan kesan yang positif
terhadap sikap pelajar dan mampu meningkatkan pemikiran kritikal serta pemikiran kreatif pelajar
dalam proses pembelajaran.

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang diulas, persamaan yang menyokong pembelajaran berasaskan
inkuiri adalah aktiviti yang dijalankan dan memberikan kesan positif dalam pembelajaran pelajar.
Pembelajaran berasaskan inkuiri juga dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan pemikiran pelajar.
Dalam konteks Malaysia, pendekatan STEM dalam pembelajaran berasaskan inkuiri ataupun
pembelajaran berasaskan aktiviti masih berada pada tahap pelaksanaan yang minimum. Kajian Wong
dan Kamisah (2018) merupakan contoh kaedah inkuiri dalam konteks Malaysia dengan pelaksanaan
pembelajaran berasaskan permainan dalam subjek Kimia.

Pembelajaran berasaskan inkuiri dapat meningkatkan skor atau keputusan TIMMS dan PISA
menerusi pembelajaran yang aktif dengan melibatkan pelajar secara langsung. Hal ini demikian
kerana pembelajaran berasaskan inkuiri melalui pendidikan STEM bagi subjek Sains dan Matematik
boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah seperti penerokaan, eksperimen, projek,
penyelesaian masalah, penggunaan teknologi dan penggunaan sumber luar. Kaedah ini menggalakkan
pelajar untuk mempelajari sesuatu menerusi penerokaan dan penglibatan secara aktif. Secara ringkas,
pembelajaran berasaskan inkuiri turut digunakan untuk membantu dalam pembelajaran berasaskan
masalah dan pembelajaran berasaskan projek bagi menggalakkan pembelajaran secara mendalam.
Pembelajaran secara mendalam bermaksud pelajar akan menyelesaikan masalah yang diberikan
secara inkuiri ataupun menerusi penerokaan. Justeru, pembelajaran berasaskan inkuiri membolehkan
pelajar untuk menguasai konsep, aplikasi dan kemahiran proses Sains dan Matematik secara
mendalam. Pelajar turut dapat mengukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, berkolaboratif,
kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2016).

Terdapat beberapa kekangan yang menghalang pengintegrasian STEM dalam pendidikan. Pertama
sekali, kekangan dari segi kekurangan pendedahan guru Sains dan Matematik mengenai bidang
kejuruteraan. Guru Sains dan Matematik mengalami kesukaran untuk mengintegrasikan elemen
kejuruteraan dalam proses PdP. Seterusnya, isi kandungan pengajaran pendidikan STEM yang tersirat
akan menyukarkan pelajar dalam memahami sepenuhnya objektif yang disampaikan dalam
pembelajaran. Guru-guru juga perlu kreatif dalam mengintegrasikan pendidikan STEM berdasarkan
topik-topik tertentu supaya pelajar mendapat kefahaman dan ilmu pengetahuan yang ingin

40
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

disampaikan (Amelia & Lilia, 2019). Bagi mengatasi kekangan-kekangan yang dinyatakan,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik Guru Cemerlang sebagai ikon STEM dan menjadi
panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan pendidikan STEM.

Selain itu, merujuk kepada Rajah 3 iaitu kerangka konseptual yang telah dibangunkan melibatkan
pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod dan
pembelajaran berasaskan masalah kecuali pembelajaran koperatif. Pengecualian pembelajaran
koperatif dalam kerangka konseptual yang dibangunkan adalah disebabkan oleh pembelajaran
koperatif hanya dibincangkan dalam satu artikel sahaja, perkara ini menunjukkan pendekatan tersebut
kurang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran STEM. Namun begitu, kajian SLR oleh
pengkaji lepas menyatakan pembelajaran koperatif adalah termasuk dalam kerangka konseptual yang
dibina (Thibaut et al., 2018). Tatkala, penyemakan semula dan penelitian perlu dilakukan pada
bahagian kerangka konseptual yang dibina untuk kajian pada masa hadapan.

Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa limitasi. Limitasi pertama, kajian Sorotan Literatur
Bersistematik ataupun Systematic Literature Review (SLR) yang dijalankan mengurangkan pemilihan
yang bias, tetapi berkemungkinan masih terdapat artikel yang mempunyai kriteria pemilihan yang
ditetapkan wujud di pangkalan data yang lain. Hal ini disebabkan oleh kajian yang dijalankan hanya
melibatkan dua pangkalan data. Limitasi yang kedua ialah penggunaan set data ataupun bilangan
artikel yang sedikit menyebabkan sesetengah artikel tidak dimasukkan dalam kajian SLR yang
dijalankan. Perkara ini terjadi apabila terdapat jenis pendekatan STEM yang sama tetapi dilabel
menggunakan nama ataupun kata kunci yang berlainan.

Limitasi yang ketiga ialah kriteria pemilihan artikel yang melibatkan teks penuh. Dengan
memasukkan kriteria teks penuh bagi artikel yang dicari bermaksud artikel yang tidak mempunyai
teks penuh akan dikecualikan. Artikel yang tidak mempunyai teks penuh adalah artikel yang
memerlukan pengkaji untuk membeli artikel tersebut daripada pangkalan data yang digunakan.
Limitasi kriteria pemilihan artikel teks penuh ini menyebabkan segelintir artikel yang berkaitan
dengan kajian SLR yang dijalankan turut dikecualikan kerana pengkaji tidak mempunyai teks penuh
ataupun teks yang lengkap untuk dirujuk dan dianalisis. Limitasi yang keempat adalah kerangka
konseptual cadangan yang dibangunkan berasaskan kajian SLR merupakan sumbangan yang boleh
dijadikan sebagai rujukan dalam mengimplementasikan pendekatan STEM, tetapi bukan sebagai garis
panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pendidikan STEM bukan hanya
bergantung pada pendekatan yang digunakan sahaja, tetapi memerlukan masa dan usaha tenaga
pengajar untuk menyampaikan pendekatan STEM agar mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru,
kajian yang dijalankan memerlukan bilangan pengkaji, bahan rujukan, infrastruktur dan kewangan
yang mencukupi untuk melaksanakan kajian serta implementasi STEM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kajian SLR yang dijalankan boleh ditambahbaikkan agar dapatan kajian yang diperolehi adalah lebih
tepat dan terperinci. Kajian empirikal perlu dijalankan untuk mengesahkan kesahihan kerangka
konseptual yang dibentuk dengan menggunakan kaedah eksperimental bagi membandingkan empat
pendekatan STEM yang kerap kali digunakan oleh pengkaji lepas. Tambahan pula, penelitian dan
pemeriksaan yang sistematik perlu dijalankan untuk mengkaji sama ada pembelajaran koperatif
ataupun terdapat pembelajaran lain yang tidak diteroka melalui kajian SLR yang dijalankan. Hal ini
demikian kerana jika terdapat pendekatan STEM yang lain, kerangka konseptual yang dibangunkan
perlu diubah dan diperhalusi berdasarkan dapatan kajian yang terbaru. Dengan itu, berdasarkan
penambahbaikan yang dijalankan, hasil dapatan kajian pada masa hadapan akan lebih mantap dan
menyumbang kepada pelaksanaan pendekatan STEM dalam proses PdP.
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

KESIMPULAN

Kajian SLR yang dijalankan adalah melibatkan dua pangkalan data yang terkemuka iaitu SCOPUS
dan ERIC. Berdasarkan pangkalan data yang digunakan sebanyak 31 buah artikel yang telah dikenal
pasti dan memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan. Artikel yang diperolehi dikategorikan
mengikut pendekatan STEM yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil
daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai
bilangan artikel kajian lepas yang paling banyak. Selepas itu, diikuti dengan pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. Di
samping itu, kerangka konseptual pendekatan STEM yang dibangunkan adalah merangkumi
pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod,
pembelajaran berasaskan masalah. Namun begitu, pembelajaran koperatif dikecualikan daripada
kerangka konseptual kerana pembelajaran koperatif hanya mempunyai satu artikel kajian lepas.
Kepentingan pembelajaran koperatif tidak boleh dinafikan melalui bilangan artikel. Perkara ini
mungkin disebabkan oleh pembelajaran koperatif dimasukkan dalam kategori yang berlainan. Justeru,
pada kajian masa hadapan, pengkaji perlu menggunakan kata kunci yang lebih umum bagi melibatkan
semua kategori artikel yang berkaitan dengan kajian yang hendak dijalankan.

RUJUKAN

Amelia, N., & Lilia. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia. Seminar
Wacana Pendidikan, (September), 1–10.
Anggraini, F. I., & Huzaifah, S. (2017). Implementasi STEM dalam pembelajaran IPA di Sekolah Menengah
Pertama. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan IPA 2017, (1998), 722–731.
Apriyani, R., Ramalis, T. R., & Suwarma, I. R. (2019). Analyzing Student’s Problem Solving Abilities of Direct
Current Electricity in STEM-based Learning. Journal of Science Learning, 2(3), 85–91.
https://doi.org/10.17509/jsl.v2i3.17559
Ardianti, S., Sulisworo, D., Pramudya, Y., & Raharjo, W. (2020). The Impact of the Use of STEM Education
Approach on the Blended Learning to Improve Student ’ s Critical Thinking Skills. Universal Journal
of Educational Research, 8, 24–32. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.081503
Aslam, F., Adefila, A., & Bagiya, Y. (2018). STEM outreach activities: an approach to teachers’ professional
development. Journal of Education for Teaching, 44(1), 58–70.
https://doi.org/10.1080/02607476.2018.1422618
Aziz, A., & Andin, C. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk Meningkatkan Tahap
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 1–9.
https://doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-01
Baran, E., Canbazoglu Bilici, S., Mesutoglu, C., & Ocak, C. (2019). The impact of an out‐of‐school STEM
education program on students’ attitudes toward STEM and STEM careers. School Science and
Mathematics, 119(4), 223–235. https://doi.org/10.1111/ssm.12330
Beier, M. E., Kim, M. H., Saterbak, A., Leautaud, V., Bishnoi, S., & Gilberto, J. M. (2019). The effect of
authentic project-based learning on attitudes and career aspirations in STEM. Journal of Research in
Science Teaching, 56(1), 3–23. https://doi.org/10.1002/tea.21465
Bicer, A., Capraro, R. M., Capraro, M. M., Oner, T., & Boedeker, P. (2015). STEM Schools vs. Non-STEM
Schools: Comparing Students’ Mathematics Growth Rate on High-Stakes Test Performance.
International Journal on New Trends in Education and Their Implications, 6(1), 138–150.
Bozkurt Altan, E., Üçüncüoğlu, İ., & Öztürk, N. (2019). Preparation of Out-of-School Learning Environment
based on Science, Technology, Engineering, and Mathematics Education and Investigating its Effects.
Science Education International, 30(2), 138–148. https://doi.org/10.33828/sei.v30.i2.7
Burrows, A., Lockwood, M., Borowczak, M., Janak, E., & Barber, B. (2018). Integrated STEM: Focus on
informal education and community collaboration through engineering. Education Sciences, 8(1).
https://doi.org/10.3390/educsci8010004
Carbonell-carrera, C., Saorin, J. L., Melian-diaz, D., & Torre-cantero, J. De. (2019). Enhancing Creative
Thinking in STEM with 3D CAD Modelling. Sustainability, 11, 2–15.
Çaycı, B., & Örnek, G. T. (2019). Effect of Stem-Based Activities Conducted in Science Classes on Various
Variables. Asian Journal of Education and Training, 5(1), 260–268.
https://doi.org/10.20448/journal.522.2019.51.260.268

42
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL 10 NO.2 2020 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Changtong, N., Maneejak, N., & Yasri, P. (2020). Approaches for Implementing STEM (Science, Technology,
Engineering & Mathematics) Activities among Middle School Students in Thailand. International
Journal of Educational Methodology, 6(1), 185–198. https://doi.org/10.12973/ijem.6.1.185
Chutrtong, J., Boonman, N., & Chutrtong, W. (2019). Service Learning by STEM Activity in Secondary School
at Prachin Buri Province, Thailand. International Journal of Information and Education Technology,
9(8), 580–583. https://doi.org/10.18178/ijiet.2019.9.8.1270
Cornelius-Ukpepi, B. U., Aglazor, G. N., & Odey, C. O. (2016). Cooperative Learning Strategy as Tool for
Classroom Management. Advances in Multidisciplinary Research Journal, 2(2), 67–76.
English, L. D. (2015). Stem: Challenges and Opportunities for Mathematics Education. Proceedings of the 39th
Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, 4–18.
Ergün, A., & Külekci, E. (2019). The Effect of Problem Based STEM Education on the Perception of 5th Grade
Students of Engineering, Engineers and Technology. Pedagogical Research, 4(3).
https://doi.org/10.29333/pr/5842
Fisher, C., Dwyer, D. C., & Yocam, K. (1996). Education and Technology: Reflections on Computing in
Classrooms. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.
Hanif, S., Wijaya, A. F. C., & Winarno, N. (2019). Enhancing Students’ Creativity through STEM Project-
Based Learning. Journal of Science Learning, 2(2), 50. https://doi.org/10.17509/jsl.v2i2.13271
Julià, C., & Antolí, J. Ò. (2019). Impact of implementing a long-term STEM-based active learning course on
students’ motivation. International Journal of Technology and Design Education, 29(2), 303–327.
https://doi.org/10.1007/s10798-018-9441-8
Karaahmetoğlu, K., & Korkmaz, Ö. (2019). The effect of project-based arduino educational robot applications
on students’ computational thinking skills and their perception of basic stem skill levels. Participatory
Educational Research, 6(2), 1–14. https://doi.org/10.17275/per.19.8.6.2
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan
Prasekolah hingga Lepas Menengah). https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved from
http://repositorio.unan.edu.ni/2986/1/5624.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri.
Kumar, R. (2012). Research Methodology A Step-By-Step Guide for Beginners. London: SAGE Publications
Ltd.
Lai, C., & Lai, C. (2018). Using Inquiry-Based Strategies for Enhancing Students ’ STEM Education Learning
To cite this article : Using Inquiry-Based Strategies for Enhancing Students ’ STEM Education
Learning. Journal of Education in Science, Environment and Health (JESEH), 4(1), 110–117.
https://doi.org/10.21891/jeseh.389740
Lee, Y., Capraro, R. M., & Bicer, A. (2019). Affective Mathematics Engagement: a Comparison of STEM PBL
Versus Non-STEM PBL Instruction. Canadian Journal of Science, Mathematics and Technology
Education, 19(3), 270–289. https://doi.org/10.1007/s42330-019-00050-0
Liberati, A., Altman, D. G., Tetzlaff, J., Mulrow, C., Gøtzsche, P. C., Ioannidis, J. P. A., … Moher, D. (2009).
The PRISMA statement for reporting systematic reviews and meta-analyses of studies that evaluate
health care interventions: Explanation and elaboration. PLoS Medicine, 6(7).
https://doi.org/10.1371/journal.pmed.1000100
Lin, K. Y., Hsiao, H. S., Williams, P. J., & Chen, Y. H. (2019). Effects of 6E-oriented STEM practical activities
in cultivating middle school students’ attitudes toward technology and technological inquiry ability.
Research in Science and Technological Education, 38(1), 1–18.
https://doi.org/10.1080/02635143.2018.1561432
Lin, K. Y., Yu, K. C., Hsiao, H. S., Chang, Y. S., & Chien, Y. H. (2018). Effects of web-based versus
classroom-based STEM learning environments on the development of collaborative problem-solving
skills in junior high school students. International Journal of Technology and Design Education, 30(1),
21–34. https://doi.org/10.1007/s10798-018-9488-6
Maria Uffa. (2016, November 29). Malaysia Perbaiki Kedudukan Dalam TIMSS 2015. Berita Harian. Retrieved
from https://www.bharian.com.my/node/218122
MD-Ali, R., & Kim, K. M. (2018). Geogebra in Learning of Mathematics Towards Supporting “Stem”
Education. The Journal of Social Sciences Research, 776–782. Retrieved from
https://www.researchgate.net/profile/Olimpia_Pino/publication/328307480_The_Role_of_Personality_
in_Predicting_the_Effect_of_a_Road-
Safety_Education_Program_on_the_Decrease_of_Reported_Violations/links/5bc5caa5299bf17a1c559f
70/The-Role-of-Personality-in-Pr
Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR)

Mirici, S., Gencer, I., & Gündüz, S. (2019). The Impact of STEM Project Writing Education on Candidate
Female Teachers’ Attitudes, Their Semantic Perceptions and Project Writing Skills towards Stem
Education. International Journal of Curriculum and Instruction, 11(2), 255–272. Retrieved from
http://proxy.libraries.smu.edu/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=eric&
AN=EJ1232750&site=ehost-live&scope=site
Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., & Altman, D. G. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews
and meta-analyses: The PRISMA statement. BMJ (Online), 339(7716), 332–336.
https://doi.org/10.1136/bmj.b2535
Mosley, P., Ardito, G., & Scollins, L. (2016). Robotic Cooperative Learning Promotes Student STEM Interest.
American Journal of Engineering Education, 7(2), 117–128.
Mutakinati, L., Anwari, I., & Yoshisuke, K. (2018). Analysis of students’ critical thinking skill of middle school
through stem education project-based learning. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia, 7(1), 54–65.
https://doi.org/10.15294/jpii.v7i1.10495
Ong, E. T., Safiee, N., Mat Jusoh, Z., Mohd Salleh, S., & Mohamed Noor, A. (2017). STEM EDUCATION
THROUGH PROJECT-BASED INQUIRY LEARNING : AN EXPLORATORY STUDY ON ITS
IMPACT AMONG YEAR 1 PRIMARY. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 7(2), 43–
51.
Parno, Supriana, E., Yuliati, L., Widarti, A. N., Ali, M., & Azizah, U. (2019). The influence of STEM-based 7E
learning cycle on students critical and creative thinking skills in physics. International Journal of
Recent Technology and Engineering, 8(2 Special Issue 9), 761–769.
https://doi.org/10.35940/ijrte.B1158.0982S919
Sarican, G., Technology, I., & Akgunduz, D. (2018). Cypriot Journal of Educational reflective thinking skills
towards problem solving and permanence in. Cypriot Journal of Educational Sciences, 13(1), 94–107.
Sarı, U., Alıcı, M., & Şen, Ö. F. (2017). The Effect of STEM Instruction on Attitude, Career Perception and
Career Interest in a Problem-based Learning Environment and Student Opinions. Electronic Journal of
Science Education, 22(1), 1–21. Retrieved from http://ejse.southwestern.edu
Seage, S. J., Türegün, M., The, M., Seage, S. J., & Türegün, M. (2020). The Effects of Blended Learning on
STEM Achievement of Elementary School Students To cite this article : The Effects of Blended
Learning on STEM Achievement of Elementary School Students. International Journal of Research in
Education and Science (IJRES), 6(1), 133–140.
Tawfik, G. M., Dila, K. A. S., Mohamed, M. Y. F., Tam, D. N. H., Kien, N. D., Ahmed, A. M., & Huy, N. T.
(2019). A step by step guide for conducting a systematic review and meta-analysis with simulation
data. Tropical Medicine and Health, 47(1), 1–9. https://doi.org/10.1186/s41182-019-0165-6
Thibaut, L., Ceuppens, S., De Loof, H., De Meester, J., Goovaerts, L., Struyf, A., … Depaepe, F. (2018).
Integrated STEM Education: A Systematic Review of Instructional Practices in Secondary Education.
European Journal of STEM Education, 3(1). https://doi.org/10.20897/ejsteme/85525
Timur, S., Timur, B., & Cetin, N. I. (2019). Effects of Stem Based Activities on In-Service Teachers & rsquo ;
Views Effects of STEM Based Activities on In- Service Teachers ’ Views. Educational Policy Analysis
and Strategic Research, 14(4). https://doi.org/10.29329/epasr.2019.220.6
Ting, F. S. T., Lam, W. H., & Shroff, R. H. (2019). Active learning via problem-based collaborative games in a
large mathematics university course in Hong Kong. Education Sciences, 9(3).
https://doi.org/10.3390/educsci9030172
Vennix, J. (2017). Perceptions of STEM-based outreach learning activities in secondary education. Learning
Environments Research, 20(1), 21–46. https://doi.org/10.1007/s10984-016-9217-6
Wong, W. S., & Kamisah, O. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan Stem dan
Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and
Humanities, 3, 128–2875.
Yasin, A. I., Prima, E. C., & Sholihin, H. (2018). Learning Electricity using Arduino-Android based Game to
Improve STEM Literacy. Journal of Science Learning, 1(3), 77–94.
https://doi.org/10.17509/jsl.v1i3.11789

44

You might also like